Dikuasakan oleh Blogger.

About Me

Foto Saya
ipoh, perak
X KAGAT....?.

Blog Archive

SMS ampang ipoh 24 /6/ 11

gif webcam

DI SMA Chemor 13/5/12

pictures to gif

Di SMA Chemor

animated gif maker

Guru Pendidikan Islam Ulu Kinta Jun 13

http://picasion.com/i/1VkmT/

31 Dis 2013

Jangan Marah lagi


MARAH salah satu daripada sifat mazmumah (tercela) yang dibenci Allah dan Rasul. Marah akan menimbulkan sifat keji lain, seperti dendam, dengki, sombong dan angkuh. Ja'far bin Muhammad berkata: "Marah itu kunci segala kesalahan (kekejian)."
 
Justeru, Rasulullah menganjurkan umatnya jangan marah.Diriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa ada seorang lelaki berkata kepada Rasulullah: "Berpesan kepadaku!. Baginda berkata: Jangan marah. Orang itu mengulangi lagi beberapa kali minta supaya dipesan. Namun Baginda masih tetap berkata: Jangan marah!" (Riwayat al-Bukhari).


Marah adalah salah satu sifat semula jadi manusia. Biasanya ia berpunca daripada tekanan perasaan, akibat dizalimi, dianiaya dan diperkecilkan. Marah adalah senjata kepada manusia. Ia boleh membawa kebaikan dan kebinasaan. Jelasnya sifat marah boleh menjadi penyakit yang merosakkan keamanan dan keharmonian hidup.


Pada peringkat permulaan, sifat marah bukan penyakit, cuma luahan seseorang dalam bentuk tindakan dan tingkah laku. Ia adalah akibat daripada sesuatu sebab atau kesan yang kalau tidak berbuat demikian, kita berasa tidak selesa dan resah gelisah.


Sifat marah sudah mula bertapak di hati, jika tidak dibendung lama kelamaan akan memakan diri sendiri. Ia juga akan membawa padah kepada orang yang kita sayangi dan hormati, serta membawa keburukan serta kemudaratan kepada sekeliling kita.


Bagi membendung dan mengubati penyakit marah, Islam mengajarkan kepada kita satu ubat terbaik iaitu menahan diri tatkala marah dan sabar ketika hawa nafsu meluap-luap.Rasulullah bersabda bermaksud: "Sesungguhnya marah adalah secebis api yang dinyalakan dalam hati. Tidakkah engkau melihat kepada kedua-dua matanya yang merah dan urat-urat lehernya yang mengelembung? Maka apabila salah seorang daripada kamu berasakan sesuatu dari yang demikian, maka rapatkan diri kamu ke muka bumi (duduk menenangkan diri atau sujud kepada Allah)." (Riwayat al-Tirmizi)


Sebenarnya, sifat marah itu dicetuskan oleh syaitan. Syaitan dijadikan daripada api oleh itu ingatlah bahawa api itu boleh dipadamkan dengan air. Apabila seseorang itu sedang marah, sebaiknya dia hendaklah segera berwuduk, kerana air yang disapukan di anggota wuduk bukan saja dapat menjauhkan diri daripada godaan dan hasutan syaitan, malah ia juga dapat menyejukkan muka dan anggota badan kita yang sedang panas akibat marah. Rasulullah bersabda bermaksud: "Apabila seseorang daripada kamu marah, maka hendaklah ia mengambil wuduk. Maka sesungguhnya marah itu daripada secebis api." (Riwayat Abu Daud).


Nabi Muhammad SAW menasihatkan kepada orang yang sedang marah supaya mengambil wuduk. Di samping itu, perbanyakkan zikir kepada Allah dapat menghapus dan memadamkan api kemarahannya yang sedang meluap-luap.Islam mengajar umatnya mengambil berat hubungan murni antara suami dan isteri, anak dengan ibu bapa dan antara adik beradik. Ia adalah teras penting kehidupan sesebuah keluarga.


Allah berfirman bermaksud: "Dan Tuhanmu (Allah) perintah, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang daripada keduanya atau kedua-duanya sekali sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaan, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan ‘uh’, dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan mulia (yang bersopan-santun) ." (Surah al-Israk ayat 23).


Keluarga bahagia memang menjadi idaman kita. Namun, sepanjang hidup bersama ada ketikanya suami marah terhadap isteri dan anak dan begitulah sebaliknya. Kemarahan itu mungkin berkaitan dengan disiplin dalam rumah, tingkah laku anak, kewangan, makanan dan pelbagai perkara berkaitan hal ehwal rumah tangga.


Tidak kurang juga sifat marah yang timbul sesama kita, lebih-lebih lagi jika tiada persefahaman dalam sesuatu perkara. Satu pihak mula marah dengan pihak lain dan seterusnya mula timbul tuduh menuduh dan berprasangka buruk sesama sendiri.


