Dikuasakan oleh Blogger.

About Me

Foto Saya
ipoh, perak
X KAGAT....?.

Blog Archive

SMS ampang ipoh 24 /6/ 11

gif webcam

DI SMA Chemor 13/5/12

pictures to gif

Di SMA Chemor

animated gif maker

Guru Pendidikan Islam Ulu Kinta Jun 13

http://picasion.com/i/1VkmT/

26 Mac 2010

STRATEGI MENDIDIK ISTERI


Suami sebagai pemimpin rumahtangga semestinya sentiasa kretif dalam mendidik isteri. Allah bekalkan kepada kita kaum lelaki kekuatan akal yang rasional? tidak terlalu emosional atau mudah didorong oleh perasaan. Lelaki tidak mudah tersinggung berbanding dengan wanita. Jika kekuatan akal ini dapat dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya, ditambah dengan kesabaran serta kekuatan jasmani untuk mencari nafkah keluarga, suami akan menjadi pelindung dan pendidik yang berwibawa. Firman Allah yang bermaksud:
"lelaki adalah pemimpin (pembela dan pelindung) bagi wanita, kerana Tuhan telah melebihkan yang satu dari yang lainnya, dan kerana suami telah menafkahkan sebahagian daripada hartanya."
Tercetusnya kebahagiaan rumahtangga ialah apabila suami dapat menggunakan kekuatan akalnya serta kesabaran dalam menghadapi kerenah dan ragam isteri - makhluk yang kuat perasaannya.
Secara mudah, bolehlah dikatakan lelaki adalah makhluk akal manakala wanita adalah makhluk rasa. Perasaan wanita terlalu mudah terusik dengan suasana dan keadaan sekeliling. Oleh itu dalam menghadapi wanita, lelaki hendaklah banyak menggunakan daya fikir. Kalau umpamanya isteri sedang berduka, suami perlu merancang untuk mewujudkan perasaan gembira di dada isteri. Di sinilah perlunya strategi dalam mendidik isteri.
Kaum wanita memang dibekalkan dengan sembilan nafsu dan akal berbanding dengan lelaki hanya satu nafsu dan sembilan akal. Nafsu yang dimaksudkan bukanlah nafsu seks semata-mata tetapi nafsu yang menyebabkan seseorang itu mudah tidak sabar, mudah prasangka, pemarah, pemboros dalam berbelanja, cepat tersinggung dan sebagainya. Pendekata, hasil dorongan nafsu itulah lahirnya pelbagai perasaan di dada wanita. Sebab itu dikatakan juga bahawa sembilan persepuluh daripada diri wanita itu ialah perasaan dan satu persepuluh saja pertimbangan akal. Atas dasar inilah wanita mesti dipandu atau dibimbing oleh lelaki agar segala tindak tanduknya tidak melulu ikut perasaan semata-mata.
Sembilan nafsu pada diri wanita boleh menyebabkan kerosakan pada masyarakat dan keruntuhan rumahtangga jika tidak dipagari dengan ilmu syariat. Mahu tidak mahu suami terpaksa belajar sedikit sebanyak ilmu untuk menundukkan wanita atau psikologi wanita serta memenuhkan dada dengan ilmu syariat. Barulan nanti dapat menggunakan kebijaksanaan dalam mendidik isteri sekalipun adakalanya menghadapi ragam isteri yang mencabar kesabaran kita.
Kebijaksanaan mesti disertai pula dengan kesabaran. Kedua-duanya mesti ada pada seorang suami. Kesabaran tanpa kebijaksanaan menyebabkan sumi menurut saja kemahuan isteri sehingga isteri besar kepala. Manakala kebijaksanaan tanpa kesabaran akan menyebabkan suami tewas dengan nafsunya sendiri sehingga bertindak ganas dan boleh membahayakan isteri. Maknanya, tanpa kesabaran seseorang itu hilang pertimbangan akal dan tidak dapat lagi melihat sesuatu persoalan dengan tenang. Jika kesabaran tidak ada pada diri, ia perlu diusahakan melalui latihan bepandukan ilmu tasauf.
Contoh bagaimana kesabaran boleh menundukkan nafsu wanita dapat dilihat pada satu kisah seorang perempuan tua yang suka mengganggu Rasulullah saw. Tatkala Rasulullah saw lalu di sebelah rumahnya dia akan membaling sampah kepada Rasulullah saw. Adakalanya dia menaburkan sampah dan serpihan kaca di sepanjang jalan yang akan dilalui oleh Rasulullah saw.
Bahkan pernah juga dia membaling najis semasa Rasulullah lalu di sebelah rumahnya. Tetapi sedikit pun tidak dipedulikan oleh baginda Rasulullah saw.
Suatu hari Rasulullah rasa pelik kerana perempuan tua itu tidak menghalangi lagi perjalanannya baik dengan serpihan kaca mahupun dengan sampah yang dibalingkan. Apabila pulang dari masjid, baginda bertanya jiran perempuan tersebut. Rupa-rupanya perempuan itu sakit. Lalu baginda naik ke rumahnya dengan tujuan untuk berziarah. Rasulullah bertanyakan khabar dan tolong memasakkan air untuk perempuan tua itu. Alangkah terkejutnya perempuan tersebut melihat akhlak Rasulullah sanggup menziarai dan membantunya tatkala dia sedang sakit. Akhirnya dengan sifat sabar Rasulullah menghadapi kerenah perempuan tua itu menyebabkan terbuka hatinya memeluk Islam.
Pada masa yang lain, pernah Rasulullah melintasi sekumpulan kaum perempuan, lalu baginda memberi salam. Tetapi tiada siapa pun yang menjawab salam baginda. Baginda memberi salam sekali lagi. Mereka masih diam juga. Akhirnya setelah tiga kali Rasulullah beri salam, barulah mereka menjawab salam baginda. Apabila ditanya mengapa mereka tidak menyahut salam yang pertama dan kedua mereka menjawab, "Kami sengaja mahu Rasulullah saw mendoakan untuk kami."
Begitu Rasulullah saw mendidik kaum wanita. Walaupun sesekali kesabaran baginda rasanya tercabar, tetapi Rasulullah masih dapat menunjukkan akhlak yang paling baik. Kadangkala apabila berhadapan dengan kaum perempuan yang pendek akalnya, kita kaum lelaki mudah naik angin. Memang tidak dinafikan ada masanya perempuan mengambil masa untuk memahami sesuatu perkara. Tetapi kita kaum lelaki mestilah menyedari hakikat bahawa kaum perempuan memang sediakala lemah pemikirannya. Oleh itu, kita kaum lelaki mestilah bersedia untuk mendidik isteri dengan penuh kasih sayang tanpa rasa jemu walaupun mengambil masa yang panjang.
Suatu ketika datang seorang perempuan berjumpa Rasulullah dan bertanya tentang mendi hadas. Rasulullah menjawab, "Ambillah sepotong kain perca yang sudah dikasturikan lalu berwuduk dengannya." Perempuan itu terpinga-pinga kerana tidak memahami keterangan Rasulullah. Lantas dia mengulangi lagi pertanyaannya, "Bagaimana saya hendak berwuduk dengan itu?" Sekali lagi Rasulullah mengulangi jawapan baginda. Tetapi perempuan yang bertanya masih belum memahaminya.
Lalu Rasulullah meminta kepada Siti Aisah supaya menerangkan kepada perempuan itu. Maka Siti Aishah pun berkata, "Ambil sepotong kapas yang bersih, lalu letakkan di tempat darah. Jika kapas itu tetap putih tanda haid sudah berhenti,"
Yang dimaksudkan dengan unsur kasih sayang dalam mendidik isteri bukanlah sekadar kata-kata asmara dana atau pujuk rayu. Tetapi ia lebih daripada itu. Sifat dan perwatakan suami itu sendiri hendaklah mempunyai ciri pengasih. Sekalipun jika dia seorang pemimpin.
Ada waktu-waktu yang tertentu apabila suami bersama isteri, kita hendaklah merendahkan sifat ego kita. Seperti mana yang dibuat oleh Rasulullah tatkala bersama Siti Aishah. Sewaktu Rasulullah dinikahkan dengan Siti Aishah, umur baginda 55 tahun manakala Siti Aishah baru enam tahun dan mereka bersama tatkala Siti Aishah berusia sembilan tahun. Semasa melayan Siti Aishah, ada masanya Rasulullah berlagak seperti kawan sepermainan. Siti Aishah diajak berlumba lari. Kadang-kadang Siti Aishah menang dan adakalanya Rasulullah menang dalam perlumbaan tersebut. Bermakna sewaktu bersama isteri adakalanya Rasulullah melayan kehendak isterinya tanpa menjatuhkan mertabatnya sebagai seorang suami yang wajib dihormati oleh isteri. Ini menunjukkan bahawa pada masa-masa tertentu suami mesti pandai memikat hati isteri asalkan tidak sampai terlalai hingga menurut saja segala kemahuan isteri. Di sinilah perlunya ketegasan seorang suami. Tegas dalam syariat dan tegas dalam perjuangan. Tegas tidak pula bermakna kasar atau garang cuma jangan sampai kerana hendak melayan kehendak isteri, syariat dan perjuangan terpaksa diketepikan.
Sebagai orang yang ditua-tuakan dalam sesebuah rumahtangga, suami berhak untuk mendidik dan menyelesaikan segala kekusutan fikiran isterinya. Oleh kerana wanita seringkali bertindak mengikut perasaannya, maka adakalanya apabila fikiran terganggu emosinya juga terikut sama. Tatkala itu kalau ada kesalahan suami walaupun kecil akan diungkit-ungkit lebih-lebih lagilah jika kesalahan itu dianggap besar, mulalah meluap-luap perasaan marahnya pada suami. Memang satu sifat yang agar sukar untuk dikawal ialah tatkala dia sedang marah. Kadang-kadang dia mengamuk macam ribut taufan lakunya (sebab itu kebanyakan nama ribut diambil dari nama perempuan umpamanya Taufan Lydia, Ariel, Angela dan lain-lain).
Bagaimana sepatutnya tindakan suami untuk mententeramkan isteri yang sedang dilanda ribut taufan ini? Seeloknya didiamkan saja dahulu sampai kemarahannya reda kemudian baru diterangkan dengan sejelas-jelasnya setiap perkara yang perlu diterangkan terutama yang menimbulkan prasangka isteri. Mengapa perlu diamkan saja orang yang sedang mengamuk? Kerana tatkala sedang marah syaitan sengaja meluap-luapkan perasaan marahnya. Kalau dijawab, bererti kita sengaja mencari pasal kerana berlawan dengan syaitan. Maka lebih baik didiamkan sahaja sehingga perasaan marahnya kendur. Ada kalanya demi keharmonian rumahtangga, ada perkara-perkara tertentu yang tidak sepatutnya diketahui oleh isteri. Kalau perlu disembunyikan dari pengetahuan isteri, sembunyikan sungguh-sungguh. Saya bukanlah menggalakkan suami mengambil kesempatan melakukan perkara yang sumbang dan berbuat dosa di belakang isteri. Tetapi jika perkara yang disembunyikan itu tidak bertentangan dengan syariat, memang ada baiknya disembunyikan. Mungkin ia berhubung dengan suatu perkara yang isteri masih sukar untuk menerimanya.
Hal ini pernah berlaku dalam rumahtangga Rasulullah saw. Suatu hari isteri-isteri datang menemui baginda dan Siti Aishah, yang mewakili mereka semua, bertanya, "Wahai Rasulullah, di antara isteri-isteri Rasulullah, yang manakah yang paling Rasulullah sayangi?" Rasulullah tersenyum mendengar pertanyaan itu. Rasulullah tidak terus menjawabnya. Bahkan baginda menyuruh kesemua isterinya pulang dahulu dan berjanji akan memberikan jawapannya kemudian.
Bagaimana harus dijawab kalau anda ditanya begitu oleh isteri-isteri anda? Memang tidak dinafikan perasaan kasih sayang itu tidak boleh diberi sama adil. Ini diakui oleh Allah. Tetapi suami mestilah pandai memainkan peranannya supaya jangan ada dikalangan isteri-isteri yang tersinggung perasaanya kerana mengetahui suami lebih sayang kepada isteri yang lain.
Berbalik kepada kisah tadi, maka seperti biasa Rasulullah saw mendatangi isteri-isterinya mengikut giliran masing-masing. Rasulullah sedikit pun tidak menyebut mengenai persoalan yang dikemukakan itu. Sebaliknya sebelum baginda meninggalkan isterinya, setiap seorang baginda hadiahi sebentuk cincin dan baginda berpesan agar mereka tidak memberitahu pada isteri-isteri yang lain. Pada hari yang telah ditetapkan Rasulullah saw menyuruh isteri-isterinya berkumpul kerana baginda hendak memberi jawapan kepada persoalan yang dikemukakan.
Maka berdebar-debarlah hati masing-masing untuk mengetahui siapakah di antara mereka yang paling disayangi oleh Rasulullah. Ada yang terasa pasti jawapannya Siti Aishah kerana beliaulah yang termuda di antara mereka. tetapi dengan kebijaksanaan Rasulullah, baginda pun berkata, "Isteri yang paling disayangi ialah mereka yang diberi cincin kepadanya." Maka tersenyumlah isteri-isteri Rasulullah kerana setiap seorang menyangka dia sahaja yang menerima cincin tersebut. Begitulah sepatutnya tindakan suami, pandai menyelesaikan kekusutan fikiran isteri.
Satu perkara lagi biasanya kaum perempuan suka berleter atau setengah orang kata macam mulut murai. Suami yang bijak akan berdiam dan tidak menjawab leteran isteri. Ini bukan bermakna suami mengalah, tetapi sebagai satu strategi. Ibarat orang sedang sakit gigi. Gigi yang sakit jangan terus dicabut kerana akan bertambah sakitnya. Hendaklah tunggu sehingga sakitnya berkurangan barulah dicabut. Maknanya isteri yang sedang berleter, jangan dinasihati. Hendaklah tunggu keadaannya menjadi kendur barulah boleh dinasihati. Dan nasihat itu mestilah kena pada tempatnya. Maka barulah diterima dan dirasakan seperti kepala yang disirami embun pagi pada kala panas terik. Rasulullah juga pernah berhadapan dengan kerenah perempuan yang suka berleter. Rasulullah tidak menjawab sepatah pun. Baginda memberi peluang kepada perempuan tersebut meluahkan ketidakpuasan hatinya. Apabila kesemuanya telah diluahkan, barulah baginda memberi penjelasan atau pun memaafkan saja dan melupakan perkara tersebut.
Tidak semua suami memiliki isteri yang banyak kerenah. Beruntunglah suami yang memiliki isteri yang sikapnya terlalu pangasih terhadap suami dan anak-anak. Perempuan begini rela mengorbankan seluruh jiwa dan raganya untuk kebahagiaan suami dan anak-anak. Dia akan bersikap sebagai penghibur, penyayang, pendorong dan pembantu kepada perjuangan suami sekiranya suaminya seorang pejuang atau pendakwah. Isteri begini bukan sahaja tidak membebankan suami dengan masalah-masalahnya bahkan dia akan berusaha untuk menyelesaikan masalah suaminya. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud:
"Barangsiapa memiliki isteri yang solehah maka sesungguhnya ia telah memiliki separuh dari agamanya."
Rasulullah juga bersabda yang bermaksud:
"Dunia adalah hiasan dan hiasan yang terbaik ialah memiliki isteri yang solehah."
Apabila wanita dapat dididik dengan betul maka ia dapat memberi kebaikan kepada seluruh umat kerana di tangan wanitalah penentu corak generasi akan datang. Kelembutan dan kehalusan belaian tangan wanita yang solehah akan membahagiakan seluruh isi alam.
Firman Allah swt, "Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar berada di dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, yang ingat-mengingati supaya mentaati kebenaran, dan yang ingat-mengingati dengan kesabaran." Surah Al-Ashr
Dari Abdullah bin 'Amr R. A, Rasulullah S. A. W bersabda: " Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."

