Dikuasakan oleh Blogger.

About Me

Foto Saya
ipoh, perak
X KAGAT....?.

Blog Archive

SMS ampang ipoh 24 /6/ 11

gif webcam

DI SMA Chemor 13/5/12

pictures to gif

Di SMA Chemor

animated gif maker

Guru Pendidikan Islam Ulu Kinta Jun 13

http://picasion.com/i/1VkmT/

30 Mei 2012

Umar Abdul Aziz Hidup Sederhana

Suatu hari Khalifah Umar Abdul Aziz berpidato di hadapan kaum muslimin. Sebagaimana biasa, pidato beliau sangant menarik dan memikat para pendengar. Akan tetapi pada kali ini, selain daripada kandungan pidatonya, gerak-geri Khalifah pula turut menjadi perhatian. Khalifah sering memegang dan mengibas-ngibaskan bajunya ketika berpidato, sesekali di sebelah kanan dan sesekali di sebelah kiri. Dengan demikian orang ramai menyedari bahawa gerakan tangan Khalifah tidak ada kena mengena dengan kandungan pidato.

    Setelah Khalifah turun daripada tempat berpidato, mereka bertanya sesama sendiri dan akhirnya diketahui rahsianya. Dikatakan bahawa baju yang dipakai Khalifah baru saja dibasuh dan belum kering. Kerana ketiadaan baju lagi, maka baju itu dipakainya juga. Oleh itu beliau selalu mengerak-gerakkan bajunya ketika berpidato agar cepat kering.

    Ketika Khalifah Umar sakit, pakaian yang dipakainya telah kotor. Muslimah Abdul Aziz kakak Fatimah Abul Malik datang menemui adiknya dan melihat Khalifah yang sedang sakit. "Fatimah, basuhlah pakaian Khalifah itu. Sekejap lagi orang ramai akan masuk menemuinya", tegur Muslimah. "Demi Allah, beliau tidak punya pakaian lagi kecuali yang dipakai itu", jawab Fatimah.

    Seorang perempuan Mesir telah datang ke Damsyik kerana ingin bertemu dengan Amirul Mukminin Khalifah Umar Abdul Aziz. Dia bertanya-tanya di mana istana Khalifah dan orang ramai menunjukkannya. Sampai saja di rumah yang dimaksudkan, perempuan Mesir itu bertemu dengan seorang perempuan yang memakai pakaian yang sudah lusuh dan buruk dan seorang lelaki sedang bergelumang dengan tanah kerana memperbaiki rumahnya.

    Perempuan itu bertanya lagi dan apabila mengetahui bahawa perempuan yang ditanya adalah Fatimah isteri Khalifah, dia terkejut luar biasa. Kerena mana ada seorang permaisuri raja yang berkuasa memakai baju buruk seperti itu. Dia merasa takut dan kagum. Akan tetapi Fatimah pandai melayan, sehingga tetamu itu berasa suka dan tenang hatinya.

    "Mengapa puan tidak menutup diri daripada lelaki tukang bancuh pasir itu?" tanya perempuan Mesir itu. "Tukang bancuh pasir itulah Amirul Mukminin" jawab Fatimah sambil tersenyum. Sekali lagi tetamu itu terkejut dan beristighfar. Khalifah Umar tidak mempunyai pelayan kecuali seorang kanak-kanak lelaki. Dialah satu-satunya khadam dalam istana Umar. Fatimah memberinya makan kacang setiap hari sehingga si pelayan menjadi bosan. "Kacang..kacang...setiap hari kacang," kata si pelayan merungut. "Inilah makanan tuanmu Amirul Mukminin, wahai anakanda," kata Fatimah.

    Diceritakan bahawa seorang lelaki dan isterinya di Syam telah merelakan anaknya ikut berperang di jalan Allah dan menemu syahid di medang perang. Beberapa masa kemudian dia melihat seorang lelaki dengan menunggang kuda menuju kearahnya. Setelah diperhatikan, ternyata pemuda itu seiras anaknya yang telah meninggal dunia. "Hai, cuba kamu lihat pemuda yang berkuda itu, seperti anak kitakan?" kata lelaki itu kepada isterinya. "Semoga Allah merahmati engkau. Janganlah tertipu oleh syaitan. Anak kita sudah syahid, bagaimana boleh menunggang kuda seperti itu?" kata isterinya.

    Sementara suami isteri itu memperhatikan dengan betul, tiba-tiba pemuda menunggang kuda itu telah berada di hadapannya. "Assalamualaikum." kata penunggang kuda. "Waalikumsalam," jawab kedua-dua suami isteri itu. Ternyata dia memang anaknya, maka terkejutlah kedua-dua ibu bapa itu sambil segera memeluknya. Mereka gembira luar biasa bercampur hairan.

    "Ayah, ibu tetap saja di situ," kata pemuda itu menegur. "Saya bukan seperti ayah dan ibu lagi, demikian juga ayah dan ibu bukan seperti saya. Saya datang pun bukan untuk pulang kepada ayah dan ibu." Kedua-dua ibu bapa faham akan maksud anaknya, mereka pun bertenang. Kemudian anak itu menerangkan bahawa kedatangannya bukan sengaja.

