Dikuasakan oleh Blogger.

About Me

Foto Saya
ipoh, perak
X KAGAT....?.

Blog Archive

SMS ampang ipoh 24 /6/ 11

gif webcam

DI SMA Chemor 13/5/12

pictures to gif

Di SMA Chemor

animated gif maker

Guru Pendidikan Islam Ulu Kinta Jun 13

http://picasion.com/i/1VkmT/

27 Feb 2010

LEBIH BAIK DIAM

Daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, maka hendaklah ia berkata perkara yang baik atau diam. Dan sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Kemudian, maka hendaklah ia memuliakan jirannya. Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari kemudian maka hendaklah ia memuliakan tetamunya."(Mutafaq 'alaih)
Daripada Muaz bin Jabal r.a, berkata : " Khabarkan kepadaku suatu amalan yang membolehkan aku masuk ke dalam syurga dan menjauhkan aku dari neraka. "Jawab Nabi SAW : " Sebenarnya engkau telah bertanya suatu pekara yang besar, dan sesungguhnya amat mudah sekali bagi sesiapa yang dimudahkan oleh Allah Ta'ala, iaitu Hendaklah engkau menyembah Allah dan tidak menyekutukanNya dengan suatu yang lain. Engkau mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa sebulan Ramadhan dan mengerjakan haji ke Baitullah. "Kemudian Nabi bersabda lagi : " Mahukah engkau aku khabarkan pokok amalan, tiangnya dan kemuncaknya? "Aku menjawab : " Mahu, ya Rasulullah . " Sabda baginda : " Pokok amalan ialah Islam, tiangnya ialah sembahyang dan kemuncaknya ialah jihad. "Kemudian Nabi bersabda lagi : " Mahukah engkau aku khabarkan kunci kepada semua perkara ini ?"Aku menjawab : " Mahu, ya Rasulullah. " Lalu baginda memegang lidahnya seraya berkata : " Awas, jaga ini baik-baik."Aku bertanya : " Ya Rasulullah, adakah kami akan dituntut kerana berkata dengannya ? "Baginda lalu menjawab : " Dan tidak akan dicampakkan manusia ke atas muka mereka atau batang hidung mereka ke dalam neraka, melainkan hasil tutur bicara mereka. " (Riwayat Tirmizi)
Oleh itu, jagalah lidah kita supaya jangan bercakap perkara-perkara yang burok seperti mengumpat, berbohong atau memfitnah kerana amalan-amalan baik kita akan menjadi sia-sia sekiranya kita tidak menjaga "kunci" ke syurga, iaitu lidah kita.

BIASAKAN BUAT BAIK

Saudaraku, Jika manusia terbiasa melakukan dosa dan tidak bertaubat darinya, maka setan akan menguasai hati dan fikirannya sampai saat kematiannya.
Nabi saw pernah bersabda: "Barangsiapa mati dalam keadaan melakukan sesuatu, maka Alloh akan membangkitkannya dalam keadaan itu." (HR. Hakim)
Untuk itu, biasakanlah berbuat yang baik, agar kita diwafatkan dalam keadaan baik pula. Semoga kita diberi rezeki yang baik oleh Allah SNW. Amin


26 Feb 2010

ISTERI DEGIL ?. SALAH SIAPA?...

Para pengunjung blog tentu pernah membaca entry Isteri menumbuk dan memarahi suami dikhalayak ramai. JIka masih belum, elok baca dulu entry yang itu, sebelum menjamu selera mata ke entry kali ini. Seperti yang selalu saya katakan, suami itu adalah pemimpin rumahtangga dan bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku di dalam kerajaannya. Kali ini saya kongsikan satu lagi artikel oleh Dr Hj Juanda Jaya, yang menyatakan perkara yang sama.
Kita selalu membaca kisah masyarakat yang mana, suami pening dengan sikap isteri yang sering berubah-ubah. Kebiasaannya, isteri mula berubah bila hidup di alam rumahtangga itu semakin mencecah usia lima tahun, kadang-kala mereka mulai berubah kurang daripada usia itu. Semakin hari si isteri menjadi semakin degil, membangkang, sikapnya mula melawan dan kadang-kala tidak segan silu mulai meninggikan suara kepada suami. Boleh dikatakan agak normal jika tingkah lakunya begitu cuma sekali sekala, itu pun kerana mengalami dilanda perubahan hormon setiap bulan, tetapi jika si isteri sudah mula dilanda tsunami perubahan hormon secara drastik atau sebab penyakit yang mempengaruhinya emosinya, hemm… sudah tentulah ada yang tidak berapa kena!
Cuba semak apa yang sedang berlaku. Boleh jadi si isteri terlalu kerap ditinggal-tinggalka n kerana suami sering out station. [NB: Out station boleh jadi kerana kerja, mungkin saja out station ke rumah madu dua atau tiga...] Walau apapun alasan suami keluar out station, ini memberi peluang isterinya bergaul dengan rakan-rakan bermasalah, maka berjangkitlah penyakit ‘bawaan kawan’ ini. Suami pula sudah mulai tidak sabar dengan sikap isteri, ada kalanya si isteri sibuk dengan kegilaan abarunya iaitu membeli belah dan berhutang dengan along demi mengikut trend. Jika dinasihati dia melenting, anak-anak ditinggalkan hingga larut malam kerana mahu mencuba perniagaan baru. Contohnya.
Suami yang tidak tahan mula mengadu kepada ibunya, mak mertua dan kawan-kawan yang perihatin. MALANG sungguh, dia lupa kesilapan isteri itu sebenarnya amat berkait rapat dengan kelemahan dirinya sendiri. Sebenarnya, perkahwinan itu mula retak jika suami dan isteri tiada rasa bertanggungjawap ke atas pasangan masing-masing. Rasa bertanggungjawap ke atas pasangan ini amat penting untuk mempastikan kedua-duanya berjalan menuju ke arah yang satu.
Tanggungjawap bermakna suami mesti mendidik pasangan untuk bersatu hati, komited atas kerja membina keluarga bersama-sama, berbincang dan bermesyuarat dalam merancang masa depan, membahagi tugas dan peranan masing-masing tanpa diskriminasi dan manipulasi antara satu sama lain.
Tetapi bagaimana isteri mahu dibawa berbincang jika suami asyik membawa diri sendiri? Sibuk dengan kerja hingga lupa bagaimana untuk berkomunikasi mesra dengan isteri. Bila berjumpa hanya arahan saja yang kedengaran ataupun kata-kata menyalahkan isteri, cerewet melihat ketidak-sempurnaan layanan walaupun sebenarnya isteri telah bertungkus lumus untuk memberi ruang keselesaan. Lama-kelamaan isteri tidak puas hati, suami asyik mencari salah dirinya dan suami benar saja selama-lamanya.
Wajib menasihati
Di manakah sentuhan jiwa suami yang dulu pernah menjinakkan isteri? Jika dahulu semasa bercinta, pijak semut pun tak mati... bicaranya merintih seperti seekor pungguk yang memuja bulan purnama. Bergayut di talipon hingga habis kredit... Naik lenguh jari menggengam talipon dan naik panas telinga dek terkena serpihan haba bateri... Orang putih sebut, zaman 'butterfly tummy' .... Hemmm.... Setelah berumahtangga, jangankan bercakap lembut, mata suami pun tidak sempat algi memandang isteri. Kalau ADA hajat, barulah terhegeh-hegeh menyentuh-nyentuh isteri, dipujuk-pujuk padahal ketika itu isteri masih menyimpan marah dan langsung tiada mood untuk bermesra. Akhirnya aktiviti seksual yang sepatutnya menjadi ibadah yang boleh mengeratkan keintiman suami-isteri, dilakukan asal jalan saja tanpa keseronokan dan kepuasan.
Jika isteri memberontak, suami pun mudah saja mengata isteri degil dan suka melawan. Tetapi berapa ramai suami yang mengambil tindakan postif dengan mencari punca-punca kepada tindakan negatif si isteri? Tiada masa untuk berbincang sebagaimana dulu semasa baru berkenalan. Mangapa masa amat mencemburi mereka? Sibuk ke sana ke sini hingga tidak tersentuh insan yang paling ebrharga dalam hidup? Sebenarnya masalah isteri degil ini telah dinyatakan dalam al-Quran dan suami-suami yang beriman wajib menasihati isteri sebelum meulaukan atau emmukul tanpa mencederakannya.
Allah SWT berfirman dalam surah an-Nisaa’ ayat 34 yang bermaksud, “Perempuan-perempuan yang kamu khuatir akan nusyuz hendaklah kamu beri nasihat kepada mereka, tinggaljanlah mereka di tempat tidurnya atau pukullah mereka. Tetapi jika mereka mentaati kamu, maka janganlah kamu mencari-cari alasan utnuk menyusahkan mereka.”
Sentuhan jiwa
Tidak perlu pukulan, memaki dan memulau isteri, yang paling MUSTAHAK adalah kasih sayang dalam bentuk nasihat dan tunjuk ajar. Tapi jika masa berbual pun terhad, bagaimana pula hendak menunaikan tanggungjawap menasihati isteri?
Sebenarnya tidak susah mencairkan hati isteri, berbincang dan berbual panjanglah dengannya. Dengar rintihannya dan ajaklah dia memahami anda. Isteri pun manusia biasa yang boleh tenggelam oleh persekitaran negatif, bahkan diri anda pun tiada bezanya. Jadi bersabarlah jika mahu meluruskan tulang yang bengkok. Jika terkasar boleh patah tetapi jangan biarkan ia rosak.
Isteri adalah amanah Allah, bukan barang hak mutlak milik anda seorang. Lupakah anda pesanan Rasulullah SAW yang bermaksud, “Wahai manusia! Takutilah Allah SWT di dalam urusan yang berkaitan dengan wanita. Sesungguhnya kamu telah mengambil mereka sebagai amanah daripada Allah SWT dan mereka telah dihalalkan kepada kamu dengan kalimah Allah. Kamu mempunyai hak ke atas isteri kamu dan mereka pula mempunyai hak ke atas kamu.”
Anda disuruh menjaganya, bukan mempergunakannya sesuka hati. Sudah habis diguna, dibuang ke dalam tong sampah. Bila rosak dituduh tidak sempurna, tidak bermanafaat dan tidak membawa untung. Dia adalah amanah Allah SWT yang AKAN disoal ke atas setiap suami bagaimanakah mereka menjaga isteri, adakah ia sesuai menurut suruhan Allah dan Rasul-Nya. Rasulullah SAW bersabda kepada para suami yang bermaksud: “Pulanglah kepada keluarga kalian, berdiamlah, ajari dan bimbing mereka. Lakukan solat begini dan begini.” (Hadis Muttafaqun ‘alaih)
Begitulah sentuhan jiwa yang diperlukan isteri, kepimpinan suami menjejaki jalan yang sukar dilalui biarlah anda menggenggam tangannya menapaki kehidupan ini dengan sentuhan iman, kasih sayang, kelembutan dan nasihat yang tidak mencederakan hati isteri.
Bukan hanya solat, bahkan ajari dia mengenal Allah, berbuat baiklah seolah-olah tiada seorang pun yang pernah melayannya dengan lembut kecuali anda. Wanita fitrahnya inginkan kelembutan, jika ditengking bertambah degillah dia.
Renung-renungkan!