25 Mac 2010

2 SEBAB KEJAYAAN BARAT


Pernah tak Anda terfikir, kenapa orang Barat ramai yang berjaya sedangkan mereka kebanyakannya bukan beragama Islam? Sebut saja nama-nama hebat seperti Edison, Napoleon Hill, Bill Gates, semua mereka mencapai tahap berjaya dalam bidang masing-masing.
Kenapa pula cuma sedikit orang Islam berjaya? Jika ada, boleh dikira berapa bilangannya sedangkan, umat Islam adalah umat terpilih dan mereka boleh minta apa saja yang mereka mahu melalui DOA, tapi kenapa cuma sedikit saja orang Islam yang benar-benar berjaya?
Dalam kalangan orang kita pun, cuma sedikit muslim yang benar-benar baik, berjaya dan cemerlang dalam bidangnya. Mengapa orang yang bukan Muslim, tak tahu pasal DOA dan tak tahu pasal keberkatan, dapat mencapai kejayaan dalam bidang mereka?
Semuanya disebabkan ILMU. Orang bukan Islam tahu apa yang kita orang Islam ni tak tahu. Mereka tahu perkara-perkara yang penting.
Selepas itu, mereka pastikan apa yang mereka mahu capai dan tak akan berganjak, tak akan berhenti berusaha selagi apa yang mereka matlamatkan tak tercapai.
Kita? Asyik berubah matlamat. Maka, cuma ILMU dan USAHA menjadi pembeza antara kejayaan orang Barat dengan orang kita.
Orang Barat sentiasa menggali ilmu, menemui pelbagai perkara baru melalui pengkajian dalam segenap aspek kehidupan - politik, ekonomi, sukan, kewangan, teknologi dan manusiawi. Seharusnya kita ikut jejak mereka, dalam masa yang sama kuat berdoa pada Allah, moga kita berjaya seperti mereka (mungkin hingga dapat mengatasi kejayaan mereka).
Terapkan dua faktor kejayaan mereka - ILMU dan USAHa. Mulai hari ini, tetapkan matlamat, gali banyak ilmu, kemudian rajinkan diri berusaha. Jadikan perkara lain satu gangguan semata-mata.