Inilah yang sering timbul apabila sifat marah sudah mula menular di dalam jiwa. Marah boleh merosak dan mengakibatkan kemusnahan jika tidak dikawal dengan hati yang rasional dan fikiran tenang.


Orang yang dapat menahan dirinya daripada dikuasai sifat marah akan mendapat ganjaran setimpal dengan usahanya. Rasulullah bersabda bermaksud: "Janganlah kamu marah dan bagi kamu balasan syurga." (Riwayat al-Bukhari)


Dalam menangani sifat marah, kita sebagai umat Islam harus bertoleransi dan persefahaman antara sesama manusia. Hindarkan sebab atau punca yang boleh menyebabkan orang lain memarahi kita.


Sekiranya kita yang dimarahi janganlah pula kita mengeruhkan keadaan. Kita juga harus memainkan peranan untuk memadamkan api kemarahan itu. Hadapilah orang yang sedang marah dengan tenang dan bantulah dirinya mencari punca kemarahannya.


Bagi orang sering marah, renung dan hayatilah firman Allah bermaksud: "Dan juga (lebih baik dan lebih kekal bagi) orang yang menjauhi dosa besar serta perbuatan keji; dan apabila mereka marah (disebabkan perbuatan yang tidak patut terhadap mereka), mereka memaafkannya." ( al-Syura 37).
Marah adalah penyakit yang sepatutnya dihindari, tetapi marah juga amat perlu dalam keadaan tertentu. Seorang bapa wajib marah jika ahli keluarganya sengaja tidak mahu mengikut ajaran Islam. Jika mereka dalam tanggungannya sengaja melanggar perintah Allah, ketua keluarga wajib menegur dan memarahi.


Rasulullah marah apabila hukum Allah dilanggar dan dipermainkan, tetapi harus ingat bahawa marah bukan marah yang mengikut hawa nafsu, melepaskan geram dan melayangkan kaki tangan sehingga memukul sebaliknya ia mestilah bertujuan mendidik untuk menunjukkan ketidaksenangan kita terhadap perbuatan maksiat itu. Inilah cara Islam mengarahkan sifat marah yang semula jadi pada diri manusia, supaya ia membawa kebaikan kepada manusia dan bukan membawa kebinasaan.


Ingatlah marah adalah senjata. Ia boleh membawa manfaat dan ia juga boleh membawa mudarat. Orang pandai dan kuat, adalah orang yang dapat mengawal kemarahannya agar ia membawa manfaat, bukan mudarat.

25 Dis 2013

Eh...hujan lagi


Dari ‘Atha’ bin Abu Rabah r.a. katanya, dia mendengar Aisyah r.a., isteri Rasulullah SAW bercerita, "Bila angin bertiup kencang dan langit mendung berawan banyak, tampak kegelisahan di wajah Rasulullah SAW sehingga baginda maju mundur (berjalan mundar-mandir) . Apabila hujan telah turun wajah baginda berubah menjadi gembira dan hilang kegelisahannya. Berkata Aisyah, "Aku bertanya kepada baginda, apa yang menyebabkan baginda gelisah sebegitu rupa." Jawab baginda, "Aku khuatir kalau-kalau angin dan mendung itu menjadi laknat yang ditimpakan kepada umatku. Tetapi bila hujan telah turun maka hal itu adalah rahmat." (Hadis riwayat Muslim)

Allah SWT menyuruh kita hamba-hambanya agar sentiasa melakukan apa yang disuruh-Nya dan meninggalkan apa yang dilarang-Nya. Maka selaku manusia yang ditugaskan menjadi khalifah Allah, wajib ke atas kita menjalankan perintah Allah itu tanpa rasa malas, angkuh dan sombong atau dengan lain perkataan menderhakai Allah dengan melakukan berbagai kemaksiatan di muka bumi ini.


Sesungguhnya apabila kemurkaan Allah menjelma akibatnya amat dahsyat sekali sebagaimana yang telah berlaku pada kaum ‘Add yang hanyut dengan seribu satu kemaksiatan hingga pada suatu ketika telah datang kepada mereka awan mendung dan mereka berkata, "Inilah awan-awan yang akan menurunkan hujan bagi kita..." Namun ternyata bahawa hal yang sebaliknya berlaku di mana kebaikan yang mereka sangkakan akan mendatangi mereka sebenarnya adalah satu bala (malapetaka) yang diturunkan Allah akibat dari kejahatan yang mereka lakukan.


Mengingatkan hal inilah, Rasulullah SAW akan merasa resah gelisah setiap kali awan mendung berarak, memikirkan sama ada ia merupakan satu rahmat atau satu laknat daripada Allah SWT. Oleh itu sebagai umat Islam, kita ini hendaklah sentiasa beringat dan menjauhi perkara yang mengundang kemurkaan Allah SWT. Lebih-lebih lagi di akhir zaman ini, berbagai-bagai malapetaka alam yang terjadi seperti gempa bumi, taufan, letupan gunung berapi, banjir besar, ombak besar dan sebagainya berlaku dan sesungguhnya segala peristiwa tersebut sebenarnya mempunyai pengajaran (mesej) yang tersendiri untuk umat manusia seluruhnya di mana hanya manusia yang benar-benar beriman dan beramal soleh serta yang diberi taufik dan hidayah sahaja yang akan sedar dan mengambil iktibar daripadanya.