    "Sebenarnya aku datang bukan untuk mengunjungi ayah dan ibu, tetapi hanya mengambil kesempatan saja dalam keperluan lain. Iaitu Amirul Mukminin Khalifah Umar Abdul Aziz telah wafat. Golongan syuhada minta izin kepada Allah untuk hadir dalam pengurusan janazahnya. Allah memperkenankan permintaan mereka dan saya termasuk di antaranya."

    Kemudian dia bertanya keadaan kedua ibu bapanya, menghormatinya dan menjanjikan kebaikan daripada Allah. Lepas itu dia mendoakan ibu bapanya memberi salam lalu pergi. Dengan itu penduduk kampung mengetahui bahawa khalifah mereka, Umar Abdul Aziz telah wafat.

kisah dan tauladan

25 Mei 2012

Rejab Bulan Allah

Rejab digelar bulan Allah. Dikatakan begitu kerana ia adalah satu bulan yang mulia di mana Allah telah bermurah hati mengampunkan dosa-dosa hamba-hambaNya, mengangkatkan darjat mereka serta melipatgandakan pahala mereka yang melakukan amal ibadat dalam bulan ini. Sekiranya dalam bulan-bulan biasa, satu kebajikan dibalas dengan 10, tetapi dalam bulan Rejab setiap kebajikan dibalas dengan 70. Dalam bulan ini juga Allah telah menjalankan Nabi Muhammad s.a.w. dalam peristiwa Isra' dan Mi'raj iaitu dari Masjidil Haram (Mekah) ke Masjid Aqsa dan dari sana pula dibawa ke Sidratul Muntaha, untuk menerima kewajiban solat 5 waktu sehari semalam.

    Setiap kali kedatangan bulan Rejab, seorang abidah (waniita yang kuat beribadat) mewiridkan bacaan 'Qulhuwallahu Ahad' sebanyak 11 kali selepas solat Subuh. Ini dilakukannya setiap hari sepanjang Rejab pada tiap-tiap tahun. Usaha ini dilakukannya sebagai tanda memuliakan Bulan Rejab. Selain itu, wanita ini akan memakai pakaian yang kasar menggantikan pakaian biasa yang dipakainya pada bulan-bulan lain.

    Suatu hari, dia jatuh sakit. Sebelum menghembuskan nafas terakhir, wanita itu sempat berwasiat kepada anak-anaknya jika dia mati kafankannya dengan kain kasar yang dipakainya. Dalam keadaan yang tenang, wanita itu menghembuskan nafasnya yang akhir. Semasa mengkafankan jenazah ibunya, anak-anaknya terasa aib untuk menggunakan kain kapan yang sudah uzur dan lusuh, lalu menggantikannya dengan kain kafan yang baru.

    Pada malam itu, anaknya bermimpi berjumpa ibunya. Ibunya bertanya mengapa mereka tidak mematuhi wasiatnya. Perbuatan mengkafannya dengan kain baik menyebabkan ibunya tidak meredhai mereka. Sebaik saja anaknya terjaga, dia berasa amat sedih dan menyesal atas perbuatannya. Dia segera ke kubur pada malam itu juga lalu menggali kubur ibunya untuk menggantikan dengan kain kafan yang lusuh. Alangkah terperanjatnya apabila mendapati mayat ibunya tidak ada di situ.

    Anaknya berasa amat hairan. Tiba-tiba kedengaran satu suara 'Hai anak! Tidakkah kau tahu bahawa orang yang memuliakan bulan Rejab tidak akan bersendirian di dalam kubur.' Mendengar suara itu, anaknya segera faham. Dia pun menimbus semula kubur yang digalinya lalu beredar dari situ. Wallahu 'Alam.


Moral & Iktibar

a.  Sesiapa yang memuliakan bulan Rejab akan dimuliakan Allah. 

 b.  Allah lebih suka melihat hambaNya yang beramal sedikit tetapi berkekalan daripada mereka yang beramal banyak tetapi tidak kekal. 

  c. Kita hendaklah mencari keredhaan ibu kerana keredhaan Allah bergantung pada keredhaannya. 

  d. Syurga di bawah tapak kaki ibu. Dalam kata-kata lain salah satu syarat untuk memasuki syurga ialah mentaati kedua ibu bapa. 

  e. Anak yang taat akan segera meminta keampunan daripada ibubapa jika dia melakukan kesalahan. 

  f. Orang yang memuliakan bulan Rejab akan dimasukkan ke dalam syurga. 

  g. Liang lahad (tanah perkuburan) menjadi pintu syurga bagi mereka yang beramal soleh. Sebaliknya akan bertukar menjadi pintu neraka bagi mereka yang kufur dengan Allah. 

 h.  Liang lahad menjadi amat luas dipenuhi dengan taman syurga untuk mereka yang taat kepada Allah dan RasulNya. 