24 Mac 2010

BAGAIMANA MELATIH DIRI BERTENANG


Ada beberapa cara untuk melatih diri Anda bertenang sentiasa, bertenang ketika membuat kerja-kerja rumah (jika Anda suri rumah), bertenang ketika membuat kerja di tempat kerja, bertenang ketika mengulangkaji pelajaran.
1. Latih diri melalui kekerapan berdoa. Doa bukan sekadar selepas sembahyang, tapi ia juga boleh dilafazkan selalu di dalam hati.
Ambil masa beberapa saat, tutup mata, tenangkan jiwa lalu minta pada Allah supaya Anda hati Anda ditenangkan selalu, emosi Anda tenang selalu, Anda ditemukan dengan situasi-situasi yang sentiasa menenangkan.
2. Latih diri bertenang ketika sembahyang, selepas sembahyang dan ibadah-ibadah lainnya. Bekerja, belajar dan berniaga adalah salah satu bentuk ibadah. Cuba tenangkan diri selalu. Be in control. Latih diri Anda bertenang selalu ketika melakukannya, wujudkan keseronokan supaya fikiran Anda terfokus. Ada orang rajin menjaga sembahyang simply sebab dia seronok merasai ketenangan yang timbul ketika bersembahyang.
3. Latih diri bertenang dengan membuat latihan pernafasan. Ketenangan minda banyak dipengaruhi oleh pernafasan kita. Tarik nafas dalam kiraan 7 saat, tahan selama 3-5 lima saat (atau 7 saat) kemudian hembus perlahan-lahan dalam kiraan 7 saat juga. Lakukan banyak kali dalam sehari. Selain menenangkan, ia membuat fikiran Anda lebih positif kerana latihan pernafasan teratur membuang semua fikiran-fikiran negatif.
4. Jalani hidup dengan penuh kawalan pada emosi Anda, fikiran Anda, kata-kata Anda dan perbuatan Anda. Bila Anda latih diri untuk mengawal semuanya, Anda akan terdorong untuk bertenangan kerana hanya dengan ketenangan, Anda dapat mengawal emosi, fikiran dan kata-kata.

22 Mac 2010

DIMANA ULAMAK ?...


Memang ramai orang yang cerdik pandai bertaraf ulama', professor dan sebagainya. Tetapi tidak ramai yang berani bercakap benar dan berani menegakkan kebenaran. Terutama di akhir zaman ini ramai yang mementing 'fulus', kedudukan dan pangkat sehingga sanggup menutup mulut dan berdiam diri walaupun kemungkaran berlaku dihadapan mata.
Mereka inilah sebenarnya orang yang menyesatkan orang ramai kerana mereka dijadikan alasan mengapa orang jahil tidak mahu menerima kebenaran.
Orang jahil akan menjawab Ulama' dan ustaz itu pun sama je, 2 x 5 menyokong kemungkaran atau ulamak takut nak menegah kemungkaran didepan mata. Yes je…. engkau apa tahu. Itulah jawapan yang kita terima bila kita cuba berhujah dengan mereka.
Sebab itulah Allah amat murka kepada orang yang berilmu tetapi tidak  bercakap benar dan menutup kebenaran kerana kepentingan diri. Nanti hilang kedudukan pula…
Fikir-fikir, renung-renung sejenak....

21 Mac 2010

SUJUD


Beberapa perkara penting tentang sujud
Adakah lutut atau tangan yang perlu mencecah tanah terlebih dahulu semasa turun untuk sujud?
Terdapat perbezaan ijtihad ulama yang agak besar dalam mneliti kekuatan hadis dalam bab ini. Antara dua pandangan yang ketara perbezaannya ialah :
1. Turun tangan dahulu
Kumpulan ulama ini bersandarkan kepada hadis berikut :
“Nabi SAW meletakkan kedua-dua tangannya ke bumi sebelum dua lututnya.” (Hadis riwayat Ibn Khuzaimah, al-Dar Qutni dan al-Hakim, mengatakan sahih dan disokong oleh al-Zahabi)
"Apabila seseorang kamu sujud, maka janganlah kamu turun sebagaimana turunnya unta, hendaklah kamu meletakkan kedua-dua tanganmu sebelum lututmu.” (Hadis riwayat Abu Daud, al-Nasa’i dan Ahmad dengan sanad sahih)
Ulama yang menyokong meletakkan tangan dahulu ialah Imam malik, Imam al-Awza’ei dan salah satu pandangan Imam Ahmad dan ramai ahli hadis termasuk Nasiruddin al-Albani, telah sabit daripada perbuatan Ibn Umar r.a. dan beliau mengkhabarkan bahawa Rasulullah SAW telah melakukannya. Imam al-Bukhari juga berpandangan demikian, dalam sahih Bukhari 1/276 dalam bab ‘Yahwi bi Takbir Hina Yasjud’.
Syeikh Ahmad Syakir seorang ahli hadis kontemporari mentarjihkan hadis Abu Hurairah (letakkan tangan dahulu) kerana hadis qawli diutamakan daripada hadis fe’li.
2. Letak lutut dahulu
Ibn Qayyim menyebut bahawa Rasulullah SAW meletakkan kedua-dua lututnya dahulu sebelum tangannya, kemudian dahinya dan hidungnya. Ini ialah yang sahih, yang diriwayatkan oleh Syuraik bin Abdullah al-Nakha’ie, daripada ‘Asim bin Kulaib, daripada ayahnya, daripada Wail bin Hujr : “Aku telah melihat Rasulullah SAW apabila sujud, meletakkan kedua-dua lututnya sebelum tangannya, dan apabila bangkit mengangkat kedua-dua belah tangannya sebelum lutut.” (Hadis riwayat Abu Daud, al-Nasa’i, 2/207. Sahih oleh ibn Hibban)
Hadis Syuraik agak kurang kuat. Bagaimanapun, Syeikh Syu’aib Arnout berkata, majority ahli mu memakai hadis ini dan beramal dengannya. Imam Syafi’I dan mahzab Syafi’I mengutamakan lutut dahulu, demikian adalah pendapat majority ulama. Ibn Munzir berkata ia juga pandangan Umar al-Khattab, juga Sufyan al-Thawry, Ahmad, Ishak Rahawaih dan mazhab Hanafi.
Ibn Qayyim menguatkan hujahnya dengan menjelaskan bahawa unta apabila ingin turun, ia akan meletakkan tanganya dahulu, dan kakinya kekal berdiri, dan apabila ia bangkit, ia akan bangkit dengan kakinya dahulu. Inilah yang dilarang oleh Rasulullah SAW dan kita diperintah untuk menyalahi unta tadi dan sesiapa yang mengamati bagaimana unta turun atau duduk, ia akan tahu sesungguhnya hadis Wail adalah yang tepat.
Kesimpulan
Imam al-Nawawi berkata, “Tidak nyata pada pandanganku pendapat yang lebih kuat.” Majoroti mazhab berfatwa untuk mendahulukan lutut adalah sunah, kemudian tdahi dan hodung. Apabila ingin bangkit, tangan dahulu dan kemudian lutut.
Menurut UZAR, kedua-dua cara ini boleh diikuti terutamannya jika mempunyai lebih keyakinan dengan salah satu hujahnya. Pendapat UZAR lebih cenderung kepada pandangan menurunkan lutut terlebih dahulu.