Hujan, rahmat atau laknat?

 
Kadang kala kita sentiasa terdengar orang-orang di sekeliling atau kita sendiri mengeluh apabila cuaca yang dikatakan 'buruk', seperti :

1. “Ishh….cuaca buruk je akhir-akhir ni yer…soalnya, kenapa hujan dikatakan cuaca buruk???”
2. “Iskkk….. Tak kering la baju kalu asyik hujan je…”
3. “Alahaiiii…..hujan lagiii!!!!”
4.  “Tiap-tiap hari hujan…susah la mcm nih…”
5. “Kalau hujan…memang payah nak buat ape-ape kerja…”
6. “Ala… tak boleh balik la mcm ni…hujan!!”
Adalah lebih molek jika bebelan-bebelan itu lebih baik digantikan dengan doa kerana sesungguhnya, hujan yang diturunkan adalah rahmat bukan malapetaka kepada kita.
“Allahumma syaiyiban nafi’a”
Terjemahan : Ya Allah, Ya Tuhan kami, jadikanlah hujan ini bermanfaat buat kami.

Tatkala mendengar petir pula, bacalah :
“Allahumma la taqtulna bi gadabika wa la tuhlikna bi 'azabika
wa 'afina qabla zalik”

Terjemahan : Ya Allah, janganlah Engkau membunuh kami dengan kemurkaan-Mu, dan janganlah Engkau membinasakan kami dengna siksa-Mu, dan selamatkanlah kami sebelum itu.
Firman Allah SWT yang bermaksud, “Dan Dialah (Allah SWT) yang menghantar angin sebagai pembawa berita yang menggembirakan sebelum kedatangannya (yakni hujan), hingga apabila angin itu membawa awan mendung, dan dihalakan ke negeri yang mati (ke daerah yang kering kontang), lalu diturunkan hujan bersama awan mendung itu, kemudian dikeluarkan air hujan untuk membasahi bumi untuk terus hidup.” (Surah Al-A’raf, ayat 57)

Sedarkah kita bahawa air hujan yang turun ke bumi adalah limpahan rahmat yang diberikan oleh Allah SWT dan bukannya malapetaka. Rasullullah SAW ada berpesan kepada umatnya bahawa apabila hujan turun ke bumi, setiap doa daripada umatnya adalah mustajab.


Firman Allah SWT yang bermaksud, “Dan Allah jualah mengetahui rahsia langit dan bumi dan kepada-Nya dikembalikan segala urusan. Oleh itu, sembahlah akanNya serta berserahlah kepada-Nya. Dan (ingatlah), tuhanmu tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan.” (Surah Hud, ayat 123)


Oleh itu, mulai hari ini, apabila hari hujan, janganlah bersungut tetapi ditukarkan kepada berdoa kerana hujan yang diturunkan adalah rahmat kepada kita.
Renung-renungkan dan selamat beramal....

20 Dis 2013

Adakah anda masih ingat...?.


Saudaraku! Anda masih ingat detik-detik ketika kakak, atau nenek, atau mungkin ayah, ibunda, atau mungkin juga istri atau suami tercinta meregang nyawanya? Pernahkah anda bertanya dan berpikir apakah yang mereka rasakan ketika ruh mereka meninggalkan raganya?

Agar anda dapat meneka apa yang mereka rasakan kala itu, coba anda kembali mengingat raut wajah mereka ketika detik-detik terakhir sebelum meninggal dunia.


Tahukah saudara! Apa yang dialami oleh ayahanda atau kerabat anda saat itu? Tahukah saudara, dengan siapa ia berhadapan? Berikut inilah kejadian yang dialami oleh ayahanda atau ibunda atau kerabat anda kala itu (Kisah ini dituturkan oleh Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam sebagaimana yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad, dan Ibnu Majah):


"Sesungguhnya bila seorang yang beriman hendak meninggal dunia dan memasuki kehidupan akhirat, ia didatangi oleh segerombol malaikat dari langit. Wajah mereka putih bercahaya bak matahari. Mereka membawa kain kafan dan wewangian dari surga. Selanjutnya mereka akan duduk sejauh mata memandang dari orang tersebut. Pada saat itulah Malaikat Maut  menghampirinya dan duduk didekat kepalanya. Setibanya Malaikat Maut, ia segera berkata:


 "Wahai jiwa yang baik,bergegas keluarlah dari ragamu menuju kepada ampunan dan keridhaan Allah". Segera ruh orang mukmin itu keluar dengan begitu mudah dengan mengalir bagaikan air yang mengalir dari mulut guci. Begitu ruhnya telah keluar, segera Malaikat maut menyambutnya. Dan bila ruhnya telah berada di tangan Malaikat Maut, para malaikat yang telah terlebih dahulu duduk sejauh mata memandang tidak membiarkanya sekejappun berada di tangan Malaikat Maut.  