  i. Liang lahad juga menjadi amat sempit dengan dipenuhi dengan ular dan kala jengking yang sentiasa menyeksa mayat yang kufur dan sentiasa membuat maksiat di dunia ini. 

  j. Kejadian ini berlaku adalah kerana Allah hendak membukakan rahsia balasan Allah kepada orang yang memuliakan bulan Rejab. 

  k.Setiap sesuatu yang berlaku di dunia ini tidak berlaku secara sia-sia. Bahkan ada sesuatu yang tersirat di sebaliknya. Inilah yang perlu kita fikirkan untuk diambil iktibar. 

 l.  Amal ibadat semasa hidup menjadi teman sejati semasa di kubur. Harta kekayaan yang dikumpul semasa di dunia belum tentu menjamin kebahagiaan di akhirat.

kisah dan tauladan

24 Mei 2012

Siapa Orang Pertama Dihukum Di Akhirat ?.

Rasulullah s.a.w. bersabda:
 "Pada hari kiamat Allah akan menghukum semua makhluk dan semua makhluk tertekuk lutut. Pada hari itu orang yang pertama sekali akan dipanggil ialah orang yang mengerti Al-Quran, kedua orang yang mati fisabilillah dan ketiga ialah orang kaya.

Allah akan bertanya kepada orang yang mengerti Al-Quran: 
"Bukankah Aku telah mengajar kepadamu apa yang Aku turunkan kepada utusan-Ku?. Orang itu menjawab: "Benar Ya Tuhanku. Aku telah mempelajarinya di waktu malam dan mengerjakannya di waktu siang." Allah berfirman: "Dusta! Kamu hanya mahu digelar sebagai Qari dan Qariah, malaikat juga berkata demikian." Datang orang kedua, lalu Allah bertanya: "Kenapa kamu terbunuh?." Jawab orang itu: "Aku telah berperang untuk menegakkan agama-Mu." Allah berfirman: "Dusta! Kamu hanya ingin disebut pahlawan yang gagah berani dan kamu telah mendapat gelaran tersebut, malaikat juga berkata demikian."

 Kemudian datang orang ketika pula:
"Apa kamu buat terhadap harta yang Aku berikan kepadamu?." Jawab orang itu: "Aku gunakan untuk membantu kaum keluargaku dan juga untuk bersedekah." Lantas Allah berfirman: "Dusta! Kamu hanya ingin disebut dermawan dan kamu telah dikenali, malaikat juga berkata demikian." Sabda Rasulullah s.a.w. lagi: "Ketiga-tiga orang inilah yang pertama-tama akan dibakar dalam api neraka."

21 Mei 2012

Pemerintah Yang Bertanggungjawab

Siapakah antara kaum muslimin yang tidak mengagumi keadilan dan mendalamnya rasa prikemanusiaan Khalifah Umar Ibnu Khattab. Dialah pemerintah yang teragung yang pernah memerintah sebahagian dari bumi Allah s.w.t. yang terentang dari Mesir hingga keperbatasan negeri India.

    Suatu riwayat menyebutkan ketika baginda berjalan memasuki pasar untuk melihat keadaan umat baginda, lalu beliau bertembung dengan seorang tua yang telah bongkok, jalan bertongkat dan sangat susah untuk mengatur langkah. Orang tua itu menadahkan tangannya sambil meminta sedekah. Melihat keadaan ini Khalifah Umar r.a. pun bertanya: "Mengapa sampai begini keadaanmu wahai orang tua?" Maka jawab orang tua itu: "Saya mengumpulkan wang buat bayar jizyah, tuan." Dari ucapan itu tahulah Umar dia bukanlah beragama Islam tetapi seorang ahli kitab.

    "Tidak, mulai hari ini engkau mestilah berhenti dari meminta-minta." Kata Umar r.a. Lalu baginda menoleh kepada pengiringnya seraya berkata: "Hari mudanya telah digunakan segala tenaga untuk memikul tanggungjawab, setelah tua kita biarkan sahaja, ini tidak adil. Mulai hari ini potong namanya dari senarai orang yang wajib membayar jizyah dan masukkan namanya dalam daftar orang tua yang berhak menerima bantuan dari Baitul Mal setiap bulan." Demikian satu contoh dari pemerintah yang agung menjadi kekaguman hingga ke hari ini.

petikan: kisah teladan

17 Mei 2012

Nelayan Mukmin Dan Nelayan Kafir

Pada zaman dulu, ada dua orang nelayan, seorang mukmin dan seorang lagi kafir. Pada suatu hari kedua-duanya turun ke laut untuk menangkap ikan. Semasa menebar jala, nelayan kafir menyebut nama tuhan berhalanya. Hasil tangkapannya amat banyak. Berlainan pula dengan nelayan mukmin. Apabila menebar jalanya, si-mukmin itu menyebut nama Allah. Hasilnya tidak ada seekor pun ikan yang tersangkut pada jaringnya. Hingga ke lewat senja, nelayan mukmin tidak berjaya mendapat sebarang ikan manakala si-kafir itu kembali dengan membawa ikan yang sangat banyak.