20 Mac 2010

CEMBURU PROFESIONAL


Dari Abu Hurairah, Aisyah berkata : “Aku tidak pernah merasa cemburu kepada seorang wanita sebesar rasa cemburuku pada Khadijah. Aku tidak pernah melihatnya, tetapi Rasulullah sering menyebut dan mengingatnya". Ketika menyembelih seekor kambing, beliau selalu memotong sebagian dagingnya dan menghadiahkannya kepada sahabat-sahabat Khadijah. Aku pernah berkata kepada Rasulullah, ‘Seperti tidak ada wanita lain di dunia ini selain Khadijah’. Rasulullah menjawab, ‘Khadijah itu begini dan begitu, dan dari dialah aku memperoleh anak.’” (HR Bukhari, Muslim, Tirmidzi, dan Baghawi)
Subhanalloh, begitu detail Aisyah, istri rasululloh yang jelita menceritakan rasa cemburunya. Dan itu diungkapkannya kepada semua orang yang berniat mendengarkan kisah tauladan dan perasaan yang dialami Aisyah.
Bagaimanakah boleh seorang wanita menceritakan rasa cemburunya, kejadian demi kejadian yang secara jujur pasti menyakitkan dan membuat hati serasa teriris pisau. Namun Aisyah dengan cara yang sangat professional ternyata mampu mengatasi itu semua serta menceritakan semua kejadian dan perasaan yang dialaminya untuk dijadikan ibrah atau pelajaran bagi siapa saja yang mendengarkan bahkan sampai beratus tahun kemudian.
Aisyah akan terus bercerita tentang kisah hidup rumah tangganya berulang kali sampai sekarang, seakan-akan apa yang dialami oleh beliau baru beberapa hari yang lalu terjadi. Sehingga kitapun seakan hadir pada waktu peristiwa itu terjadi. Subhanalloh demikian indah beliau menggambarkan perasaannya yang secara fitrah pasti tidak enak, karena sikap profesionalnya yang dilandasi keimanan yang tinggi.
Ya, Aisyah demikian profesional dalam menjalankan tanggung jawab sebagai istri terdekat rasul yang meriwayatkan berbagai hadis, untuk dijadikan hikmah bagi umat. Aisyah mampu mengelola rasa cemburunya sehingga rasa cemburu itu dipastikan dengan indah sehingga menjadi cemburu yang profesional.
Sanggupkah kita memiliki cemburu yang profesional?. aitu cemburu namun tetap professional, tidak menyakiti diri sendiri, tidak keakanak-akanakan atau mencelakan orang lain  atau marah marah tidak ketahuan punca.
Mampukah kita mengelola rasa cemburu agar menjadi cemburu yang profesional, misalnya ketika kita mengalami cemburu yang sangat dahsyat disaat suami kita berpoligami atas dasar agama, memperluaskan dakwah dan menolong keluarganya. Kita tetap tabah dan sabar dan tetap beribadah serta melakukan tugas sebagai istri dengan ikhlas secara profesional sehingga cemburu tidak mengganggu kerja dan ibadah kita. Selain itu cemburu juga harus tetap profesional bila suami kita diharuskan untuk berdakwah kemana-mana dan hanya terluang waktu sedikit saja untuk kita.
Ada pepatah yang mengatakan bukan berbahagi suami, tapi memang tidak sebagian suami, karena waktunya habis untuk yang lain selain kita aitu istri yang lain, dakwah, pekerjaan dan  sebagainya.
Ternyata hanya keimanan yang tinggilah yang mampu membuat kita memiliki kepandaian untuk mengelola rasa cemburu sehingga menjadi cemburu yang profesional. Hidup bunda Aisyah, darimulah aku terinspirasi untuk memiliki cemburu yang professional. Walau cemburu, tetap melakukan tugas dan tanggung jawab dengan baik tanpa terganggu oleh rasa cemburu itu.

17 Mac 2010

MANUSIA, MALAIKAT DAN SYAITAN


Manusia   - Eh, dah subuh dah?
Malaikat - bangunlah wahai anak Adam, tunaikan  solat subuh mu ....
Syaitan   - Alahhhhhh, kejaplah,  ngantuk ini...awal lagi nie?.zzzzzzzz

Manusia  - Nak makan,  laparlah ??
Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan  Bismillah...
Syaitan    - Ahh, tak payahla... dah lapar ini !!  mmm..sedapnyaaaa? .

Manusia  - Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat    - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat..
Syaitan      - Ehh, panaslah, takde style langsung, nampak  kampung!!!

Manusia - Alamak, dah lewat!
Malaikat - Bersegeralah  wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat..
Syaitan     - Ahhh?awal  lagi?mmm..aaahh? suruh si X, punchkanlah?

Manusia  - Azan sudah  kedengaran.. .
Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan  kewajipan
Syaitan    - Baru pukul berapa.. rilex lah...awal lagi  nieii?.

Manusia - Eh, eh... tak boleh tengok ini, berdosa...
Malaikat  - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat  dan mengetahui !
Syaitan - Perggghh... best tu... . rugi ooo kalau tak tengok  nie..

Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat - Wahai anak  Adam, cegahla ia..
Syaitan     - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi  kain orang, lantaklahh? .
Manusia - Elok kalau aku sampaikan nasihat ini  kepada orang lain
Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihatil ah sesama  kamu..
Syaitan     - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa  susah2... pandai2lah?

Manusia - aku telah berdosa..
Malaikat -  Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu,sesungguhnya Allah Maha Pengampun.  .
Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat... lagipun  muda hanya sekali....rugila. .. (kalau sempatla)

Manusia - Kalau  pergi, mesti seronok!
Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke  jalan yang dimurkai Allah, berpalinglah dari jalan itu ...
Syaitan     - Jangan bimbang, tiada sesiapa yang  tahu...Jomlahhh?

Manusia ? Uuhhh?letihnya arini..tak solat lagi  nieee?.
Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA, kebahagiaan  di dunia dan akhirat untukmu. Solat itu wajib bagimu...
Syaitan - Hey anak  Adam, ikutilah aku,kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan diakhirat  (jangan mimpilah!) untukmu...