RENUNGAN: SAMBUTAN MAULIDUL RASUL


Tarikh 12 Robiul Awal setiap tahun merupakan tarikh yang disambut oleh umat Islam di seluruh dunmia bagi mengingati kelahiran Junjungan Besar Nabi Akhir Zaman, Muhammad s.a.w.. Ianya mengingatkan kita kepada sirah Nabi, perjuanganya menegakkan agama Islam dan halangan halangan yang terpaksa ditempuh oleh Kekasih Allah itu dalam memastikan Islam dijulang.
Umat Islam di dunia khususnya di negara ini, bulan ini adalah bulan paling sebok, bulan paling banyak ceramah, masjid masjid akan mengadakan sambutan Maulidul Rasul untuk menyatakan kecintaan kepada Rasulullah s.a.w.
Memperingati kelahiran Rasulullah dengan berbagai program, ada yang berarak, ada yang melakukan sambutan di tempat tertentu, ianya merupakan satu penghormatan kita terhadap Nabi Muhammasd s.a.w.
Namun satu yang perlu kita ingat, sekadar menyambut kelahiran Rasulullah sahaja tidak bermakna jika kita tidak mematuhi perintahnya, kita menghayati perjuangannya. Orang paling hebat menyambut kelahiran nabi Muhammad adalah bapa saudaranya, Abu Jahal.Dalam masa yang sama dia juga orang yang paling kuat menentang Nabi SAW.
Tetapi bila seruan Nabi mengajak mengesakan Allah, Abu Jahal orang yang paling hebat menentang Rasulullah.
Jadinya jangan ada di kalangan umat hari ini berperangai saperti Abu Jahal.
Abu Jahal Moden ramai di zaman ini, bila sambut Maulidur Rasul, dialah yang paling kedepan, malah suaranya yang paling kuat selawat ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad, tetapi dalam masa yang sama dialah orang paling kuat menentang Islam, menentang perjuangan Islam dan menentang Jemaah Islam yang memperjuangankan Islam.
Kita jangan jadi macam orang-orang tertentu sambut Maulidul Rasul. Mereka pentingkan perarakan dan sepanduk sahaja, tetapi tidak pula pentingkan sunah Rasul, tidak pula menghayati perjuangan Rasul, tidak pula menjadikan Rasul sebagai contoh terbaik dalam menerintah negara.
mereka hanya pentingkan perkara perkara yang kecil, sedangkan perkara yang besar saperti memerintah negara menurut Alquran dan Al Sunnah tidak dilakukan.
Jangan lebih pentingkan perayaan menyambut kelahiran Nabi Muhammad tetapi perjuangan Nabi tidak diambil iktibar, melihat kejayaan Nabi selaku ketua keluarga semata mata tetapi tidak pula melihat Nabi sebagai Ketua negara yang paling berjaya.
Jangan pentingkan musabaqah Alquran sahaja, tetapi  tidak pula berusaha pula untuk menjadikan hukum hukum dari Alquran sebagai peraturan negara. mereka buat banyak masjid, tetapi dalam masa yang sama jugalah luluskan kilang arak, memperbanyakkan lesen judi.
Jadi apa maknanya sambut Maulidul Rasul sedangkaN apa yang yang Allah dan Nabi perintah dan tegah, kita  tidak ikut dan tidak patuh dan  hanya bersifat `Samitna waataqna (kami dengar dan kami taat) sebaliknya bersifat `samitna waasaina'(kami dengar dan kami tidak patuh).
Kita jangan jadi saperti burung kakak tua atau burung tiong yang hanya pandai bertutur mengucapkan selamat tetapi tidak tahu apa yang diucapkan. Mereka  pun macam burung kakak tua atau burung tiong yang hanya pandai bercakap tentang Islam tetapi mereka sendiri tidak tahu melaksanakan apa yang mereka cakapkan.
Mereka  kata Islam itu Syamil,lengkap, tetapi mereka mengambil sebahagiannya sahaja dan tolak sebahagian. Boleh ke ambil sebahagian dan tolak sebahagian yang lain dari Alquran? Sedangkan Allah dan Rasulnya memerintah kita terima keseluruhan. Apakah kita hendak ikut ?. Fikir-fikir, renung dan ikutlah sunnah Nabi SAW
Semoga sambutan Maulidur Rasul kali ini kita dapat mengubah perpepsinya terhadap Islam, tidak ada lagi salah faham terhadap Islam. Islam itu memerintah bukan diperintah.