    Meskipun pulang dengan tangan kosong, namun nelayan mukmin itu tetap bersabar serta redha dengan apa yang Allah takdirkan. Si-kafir yang membawa berbakul-bakul ikan pulang dengan rasa bangga dan bongkak.

    Malaikat yang melihat keadaan nelayan mukmin ini berasa simpati lalu mengadu kepada Allah. Allah memperlihatkan kepada malaikat tempat yang disediakan olehNya untuk nelayan mukmin itu; iaitu sebuah syurga. Berkata malaikat "Demi Allah, sesungguhnya tidak memberi erti apa-apa pun penderitaan di dunia ini jika dia mendapat tempat di syurga Allah."

    Setelah itu Allah memperlihatkan tempat yang disediakan untuk nelayan kafir. Berkata malaikat "Alangkah malangnya nasib si-kafir. Sesungguhnya tidak berguna langsung apa yang dia dapat di dunia dulu sedangkan tempat kembalinya adalah neraka jahannam."
 

Moral & Iktibar

  a. Kediaman mukmin adalah di syurga manakala kediaman kafir adalah di  neraka. 
 
 b.  Dunia adalah syurga orang kafir. 
 
 c.  Kekayaan dan kemewahan di dunia tidak semestinya berkekalan di         akhirat. 
 
 d.  Kesusahan orang mukmin di dunia tidak seberapa jika dibandingkan dengan kenikmatan yang disediakan di syurga. 
 
  e. Kesenangan orang kafir di dunia tak berbaloi jika dibandingkan dengan        azab seksa yang disediakan di neraka. 
 
  f. Kesenangan atau kesusahan seseorang bukan menjadi kayu ukur bagi keredhaan Allah; yang menjadi penentu ialah keimanan terhadapNya. 
 
  g. Kesusahan di dunia bukan bermakna Allah tidak menyukai seseorang. 
 
  h. Begitu juga kemewahan yang Allah berikan kepada seseorng bukan bermakna Allah meredhainya. 
 
  i. Redha di atas takdir Ilahi adalah sifat mukmin sejati. 
 
  j. Jangan berputus asa, kecewa atau sedih apabila melihat orang kafir senang dan mewah dalam kehidupan di dunia 
 
  k. Keimanan seseorang adalah lebih mahal daripada dunia dan isinya. 
 
  l.Apalah maknanya kemewahan jika tidak mensyukuri dan beriman dengan Allah.

11 Mei 2012

Kekal Di dalam Syurga Atau Neraka

“Daripada Anas r.a., Rasulullah s.a.w bersabda, Maut akan didatangkan pada hari kiamat dalam bentuk biri-biri yang berwarna putih bersih lalu diletakkan di antara syurga dan neraka dan kemudian berseru si penyeru, “Wahai ahli syurga.” Ahli syurga pun menyahut, “Kami sambut seruanmu wahai tuhan kami.” Kata Rasulullah s.a.w , Kemudian dikatakan kepada mereka : “Adakah kamu mengetahui apakah ini?” Mereka menjawab :”Ya kami mengetahui wahai Tuhan kami ini ialah maut. Kemudian berserulah si penyeru, “Wahai ahli neraka.” Ahli neraka pun menyahut, “Kami sambut seruanmu wahai tuhan kami.” Sabda Rasulullah s.a.w. , lalu dikatakan kepada mereka :
 “Adakah kamu mengetahui apakah ini?” Mereka menjawab :

Ya kami mengetahui ini ialah maut. Maka maut disembelih sepertimana seekor kambing disembelih. Oleh yang demikian ahli syurga itu merasa aman sekali manakala ahli neraka akan kecewa dan berputus asa.” [Riwayat Abu Ya’la,Bazzar dan Tabrani]Dalam hadith ini maut diumpamakan seperti kibas atau kambing biri-biri. Maut disembelih dalam hadith ini bermaksud tiada lagi kematian selepas itu. Ahli syurga gembira kerana mereka kekal di dalamnya, manakala ahli neraka kecewa mereka juga kekal di dalamnya.

Hadis riwayat Abu Said Al-Khudri ra., ia berkata: Rasulullah saw. bersabda: Pada hari kiamat, maut akan didatangkan seperti seekor kibas (biri-biri yang berwarna keputih-putihan). (Abu Kuraib dalam periwayatannya menambahkan: Lalu dihentikan di antara syurga dan neraka. Kemudian keduanya sepakat tentang isi hadis selanjutnya.) Kemudian diserukan: Wahai ahli syurga, apakah kamu kenal apa ini? Lalu mereka menjulurkan leher untuk melihat ke arah penyeru, kemudian menjawab: 

Ya, itu adalah maut! Kemudian diserukan lagi: Wahai ahli neraka, apakah kamu kenal apa ini? Lalu mereka menjulurkan leher untuk melihat dan menjawab: Ya, itu adalah maut! Kemudian diperintahkan agar maut (kibas) itu disembelih, lalu diserukan lagi: Wahai ahli syurga, keabadian yang tidak akan ada kematian lagi! Wahai ahli neraka, keabadian yang tidak akan ada kematian lagi! Kemudian Rasulullah saw. membacakan ayat: Dan berilah mereka peringatan tentang hari penyesalan, yaitu ketika segala perkara telah diputus dan mereka dalam kelalaian dan mereka tidak pula beriman. Kemudian beliau menunjuk dunia dengan tangan beliau [Sahih Muslim]

9 Mei 2012

Menang sorak kg tergadai

Di zaman dahulu terdapat seorang tua bernama Pak Kaduk. Kehidupan Pak Kaduk boleh dikatakan sederhana. Beliau mempunyai sebuah rumah, tanah untuk bercucuk tanam dan, yang paling beliau sayangi, se ekor ayam jaguh.