RENUNGAN: GADIS MELAMPAU MENERIMA PADAH


Menurut majalah MANAR ISLAM, pada suatu hari, seorang gadis   yang terpengaruh dengan cara hidup masyarakat Barat menaiki sebuah bas  mini untuk menuju ke destinasi di wilayah Iskandariah. Malangnya walau  pun tinggal dibumi yang terkenal dengan tradisi keislaman, pakaian  gadis tersebut sangat menjolok mata.
Bajunya agak nipis dan seksi  hampir terlihat segala yang patut disembunyikan bagi seorang perempuan dari  pandangan lelaki ajnabi atau mahramnya.Gadis itu dalam lingkungan 20 tahun.  Di dalam bas itu ada seorang tua yang dipenuhi uban menegurnya. 'Wahai  pemudi! Alangkah baiknya jika kamu berpakaian yang baik, yang sesuai dengan  ketimuran dan adat serta agama Islam kamu, itu lebih baik daripada kamu  berpakaian begini yang pastinya menjadi mangsa pandangan liar kaum  lelaki...' nasihat orang tua itu.
Namun, nasihat yang sangat bertetapan  dengan tuntutan agama itu dijawab oleh gadis itu dengan jawapan mengejek.  'Siapalah kamu hai orang tua? Apakah di tangan kamu ada anak kunci  syurga? Atau adakah kamu memiliki sejenis kuasa yang menentukan aku bakal  berada di syurga atau neraka?' Setelah menghamburkan kata-kata yang sangat  menghiris perasaan orang tua itu gadis itu tertawa mengejek panjang. Tidak  cukup setakat itu, si gadis lantas cuba memberikan telefon bimbitnya kepada orang tua tadi sambil melafazkan kata kata yang lebih dahsyat. 'Ambil  hanphone ku ini dan hubungilah Allah serta tolong tempahkan sebuah bilik di  neraka jahannam untukku,' katanya lagi lantas ketawa berdekah-dekah  tanpa mengetahui bahawasanya dia sedang mempertikaikan hukum Allah  dengan begitu biadab.
Orang tua tersebut sangat terkejut mendengar jawapan  dari si gadis manis. Sa yang wajahnya yang ayu tidak sama dengan  perilakunya yang buruk. Penumpang-penumpang yang lain turut terdiam ada yang  menggelengkan kepala kebingungan. Semua yang di dalam bas tidak menghiraukan  gadis yang masih muda i tu yang tidak menghormati hukum hakam itu dan  mereka tidak mahu menasihatinya kerana khuatir dia akan akan menghina  agama dengan lebih teruk lagi. Sepuluh minit kemudian bas pun tiba  perhentian.
Gadis seksi bermulut celupar tersebut di dapati tertidur di muka  pintu bas. Puas pemandu bas termasuk para penumpang yang lain  mengejutkannya tapi gadis tersebut tidak sedarkan diri.. Tiba tiba orang tua  tadi memeriksa nadi si gadis.. Sedetik kemudian dia menggelengkan  kepalanya. Gadis itu telah kembali menemui Tuhannya dalam keadaan yang  tidak disangka. Para penumpang menjadi cemas dengan berita yang  menggemparkan itu.
Dalam suasana kelam kabut itu, tiba tiba tubuh gadis itu  terjatuh ke pinggir jalan. Orang ramai segera berkejar untuk  menyelamatkan jenazah tersebut. Tapi sekali lagi mereka terkejut. Sesuatu   yang aneh menimpa jenazah yang terbujur kaku di jalan raya. Mayatnya menjadi  hitam seolah olah dibakar api. Dua tiga orang yang cuba mengangkat mayat  tersebut juga kehairanan kerana tangan mereka terasa panas dan  hampir melecur sebaik saja menyentuh tubuh si mayat.
Akhirnya mereka  memanggil pihak keselamatan menguruskan mayat itu. Begitulah kisah ngeri lagi  menyayat hati yang menimpa gadis malang tersebut. Apakah hasratnya menempah  sebuah bilik di neraka dimakbulkan Allah? Nauzubillah, sesungguhnya Allah itu  Maha Berkuasa di atas segala sesuatu. Sangat baik kita jadikan ikhtibar dan  pelajaran dengan kisah benar ini sebagai muslim sejati. Jangan sekali sekali  kita mempertikaikan hukum Allah dan mahupun sunnah RasulNya saw  dengan mempersendakan atau ejekan.
Kata kata seperti ajaran Islam tidak  sesuai lagi dengan arus kemodenan dunia hari ini atau sembah yang tidak akan  buat kita jadi kaya dan seumpamanya adalah kata kata yang sangat biadab dan  menghina Allah, pencipta seluruh alam. Ingatlah teman, kita boleh melupakan  kematian, tetapi kematian tetap akan terjadi bagi kita. Hanya masanya saja   yang akan mene ntukan bila kita akan kembali ke alam barzakh..  Janganlah menjadi orang yang bodoh, siapakah orang yang bodohitu? Mereka  itulah orang yang ingin melawan Tuhan Rabbul alamin. Apabila anda  enggan melaksanakan suruhan Tuhan bererti anda ingin melawan arahan  Tuhan. Sewaktu di sekolah anda tertakluk dengan undang-undang sekolah,  dalam pekerjaan anda tertakluk dengan undang-undang yang di lakar oleh  majikan anda, di dalam negeri anda tertakluk di bawah undang-undang negara  anda. Begitu taksub sekali anda terhadap undang-undang itu hingga  terlalu prihatin takut kalau melanggar undang-undang itu. Apabila anda  berpijak di bumi ini, anda juga tertakluk dengan undang-undang yang telah  di gubal oleh yang menjadikan bumi ini.
 Setiap Sultan ada taman  larangannya, begitu juga Allah swt. Taman laranganNya adalah perkara-perkara   yang telah diharamkan bagi hamba-hambaNya di muka bumi ini. Sama samalah kita  memohon agar Allah sentiasa memberi kita petunjuk di atas jalan yang benar  dan kekuatan agar sentiasa dapat menjaga lidah kita.

SIAPA DAJJAL


Al-Dajjal ialah ("Pembohong/ penyamar" ) adalah satu bentuk jahat dalam pandangan Islam, yang akan muncul sebelum (Hari Kebangkitan Semula)
"Dajjal" adalah kata Arab lazim, digunakan dalam kata "nabi palsu". Tetapi "Al-Dajjal" merujuk kepada "Si Penyamar", satu pembohong spesifik menjelang kiamat. Istilahnya adalah Al-Masih Ad-Dajjal (Bahasa Arab untuk "Si Masih Palsu")
Sifat-sifat al-Dajjal
Dajjal disebut dalam berbagai hadis.menguraikan sifat-sifat ad-Dajjal, seperti berikut (dimana lazimnya dipercayai oleh Muslim):
•   Bentuk fizikalnya berbentuk cacat, dan buta pada mata kirinya.
Mata kanannya boleh melihat tetapi ia akan jadi gelap (hitam). Dalam beberapa hadis dia hanya ada satu-mata. Dia akan menunggang keldai putih dimana setiap langkah sama dengan satu mil panjangnya, akan makan api dan menghembus asap, terbang di atas tanah dan menyeberangi laut.
•  Dia akan menipu para mukminin & mukminat, mengajar mereka yakni syurga(maksudnya Neraka) dan sebaliknya.
•   Huruf Arab "Kaf" "Faa" "Raa" (kafir, bermakna "kufur") akan muncul pada dahinya dan akan mudah oleh Muslim yang bisa membaca ataupun buta huruf.
•   Dia boleh melihat dan mendengar berbagai benda di banyak tempat pada waktu yang sama.
•   Dia mempunyai kuasa untuk mengelirukan manusia.
•   Dia akan cuba meletakkan manusia pada takhta Tuhan.
•   Suatu hari pada musim kemarau, dia akan bertanya: apakah kau mahu api atau air?
Jika anda memilih air itu bermakna yang anda minta adalah api, manakala jika anda minta api yang diberikan ialah air. Kamu akan di berikan air jika kamu mengakui Dajjal adalah tuhan dan kamu murtad dari agama Allah. Tetapi apabila kamu lebih memilih Api tetapi tetap berada di jalan Allah kamu akan di bunuhnya, menurut salah satu Hadis "Insya Allah, kamu mati syahid karana tetap berada di jalan Allah sehingga ajal menjemputmu" .
•   Dia akan mendakwa diri sebagai Tuhan dan akan menipu manusia dalam berfikir yakni dia telah bangun dari kematian. Salah satu orang khusus akan dia bunuh dan kemudian dia akan kini menghidupkan dia, sesudah itu Allah akan menghidupkan dia. Dia takkan mempunyai kuasa ini lagi. Pada sumber lain (menurut kepada seri Akhirat oleh Anwar al-Awlaki), seorang lelaki beriman akan datang dari Madinah terus ke Dajjal, berdiri pada atas Uhud, dan dengan beraninya mendakwa Dajjal adalah Dajjal. Dajjal kemudian akan bertanya: "Adakah anda akan percaya pada saya (yakni saya adalah tuhan) jika saya bunuh anda dan kemudian menghidupkan anda?". Dajjal akan melakukan sedemikian dan selepas penghidupannya lelaki beriman akan berkata bahwa dia semakin tidak percaya ketuhanan Dajjal.
•   Barang siapa yang menolak dan enggan percaya dengannya akan menderita kemarau dan kelaparan, barang siapa yang menerimanya akan hidup dalam kehidupan senang.
•   Setengah tradisi Islam mengaitkan yakni dia akan muncul pada Kota Isfahan
•   Dia tidak boleh  memasuki Makkah atau Madinah karena sudah dijaga malaikat
•   Imam Mahdi akan menentangnya dengan nama Islam.
•   Dia akan dibunuh oleh Nabi Isa a.s. (Yesus) dekat pagar Ludd, di mana Israel yang sekarang ini.
Perlindungan dari Dajjal
Nabi Muhammad s.a.w. mengingatkan para pengikutnya untuk membaca dan menghafal sepuluh ayat pertama dari Surat Al Kahfi sebagai perlindungan dari Dajjal, dan kalau boleh berlindung di kota Madinah karena dajjal tidak akan pernah boleh masuk kota tersebut yang dijaga oleh para malaikat. Dia juga mengingatkan para pengikutnya untuk berdoa, "Ya Allah! Aku berlindung dengan-Mu dari musibah Dajjal." Dia juga menyatakan tidak ada musibah yang lebih hebat daripada Dajjal sejak penciptaan Nabi Adam a.s. hingga Hari Kebangkitan.