BERMADU

Bermadu, perkataan yang manis di mulut namun pedih di hati. Hanya mereka yang pernah melaluinya sahaja tahu kesukaran yang perlu dihadapi.
Ditanya pada setiap wanita pasti tidak mahu dan seboleh-bolehnya mengelak daripada berada dalam situasi tersebut.
Tidak kira sama ada menjadi isteri tua mahupun isteri muda. Kedua-duanya pasti akan merasai pahit dan maungnya bermadu.
Namun sebagai makhluk Tuhan, siapalah kita untuk menolak takdir Maha Pencipta, menepis qada dan qadar yang telah tertulis.
Walaupun cuba dielak dan ditepis, jika itulah takdirnya maka harus didepani dengan reda. Mungkin setiap yang berlaku pasti ada sebab dan musabab yang terselindung oleh-Nya kepada kita.
Menurut Perunding Motivasi Kaunseling, Hushim Salleh, wanita bermadu perlu mempunyai kekuatan yang tersendiri terutama bagi yang bergelar isteri muda.
“Wanita yang mengambil keputusan untuk menjadi isteri muda perlu mempunyai jati diri yang kuat serta sabar dalam menangani dugaan hidup.
“Hal ini penting dalam menangani suasana kehidupan yang normal seperti orang lain,” ujarnya ketika dihubungi baru-baru ini.
Bagaimanapun, semua tohmahan dan cemuhan itu tidak akan berlaku sekiranya suami boleh mengatasi permasalahan ini dengan aman tanpa menyakitkan hati di kedua-dua belah pihak.
Tegasnya, bagi mewujudkan perkahwinan yang bahagia biarpun hidup berpoligami, setiap isteri perlulah saling faham memahami dan hormat menghormati di antara satu sama lain.
“Bagi isteri tua, dia perlu bersabar biarpun hatinya remuk ekoran suaminya memiliki insan lain. Kesabaran adalah penting meneruskan hubungan rumah tangga.
“Sementara isteri muda pula perlu kuat dalam menghadapi dugaan hidup selepas memilih untuk meneruskan hubungan walaupun mengetahui lelaki tersebut sudah beristeri,” katanya.
Selain itu katanya, sebagai isteri kedua, perlulah membuatkan hati sentiasa sibuk. Jika ia dibiarkan kosong nanti yang duduk di dalamnya adalah iblis.
Sebenarnya, wanita kini sukakan lelaki yang matang dan sudah pasti ciri-ciri itu hanya ada pada lelaki yang berusia dan berpengalaman dalam rumah tangga.
Namun, faktor utama mengapa wanita sanggup menjadi isteri kedua adalah kerana kesunyian, kesepian dan juga faktor usia yang semakin matang.
Akuinya lagi, tidak salah bergelar isteri muda asalkan pandai membawa diri.
Dalam al-Quran, Allah SWT menjelaskan dalam firmannya yang bermaksud: ‘Kahwinlah kamu dengan perempuan baik bagi kamu, dua, tiga atau empat. Sekiranya kamu khuatir tidak dapat berlaku adil (terhadap mereka) cukuplah satu sahaja’- Surah al-Nisa’:3.
Berdasarkan pengertian ayat ini menunjukkan bahawa amalan bermadu merupakan satu cara hidup berumah tangga berasaskan landasan syariat yang menghendaki agar sentiasa wujud keharmonian hidup dalam keluarga.
Namun harus diingatkan, biarpun bergelar isteri kedua atau ketiga dan keempat, hak sebagai isteri tetap sama.
“Islam tidak membezakan isteri pertama, kedua atau sebagainya. Selagi dia bernikah secara sah, hak kesemua isteri adalah sama.
“Tidak ada bezanya, hak mereka juga sama. Cuma yang berbeza adalah status seseorang wanita itu selepas diijabkabulkan.
“Jika anak dara haknya lain manakala seorang janda haknya juga berbeza.
Bagaimanapun hak di sini bermakna bilangan hari selepas diijabkabul. Jika yang dikahwini itu adalah seorang dara maka bilangan hari bersama suami adalah tujuh hari berbanding pula status janda bilangan hari bersama suami adalah tiga hari,” jelasnya.
Namun dari segi tanggungjawab dan sebagainya, kata Hushim, hak isteri tetap sama .
Dalam mengamalkan permasalahan poligami, suami pula harus memainkan peranan seadil-adilnya terhadap kedua-dua isteri.
“Kecacatan poligami sebenarnya bukan dari segi prinsip tetapi lebih kepada perlaksanaan yang menyimpang daripada syariat .
“Ini terbukti daripada statistik menunjukkan bahawa 80 peratus pengadu yang mengadu mempunyai masalah rumah tangga adalah kaum Hawa, ini secara langsung membuktikan bahawa krisis rumah tangga berpunca daripada kelalaian kaum Adam,” jelasnya lagi.
Secara fitrah dan nalurinya, emosi isteri pertama sudah tentu akan terganggu akibat daripada berbahagi kasih.
“Oleh itu, peranan suami amat penting dalam membahagikan kasih sayang dan juga menjalankan tanggungjawab,” katanya serius.
Jelasnya, dalam menjalani cabaran kehidupan wanita yang bergelar isteri muda haruslah tabah mengharunginya.
“Lupakan kesedihan dengan banyak mengingati anugerah Allah yang dikurniakan kepada diri,” ujarnya.
Dalam pada itu, beliau memberitahu, nikmat Allah bukan sekadar harta semata-mata tetapi juga kebahagiaan dalam kehidupan seharian.
“Atasilah masalah hati dengan membuat aktiviti-aktiviti supaya sentiasa sibuk.
“Jika hati disakiti, carilah tempat selamat. Sibukkan diri dengan memanfaatkan setiap detik yang berlalu agar ia membuahkan pahala,” terangnya lagi.
Bagaimanapun jelasnya lagi, kebahagiaan rumah tangga itu bermula daripada hati dan juga tubuh badan yang sihat.“Jika hati sakit pastinya boleh menjejaskan kesihatan jasmani juga, hiduplah dengan dengan aktiviti yang bermanfaat . “Selain itu, tanamkan azam di dalam diri untuk atasi segala dugaan dan bersyukur apa yang ada, malah jalan yang paling penting mohon pada Yang Maha Esa supaya merestui perkahwinan itu ke jalan bahagia,” katanya.

25 Feb 2010

SALAH SIAPA ?.....