Ayam jaguh Pak Kaduk amat gagah. Ia telah banyak kali memenangi perlawanan. Ayam ini amat disegani di gelanggang perlawanan. Ayam jaguh ini jugalah yang telah banyak memberi Pak Kaduk pelbagai harta kerana memenangi perlawanan laga ayam.

Begitu terkenal Pak Kaduk dan ayam jaguhnya sehingga sampai ke pengetahuan Raja, yang turut meminati aktiviti laga ayam dan mempunyai beberapa ayam jaguh sendiri. Raja begitu takjub dengan pelbagai berita yang beliau dengar mengenai kehebatan ayam jaguh Pak Kaduk dan berhasrat untuk melihat sendiri ayam jaguh berkenaan.

Untuk tujuan itu beliau pun bercadang untuk mengadakan pertandingan laga ayam peringkat kebangsaan dengan rancangan agar Pak Kaduk dan ayam jaguhnya menyertai pertandingan ini.

Berita mengenai pertandingan ayam laga yang dianjurkan oleh Raja tersebar ke merata negeri. Sehingga ia sampai ke pendengaran pak kaduk juga. Pak Kaduk amat gembira apabila mengetahuinya dan begitu bersemangat untuk menyertainya. Beliau tidak sabar menanti hari pertandingan. Sebagai persiapan, beliau melatih ayam jaguhnya dan menyediakan pakaian yang baik bagi menghadiri pertandingan berkenaan.

Tibalah hari pertandingan, Pak Kaduk berada di gelanggang pertandingan di awal-awal lagi. Pertandingan dimulakan, ayam jaguh pak kaduk menyertai perlawanan demi perlawanan. Ayam berkenaan memenangi ke semua pertandingan laga yang disertainya. Banyaklah ayam-ayam lain yang terkorban atau cedera disebabkan kegagahan ayam jaguh Pak Kaduk. Sehingga akhirnya hanya tinggal ayam Pak Kaduk dan ayam laga Raja bagi perlawanan akhir untuk menentukan johan keseluruhannya.

Raja telah melihat kebenaran kegagahan ayam Pak Kaduk. Beliau meyakini bahawa ayam laganya tidak mungkin dapat mengalahkan ayam Pak Kaduk. Beliau bimbang akan maruah dirinya di mata rakyat sekiranya ayam jaguh beliau dikalahkan oleh ayam jaguh Pak Kaduk, seorang rakyat biasa sahaja. Beliau juga merasa cemburu akan kehebatan ayam jaguh Pak Kaduk. Sebagai seorang raja, beliau berpandangan sepatutnya ayam jaguh segagah itu lebih layak dimiliki olehnya dari dimiliki oleh Pak Kaduk.
Beliau pun berfikir untuk mengadakan helah bagi mengelakkan kekalahan dan memliki ayam jaguh Pak Kaduk. Akhirnya beliau membuat satu perancangan. Bagi melaksanakan perancangannya beliau menjemput Pak Kaduk untuk menghadiri makan malam muhibah sehari sebelum perlawanan akhir dijalankan.

Pak Kaduk pun menghadiri makan malam berkenaan dengan penuh rasa bangga. Sebelum acara makan malam dimulakan, Raja berkata kepada Pak Kaduk “Pak Kaduk, esok ayam kamu dan ayam beta akan bertanding. Mahukah kamu bertaruh. Sekiranya ayam kamu menang beta akan kurniakan kamu sebidang tanah seluas tanah kamu sekarang ini berserta rumah baru. Tetapi jika kamu kalah, kamu harus menyerahkan tanah dan rumah kamu kepada beta dan kamu perlu berkhidmat untuk memelihara dan melatih ayam-ayam jaguh beta pula.” Pak Kaduk merasa gembira dengan tawaran berkenaan kerana beliau amat yakin akan kemampuan ayam jaguhnya untuk menang. Pak Kaduk terus sahaja bersetuju dengan taruhan itu.

Acara makan malam pun dimulakan dengan penuh kemeriahan. Pak Kaduk dilayan dengan penuh istimewa. Beliau menjamu selera dan menikmati minuman yang dihidangkan sehingga mabuk dan lupa diri.

Sebelum acara berakhir dan semua yang hadir kembali pulang. Raja sekali lagi berbicara dengan Pak kaduk “Wahai Pak kaduk! Sukakah kamu kalau negara kita ini menjadi makmur dan masyhur di seluruh ceruk rantau. Apabila negara ini dikenali, ramai orang akan datang berniaga ke sini. Negara kita akan makmur. Rakyat seperti kamu juga akan hidup senang.”