Para malaikat segera mengambil ruh orang mukmin itu dan membungkusnya dengan kain kafan dan wewangian yang telah mereka bawa dari surga. Dari wewangian ini akan tercium semerbak bau harum, bagaikan bau minyak misik yang paling harum yang pernah ada di dunia. Selanjutnya para malaikat akan membawa ruhnya itu naik ke langit. Tidaklah para malaikat itu melintasi segerombolan malaikat lainnya, melainkan mereka akan bertanya: "Ruh siapakah ini, begitu harum." Malaikat pembawa ruh itupun menjawab: Ini adalah arwah Fulan bin Fulan (disebut dengan namanya yang terbaik yang dahulu semasa hidup di dunia ia pernah dipanggil dengannya)."
 
Saudaraku! Walau demikian mudah arwah orang mukmin keluar dari raganya, akan tetapi bukan berarti bebas dari rasa sakit! Sekali-kali tidak.Adakah keraguan pada diri anda bahwa Nabi Muhammad Shallallahu 'alaihi wa sallam adalah orang mukmin yang paling sempurna keimanannya? Akan tetapi kemulian dan kesempurnaan iman beliau tidak dapat melindungi beliau dari rasa pedihnya sakaratul maut. Oleh karena itu, tatkala beliau menghadapi sakaratul maut, beliau begitu gundah. Beliau berusaha menenangkan dirinya dengan mengusap wajahnya dengan tangannya yang telah dicelupkan ke dalam bejana berisi air. Beliau mengusap wajahnya berkali-kali, sambil bersabda:


"Tiada Tuhan Yang berhak diibadahi selain Allah. Sesungguhnya kematian itu disertai oleh rasa pedih." [Riwayat Imam Bukhari]
Pada suatu hari sahabat Umar bin Al Khatthab Radhiyallahu 'anhu bertanya kepada Ka'ab Al Ahbaar:


"Wahai Ka'ab: Ceritakan kepada kita tentang kematian!. Ka'ab pun berkata: Wahai Amirul Mukminin! Gambaran sakitnya kematian adalah bagaikan sebatang dahan yang banyak berduri tajam, tersangkut di kerongkongan anda, sehingga setiap duri menancap di setiap sarafnya. Selanjutnya dahan itu sekonyong-konyong ditarik dengan sekuat tenaga oleh seorang yang gagah perkasa. Bayangkanlah, apa yang akan turut tercabut bersama dahan itu dan apa yang akan tersisa!" [Riwayat Abu Nu'aim Al Asfahani dalam kitabnya Hilyatul Auliya'.]


Syaddaad bin Al Aus berkata: "Kematian adalah pengalaman yang paling menakutkan bagi seorang mukmin, baik di dunia ataupun di akhirat. Kematian itu lebih menyakitkan dibanding anda digergaji, atau dipotong dengan gunting, atau direbus dalam periuk. Andai ada seseorang yang telah mati diizinkan untuk menceritakan tentang apa yang ia rasakan pada saat menghadapi kematian, niscaya mereka tidak akan pernah boleh menikmati kehidupan dan juga tidak akan pernah tidur nyenyak."


Bila demikian dahsyatnya rasa sakti yang menimpa seorang mukmin ketika menghadapi sakaratul maut, maka bagaimana dengan diri anda? Betapa banyak dosa dan kemaksiatan yang menodai lembaran amal anda? Anda ingin tahu bagaimana rasanya sakarutul maut bila anda tidak segera bertaubat dari kemaksiatan dan beristiqamah dalam ketaatan? 


"Bila orang kafir, pada riwayat lain: Bila orang jahat hendak meninggal dunia dan memasuki kehidupan akhirat, ia didatangi oleh segerombol malaikat dari langit. Mereka berwajahkan hitam kelam,membawa kain yang kasar, dan selanjutnya mereka duduk darinya sejauh mata memandang. Pada saat itulah Malaikat Maut 'alaihissalam menghampirinya dan duduk didekat kepalanya. Setibanya Malaikat Maut, ia segera berkata: "Wahai jiwa yang buruk, bergegas engkau keluarlah dari ragamu menuju kepada kebencian dan kemurkaan Allah". Segera ruh orang jahat itu menyebar keseluruh raganya. Tanpa menunda-nunda malaikat maut segera mencabut ruhnya dengan keraas, bagaikan mencabut kawat bergerigi dari bulu domba yang basah. Begitu ruhnya telah keluar, segera Malaikat Maut menyambutnya. Dan bila ruhnya telah berada di tangan Malaikat Maut, para malaikat yang telah terlebih dahulu duduk sejauh mata memandang tidak membiarkanya sekejappun berada di tangannya.


