Suatu
hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia
berkata:”Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong
berikan aku nasihat.”Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim
berkata:
”Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat.”Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya.”Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?”Ibrahim bin Adham berkata: …
”Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat.”Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya.”Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?”Ibrahim bin Adham berkata: …
a. jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezeki-Nya.
“Mendengar
itu dia mengernyitkan kening seraya berkata:”Dari mana aku mahu makan?
Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah?”Ya!” tegas Ibrahim bin
Adham.”Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya,
sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?
b. ” kata Ibrahim, “kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya!
Syarat
ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati.Ibrahim kembali berkata
kepadanya:”Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan
rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala
larangan-Nya?”"Ya! Anda benar.” kata lelaki itu. Dia kemudian menanyakan
syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab….
c. Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!
“Lelaki
itu kembali terperanjat dan berkata:”Wahai Ibrahim, ini nasihat macam
mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?”"Ya, kalau memang yakin
demikian, apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?” kata
Ibrahim.Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat.Ibrahim
melanjutkan
d. ”Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya, Ketepikan kematianku dulu.
Aku
masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh”Kemudian lelaki itu
menggelengkan kepala dan segera tersedar dan berkata:”Wahai Ibrahim ,
mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?”"Wahai Abdullah,
kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan
mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari
kemurkaan Allah?”"Baiklah, apa syarat yang kelima?”Ibrahim pun
menjawab..
e.
”Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke
api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya.
“Perkataan
tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata:”Wahai Aba Ishak, sudah
pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya.” Dia tidak
tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. “Mulai
saat ini aku ingin bertaubat kepada Allah.” katanya sambil teresak-esak.