Hanya manusia yang tiada sifat perikemanusiaan saja mampu melakukan perbuatan kejam membuang bayi.
Apa yang tidak kena dengan masyarakat kita apabila bayi dibuang sesuka hati dan ia kian menjadi-jadi? Kes demi kes membabitkan insan tidak berdosa dan tidak mengerti apa-apa ini seolah-olah memberi gambaran masyarakat kita yang kononnya berbudaya, bertatasusila dan berbudi bahasa sebenar kejam serta tidak berperikemanusiaan.
Bagi masyarakat luar, tanggapan itu pasti terlekat diminda mereka apabila membaca kisah-kisah tragis membabitkan bayi yang baru lahir di negara ini.
Malah perbuatan kejam dan gila itu mudah sangat dilakukan. Bayi boleh dibuang di mana-mana. Dalam tandas sekolah, longkang, tong sampah dan depan masjid dan surau. Apa yang ditinggal mati dengan penuh siksa kerana kelaparan atau digigit haiwan dan serangga. Ada pula yang dibunuh sebelum dibuang. Malah ada yang dibakar.
Semua ini memberi gambaran betapa kejamnya segelintir rakyat Malaysia. Tetapi siapa yang harus dipersalahkan? Ke mana jari hendak dituding?
Adakah beban kesalahan ini perlu ditanggung oleh kerajaan semata-mata?
Hakikatnya gejala ini sukar dibendung. Ia boleh berlaku pada sesiapa sahaja. Anak sesiapa sahaja boleh terlibat dengan perbuatan keji ini. Membaca kenyataan itu mungkin ada yang 'singsing lengan' kurang setuju.
Jawapannya, tidak mustahil. Umum mengetahui seks bebas bukan lagi eksklusif kepada pekerja seks dan bohsia sahaja.
"Pelajar sekolah tanpa segan silu mengakui berpasangan. Bermula dengan pegang tangan, 'ringan-ringan' seterusnya bercium.
"Bagi mereka tidak ada dara bukan satu masalah sebab semua orang melakukannya, " kata Pengarah Pusat Bimbingan Remaja Puteri Raudhatus Sakinah, Rosmawati Zainal.
Jadi, tidak hairan majoriti gadis-gadis remaja seawal usia 13 tahun sudah melakukan seks kasual dengan pasangan mereka.
Lebih mengejutkan, ada yang mengakui pernah tidur dengan empat lelaki walaupun baru melangkah ke Tingkatan Satu. Jumlah itu meningkat kepada 20 lelaki walaupun gadis terbabit belum pun menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Menurut Rosmawati, rata-rata gadis remaja terlalu bergantung harap pada lelaki. Si lelaki pula menabur cinta demi mendapat habuan seks.
Bagi gadis itu pula, mereka menyerahkan segalanya atas dasar cinta sejati.
"Bila ditanya, dia enggan berkahwin dengan teman wanita yang hamil itu. Tidak kurang juga lelaki yang gembira teman wanita itu hamil kerana dapat kahwin percuma," katanya.
Antara punca gejala itu kata Rosmawati, mangsa terlalu mentah untuk memahami erti cinta yang sebenar dan risiko 'pengorbanan' mereka.
Mangsa kebodohan sendiri
Perkara ini diakui sendiri oleh mangsa bahawa mereka terperangkap kerana kebodohan sendiri. Mudah termakan pujuk rayu lelaki, sama ada dikenali atau tidak.
Pengakuan ini didedahkan melalui kompilasi kisah benar terbitan JIMedia keluaran dua tahun lalu. Ia membongkar pengalaman mangsa-mangsa hamil luar nikah yang menjalani pemulihan di Raudhatus Sakinah. Pusat ini dikendalikan oleh Biro Wanita Pertubuhan Jemaah Islah Malaysia (JIM).
Menerusi antologi bertajuk Ku Temui Jalan Pulang itu, ramai antara mangsa merupakan penuntut institusi pengajian tinggi (IPT). Ada yang daripada jurusan perubatan, undang-undang, ekonomi malah syariah. Lebih menyedihkan ada kalangan mangsa merupakan anak solehah yang tidak aktif bersosial apatah lagi bergaul bebas dengan lelaki, jauh sekali terbabit zina.
"Anak boleh menjadi malaikat di depan ibu bapa, tetapi bertukar corak apabila berada di luar. Seks bebas tidak semestinya melibatkan remaja rosak akhlak saja," katanya.
Dalam fikiran mereka hanyalah kebebasan yang selalunya diberikan oleh ibu bapa sendiri akibat beranggapan anak sudah besar dan pandai menjaga diri.
Mangsa juga tidak mempunyai pengetahuan mengenai hubungan seksual dan risiko yang bakal dihadapi seperti hamil.
Sebab itu tidak ada langkah pencegahan ketika melakukan hubungan seks. Apabila seks sudah jadi 'keperluan' sudah tentu terlalu sukar untuk ditinggal.
Pendekatan holistik
Disebabkan terlalu banyak faktor yang boleh menjurus kepada kerosakan akhlak, maka kesalahan tidak boleh diletakkan pada bahu anak-anak remaja ini sahaja.
Pengerusi Raudhatus Sakinah Selangor, Yusnani Abdul Hamid mendedahkan, apabila mengetahui anak gadis mereka hamil ibu bapa dengan mudah menyalahkan sekolah atau IPT.
Pihak sekolah dan IPT pula akan menuduh ibu bapa terlalu liberal sehingga tidak menyedari perubahan fizikal anak sendiri.
Wanita JIM berpandangan, pendekatan lebih pragmatik, serius dan holistik harus segera dilaksanakan dalam menangani isu seks bebas atau seks luar nikah yang menjurus kepada pembuangan bayi.
Justeru, pihaknya menekankan aspek pencegahan dan rawatan secara serentak. Semua pihak perlu terlibat dan memainkan peranan dalam proses ini bermula dengan ahli keluarga.
Di awal peringkat pemulihan Raudhatus Sakinah, ibu bapa si gadis dan teman lelaki (jika dapat dikenal pasti) akan dibawa masuk dalam sesi interaksi dan soal jawab agar semua jelas dengan permasalahan sebenar.
Ini membolehkan punca kejadian dikenal pasti. Sama ada bermula dari rumah atau sebaliknya sehingga mendorong remaja terbabit membelakangi keluarga dan sanggup mengorbankan masa depan sendiri.
Melalui cara itu, program pencegahan dirangka untuk memastikan remaja terbabit tidak lagi terjerumus dengan zina dan mampu kembali menjadi insan yang berguna kepada masyarakat.
"Tetapi ramai takut untuk menyertai masyarakat semula kerana bimbang tidak akan diterima disebabkan latar belakang hitam mereka.
"Hal ini melibatkan pula peranan masyarakat setempat yang tidak lagi boleh menghakimi atau melabel remaja rosak akhlak sebagai 'tidak berguna'," ujarnya.

24 Feb 2010

BILA ULAMAK BERGADUH...


Sudah berlaku hari ini, ada ulama saman sesama ulama.Ini petanda ulama zaman sekarang sudah hilang rasa taqwa. Bila Ulama tidak bertaqwa maka ia akan di kuasai nafsu nafsu.Apabila ulama sudah di kuasai nafsu maka kita dapat lihat munculnya sifat sifat berikut pada ulama:
1. sombong atau ego
2. ujub dan riak
3. hasad dengki
4. susah untuk menerima kebenaran dari orang lain
5. ingin berlawan terutama dengan sesama ulama
6. gunakan ilmu sebagai alat untuk kepentingan dunia, pangkat dan wang ringgit.
7. pemarah
8. ingin dihormati (gila puji)
9. suka hidup bermewah mewah
10. tidak merendah diri
11. tidak mahu merasa dirinya kurang
12. tidak bersedia untuk di tegur
13. suka menunjuk nunjuk pandai dan kehebatan.
14. mengampu pemerintah
ulamak sebagai pewaris nabi dan contoh kepada orang lain. seorang yang berilmu dan mulia.Ulama yang bertaqwa menggunakan ilmu untuk kepentingan Allah dan kehidupan di Akhirat, mudah melupa dan memaafkan kesilapan orang lain, tidak suka dihormati dan di puji kerana yang layak dipuji hanyalah Allah, dan zuhud serta warak.
Bila tidak ada ulama yang begini, maka umat seolah olah ketiadaan lampu.Tinggallah dalam gelap gelita.Tidak tahu halal haram, tidak kenal Quran dan Hadis, tidak kenal Allah dan alam akhirat, tidak pandai membezakan akhlak baik dan akhlak buruk, tidak faham apa yang boleh dan apa yang tidak boleh, juga yang baik dan yang tidak baik.Maka hidup mereka tidak menentu. Kadang ke Barat, kadang ke Timur, terlanggar sana terlanggar sini, terjunam ke lembah lembah, tersungkur di jalan dan macam macam kacau bilau lagi. Jarang dan mungkin tidak ada langsung yang selamat. Maka jadilah apa yang sedang terjadi hari ini. Umat Islam tidak bertaqwa dan tidak ikut Islam sepenuhnya, kadang kadang jadi macam Yahudi, macam Kristian, macam Hidnu, Buddha, dan macam macam lagi. Budaya dan tammaddun Islam tidak ada dan tidak dapat di bangunkan dan di perjuangkan. Yang ada ialah budaya campur aduk dan kacau bilau.