 Para malaikat segera mengambil ruh orang jahat itu dan membukusnya dengan kain kasar yang mereka bawa. Dari kain itu tercium aroma busuk bagaikan bau bangkai paling menyengat yang pernah tercium di dunia. Selanjutnya para malaikat akan membawa ruh itu naik ke langit. Tidaklah para malaikat itu melintasi segerombolan malaikat lainnya, melainkan mereka akan bertanya: "Ruh siapakah ini, begitu buruk." Malaikat pembawa ruh itupun menjawab: Ini adalah arwah Fulan bin Fulan (disebut dengan namanya yang terburuk yang dahulu semasa hidup di dunia ia pernah dipanggil dengannya)."
 
Saudaraku! Coba anda ingat kembali, rasa pedih dan sakit yang pernah anda rasakan ketika tertusuk atau tersengat api! Sangat menyakitkan bukan? Padahal syaraf yang merasakan rasa sakit hanyalah sebagiannya. Walau demikian, rasanya begitu menyakitkan, sehingga susah untuk dilupakan?
Nah bagaimana halnya bila kelak pada saat sakaratul maut seluruh syaraf anda merasakan sakit. Disaat ruh anda berusaha berpegangan erat-erat dengan setiap syaraf anda sedangkan Malaikat Maut mencabutnya dengan keras dan kuat. Betul-betul menyakitkan.


Penampilan Rasa Malaikat Maut yang begitu seram dan menakutkan akan semakin menambah pedih rasa sakit yang anda rasakan.
Saudaraku! Siapkah anda menjalani pengalaman yang begitu menakutkan dan begitu menyakitkan?


Bila saudara tidak kuasa menjalani sakaratul maut yang sangat menyakitkan seperti ini, maka mengapa noda-noda maksiat terus mengotori lembaran amal dan menghitamkan hati anda? Mengapa kaki anda terasa kaku, tangan serasa terbelenggu, mata seakan melekat dan pintu hati seakan terkunci ketika ada seruan beribadah kepada Allah?


Saudaraku! Agar hati anda kembali menjadi lunak dan pintu hati anda terbuka lebar-lebar untuk menerima dan mengamalkan kebenaran, maka alangkah baiknya bila anda sering-sering berziarah ke kuburan. Dengan berziarah ke kuburan, diharapkan anda akan senantiasa menyadari, cepat atau lambat anda pasti menjadi salah seorang dari penghuni kuburan.


"Berziarahlah ke kuburan, karena ziarah ke kuburan itu dapat mengingatkan kalian akan kematian."
[Riwayat Muslim].
Saudaraku! Ada satu pertanyaan yang tidak mungkin anda temukan jawabannya sebelum anda mengalaminya sendiri: Termasuk golongan manakah diri anda, apakah termasuk golongan orang-orang mukmin yang dimudahkan ketika menghadapi sakaratul maut ataukah termasuk golongan yang kedua?
Karenanya, marilah kita berjuang, dan berdoa memohon kepada Allah agar diri kita –dengan rahmat dan kemurahan Allah- dimasukkan ke dalam golongan orang-orang yang mendapatkan keteguhan dan kemudahan ketika menghadapi Malaikat Maut dimudahkan. Amiin.

19 Dis 2013

jom taubat

Beristighfarlah dan selalulah bertaubat kerana  ALLAH. Itulah pesanan yang kerap
diterima dari para ulamak. Jangan meremehkan istighfar. Istighfar mempunyai kekuatan tersendiri. Walaupun perkataan itu kelihatan seperti pengakuan taubat, namun implikasinya terlalu jauh dari itu. Istighfar tidak hanya boleh disebut sewaktu selesai bersolat. Ianya boleh disebut dimana sahaja, pada bila-bila masa. 
Istighfar atau taubat antara perkara yang menjamin murah rezeki. Taubat bermaksud meninggalkan dosa kerana keburukannya dan ia perlu kepada tiga syarat andai berkaitan dengan hak Allah AWT iaitu :
1. Meninggalkan dosa
2. Menyesal untuk tidak melakukannya
3. Berazam untuk tidak melakukannya
4. Sementara jika berkaitan dengan hak manusia pula, hendaklah memulangkan semula yang empunya hak itu
Taubat bukan sekadar di hati tetapi juga dengan ucapan yang terbit dari lidah. Sayidina Ali umpamanya pernah menyuruh seorang sahabat yang beristighfar agar mengulang semula istighfarnya kerana istighfar itu dilakukan tanpa roh penghayatan.
Banyak peringatan Allah SWT mengenai istighfar yang dikaitkan sebagai pintu pembuka rezeki dan lorong beroleh keredaan Allah SWT.
 
 Dalam surah Nuh ayat 10~12, Allah SWT berfirman yang bermaksud, “Sehingga aku berkata kepada mereka : Pohonlah ampun kepada Tuhan kamu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun. (Sekiranya kamu berbuat demikian), Dia akan menghantarkan hujan lebat yang mencurah-curah kepada kamu. Dan Dia akan memberi kamu banyak harta kekayaan serta anak-pinak. Dan Dia memberi kamu kebun-kebun tanaman serta mengalirkan sungai-sungai bagi kamu.”