Pak Kaduk menjawab “Sudah pasti, tuanku. Lebih ramai orang datang ke sini. Lebih banyak pertandingan boleh hamba sertai. Hamba akan memenangi banyak pertandingan. Hamba akan mendapat lebih banyak hadiah. Hamba pun akan masyhur.” Pak Kaduk nampak bersemangat.

“Apakah kamu tidak mahu turut menyumbang dan berbakti bagi memasyhur dan memakmurkan negara kita ini”,  tanya Raja lagi.

“Sudah tentu hamba mahu, tuanku”, sahut Pak Kaduk, “Derhakalah hamba ini jika enggan turut bersama untuk memasyhur dan memakmurkan negara kita.”

Raja lalu mencadangkan “Bagaimana kalau dicadangkan agar ayam jaguh kamu dijadikan milik negara. Betapa akan tandingkan ayam berkenaan dengan ayam jaguh-ayam jaguh milik raja dan putera raja dari negara lain. Beta yakin ayam jaguh kamu akan menang. Dengan kemenangan itu, beta akan mendapat pelbagai hadiah untuk membangun negara. Negara kita akan masyhur. Beta akan namakan ayam jaguh kamu itu dengan nama kamu – si Kaduk. Maka nama kamu juga menjadi masyhur di seluruh rantau ini.” Pak Kaduk terdiam sebentar. Pak Kaduk amat menyayangi ayamnya tapi ia sukar menolak permintaan Raja kerana kata-katanya sendiri tadi dan kerana tidak mahu mengingkari Raja.”

Raja berkata lagi “Kamu pandai melatih dan menjaga ayam jaguh. Beta akan mengganti ayam kamu dengan ayam beta. Kamu boleh melatih ayam itu untuk menjadi jaguh yang lain. Tidakkah ini sebagai tanda kesetiaan kamu pada negara?? Kamu sudah tua. Kalau tidak begini, bagaimana dapat kamu buktikan kesetiaan dan memberi sumbangan pada negara ini. Negara kita kecil. Kita harus membesarkannya untuk menjadi gagah agar tidak mudah digugat oleh musuh dari luar.” Raja bercakap panjang kepada Pak Kaduk dengan menyinggung perasaan patriotisme Pak Kaduk.

“Setia…. Berbakti untuk negara…. Negara yang makmur..” terngiang-ngiang kata berkenaan di telinga Pak kaduk. “Ahhh…. pantang Melayu menderhaka” kata Pak Kaduk di dalam hati. Beliau lalu berkata “Baiklah tuanku, hamba bersedia untuk menyerahkan ayam hamba ini untuk negara.”
Raja sungguh gembira. Ia lalu menghadiahkan ayam jaguhnya kepada Pak Kaduk sebagai ganti. Majlis pun berakhir. Semua yang hadir pulang ke tempat masing-masing untuk pertandingan akhir ayam jaguh kebangsaan pada esok hari.

Pada keesokan harinya, orang ramai berduyun-duyun mendatangi gelanggang pertandingan untuk menyaksikan pertandingan akhir. Teriakan “Kaduk!…Kaduk!…Kaduk!…Hidup Kaduk!!!” bersahut-sahutan dan bergempita. Orang ramai berteriak ‘Kaduk!’ kerana menyokong Pak Kaduk. Hulubalang dan pembesar Raja juga berteriak ‘Kaduk!’ kerana menyokong ayam baru si Raja yang telah dinamakan si Kaduk.

Pak Kaduk sungguh berbesar hati mendengar namanya diteriak dan disorak oleh orang ramai. Ia begitu gembira sehingga lupa diri dan lupa segala-galanya. Ia terlupa akan taruhannya dengan Raja. Ia terlupa akan pertukaran ayamnya dengan ayam Raja.

Apabila pertandingan akan bermula, Pak Kaduk dan Raja perlu menyerahkan ayam jaguh masing-masing ditangannya kepada para petugas digelanggang untuk melagakan ayam jaguh berkenaan. Ayam kemudian dilepaskan. Maka berlagalah kedua ayam dengan sengitnya.

“Kaduk!…Kaduk!…Kaduk!…Hidup Kaduk!!!”, bergempita sorakan penyokong Pak Kaduk dan penyokong si Kaduk.

Mendengar teriakan ‘Kaduk!’ semakin bergema, Pak Kaduk semakin bersemangat dan lupa diri. Ia melihat ayam laga yang telah diserahkan kepada Raja melanyak ayam laga yang lain. Ia terlupa bahawa ayam itu bukan lagi miliknya. Sorakan ‘Kaduk…Kaduk’ mengelirukannya. Akhirnya, si Kaduk menang dalam pertandingan. Semua yang hadir bersorakan “Hidup Kaduk!!!….. Kaduk menang!!!” Hulubalang dan pembesar istana meneriak ‘Kaduk!!’ kerana menyokong Raja atas kemenangan ayam barunya si Kaduk. Rakyak meneriak Kaduk kerana menyangka Pak Kaduk memang menang. Mereka tidak tahu apa yang berlaku antara Pak Kaduk dan Raja.