23 Feb 2010

KUBUR BERKATA-KATA

Dikisahkan bahawa sewaktu Fatimah r.a. meninggal dunia maka jenazahnya telah diusung oleh 4 orang, antara :-
1. Ali bin Abi Talib (suami Fatimah r.a)
2. Hasan (anak Fatima r.a)
3. Husin (anak Faimah r.a)
4. Abu Dzafrrin Al-Ghifary r.a
Sewaktu jenazah Fatimah r.a diletakkan di tepi kubur maka Abu Dzafrrin Al-Ghifary r.a berkata kepada kubur, "Wahai kubur, tahukah kamu jenazah siapakah yang kami bawakan kepada kamu ? Jenazah yang kami bawa ini adalah Siti Fatimah az-Zahra, anak Rasulullah s.a.w."
Maka berkata kubur, "Aku bukannya tempat bagi mereka yang berdarjat atau orang yang bernasab, adapun aku adalah tempat amal soleh, orang yang banyak amalnya maka dia akan selamat dariku, tetapi kalau orang itu tidak beramal soleh maka dia tidak akan terlepas dari aku (akan aku layan dia dengan seburuk-buruknya)."
Abu Laits as-Samarqandi berkata kalau seseorang itu hendak selamat dari siksa kubur hendaklah melazimkan empat perkara semuanya :
1. Hendaklah ia menjaga solatnya
2. Hendaklah dia bersedekah
3. Hendaklah dia membaca al-Quran
4. Hendaklah dia memperbanyakkan membaca tasbih kerana dengan memperbanyakkan membaca tasbih, ia akan dapat menyinari kubur dan melapangkannya.
Adapun empat perkara yang harus dijauhi ialah :-
1. Jangan berdusta
2. Jangan mengkhianat
3. Jangan mengadu-domba (jangan suka mencucuk sana cucuk sini)
4. Jangan kencing sambil berdiri
Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud: "Bersucilah kamu semua dari kencing, kerana sesungguhnya kebanyakan siksa kubur itu berpunca dari kencing."
Seseorang itu tidak dijamin akan terlepas dari segala macam siksaan dalam kubur, walaupun ia seorang alim ulama' atau seorang anak yang bapanya sangat dekat dengan Allah s.w.t.. Sebaliknya kubur itu tidak memandang adakah orang itu orang miskin, orang kaya, orang berkedudukan tinggi atau sebagainya, kubur akan melayan seseorang itu mengikut amal soleh yang telah dilakukan sewaktu hidupnya di dunia ini.
Jangan sekali-kali kita berfikir bahawa kita akan dapat menjawab setiap soalan yang dikemukakan oleh dua malaikat Mungkar dan Nakir dengan cara kita menghafal. Pada hari ini kalau kita berkata kepada saudara kita yang jahil takutlah kamu kepada Allah s.w.t. dan takutlah kamu kepada soalan yang akan dikemukakan ke atas kamu oleh malaikat Mungkar dan Nakir, maka mereka mungkin akan menjawab, "Ah mudah sahaja, aku boleh menghafal untuk menjawabnya."
Itu adalah kata-kata orang yang tidak berfikiran. Seseorang itu tidak akan dapat menjawab setiap soalan di alam kubur jikalau dia tidak mengamalkannya sebab yang akan menjawab ialah amalnya sendiri. Sekiranya dia rajin membaca al-Quran, maka al-Quran itu akan membelanya dan begitu juga seterusnya.

22 Feb 2010

ISTERI DAN ANAK RASULLULAH SAW...


Isteri-isteri Rasulullah :
1. Khadijah binti Khuwailid r.a.
2. Saudah binti Zum'ah r.a.
3. Aisyah binti Abu Bakar r.a.
4. Hafsah binti Omar Al-Khattab r.a.
5. Zainab bin Jahsyin r.a.
6. Zainab binti Khuzaimah r.a.
7. Ummu Salamah (Hindon binti Abi Umaiyah) r.a.
8. Ummu Habibah (Ramlah binti Abi Sufian) r.a.
9. Juwairiyah binti Al-Harith r.a.
10. Maimunah binti Al-Harith
11. Safiah binti Hoiyi bin Ahtab r.a.
12. Mariyah Al-Qibtiyah
Hanya seorang sahaja isteri Rasulullah yang gadis ketika berkahwin dengan baginda iaitu Aisyah binti Abu Bakar Al-Siddiq. Manakala yang lainnya adalah janda atau balu yang kematian suami.

Anak-anak Rasulullah dengan Khadijah :
1. Al-Qasim
2. Abdullah
3. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummu Kalthum
7. Fatimah
Anak Rasulullah dengan Mariyah Al-Qibtiyah :
Ibrahim
Dipetik dari buku soal jawab berkaitan Rasullulah:  Hj Ahmad bin Haji Awang

MATILAH DALAM ISLAM....


Membicarakan perihal kematian akan membuatkan kita terdiam sejenak, kelu dan hilang kata-kata sewaktu rancak berbicara.
Sesiapa sahaja yang sedang asyik ketawa dan berbicara tentang perihal dunia maka pastinya akan terdiam atau sekurangnya merasa kurang enak apabila kita berbicara tentang kematian.
Kematian
"(Dialah) yang menjadikan mati dan hidup, agar Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun". (Al-Mulk: 2).
Cubalah berbicara tentang meninggal dunia, mengingati orang-orang sekeliling kita yang telah pergi mengadap Allah, jasad yang kaku, hilang segala-galanya hubungan dengan kehidupan. Fikirkan pula tentang kubur, ruangan yang kecil, perlahan-lahan jasad diturunkan ke dalam lubang lalu ditimbus. Gelap gelita, sempit sehingga sesak nafas, apa masih bernafaskah ? Ruangan yang gelap dan kehidupan yang tidak pasti apa akan berlaku seterusnya di hadapan. Kehidupan lalu di dunia semuanya terputus dan hilang tanpa ada upaya kembali walau sesaat untuk menguruskan apa yang belum sempat.
Tiada masa dan tidak akan ada peluang untuk membetulkan kembali kesalahan lalu, apakah masih berpeluang merangkak keluar dari kubur dengan jasad yang sudah tiada nyawa, tiada darah mengalir, badan yang sejuk kaku dan lama-lama membusuk ?
Masih berpeluangkah merangkak keluar dan kembali ke dunia dan kembali ke sisi keluarga untuk mengucup pipi ibu dan ayah bagi melepas rindu ? atau memeluk isteri barang sekali dua melepas rasa dendam kasih atau mencium anak-anak dan mengusap wajah dan kepala mereka sekejap cuma ?
Punyai waktu lagikah untuk menguruskan beberapa kerja yang tertangguh yang belum sempat disiapkan disebabkan datangnya malaikat mencabut nyawa dengan begitu cepat tanpa sempat membuat persediaan dan tanpa pemberitahuan ?
"Tiap-tiap umat memiliki ajal (batas waktu); maka apabila telah datang waktunya, mereka tidak akan dapat mengundurkannya barang sesaatpun dan tidak dapat pula mempercepatkannya" . (al-A’raaf: 34).
Kematian datang secara tiba-tiba dan tiada sesiapa dari kalangan manusia yang tidak terkejut dengan mati kecuali orang yang benar-benar beriman dan berjuang di jalan Allah yang mengharapkan kematian kerana Allah swt. Kematian boleh berlaku dengan kemalangan, kecederaan atau sakit atau kadang-kadang tergempar dan tiba-tiba begitu sahaja. Maka hendaklah difahami bahawa tujuan hidup ini ialah beribadah dan melaksanakan satu misi khusus iaitu menjadi hamba dan beribadah kepada Allah swt sehingga mendapat redha-Nya dan memenuhi tanggungjawab kepada-Nya.
"Apakah manusia mengira, bahwa dia akan dibiarkan sia-sia?" (al-Qiyamah: 36)
Berkata Imam Syafi’i (ketika menafsirkan ayat ini): “Makna sia-sia adalah tanpa ada perintah, tanpa ada larangan.” (Tafsirul Quranul Karim, Ibnu Katsir, jilid 4, cet. Maktabah Darus Salam, 1413 H hal. 478) .
Ayat ini sudah dijawab oleh Allah swt dengan ayat yang lain apabila Allah menyebut :
"Dan tidaklah aku ciptakan jin dan manusia, kecuali untuk beribadah kepada-Ku." (adz-Dzariyat: 56).
Penciptaan manusia ini sememangnya untuk beribadah dan menjalankan kewajipan kepada Allah swt tanpa mempedulikan apa pandangan manusia dan penghinaan yang diterima. Seseorang yang akan mati maka tetap akan mati tetapi hendaklah berusaha mencapai kematian yang baik. Bagaimanakah kematian yang baik ? Apakah mati di atas tilam dalam pelukan isteri ? Mati di Mekah di dalam Ka'bah atau mati di dalam Masjid ? atau Mati di dalam loji najis atau mati di dalam Kereta kerana kemalangan atau di atas katil kerana sakit atau di atas jalan kerana ditembak oleh musuh Allah ??
Kematian yang baik ialah apa yang disebutkan oleh Allah swt di dalam kitab-Nya :
"Hai orang-orang yang beriman bertaqwalah kalian kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa kepada-Nya dan janganlah kalian mati melainkan kalian mati dalam keadaan Islam". (Ali Imran: 102).
Selama kematian itu dalam Islam dan kerana Islam maka tidakah mengapa keadaan mati itu kerana bukan cara mati itu baik digantung, ditembak, dibunuh, kemalangan itu yang menjadi perkiraan sebaliknya keadaan diri dan iman dan agama kita sewaktu mati itu yang menjadi nilaian Allah swt.