ASAL-USUL DAJJAL


Dajjal adalah seorang manusia dari keturunan Yahudi. Dia bukan Jin atau apa jua makhluk lain selain ia sebagai manusia yg ditangguhkan ajalnya “Minal Munzharin” seperti halnya Nabi Isa as yg di angkat oleh Allah swt ke atas langit dan ditangguhkan kematiannya sehingga beliau nantinya turun semula ke atas muka bumi ini lalu beliau akan mati dan di kuburkan di Madinah AlMunawwarah. Sama juga halnya dgn Nabi Khidhir, para malaikat dan Iblis yg di tangguhkan kematian sehingga kiamat nanti.
Dajjal; ayahnya seorang yg tinggi dan gemuk. Hidungnya seperti Paruh burung (kebiasaannya orang Yahudi memang berhidung sebegini). Sedangkan Ibunya pula seorang perempuan gemuk dan banyak dagingnya. Menurut Imam Al Barzanji ada pendapat mengatakan bahawa asal keturunan bapanya ialah seorang Dukun Yahudi yg di kenali dgn “syaqq” manakala ibunya adalah dari bangsa Jin. Ia hidup di zaman Nabi Sulaiman a.s dan mempunyai hubungan dengan makhluk halus. Lalu oleh Nabi Sulaiman ia akhirnya ditangkap dan dimasukkan ke dalam penjara. Walau bagaimanapun kelahiran dan kehidupan masa kecil tidak diketahui dgn jelas.
Sifat Badannya
Hadis Huzaifah r.a katanya: Rasulullah s.a.w. telah bersabda: Dajjal ialah orang yang buta sebelah matanya iaitu sebelah kiri, lebat (panjang) rambutnya serta dia mempunyai Syurga dan Neraka. Nerakanya itu merupakan Syurga dan Syurganya pula ialah Neraka (Hadis Sahih Muslim)
Ada beberapa ciri perawakan Dajjal yg disebutkan dalam Hadis Rasulullah S.a.w, diantaranya: Seorang yg kelihatannya masih muda, berbadan besar dan agak kemerah-merahan, rambutnya kerinting dan tebal. Kelihatan dari belakang seolah-olah dahan kayu yg rimbun.
Dan tandanya yg paling ketara sekali ada dua;
Pertama: Buta mata kirinya dan kelihatan seperti buah kismis yg kecut, manakala mata kanannya tertonjol keluar kehijau-hijauan berkelip-kelip laksana bintang. Jadi kedua-dua matanya adalah cacat.
Kedua: Tertulis didahinya tulisan “Kafir (Kaf-Fa-Ra)”. Tulisan ini dapat dibaca oleh setiap org Islam, sama ada ia pandai membaca atau tidak. Mengikut hadis riwayat At-Thabrani, kedua-dua tanda ini menjelma dalam diri Dajjal setelah ia mengaku sebagai Tuhan. Adapun sebelum itu, kedua-dua tanda yang terakhir ini belum ada pada dirinya.
Dan selanjutnya kita dapat mengetahuinya dari kisah Tamim Ad Dari yang telah bertemu dengan Dajjal itu di sebuah pulau..
Tempat Tinggalnya Sekarang
Menurut riwayat yg sahih yg disebutkan dalam kitab “Shahih Muslim”, bahawa Dajjal itu sudah wujud sejak beberapa lama. Ia dirantai di sebuah pulau dan ditunggu oleh seekor binatang yg bernama “Al-Jassasah”. Terdapat hadis panjang mengenainya. Daripada Hadis ini jelaslah bagi kita bahawa Dajjal itu telah ada dan ia menunggu masa yg diizinkan oleh Allah swt utk keluar menjelajah permukaan bumi ini dan tempat “transitnya” itu ialah di sebelah Timur bukan di Barat.
Ada pendapat mengatakan sekarang Dajjal tinggal di kerajaan iblis dan jin di Segitiga Bermuda dan selalu keluar dengan menaiki kenderaan piring terbang yang dikenali umum sebagai UFO dan sentiasa berurusan dengan pemimpin-pemimpin besar dunia. Akhir-akhir ini, pernah juga kelihatan piring-piring terbang UFO ini muncul di bandar Vatican (pusat Katolik dunia), Rome, Italy.
Berapa lama ia akan hidup setelah kemunculannya
Dajjal akan hidup setelah ia memulakan cabarannya kepada umat ini, selama empat puluh hari sahaja. Namun begitu, hari pertamanya adalah sama dgn setahun dan hari kedua sama dengan sebulan dan ketiga sama dengan satu minggu dan hari-hari baki lagi sama seperti hari-hari biasa. Jadi keseluruhan masa Dajjal membuat fitnah dan kerosakan itu ialah 14 bulan dan 14 hari. Dalam Hadis riwayat Muslim ada disebutkan:
Kami bertanya: “Wahai Rasulullah! Berapa lamakah ia akan tinggal di muka bumi ini? Nabi saw, menjawab: Ia akan tinggal selama empat puluh hari. Hari yg pertama seperti setahun dan hari berikutnya seperti sebulan dan hari ketiga seperti seminggu. Kemudian hari yg masih tinggal lagi (iaitu 37 hari) adalah sama seperti hari kamu yg biasa.
Lalu kami bertanya lagi: Wahai Rasulullah saw! Di hari yg panjang seperti setahun itu, apakah cukup bagi kami hanya sembahyang sehari sahaja (iaitu 5 waktu sahaja). Nabi saw menjawab: Tidak cukup. Kamu mesti mengira hari itu dgn menentukan kadar yg bersesuaian bagi setiap sembahyang..”

Maksud sabda Rasulullah S.a. w, ini ialah supaya kita mengira jam yg berlalu pada hari itu. Bukan mengikut perjalanan matahari seperti biasanya kita lakukan. Misalnya sudah berlalu tujuh jam selepas sembahyang Subuh pada hari itu maka masuklah waktu sembahyang Zohor, maka hendaklah kita sembahyang Zohor, dan apabila ia telah berlalu selepas sembahyang Zohor itu tiga jam setengah misalnya, maka masuklah waktu Asar, maka wajib kita sembahyang Asar. Begitulah seterusnya waktu Sembahyang Maghrib, Isyak dan Subuh seterusnya hingga habis hari yg panjang itu sama panjangnya dgn masa satu tahun dan bilangan sembahyang pun pada sehari itu sebanyak bilangan sembahyang setahun yg kita lakukan. Begitu juga pada hari Kedua dan ketiga.

15 Mac 2010

susu kambing


Dalam keperitan panas mentari, kelihatan 3 susuk tubuh dalam perjalanan ke satu destinasi. wanita yang menghuni khemah itu sedang setia menanti kepulangan suami untuk rezeki mereka pada hari itu, yang ada bersamanya hanya seekor kambing betina tua yang kurus dan kekeringan susu.
Tatkala menjawab salam daripada 3 insan pengembara itu, dia menjawab tiada apa yang mampu dihidangkan kepada mereka kerana sang suami yang dinanti masih belum kunjung tiba. namun, dia berbesar hati menyediakan tempat untuk mereka menumpang berteduh buat sementara waktu bagi menghilangkan lelah sebelum perjalanan yang jauh diteruskan kembali. Kedengaran suara meminta izin dari wanita itu agar dapat sekiranya memberi mereka sejenis bekas dan apa yang boleh diguna untuk diperah susu daripada kambing betina tua itu..
Wanita itu terperanjat tetapi tetap menghulurkan bejana dari kulit sambil mengatakan yang kambing itu dah tua dan telah lama kekeringan susu apatah lagi keadaan mereka di padang pasir yang membuatkan kambing itu kurus kering.
Namun, itulah keajaibannya. apa yang tidak diketahui wanita itu adalah tetamunya itu bukanlah sembarangan orang tetapi Baginda adalah Rasul Junjungan Mulia, Muhammad Rasulullah dan sahabat-sahabatnya.
Rasulullah saw menggunakan tangan baginda yang mulia itu lalu mula memerah susu kambing. Bukan sahaja susu memenuhi bejana malah, kambing betina itu terus terusan mengeluarkan susu setiap kali diperah. Wanita itu sungguh kagum dan tidak putus-putus mengucapkan terima kasih  kepada para tetamunya yang kemudian meneruskan kembali perjalanan mereka.
Apabila suaminya pulang, tidak hentinya kisah itu diulang dan suami yang gembira itu menyatakan itulah Muhammad yang kisahnya didengar dari pekan dan semakin ramai pengikutnya.
Itu adalah satu daripada banyak lagi kisah Nabi tercinta dengan minuman kegemarannya, susu kambing. Sebenarnya, sesuatu yang sunnah itu banyak sekali fadilat dan manfaatnya, kerana rasulullah saw adalah insan terbaik pilihan Allah yang ditulis dalam al-Quran sebagai role model atau contoh ikutan yang baik untuk sekelian umat manusia. "Dan tidak Kami utuskan engkau wahai Muhammad meliankan untuk membawa rahmat ke seluruh alam". .
Wallahu a'lam....