Malahan, ulamak sufi ataupun ulamak tasawwuf menyatakan bahawa dengan beristighfar. Jiwa kita akan lebih dekat dengan Allah. Kita akan sentiasa terpelihara dari segala perbuatan keji dan mungkar. Bila lidah kita sentiasa menyebut istighfar dengan berulang kali, maka hati kita akan sentiasa ‘dihalakan’ untuk mengabdikan diri dan menyucikan jiwa ke arah ‘perhambaan’.

Sebutan istighfar adalah seperti berikut dan membawa maksud seperti, ‘astaghfirullah’, yang bermakna “Aku memohon keampunan Allah”. Dalam bahasa Inggeris, ianya membawa maksud, “I seek forgiveness from Allah”.

Sebutan istighfar yang lebih lengkap adalah, - ‘astaghfirullah hal aazim, allazi la ila ha illah hual hayyul qayyum, wa‘atu bu ilaik’, yang membawa maksud, “Aku memohon ampun kepada Allah yang tidak ada tuhan selain DIA, yang hidup dan selalu jaga, dan aku bertaubat pada-Mu”.

Selain mata, bahagian atau anggota manusia yang paling mudah dan senang untuk melakukan dosa dan maksiat ialah LIDAH. Lidah mudah saja mencerca, memaki hamun, mengumpat, mengutuk, memfitnah, menjatuhkan maruah, bercakap kotor, dan sebagainya adalah perbuatan maksiat dan mungkar yang berhubung secara langsung antara hati dengan lidah.

Seperkara yang perlu diingat. Andainya kita berdosa secara langsung dengan Allah. Maka hendaklah kita beristighfar dan bertaubat dengan sesungguh-sungguhnya, menyesal dengan perbuatan keji yang kita lakukan. Dan seterusnya ialah perbanyakkan amalan sunat bagi menampung segala kekurangan yang ada.

Namun, andainya kita melakukan kesalahan terhadap sesama manusia, sepertimana perbuatan mengumpat dan segala macam dosa yang dilakukan melalui lidah. Maka, tidak cukup dengan sekadar bertaubat dan beristihgfar memohon keampunan dari Allah, malah adalah menjadi tugas dan tanggungjawab yang perlu diselesaikan, iaitu memohon maaf dari manusia itu sendiri. Bukan satu jenaka, tapi permohonan maaf kepada manusia yang telah kita umpat dan sebagainya itu wajar dilakukan seberapa segera yang mungkin. Kerana ajal maut tidak kita ketahui, bilakah kehadirannya.

Begitu sukar untuk memohon maaf dari sesama manusia. Kerana, Allah adalah tuhan yang Maha Pengampun, hinggakan ada di kalangan ulama yang secara sinis memberikan ungkapan seperti, “Bukan hendak menyatakan bahawa tidak mengapa jika berdosa dengan tuhan, kerana Allah Maha Pengampun. Tetapi yang menjadi masalahnya ialah, andainya kita berdosa dengan manusia, hendaklah diketahui bahawa manusia memang sukar untuk memaafkan kesalahan sesama manusia”.

Maka, diandaikan dosa kita tidak dimaafkan oleh sesama manusia. Bolehkah dibayangkan bagaimana kedudukan dan nasib kita di akhirat kelak? Cuba bayangkan, di saat kita berada di hadapan pengadilan Allah kelak yang pada waktu itu mungkin saja amal dan kejahatan kita begitu seimbang. Tiba-tiba, datang seorang hamba Allah yang pernah kita sakiti dengan lidah kita sewaktu di dunia, memohon pengadilan dari yang Maha Adil pada hari pembalasan. Bagaimanakah agaknya timbangan amal kita nanti setelah terpaksa menyerahkan pahala untuk membuat tebusan?
Renung-renungkan!

15 Dis 2013

Luka sikit-terperi sakit

Cuba kita renung dan fikirkan sejenak disamping menghitung segala amalan yang telah lakukan setiap hari, banyak manakah amalan dan bekalan yang kita telah lakukan  untuk menghadapi sakaratul maut dan akan mengadap Allah SNT apabila kita mati kelak. Bahkan Rasullullah sendiri pun merupakan kekasih Allah dan Allah sendiri pun amat kasih kepadanya terpaksa meminta pertolongan kepada Allah SNW dalam menghadapi sakaratul maut, maka betapa pula kita yang doaf lagi lemah serta banyak dosa ini samaada berdoa dengan Allah dan manusia.
Bagaimana nak menghadapi sakaratul maut, sedangkan kita luka sedikit sahaja dibadan pun sudah terperi sakitnya tidak tertanggong lagi bahkan terpaksa makan ubat penahan sakit.bagaimana pula sakit apabila nyawa hendak bercerai dari badan. Maka oleh kerana itu marilah kita menghitung dan memikirkan serta marilah kita membuat amalan yang sebanyak mungkin sebagai bekalan menghadapi sakatul maut yang amat pedih ini.
Marilah kita berdoa supaya kita mati dalam keadaan beriman dan dapat menuturkan kalimah toiyibah " LAAILA HA ILLAH"  jangan mati dalam keadaan berlomoran dengan dosa dan kesalahan samaada kesalahan Manusia dan kesalahan dengan Allah SNW.