Pak Kaduk berlonjak kegembiraan atas kemenangan ayam yang bukan lagi miliknya. Ia melonjak kegembiraan kerana namanya disorak dan diteriak oleh orang ramai. Begitu kuat lonjakannya sehingga beliau tidak menyedari bahagian belakang seluarnya terkoyak yang menampakkan punggongnya.
Orang ramai mula tertawa melihat gelagat Pak Kaduk. Pak Kaduk makin gembira kerana menyangka orang ramai gembira atas kejayaannya. Perbuatan beliau berlonjak dengan seluar yang koyak berterusan sehingga beliau diejek oleh seorang budak “Pak Kaduk seluar koyak…Pak Kaduk seluar koyak!!”
Pak Kaduk lalu memeriksa seluarnya. Beliau merasa sungguh malu. Begitu malu, beliau berlari ke hutan untuk bersembunyi dari orang ramai.

Setelah beberapa hari barulah beliau secara bersembunyi kembali ke rumahnya. Malangnya tanah dan rumahnya telah dirampas oleh Raja. Barulah beliau teringat akan perjanjiannya dengan Raja.

Jiran-jirannya yang baru mengetahui kisah sebenar Pak Kaduk mula bercerita.. “Hai Pak Kaduk… Menang bersorak tapi kampung tergadai…”
Sejak dari hari itu, Pak Kaduk lenyap tidak tahu ke mana. Dikhabarkan Pak Kaduk masih hidup sehingga hari ni.

Sesiapa yang  biasa menghadiri hari-hari perayaan, lihatlah di sekelilingnya. Orang tua-tua berkata, Pak Kaduk boleh dilihat dalam majlis sedemikian. Kalau nampak orang yang bersemangat berteriak “Kita Berjaya…. Kita Menang… Majulah kita..” sedangkan rumahnya tergadai, tanahnya hilang, maruah dan harga diri musnah, mungkin itulah Pak Kaduk atau keturunannya.


petikan: http://bm.harakahdaily.net/index.php/terbaik-dari-blog/10195-dulu-jutawan-peneroka-felda-kini-jutawan-fakir

4 Mei 2012

Adab menuntut ilmu

Al-Imam al-Ghazali menggariskan adab-adab di bawah agar diamalkan oleh seseorang penuntut ilmu.Perkara ini wajar diberi perhatian untuk mendapat keberkatan darinya.

1. Mengikhlaskan niat menuntut ilmu untuk mendapatkan keredhaan Allah.
2. Hendaklah bertaqwa kepada Allah setiap masa.
3. Menimbulkan rasa MuraqabatulLah dalam diri.
4. Bersifat Tawadhu’ dan tidak menyombongkan diri .
5. Melatih diri dengan sifat Qana’ah dan Zuhud.
6. Menghiasi diri dengan Kehormatan diri ( Al-Muru`ah ).
7. Menjauhi kemewahan tanpa keperluan.
8. Berpaling dari perkara sia-sia.
9. Bersikap lemah lembut.
10. Banyak melakukan Tafakkur dan Merenung.
11. Mempunyai prinsip yang tetap dalam kebenaran dan berjaga-jaga terhadap sesuatu berita yang diterima.
12. Memelihara kehormatan guru.
13. Mencatat ilmu yang diperolehi.
14. Beramal dengan apa yang dipelajari
15. Mendoakan kebaikan bagi gurunya.
16. Hindari teman yang merosakkan.
17. Bercita-cita tinggi.
18. Menjaga hafalan.
19. Amanah terhadap ilmu yang dipelajari.
20. Menguruskan masa dengan bijak.
21. Merujuk kitab-kitab yang lebih besar.
22. Sentiasa berdiskusi dengan hikmah.
23. Melakukan ulangkaji supaya tidak terlupa.
24. Mempelajari ilmu alat yang berkaitan dengan disiplin itu.
25. Menjauhi perkara syubhat.
26. Jauhi buruk sangka.
27. Jauhi orang yang melakukan bid’ah.
28. Hormati ahli ilmu yang dikenali dengan kebaikannya, muhasabahlah mereka dengan cara yang terbaik tanpa merendahkan mertabat mereka.
29. Jawablah “Saya tidak tahu” jika anda ditanya dalam perkara yang anda memang tidak tahu.
30. Jauhi bergurau yang berlebihan.

-dipetik dari Kitab Ihya` Ulumiddin Bab al-Ilm wa Fadhluh

3 Mei 2012

Rambut adakah aurat ?.

Telah menjadi suatu ijma' bagi kaum Muslimin di semua negara dan  di  setiap  masa  pada  semua  golongan  fuqaha, ulama, ahli-ahli hadis dan ahli tasawuf, bahwa  rambut  wanita  itu termasuk perhiasan yang wajib ditutup, tidak boleh dibuka di hadapan orang yang bukan muhrimnya kerana aia adalah aurat.