21 Feb 2010

PERINTAH MENDIRIKAN SOLAT


Keuzuran yang syar’ie yang membuatkan seseorang itu tidak berdosa ketika meninggalkan solat ialah gila, terlupa atau tertidur, dipaksa, sudah menunaikan solat secara jamak, ketakutan yang bersangatan kerana ancaman keadaan (seperti yang berlaku ketika peperangan khandak)
Adapun selainnya baik lelaki dan perempuan yang berakal, Islam, serta telah baligh maka baginya kewajipan yang ditetapkan supaya mendirikan solat.
“Sesungguhnya solat itu ialah satu ketentuan ke atas orang yang beriman dengan kewajipan yang ditentukan” (An-Nisa : 103).
Bersabda Nabi SAW :
“ Sesungguhnya antara (pembatas) seorang lelaki itu dengan syirik dan kufur ialah meninggalkan solat” (hadith sahih riwayat Muslim, Abu Daud, Nasaie).
Perintah menunaikan solat ialah satu kewajipan sehingga bagi yang sakit tidak terlepas dari kewajipan menunaikannya selama mempunyai akal apabila Islam memberi kelonggaran supaya harusnya menunaikan solat dengan keadaan duduk, berbaring dan bahkan dengan gerak isyarat mata atau sehingga jika tidak mampu cukup dengan lintasan hati selama ianya masih sedar dan berakal.
“Dan bertaqwalah kamu kepada Allah semampu kamu” (At-taghabun :16).
Juga sekiranya tiada air demi bersuci dan berwudhuk maka Islam membolehkan bertayamum mengunakan debu tanah yang berada di sekeliling dunia.
“ Apabila kamu tidak menemui air maka bertayammumlah dengan debu tanah yang suci..” (Al-maidah : 43)
Perbuatan meninggalkan solat ialah dosa besar dan termasuk salah satu di antara dosa yang boleh membawa kufur kepada pelakunya. Sekiranya ada sesiapa yang meninggalkan solat kerana mengingkari kewajipannya dan membenci perbuatan solat yang merupakan ibadah ini dan menganggap menyusahkan maka ianya tanpa syak kufur dan murtad dari agama Islam dengan ijmak ulama (Al-Majmuk m/s 16 Jilid 3, Hukum Meninggalkan Solat oleh Ibn Qayyim).
“Sesungguhnya solat itu ialah satu ketentuan ke atas orang yang beriman dengan kewajipan yang ditentukan” (An-Nisa : 103).
Adapun yang meninggalkan solat dengan sebab malas dan leka serta lalai kerana dunia dan dalam masa yang sama tidaklah menafikan kewajipan solat dan tidak pula bermaksud mengingkari perintah Allah maka baginya hukum fasiq dan munafiq namun masih tetap dianggap muslim dan dipelihara haknya sebagai muslim tetapi tetap wajar menerima hukuman dan teguran. Demikian mazhab As-Sauri , Abi Hanifah dan golongan Maliki serta Syafie dan Ahmad dari riwayat-riwayat lain yang darinya (lihat Mughni Muhtaj, Al-Majmuk dll).
Sekalipun mereka ini yang berpendapat tidak jatuh kafir bagi orang yang meninggalkan solat dengan sebab malas dan leka serta lalai namun para ulama ini tidak pula bermaksud mengambil pandang ringan kerana mereka tetap menetapkan perlaku dosa besar meninggalkan solat ini mesti dihukum dengan hukuman bunuh dan ini pendapat Maliki serta Syafie.
Adapun pendapat yang mengatakan mereka ini tidak dibunuh sebaliknya disebat dan dipenjara sehingga mati atau bertaubat nasuha dan ini pula ialah pendapat dari mazhab Az-Zuhri dan Ibn Musayyib serta Umar Ibn Abd Aziz dan Abu Hanifah dan Ibn Hazm.
Manakala sebahagian yang lain tetap mengkafirkan golongan ini yang meninggalkan solat tanpa uzur sekalipun tidak menolak kewajipan solat dengan menjatuhkan hukum kafir dan murtad dari Islam kerana meninggalkan solat yang merupakan rukun Islam dan mereka ialah mazhab Said ibn Jubair , Auzaie, Ibn Mubarak, Ishaq dan riwayat yang sahih dari Imam Ahmad dan salah satu qaul dari mazhab Syafie serta Ibn hazm dengan riwayat daripada Umar ibn Khatab , Muadz ibn Jabal dan Abd rahman ibn Auf serta Abi Hurairah dan selainnya dari sahabat rasulullah ra (lihat dalam Al-Insof, Majmuk Fatawa, Hukum Meninggalkan solat oleh Ibn Qayyim).
Pelbagai khilaf dan hujah serta dalil dalam masalah ini namun saya tidak berhajat memanjangkan bicara dalam masalah khilaf ini sebaliknya terus kepada isi pokok perbincangan iaitu tentang perihal qadha solat bagi yang meninggalkan solat tanpa uzur.
Ketahuilah baik salah satu diantara kedua kedudukan hukum golongan yang meninggalkan solat apakah kafir atau fasiq dan munafiq maka keduanya berdosa besar dan bukanlah ringan dan baik sebaliknya tercela dan dibenci dengan kemurkaan Allah swt.
Pendapat yang membolehkan dan mewajibkan qadha bagi yang meninggalkan solat ialah mazhab jumhur ulama daripada imam mazhab yang empat dan ianya dengan syarat hendaklah perlakunya yang meninggalkan solat tanpa uzur itu selain berqadha solatnya yang telah ditinggalkan maka hendaklah juga bertaubat dengan taubat nasuha atas dosa besarnya itu (lihat dalam Al-Majmuk, Al-Insof dll).
Bukanlah bermakna bolehnya qadha solat itu maka diri pembuat dosa boleh terselamat dan terampun dosa sebaliknya hanya usaha ikhtiar selain taubat nasuha bagi menebus kesalahan yang telah dilakukan.
Adapun pendapat selainnya yang mengatakan tiada qadha bagi solat yang ditinggalkan ialah pendapat Umar ibn Khattab dan ibn Umar serta Sa’ad ibn Abi Waqas dan Ibn Mas’ud ra, Ibn Sirrin , Ibn Hazm, dan juga pendapat daripada Syeikhul Islam ibn Taimiyyah ra serta jumlah besar dari salaf soleh yang lain.
“Sesungguhnya solat itu ialah satu ketentuan ke atas orang yang beriman dengan kewajipan yang ditentukan” (An-Nisa : 103).
Demikian jumlah besar menolak adanya qadha solat dengan dalil bahawa solat ini satu kewajipan yang dibuat hanya pada waktunya bukan diluar waktunya (lihat Al-Muhalla ibn Hazm, Majmuk Fatawa, Nailur Authar dll).
Dalam hal ini satu keputusan dapat diambil bahawa golongan yang menolak adanya qadha solat ialah kerana selain menetapkan solat dilaksanakan pada waktu khas dan jika selainnya tidak lagi dikira maka mereka juga mengkafirkan peninggal solat sehingga tiada guna menunaikan qadha lagi.
Keadaan ini dapat diselesaikan hanya apabila orang yang meninggalkan solat ini bertaubat dan kembali dengan taubat nasuha serta di sini mereka diwajibkan melakukan qadha.
“Wahai orang-orang yang beriman bertaubatlah kamu kepada Allah dengan taubat nasuha (yang sersungguh-sungguh) moga tuhanmu akan menghapuskan dosa-dosa kamu …” (At-Tahrim : 8).
Maka bagi yang bertaubat dengan taubat nasuha maka hendaklah dia mengulangi segala solat yang telah ditinggalkan dengan melakukan solat pada waktunya dan memperbanyakkan solat-solat sunat.
Ini berdasarkan kepada hadith rasul yang menyebut :
“Sesungguhnya yang paling awal akan dihisab di hari akhirat daripada amal perbuatan ialah solat dan sekiranya baik (solatnya) maka telah berjaya dan selamat dan sekiranya rosak (meninggalkan) solatnya maka gagal dan rugilah dia serta jika berkurang pahala dari solat wajibnya maka akan berkatalah tuhan yang Mulia dan tinggi : Lihatlah apakah hambaku ini ada melakukan solat sunat dan tampunglah apa yang kurang dari yang wajib dan kemudian jadikanlah seluruh amalannya seperti itu” (hadith sahih riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi dan Ibn Majah).
wallahualam