Maksud Hadis dari Aisyah Radiallah Huanha berkata:
Aku melihat Rasullullah SAW sedang menghadapi sakaratul maut dan disisinya ada sebuah mangkuk yang berisi air, kemudian beliau memasukkan tangannya kedalam mangkuk itu lalu menyapu mukanya dengan air sambil bedoa 

" YA ALLAH BERILAH PERTOLONGAN KEPADA AKU UNTUK MENGHADAPI KEPEDIHAN MATI DAN SAKARATUL MAUT" 
 ( Hadis riwayat Tarmizi)

10 Dis 2013

Jom nangis

Ada satu kisah ketika Umar Bin Abdul Azis mendekati ajal, ia menangis. Lalu,
ada orang yang bertanya kepadanya, Wahai Amirul Mukminin, bersyukurlah Allah telah memberikan engkau kemuliaan dan menjaminkan surga untukmu, kenapa engkau mesti menangis?' 
 
Umar yang yang masih terus menangis mengatakan, ' aku menangis karena masih banyak orang yang menderita karena ketidakadilan, aku menangis karena orang-orang yang lapar ada dimana-mana ketika aku bersujud, aku menangis karena banyak orang yang hidup dalam kemiskinan dan kebodohan.' 


Bukankah aku akan berdiri di depan pengadilanNya lalu aku dimintai pertanggungjawaban tentang urusan makhlukNya? Demi Allah, aku tidak pernah yakin apakah yang pernah aku lakukan benar-benar sesuatu yang di ridhoe leh Allah? Lalu bagaimana jika yang aku lakukan adalah perbuatan sia-sia?' Kemudian Umar Bin Abdul Azis berlinang air mata. Tidak lama kemudian akhirnya Umar meninggal dunia.

Itulah air mata seorang hamba Allah yang bernama Umar Bin Abdul Azis yang di dalam sejarah peradaban Islam telah menggoreskan tinta emas namun di dalam hidupnya penuh berlinangan air mata ketika melihat ketidakadilan, kemiskinan, kelaparan dan kebodohan karena semata-mata cintanya kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala.


Sepatutnya kita menangis ditengah malam hari ini, betapa masih banyaknya saudara kita yang kelaparan disaat malam bersujud, marilah kita menangis betapa masih banyak saudara kita yang hidup dengan kemiskinan dan kebodohan.  Mari kita menangis bersama-sama memohon kepada Allah agar keadilan dinegeri ini ditegakkan. Mari kita menangis dengan menumpahkan semua air mata yang kita miliki memohon kepada Allah agar tidak ada kesewenang-wenangan negara kepada rakyatnya dinegeri ini.


Mari kita menangis bersama-sama dalam setiap sholat tahajud kita memohon kepada Allah agar negeri ini damai dan sentosa sehingga kemiskinan dan kebodohan tidak ada lagi membelenggu negeri yang kita cintai.
Mari kita menangis di dalam tahajud kita, dosa masih lagi tidak terampun
Renung-renung, fakir-fikir dan muhasabah diri…

9 Dis 2013

3 kesalahan

Di zaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan sewaktu mereka menyembahyanginya, tiba2 kain kafan itu bergerak. Apabila mereka membuka kain kafan itu, mereka melihat ada seekor ular sedang membelit leher mayat tersebut serta memakan daging dan menghisap darah mayat. Lalu mereka cuba membunuh ular itu.
Apabila mereka cuba untuk membunuh ular itu, maka berkata ular tersebut,"Laa ilaaha illallahu Muhammadu Rasulullah, mengapakah kamu semua hendak membunuh aku? Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah. Allah S.W.T yang memerintahkan kepadaku supaya menyeksanya sehingga sampai hari kiamat."Lalu para sahabat bertanya, "Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh mayat ini?" Berkata ular, "Dia telah melakukan tiga kesalahan, di antaranya;

1. Apabila dia mendengar azan, dia tidak mahu datang untuk sembahyang
2. Dia tidak mahu keluarkan zakat hartanya.
3. Dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama. Maka inilah balasannya".

7 Dis 2013

Detik terakhir Rasullullah SAW.

Daripada Ibnu Mas’ud ra bahawasanya ia berkata: Ketika ajal Rasulullah SAW
sudah dekat, baginda mengumpul kami di rumah Siti Aisyah ra. Kemudian baginda memandang kami sambil berlinangan air matanya, lalu bersabda:“Marhaban bikum, semoga Allah memanjangkan umur kamu semua, semoga Allah menyayangi, menolong dan memberikan petunjuk kepada kamu. Aku berwasiat kepada kamu, agar bertakwa kepada Allah. Sesungguhnya aku adalah sebagai pemberi peringatan untuk kamu. Janganlah kamu berlaku sombong terhadap Allah.”