Adapun sanad  dan  dalil  dari  ijma'  tersebut  ialah  ayat Al-Qur'an:
 
"Katakanlah kepada wanita yang beriman, 'Hendaklah mereka menahan pandangannya, memelihara kemaluannya, dan janganlah menampakkan  perhiasannya, kecuali yang (biasa) tampak darinya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudung ke dadanya, ..." ( An-Nuur: 31).
 
Maka,  berdasarkan  ayat  di atas, Allah swt. telah melarang bagi  wanita  Mukminat  untuk  memperlihatkan  perhiasannya. Kecuali  yang  lahir  (biasa  tampak). Di antara para ulama, baik dahulu maupun sekarang, tidak ada yang mengatakan bahwa rambut  wanita  itu  termasuk  hal-hal  yang  lahir;  bahkan ulama-ulama yang  berpandangan  luas,  hal  itu  digolongkan perhiasan yang tidak tampak.

Dalam  tafsirnya,  Al-Qurthubi mengatakan, "Allah swt. telah melarang kepada kaum  wanita,  agar  dia  tidak  menampakkan perhiasannya   (keindahannya),  kecuali  kepada  orang-orang tertentu; atau perhiasan yang biasa tampak."

Ibnu Mas'ud berkata, "Perhiasan yang  lahir  (biasa  tampak) ialah   pakaian."  Ditambahkan  oleh  Ibnu  Jubair,  "Wajah" Ditambah pula oleh Sa'id Ibnu Jubair dan  Al-Auzai,  "Wajah, kedua tangan dan pakaian."

Ibnu  Abbas,  Qatadah  dan Al-Masuri Ibnu Makhramah berkata, "Perhiasan (keindahan) yang lahir itu ialah celak, perhiasan dan cincin termasuk dibolehkan (mubah)."

Ibnu Atiyah berkata, "Yang jelas bagi saya ialah yang sesuai dengan arti ayat tersebut, bahwa wanita diperintahkan  untuktidak  menampakkan  dirinya dalam keadaan berhias yang indah dan supaya berusaha  menutupi  hal  itu.  Perkecualian  pada bagian-bagian  yang  kiranya berat untuk menutupinya, karena darurat dan sukar, misalnya wajah dan tangan."

Berkata Al-Qurthubi, "Pandangan Ibnu  Atiyah  tersebut  baik sekali, karena biasanya wajah dan kedua tangan itu tampak di waktu biasa  dan  ketika  melakukan  amal  ibadat,  misalnya salat, ibadat haji dan sebagainya."

Hal  yang  demikian  ini sesuai dengan apa yang diriwayatkan oleh Abu Daud dari Aisyah r.a. bahwa ketika Asma' binti  Abu Bakar  r.a.  bertemu dengan Rasulullah saw, ketika itu Asma' sedang  mengenakan  pakaian  tipis,  lalu  Rasulullah   saw. memalingkan muka seraya bersabda:

"Wahai Asma'! Sesungguhnya, jika seorang wanita sudah sampai masa haid, maka tidak layak lagi bagi dirinya menampakkannya, kecuali ini ..." (beliau mengisyaratkan pada muka dan tangannya).

Dengan demikian, sabda Rasulullah saw. itu menunjukkan bahwa rambut  wanita   tidak   termasuk   perhiasan   yang   boleh ditampakkan, kecuali wajah dan tangan.

Allah  swt.  telah  memerintahkan  bagi  kaum wanita Mukmin, dalam  ayat  di  atas,  untuk  menutup  tempat-tempat   yang biasanya  terbuka  di  bagian dada. Arti Al-Khimar itu ialah "kain  untuk  menutup  kepala,"  sebagaimana   serban   bagi laki-laki,   sebagaimana  keterangan  para  ulama  dan  ahli tafsir. Hal ini (hadis  yang  menganjurkan  menutup  kepala) tidak terdapat pada hadis manapun.

Al-Qurthubi  berkata,  "Sebab  turunnya  ayat tersebut ialah bahwa pada masa itu kaum wanita jika menutup  kepala  dengan akhmirah  (kerudung), maka kerudung itu ditarik ke belakang, sehingga dada, leher dan telinganya  tidak  tertutup.  Maka, Allah swt. memerintahkan untuk menutup bagian mukanya, yaitu dada dan lainnya."

Dalam riwayat Al-Bukhari, bahwa Aisyah r.a.  telah  berkata, "Mudah-mudahan wanita yang berhijrah itu dirahmati Allah."

Ketika turun ayat tersebut, mereka segera merobek pakaiannya untuk menutupi apa yang terbuka.

Ketika Aisyah r.a. didatangi oleh Hafsah, kemenakannya, anak dari saudaranya yang bernama Abdurrahman r.a. dengan memakai kerudung (khamirah) yang tipis di  bagian  lehernya,  Aisyah r.a.   lalu   berkata,   "Ini   amat   tipis,   tidak  dapat menutupinya."

Petikan:Fatwa Al-Qardhawi 

Masjid Solatiah GR

http://picasion.com