AL-QURAN - MOTIVASI ANDA

Caranya:
1. Bukak kitab suci Al-Quran secara rambang dan baca halaman pertama yang Anda buka. Biasakan membaca 1 halaman Al-Quran dalam sehari.
2. Selepas membaca, fahami maksud ayat yang Anda baca dengan merujuk pada tafsir Al-Quran. Ingat nama surah Al-Quran yang Anda baca tadi.
3. Kemudian ambil tafsir Al-Quran lalu cari ayat yang Anda baca. Fahami maksudnya. Fikirkan, hadamkan, ingat selalu. Anda akan mudah ingat maksud ayat Al-Quran yang Anda baca jika Anda membaca 1 halaman sehari. Minda kita senang mengingati perkara-perkara yang simple.
Bila dah biasa mengamalkan teknik ni lebih dari 3 kali dengan kerelaan hati didorong oleh NIAT untuk mencari cetusan motivasi dalam usaha nak mencapai kejayaan, Anda akan merasai getaran semangat yang luar biasa.Anda tiba-tiba berani. Anda tiba-tiba merasai kemahuan tinggi yang membuak-buak, panas menggelegak. Kemahuan itu mendorong Anda mahu berjaya dalam apa yang Anda usahakan sekarang ni.
Bila Anda lakukan secara istiqamah, kesannya jauh lebih mendalam dari membaca buku-buku motivasi biasa.

AMALAN MURAH REZEKI


Semua orang impikan rezeki yang banyak, mudah, berkat serta makmur, termasuklah saya. He.. he... Dalam pekerjaan kita seharian mencari rezeki, mestilah sentiasa niatkan dalam hati supaya Allah mengurniakan kita dengan rezeki yang halal, berkat, mudah serta luas. Terdapat amalan-amalan yang boleh menjadi sebab Allah melimpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.
Berdasarkan konsep rezeki yang telah diperkatakan, Allah memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat.
Di antaranya:
1. Menyempatkan diri beribadah
Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi: “Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.” (Hadis Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)
2. Memperbanyak istighfar
Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah, yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Rasulullah SAW : “Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah SWT akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)
3. Tinggalkan perbuatan dosa
Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Rasulullah SAW : “… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya.” (Hadis Riwayat at-Tirmizi)
4. Sentiasa ingat Allah SWT
Banyak ingat Allah SWT buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman. Firman-Nya: “...(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.” (Surah Ar-Ra’d, ayat 28)
5. Berbakti dan mendoakan ibu bapa
Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah SAW berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Rasulullah SAW juga bersabda: “Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya.” (Hadis Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)
Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Rasulullah SAW : “Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah) daripadanya.” (Hadis Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)
6. Berbuat baik dan menolong orang yang lemah
Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Rasulullah SAW : “Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu.” (Hadis Riwayat Bukhari)
7. Tunaikan hajat orang lain
Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Rasulullah SAW : “Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…” (Hadis Riwayat Muslim)
8. Banyak berselawat
Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a’lam.
9. Buat kebajikan banyak-banyak
Ibnu Abbas berkata: “Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.”
10. Berpagi-pagi
Menurut Rasulullah SAW, berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.
11. Menjalin silaturrahim
Rasulullah SAW bersabda : “Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya.” (Hadis Riwayat Bukhari)
12. Melazimi kekal berwuduk
Seorang Arab desa menemui Rasulullah SAW dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah SWT. Rasulullah SAW bersabda: “Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki.” (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)
13. Bersedekah
Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. Nabi SAW bersabda kepada Zubair bin al-Awwam: “Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.” (Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.)
14. Melazimi solat malam (tahajud)
Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah.
15. Melazimi solat Dhuha
Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah dalam hadis qudsi: “Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.” (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)
16. Bersyukur kepada Allah
Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah. Lawannya adalah kufur nikmat. Allah berfirman: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras." (Surah Ibrahim, ayat 7)
Firman-Nya lagi: “… dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.” (Surah ali-Imran, ayat 145)
17. Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu
Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma’ul husna selain menenangkan, menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.
Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki.
Salah satu nama Allah, al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca “Ya Allah ya Fattah” berulang-ulang, diiringi doa: “Ya Allah, bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya 'Alim.” Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a’lam.
18. Berdoa
Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah, penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.
19. Berikhtiar sehabisnya
Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim)
Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas. Misalnya, hendak tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya.
20. Bertawakal
Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah. Firman-Nya: “Barang siapa bertawakal kepada Allah, nescaya Allah mencukupkan (keperluannya) .” (Surah at-Thalaq, ayat 3)
Nabi SAW bersabda: “Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.” (Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a.)
Kesemua yang disebut di atas adalah amalan-amalan yang membawa kepada takwa. Dengan takwa, Allah akan beri “jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan) , dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya.” (Surah at-Talaq, ayat 2-3)
Pendek kata, bagi orang Islam, untuk murah rezeki dalam ertikata yang sebenarnya, kuncinya adalah buat amalan-amalan takwa. Amalan-amalan ini menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah, lalu Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.
Renung-renungkan dan marilah kita sama-sama beramal. Mudah-mudahan Allah SWT melimpah-ruahkan rezeki-Nya kepada kita. Amiin.

20 Feb 2010

KITA DI ZAMAN MANA ?....

Ini adalah sebuah hadith, yang menceritakan keadaan kita kini.
Rasulullah SAW pernah bersabda mafhumnya:
"Seluruh manusia akan mengelilingi kamu (umat Islam) bagaikan yang kebulur mengelilingi hidangan makanan.
Lalu seorang sahabat bertanya: Adakah kerana bilangan kami pada waktu itu sedikit, wahai Rasulullah?
Jawab Baginda: Tidak, bahkan bilangan kamu amat ramai laksana buih di lautan. Allah akan mencabut gerun daripada hati musuh terhadap kehebatan kamu dan menyematkan dalam hati kamu dengan perasaan al wahan.
Lantas sahabat bertanya lagi: Ya Rasulullah! Apakah yang dimaksudkan dengan al wahan itu? Ujar Baginda: Al-wahan ialah cintakan dunia dan takutkan mati."
(Hadis riwayat Abu Daud dan Ahmad)

19 Feb 2010

ISTERI TAK HORMAT SUAMI. APA KE HEE...NYA.