SENYUM KAMBING... ?.

Cuba lihat kambing, sentiasa tersenyum kan? tenang tak hati?
Senyuman membahagiakan baik yang memberi mahupun yang menerima. Orang yang mudah tersenyum, sihat tubuh badan dan seterusnya membentuk karektor yang terpuji. Itu jugalah antara khasiat minum susu kambing dan makan daging kambing, daging yang sihat kerana sifat kambing yang mudah tersenyum.
Kalau ditanya mengapa anak-anak zaman kini walau bijak tetapi sombong dan degil, mungkin salah satu jawabannya adalah kerana banyak disogokkan dengan susu lembu, ehh.. minum susu lembu, kita bawa karektor lembu sebab DNA lembu tidak terurai. Jadi, tidak hairanlah anak-anak zaman sekarang tinggi IQnya tapi rendah ESQ. Apa pepatah melayu kata tentang lembu? B—- macam lembu. Masyaallah..na'uzubillah.
Nak diet? juga amalkan minum susu kambing dan makan daging kambing.
Sukar merasa diri dikasihi? juga jawabannya pada susu kambing dan daging kambing. Di bawah ini saya masukkan sedikit maklumat tentang kambing.
Kambing sering dikaitkan dengan penyakit darah tinggi. Tetapi hakikat sebenarnya banyak sungguh manfaat, khasiat dan kesan daripada kambing sama ada memakan dagingnya, minum susunya atau digembala sehingga ia digelar terapi kambing. Salah satu bahan yang terdapat dalam darah yang menjadi punca kepada penyakit darah tinggi dan obesiti ialah kolestrol daripada sumber seperti berikut;
•Kolestrol daripada minyak tumbuhan seperti minyak sawit, minyak bunga matahari, minyak soya, minyak jagung dan sebagainya (kecuali minyak zaitun).
•Kolestrol daging lembu dan ayam.
•Kolestrol tepu daripada makanan laut (kecuali ikan) iaitu sotong, udang, ketam, kerang, siput.
•Kolestrol tepu daripada organ dalaman haiwan seperti hati, limpa, perut, usus, dan organ-organ lain seperti telinga, lidah, mata, dan sebagainya.
•Ikatan kolestrol yang terjadi daripada protein yang disaluti oleh kolestrol tumbuhan seperti keropok lekor, tauhu goreng, taugeh goreng, telur goreng (bahagian kuning telurnya) dan sebagainya.
•Ikatan kolestrol yang terjadi daripada protein yang disaluti oleh sodium (garam pengawit) seperti daging burger atau daging di restoran makanan segera.
•Ikatan kolestrol yang terjadi daripada protein yang disaluti Vitamin C seperti daging yang diperah limau atau mengambil herba chitosan (herba slimming) atau kuah laksa yang diperah limau atau amalan meminum jus oren setelah mengambil makanan tinggi protein.
•Ikatan kolestrol yang terjadi daripada protein yang disaluti karbon seperti ikan bakar, sate atau daging panggang.
•Daging kambing tidak memiliki protein yang tinggi, oleh itu ia terkecuali daripada membentuk sebarang ikatan kolestrol akibat amalan pemakanan seperti yang dinyatakan di atas. Lalu, ia sangat baik sebagai pengurai kolesterol.
•Ikatan kolestrol tepu boleh dicegah sekiranya terdapat Omega 3 di dalam darah, tetapi Omega 3 tidak mampu mengurai kolestrol yang telah terbentuk. Hanya ikatan hidrogen dan karbon (kolestrol lembut) sahaja yang boleh menguraikan ikatan hidrogen dan karbon (kolestrol kasar). Oleh itu, kolestrol yang terbentuk dalam badan tidak boleh diurai dengan sebarang bahan melainkan ia hanya boleh diurai dengan kolestrol kambing sahaja. kerana hanya kambing yang mempunyai kolesterol tetapi kolesterolnya adalah kolesterol pengurai.
Vitamin C dan chitosan yang digunakan untuk menyelaputi protein akan mengakibatkan pembentukan kolestrol yang lebih bahaya sekiranya ia diserap oleh darah. Kandungan kolestrol tepu jenis ini sekiranya terdapat banyak dalam darah akan mengakibatkan masalah jantung. Uraikanlah kolesterol itu dengan kolestrol kambing.
Sodium(sejenis garam) yang digunakan untuk mengawit daging serta untuk menyedapkan rasa daging akan membentuk kolestrol tepu yang halus. Biasanya kaedah ini digunakan untuk membuat daging bUrger. Selain itu memakan makanan yang tinggi protein yang dicampurkan dengan perasa makanan seperti Mono Sodium Glitumat (MSG) juga akan membentuk kolestrol tepu yang sangat halus. Ia boleh dipam naik ke bahagian otak dan sekiranya tersekat, ia akan menyebabkan strok.
Pencegah Penyakit Darah Tinggi Dan Obesiti
Kolestrol kambing boleh menguraikan kolestrol dalam darah punca kepada penyakit darah tinggi. Kolestrol kambing yang menguraikan darah yang tercemar dengan kolestrol tepu akan menyebabkan isipadu darah meningkat. Pesakit darah tinggi yang mengambil daging kambing akan mengalami gejala penguraian akibat peningkatan isipadu darah seperti pening.
Walaupun daging kambing bertindak sebagai pengurai protein yang terbaik, tetapi pesakit darah tinggi yang tidak tahan dengan kesan pembongkaran penguraian ini dinasihatkan agar tidak mengambil daging kambing sebagai terapi. Tetapi bagi mereka yang tidak mengalami masalah tekanan darah tinggi dinasihatkan agar mengamalkan pemakanan daging kambing untuk mengelakkan penyakit darah tinggi.
Kolestrol yang gagal dicerna oleh hati akan disimpan dalam bentuk lemak di bawah permukaan kulit. Dalam jumlah yang banyak ia akan menyebabkan masalah obesiti (kegemukan). Pesakit obesiti yang mengambil daging kambing akan mengalami masalah tekanan darah yang tidak stabil dan turut mengalami pening kepala akibat kesan pembongkaran kolestrol tepu oleh kolestrol kambing. Selain itu, daging kambing akan membakar lemak yang berlebihan dalam badan. Kesan pembakaran lemak akan mengakibatkan gejala pembongkaran seperti panas badan, berpeluh dan telinga berdengung.
Namun, apabila diteruskan terapi kambing ini sehingga menjadi resonan, kita bukan sahaja sembuh malah karektor menjadi positif kembali kesan pembongkaran asid urik dan angin dari darah dan tubuh.
Mencantikkan Kulit
Dalam daging kambing turut terdapat Vitamin C semulajadi yang tidak teroksida. Vitamin C tidak teroksida amat penting untuk pembinaan dan ketahanan sel kulit. Vitamin C yang tidak teroksida akan menyeimbangkan dan mengurangkan bebanan fungsi hempedu dan mencantikkan kulit.
Pengambilan protein tinggi yang berlebihan akan menyebabkan ia tersimpan di bahagian bawah kulit akan mudah teroksida dan bertindak balas dengan sel kulit untuk membentuk tenaga. Proses ini akan menyebabkan kulit kelihatan hangus dan gelap sekiranya berjemur di bawah sinaran matahari. Vitamin C daripada daging kambing akan memberi lebih ketahanan terhadap kulit daripada bertindak balas terhadap protein yang terkena cahaya matahari.
Mengamalkan memakan daging kambing adalah salah satu cara semula jadi untuk mendapatkan kulit yang putih dan cantik.
Meningkatkan Rasa Kasih Sayang Dan Kegembiraan
Sistem darah berkaitan dengan kawasan Thalamus . Thalamus berfungsi menjaga kasih sayang. Sistem darah yang sihat dan kuat akan memastikan bahagian Thalamus juga kuat dan membantu mewujudkan perasaan kasih sayang.
Jantung yang menerima kolestrol daging kambing akan lebih lembut dan lancar pergerakannya. Jantung yang lembut akan mewujudkan perasaan yang gembira. Jantung yang lancar pergerakannya akan mudah tersentuh dan terpesona dengan sesuatu yang mengusik perasaannya. Oleh itu ia akan membahagiakan dan mewujudkan perasaan kecintaan.
Mereka yang mengamalkan memakan daging kambing dan minum susu kambing, akan merasa tenang dan gembira dan mudah merasa getaran kasih sayang. Sekiranya anda menghadapi masalah sukar merasai nikmat kasih sayang dan getaran kecintaan, silalah amalkan memakan daging kambing.
Sumber Penjanaan EQ (Emotional Quotient)
Selain kolestrol pengurai dan Vitamin C, kambing juga mempunyai mineral ringan yang amat baik untuk pembentukan sel hati, merangsang rembesan hormon daripada Kelenjar Pineal, Kelenjar Pitutary, Hati, Hempedu, Pankreas, Kelenjar Adrenal serta hormon pembiakkan ovari dan testis.
Tindak balas logam ringan terhadap keseimbangan hormon dalam badan akan membantu meningkatkan tahap kematangan dan penghayatan seseorang. Mengamalkan memakan daging dan meminum susu kambing akan menjadikan pemikiran bertambah pantas, tajam dan tahap ingatan meningkat. Ketika itu penghayatan dan kematangan akan terbentuk dengan mantap atau disebut emotional quotient EQ.
Sekiranya anda mahu anak-anak menjadi bijak insyaAllah, amalkanlah memakan daging kambing atau meminum susu kambing.
Antibiotik Semulajadi
Semua haiwan mengeluarkan peluh yang berbau. Bau ini sebenarnya ialah hormon yang betindak sebagai antibiotik untuk mencegah penyakit. Daging kambing tidak rosak walaupun tidak disimpan dalam peti sejuk kerana penghasilan hormon ini. Mengamalkan memakan daging kambing dapat menguatkan antibiotik semula jadi tubuh. Mereka yang kerap memakan daging kambing akan terhindar daripada penyakit berjangkitan seperti demam dan selsema.
Pengembala kambing tidak akan berbau badannya terutama di bahagian ketiak jika kerap berada di kandang kambing. Mereka yang mengalami masalah ketiak hangit boleh merawat penyakit tersebut dengan mencuba mengembala kambing.
Pengaruh Karektor
Setiap makanan yang kita makan tidak kira sama ada daging atau tumbuhan akan mempengaruhi karektor kerana di dalam makanan yang bersifat organik tersebut turut terdapat DNA dan RNA yang bersenyawa dengan sel tubuh badan kita untuk memberikan sesuatu manfaat dengan cara memindahkan maklumat diri kepada pemakannya.
Makanan dalam bentuk sayuran akan mempengaruhi sifat enzim manakala makanan dalam bentuk daging akan mempengaruhi sifat karektor organ. Contohnya cendawan yang bersifat parasit, bertindak menyerap tenaga yang tidak baik daripada badan seperti tenaga kanser. Tetapi mengambilan cendawan yang berlebihan akan menyebabkan badan menjadi letih kerana kita kehilangan tenaga. Contoh haiwan pula, misalnya sotong suka mengkaji dan mencuba perkara baru. Di dalam laut sotong bersifat suka mencuba dan kekuatan ingin tahu yang tinggi walaupun memahami ia seuatu yang mudarat. Mereka yang mengamalkan memakan sotong dalam jumlah yang banyak akan bersifat kuat ingin mencuba sesuatu yang tidak pernah dilakukan walaupun mengetahui ia bahaya. Contoh percubaan bahaya sotong ialah gemar meneroka atau masuk ke tempat baru, suka memakan umpan candat secara beramai-ramai. Contoh ayam ialah haiwan ini terlalu kuat cemburu, mengamalkan memakan daging ayam dengan kerap akan menjadikan diri kuat cemburu yang melulu. Daging khinzir pula adalah sebaliknya iaitu tidak tahu rasa cemburu atau malu. Pesakit diabitis atau kencing manis yang mengambil insulin (semua insulin berasal daripada insulin khinzir) sudah tidak ada rasa cemburu lagi, sedangkan ketika peringkat awal menghidap penyakit diabitis, tahap cemburunya amat melampau.
Karektor Kambing
Kambing mempunyai karektor seperti berikut;
1. Tegas.
2. Berpendirian.
3. Matang.
4. Berani kerana benar, berani menegakkan keadilan dan kebenaran.
5. Memahami arahan.
6. Gembira dan tahap kecintaan yang tinggi.
7. Tinggi EQ (emotional quotient).
8. Kadar instinct, intuisi, naluri dan gerak rasa yang tinggi.
9. Tersenyum.
Ketegasan kambing dapat dilihat dengan membuat percubaan menarik dan menolaknya. Contohnya kambing yang diikat lehernya dengan tali, apabila ditarik dia akan tegap dan mengundur untuk melawan tarikkan. Jika kita menolak badannya ke belakang, dia akan melawan dan seperti hendak mara ke hadapan. Jika kita berada di sisinya, cuba tolak ke tepi sebelah sana, dia akan rapat ke kita. Jika kita tarik ke arah kita, dia akan menjauhkan kita. Maksudnya apabila kambing berdiri, dia berdiri dengan tegap dan tegas.
Kambing hanya akan bergerak jika diberi arahan dengan ikhlas. Kita boleh arahkan kambing masuk atau keluar kandang, balik ke kandang, jangan makan pokok bunga atau tanaman orang lain, jangan merayau jauh-jauh dan sebagainya. Arahan perlulah berserta dengan hati yang ikhlas dan penuh kasih sayang, insyaAllah memelihara kambing amatlah menyeronokkan.
Dakwaan yang menyatakan mengembala kambing menguji kesabaran atau mendidik supaya menjadi seorang yang penyabar rasanya kurang tepat. Kenyataan yang tepat ialah mengembala kambing akan meningkatkan rasa kecintaan, kegembiraan, kepuasan dan penghayatan yang tinggi di samping menjana EQ yang tinggi. Pengalaman sebenar hanya dapat dirasai jika kita mengembala kambing itu sendiri.
Rahsia Janggut Dan Senyuman
Semua kambing berjanggut dan sentiasa tersenyum. Janggut mempunayi banyak rahsia. Salah satunya ialah janggut menyimpan rahsia persahabatan. Bermaksud, mereka yang berjanggut mempunyai kesetiaan dalam persahabatan yang tulus dan ikhlas, bersatu dan bekerjasama dalam kumpulan serta tidak mengkhianati sahabat.
Senyuman ialah rahsia konduktor (dalam bentuk gelombang visual boleh lihat) yang akan mengalirkan kalam hati melalui rasa kasih sayang. Aliran rasa kasih sayang ini akan melancarkan pematuhan gerakan tenaga dalam falsafah Hukum Keseimbangan.
Senyuman ialah satu ciri facial therapy yang akan merawat pelbagai penyakit. Oleh itu, kambing ialah sejenis haiwan yang mempunyai tahap kesihatan yang tinggi dan boleh membekalkan daging yang bersih dan selamat daripada sebarang jenis jangkitan.
Rawatan Penyakit Darah Tinggi
Pesakit darah tinggi dinasihatkan agar tetap mengambil kambing dalam proses merawat penyakit darah tinggi sebagai ketahanan tubuh untuk mengelakkan penyakit ini berulang kembali.
Minumlah susu kambing dan makan daging kambing untuk merawat diri dan membentuk peribadi terpuji.


