Dikuasakan oleh Blogger.

About Me

Foto Saya
ipoh, perak
X KAGAT....?.

Blog Archive

SMS ampang ipoh 24 /6/ 11

gif webcam

DI SMA Chemor 13/5/12

pictures to gif

Di SMA Chemor

animated gif maker

Guru Pendidikan Islam Ulu Kinta Jun 13

http://picasion.com/i/1VkmT/

26 Mac 2014

Ciri ciri yang di cari


Oleh sebab itulah dalam Islam, pemimpin kena mempunyai wibawa yang tinggi dan sifat taqwa yang cukup. Begitu jugalah kepada setiap golongan yang bertanggungjawab memimpin dan mendidik sama ada ibu bapa, guru-guru dan pemimpin, mereka mesti mempersiapkan diri dengan perkara-perkara berikut:

1. Ilmu
Mesti ada ilmu. Bukan saja ilmu secara umum tapi ilmu untuk mendidik. Mesti tahu kaedah dan cara-cara untuk mendidik. Mendidik tidak boleh hanya bersandar pada teori aka1 sematamata.
Mesti merujuk pada ilmu yang tepat, sumber yang tepat dan kaedah yang tepat bersandarkan kepada Tuhan bukan hanya bersandar pada kaedah yang diwarisi turun-temurun.
Di dalam sejarah, manusia menjadi baik kerana didikan, bukan kerana undang-undang. Kalaulah manusia itu hendak dibaikkan dengan undang-undang semata-mata, kita akan kecundang. Kalau pendidikan kita sudah tidak boleh membaikkan orang, kita kena akui sahajalah yang kita belum baik, bagaimana hendak membaiki orang. Lebih baik kita serahkan pada orang yang leblh layak untuk membaiki masyarakat iaitu orang rohani. Tidak lain dan tidak bukan ialah orang rohani yang jiwa mereka telah terbina dan mempunyai akhlak dan wibawa yang tinggi.

2. Akhlak Mulia
Para ibu bapa, guru-guru dan pemimpin mesti mempersiapkan diri dengan akhlak yang tinggi kerana merekalah yang akan menjadi contoh dan ikutan orang di bawah mereka.
Contohnya seorang anak yang dibesarkan dalam sebuah rumahtangga yang porak-peranda, ibu menengking ayah, ayah menampar ibu, anak-anak dididik dengar kasar, dengan sepak terajang tanpa kelembutan dan kasih sayang, maka anak-anak yang dibesarkan dalam rumah seperti ini akan menjadi manusia yang kasar, keras, tertekan jiwanya dan tidak berakhlak. Rumah dirasakan bagaikan neraka. Jika terus dibiarkan mereka akan lebih rosak hingga boleh menjadi penjenayah.
Berbeza pula dengan anak-anak yang dibesarkan dalam sebuah rumahtangga yang penuh kasih sayang. Ayah disayangi dan disegani, penuh berwibawa mendidik, memimpin dan membawa keluarga kepada Tuhan. Ibu mentaati ayah, mengasuh anak-anak dengan lembut dan berakhlak. Rumahtangga dirasakan sebagai syurga. 
Maka anak-anak yang lahir daripada rumahtangga seperti ini akan mewarisi akhlak kedua ibu bapanya lalu terbentuklah mereka menjadi peribadi yang berakhlak mulia dan cemerlang. Atas sebab yang sama, para guru dan pemimpin juga perlu menghiasi diri dengan akhlak yang mulia. Kepada yang Islam sudah tentulah Rasulullah
menjadi contoh ikutan sebagai seorang pemimpin yang tinggi dan agung akhlaknya.


3. Ibadah
Kalau para pemimpin itu Islam, ibadah mereka hendaklah baik. Kita contohkan dalam sebuah rumahtangga. Ibu bapa dahulu yang mesti mendisiplinkan diri untuk mengerjakan solat. Kalau ibu bapa pun tidak sembahyang Subuh, bagaimana hendak menyuruh anak-anaknya bangun Subuh. Kalau ibu bapa tidak menutup aurat, bagaimana hendak menyuruh anaknya memakai tudung. Itu adalah faktor yang tersurat. 
Kalau kita suluh dari segi faktor yang tersirat pula, ibu bapa, guru-guru dan pemimpin yang tidak menjaga ibadahnya terutama ibadah-ibadah asas seperti solat, puasa dan lain-lain bererti mereka sudah longgar atau terputus hubungan dengan Tuhan. Sudah cuai dengan disiplin Tuhan. Bila dengan Tuhan sudah tidak ada hubungan, bagaimana hendak mendidik dan memimpin manusia dengan kaedah Tuhan. Bagaimana hendak mendisiplin anak-anak, murid-murid dan rakyat jelata dalam keadaan kita pun sedang melanggar disiplin Tuhan.
Sedangkan mendidik manusia mestilah dengan kaedah Tuhan, tidak boleh bersandar pada aka1 semata-mata. Mereka tidak akan mampu, malah takut-takut di tangan merekalah generasi akan menjadi lebih rosak.

4. Sifat Mahmudah
Antara sifat-sifat mahmudah atau sifat terpuji yang patut ada pada diri kita ialah mesra, berkasih sayang, pemurah, mudah memaafkan orang, sabar, adil, redha, tolong-menolong, MENANGANI GEJALA SOSIAL MENURUT ISLAM berkerjasama, bertolak ansur, berlapang dada dan lain-lain sifat lagi.

Cuba kita bayangkan betapa indahnya kalaulah di dalam sebuah rumahtangga, ibu bapa berakhlak mulia dan berperanan mendidik anak-anak, dan dapat pula menjadi contoh.
Di sekolah, guru-guru bagaikan ibu dan ayah, mendidik murid bagaikan mendidik anak sendiri, penuh dengan kasih sayang dan suri teladan. Di kampung-kampung, ketua kampung berperanan sebagai pendidik, di mukim dan daerah penghulu dan pegawai daerah juga berperanan sebagai pendidik dan menjadi suri teladan, begitu jugalah seterusnya di dalam masyarakat umum di mana ketua negara, menteri-menteri dan wakil-wakil rakyat bersifat mendidik dan menjadi suri teladan kepada rakyat, maka gejala sosial yang negatif tidak akan wujud kecuali sangat sedikit.

Masyarakat akan hidup dalam penuh harmoni, aman damai dan berkasih sayang. Tetapi hari ini apakah para pemimpin sama ada yang bertaraf kecil atau besar, guru-guru dan ibu bapa telah memainkan peranan dan menjalankan tanggungjawab mereka sepenuhnya dalam mendidik manusia yang berada di bawah tanggungjawab mereka itu?
Masing-masing boleh memberi jawapannya.

Masjid Solatiah GR

http://picasion.com