Suami adalah ketua dan pemimpin keluarga, maka wajar sekali dia dihormati. Malah Islam sendiri mewajibkan seorang isteri menghormati dan mendahului suami dalam segala hal, selagi ia tidak bertentangan dengan syarak. Namun begitu, tatkala ini, telah banyak perkara yang sebaliknya pula berlaku, iaitu isteri hilang rasa hormat pada suami.
Jika isteri dahulu tunduk kepada segala kata-kata suami, kini sudah ramai isteri yang besar kepala, malah berani pula melawan kata-kata suami, ibarat lupa bahawa syurga seorang isteri itu bila suaminya redha kepadanya. Tidak dinafikan terdapat isteri yang secara terang-terangan menunjukkan sikap tidak hormat pada suami. Mengapakah perkara sebegini berlaku?
Mari kita lihat punca-punca yang boleh dikaitkan kepada permasalahan ini.
1. Tingkah laku suami
Antaranya rasa hormat terhadap pasangan sebenarnya boleh hilang gara-gara tingkah laku suami tidak sesuai dengan keinginan isteri.
Mungkin kerana isteri menganggap suami telah melanggar prinsip-prinsip yang selama ini dipegang teguh. Ia mungkin boleh jadi hanya disebabkan perkara yang kecil sahaja, namun kerana telah melanggar prinsip, maka rasa hormat makin kurang terutama jika ia dilakukan berkali-kali.
Sebagai contoh, suami sering kali tidak menepati janji ataupun terlalu kerap berbohong. Tindakan yang sama dan asyik diulang-ulang akan menyebabkan seorang isteri hilang kesabaran dan benih-benih tidak hormat mula terbit dalam hatinya. Ditambah pula dengan godaan syaitan yang tidak pernah berhenti mencari jalan untuk memporak-perandakan perhubungan suami isteri, isteri mula termakan hasutan syaitan.
2. Standard tidak realistik
Penyebab lain lunturnya sikap hormat terhadap suami adalah kerana kecenderungan isteri menilai suami pada standard yang tidak realistik. Sebagai contoh, si isteri membandingkan suaminya dengan tokoh lelaki yang dihormatinya. Mereka mengharapkan si suami berkelakuan seperti tokoh ataupun idolanya tanpa menyedari bahawa suaminya adalah seorang insan yang cukup berbeza daripada apa yang diharapkannya. Inilah yang boleh menyebabkan punca berlakunya pertengkaran. Mereka bertengkar kerana suami tidak berkelakuan seperti yang diharapkan.
3. Tidak menghargai isteri
Selain itu, sikap suami yang tidak menghargai isteri juga boleh menjadi punca isteri hilang rasa hormat. Sebagai contoh, suami tidak menghargai susah payah isteri bekerja mencari pendapatan lebih untuk keluarga.
Malah suami memandang remeh tentang kerja yang dilakukan oleh isterinya.
Keadaan sebegini lama kelamaan boleh menyimpan rasa sakit hati kerana suami tidak menghargai apa yang dilakukan oleh isteri. Perasaan marah dan sakit hati akan menciptakan suasana yang sangat tidak menyenangkan dalam perkahwinan. Apa yang dilakukan oleh suami akan dilihat tidak bererti lagi. Pada tahap ini, sikap saling menghargai sudah mula luntur dengan cepat sehingga membahayakan semua struktur perkahwinan.
Apa Petandanya:
Ada beberapa petanda yang boleh memberi petunjuk bahawa rasa hormat terhadap pasangan sudah mula pudar. Petunjuk itu antaranya adalah :
  • Seorang isteri mula memperkatakan kekurangan suami di depan rakan-rakan anda. Hati-hati kerana itulah tanda awal yang paling mudah dikenali.
  • Sering berjenaka atau mengeluarkan sindiran yang sinis lagi tajam terhadap suami.
  • Mula bersikap kasar terhadap suami, seriring dengan yang mulai hilang, isteri juga jadi malas untuk bersikap lembut, manis dan sensitif terhadap suami.
  • Cara isteri mendengar cerita dan keluh kesah suami mula berubah. Ada empat tahap mendengar iaitu mendengar bersungguh-sungguh, memberi tidak balas, mendengar sepintas lalu dan akhir sekali tidak peduli. Jika anda sudah enggan mendengar cerita suami, maka tahap tidak hormat anda pada suami memang sudah terlalu tinggi.
Menilai diri
Jika suami merasakan isteri sudah mula ada tanda-tanda tidak hormat pada suami, maka sudah tiba masanya anda menilai akauntabiliti sebagai pemimpin rumahtangga yang layak dihormati.
Mungkin anda tidak menunaikan hak-hak isteri, maka sudah tentulah rasa hormat itu akan kikis sedikit demi sedikit.
Jika isteri pula sudah mula ada tanda-tanda tidak hormat pada suami dalam diri, maka sebaiknya anda patut mula mengamati apakah penyebabnya. Mungkin ia kerana suami anda memang ego, sombong mahupun tidak matang.
Namun begitu, anda sendiri sebagai isteri, seharusnya mula menilai diri. Antaranya dengan bertanyakan pada diri anda sendiri persoalan “adakah anda menghargai diri anda sendiri?”
Jika anda tidak menghargai diri anda sendiri, bagaimana anda mahu menghargai orang lain? Kedua, tanyakan apakah anda bersungguh-sungguh tidak menghargai suami? Dan akhir sekali, tanyakan pada diri anda, dapatkah hati anda menerima hakikat bahawa suami anda tidak menghormati anda?
Sekiranya rasa hormat sudah semakin hilang, maka untuk membangunkannya kembali memang bukan sesuatu yang mudah. Boleh jadi sikap tidak menghargai pasangan ini sudah tertanam sejak kecil lagi kerana menuruti sikap orang tua yang suka mengkritik dan tidak menghargai pasangan. Apa yang dilihat sekian lama akan diikuti bila anak sudah berumahtangga.
Sebenarnya jika anda sukar menghargai suami, ada kemungkinan anda memang tidak mampu menghargai orang lain yang ada di persekitaran anda. Perasaan terluka atau sakit hati kerana sikap suami membutakan mata dan hati anda sehingga tidak dapat melihat perkara yang baik atau positif yang dilakukan oleh suami dan wajar dihargai.
Bila hilang rasa hormat sudah mencapai tahap ini, maka sering kali yang terlintas di fikiran anda adalah perpisahan atau cerai. Kalau ini yang sedang bermain dalam fikiran anda, maka fikir dulu sedalam-dalamnya. Anda masih punya peluang untuk memperbaiki hubungan dengan suami. Mulakannya dengan membincangkan masalah ini dengannya. Kalau perlu, buat satu senarai yang seharusnya anda lakukan dan perkara yang perlu anda hindarkan.
Memang diakui, membicarakan masalah sebegini dengan pasangan agak sukar, tetapi jika anda masih sayangkan suami dan rumahtangga yang anda bina, maka ungkapkanlah segalanya dengan perasaan jujur dan lembut.
Jauhkan dari sindiran atau ucapan sinis kerana ia boleh membuat suasana semakin tegang.
Renung-renungkan…

18 Feb 2010

PESANAN IMAM GHAZALI

Pesanan IMAM GHAZALI kepada anak perempuannya pada hari perkahwinannya:
ANAKKU!
Engkau sekarang akan berpindah dari rumah tempat engkau dibesarkan. Dan akan berada di tempat tidur yang engkau tidak engkau kenal. Dan rakan hidup yang engkau tidak biasa dengannya. Itulah suamimu..
Jadikanlah dirimu ibarat seorang khadam kepadanya. Nescaya dia pula akan menjadi khadam kepadamu. Jangan engkau memaksa-maksa apabila engkau meminta sesuatu daripadanya. Itu akan membuatkan dia berasa benci kepadamu. Jangan pula engkau menjauhkan diri, nescaya dia akan melupakan engkau. Dan kalau dia pula menjauhkan diri secara marah kerana sesuatu sebab yang tertentu. Maka yang eloknya jauhkanlah dirimu daripadanya semasa marah.
Peliharalah hidung, telinga dan matanya…Janganlah membiarkan dia menghidu sesuatu daripadamu melainkan yang harum. Janganlah membiarkan dia mendengar melainkan perkataan yang baik. Dan janganlah membiarkan dia melihat sesuatu daripadamu melainkan yang cantik belaka.

Masjid Solatiah GR

http://picasion.com