14 Mac 2010

TAHAJJUD ?...

Teman Yang Berbahagia..
Malam sepertiga yang terakhir menympan segudang keajaiban yang dijanjikan oleh Allah Subhanahu Wa Ta'ala . Pada setiap malam turun senantiasa memenuhi semua permintaan hamba-hambaNya. Allah memberi maaf kepada siapapun hambaNya yang pada malam yang dingin mampu berdiri tegak dan bersujud menunaikan ibadah 'nafilah'  atau ibadah tambahan berupa sholat tahajud.
Sebagaimana sabda Nabi Muhammad, jika kita bangun karena mengingat Allah maka terlepaslah satu ikatan, jika berwudhu maka melepas satu ikatan lagi dan bila kemudian sholat maka melepas semua ikatan. Maka pagi harinya kita mendapatkan suntikan semangat kebahagiaan dari Allah Subhanahu Wa Ta'ala sehingga kebahagiaan ini mendatangkan manfaat nyata dalam kehidupan sehari-hari bagi orang yang menjalankan sholat tahajud aitu sifat kasih sayang, rendah hati dan tutur kata yang baik.  Sebagaimana Firman Allah Subhanahu Wa Ta'ala.
Dan Hamba-hamba Rabb Yang Maha Penyayang ialah orang-orang yang berjalan dimuka bumi dengan rendah hati dan apabila orang-orang yang jahil menyapa mereka, mereka menjawab dengan tutur kata yang baik. Dan orang yang melalui malam hari dengan bersujud dan berdiri untuk Rabb mereka.'(QS. al-Furqan:63- 64).

Masjid Solatiah GR

http://picasion.com