Allah berfirman: “Kebahagiaan dan kenikmatan di akhirat. Kami jadikan untuk orang-orang yang tidak ingin menyombongkan dirinya dan membuat kerosakan di muka bumi. Dan kesudahan syurga itu bagi orang-orang yang bertakwa.”
Kemudian kami bertanya: “Bilakah ajal baginda ya Rasulullah? Baginda menjawab: Ajalku telah hampir, dan akan pindah ke hadhrat Allah, ke Sidratulmuntaha dan ke Jannatul Makwa serta ke Arsyila’ la.”
Kami bertanya lagi: “Siapakah yang akan memandikan baginda ya Rasulullah? Rasulullah menjawab: Salah seorang ahli bait. Kami bertanya: Bagaimana nanti kami mengafani baginda ya Rasulullah?
Baginda menjawab: “Dengan bajuku ini atau pakaian Yamaniyah.”
Kami bertanya: “Siapakah yang mensolatkan baginda di antara kami?” Kami menangis dan Rasulullah SAW pun turut menangis. 
Kemudian baginda bersabda: “Tenanglah, semoga Allah mengampuni kamu semua. Apabila kamu semua telah memandikan dan mengafaniku, maka letaklah aku di atas tempat tidurku, di dalam rumahku ini, di tepi liang kuburku, kemudian keluarlah kamu semua dari sisiku. Maka yang pertama-tama mensolatkan aku adalah sahabatku Jibril as. Kemudian Mikail, kemudian Israfil kemudian Malaikat Izrail (Malaikat Maut) beserta bala tenteranya. Kemudian masuklah anda dengan sebaik-baiknya. Dan hendaklah yang mula solat adalah kaum lelaki dari pihak keluargaku, kemudian yang wanita-wanitanya, dan kemudian kamu semua.” 
Semakin Tenat
Semenjak hari itulah Rasulullah SAW bertambah sakitnya, yang ditanggungnya selama 18 hari, setiap hari ramai yang mengunjungi baginda, sampailah datangnya hari Isnin, di saat baginda menghembus nafas yang terakhir.
Sehari menjelang baginda wafat iaitu pada hari Ahad, penyakit baginda semakin bertambah serius. Pada hari itu, setelah Bilal bin Rabah selesai mengumandangkan azannya, ia berdiri di depan pintu rumah Rasulullah, kemudian memberi salam: “Assalamualaikum ya Rasulullah?” Kemudian ia berkata lagi “Assolah yarhamukallah.”
Fatimah menjawab: “Rasulullah dalam keadaan sakit?” Maka kembalilah Bilal ke dalam masjid, ketika bumi terang disinari matahari siang, maka Bilal datang lagi ke tempat Rasulullah, lalu ia berkata seperti perkataan yang tadi. Kemudian Rasulullah memanggilnya dan menyuruh ia masuk. 
Setelah Bilal bin Rabah masuk, Rasulullah SAW bersabda: “Saya sekarang dalam keadaan sakit, Wahai Bilal, kamu perintahkan sahaja agar Abu Bakar menjadi imam dalam solat.”
Maka keluarlah Bilal sambil meletakkan tangan di atas kepalanya sambil berkata: “Aduhai, alangkah baiknya bila aku tidak dilahirkan ibuku?” Kemudian ia memasuki masjid dan berkata kepada Abu Bakar agar beliau menjadi imam dalam solat tersebut. 
Ketika Abu Bakar ra melihat ke tempat Rasulullah yang kosong, sebagai seorang lelaki yang lemah lembut, ia tidak dapat menahan perasaannya lagi, lalu ia menjerit dan akhirnya ia pengsan. Orang-orang yang berada di dalam masjid menjadi bising sehingga terdengar oleh Rasulullah SAW. Baginda bertanya: “Wahai Fatimah, suara apakah yang bising itu? Siti Fatimah menjawab: Orang-orang menjadi bising dan bingung kerana Rasulullah SAW tidak ada bersama mereka.” 
Kemudian Rasulullah SAW memanggil Ali bin Abi Thalib dan Abbas ra, sambil dibimbing oleh mereka berdua, maka baginda berjalan menuju ke masjid. Baginda solat dua rakaat, setelah itu baginda melihat kepada orang ramai dan bersabda: “Ya ma’aasyiral Muslimin, kamu semua berada dalam pemeliharaan dan perlindungan Allah, sesungguhnya Dia adalah penggantiku atas kamu semua setelah aku tiada. Aku berwasiat kepada kamu semua agar bertakwa kepada Allah SWT, kerana aku akan meninggalkan dunia yang fana ini. Hari ini adalah hari pertamaku memasuki alam akhirat, dan sebagai hari terakhirku berada di alam dunia ini.” 
Malaikat Maut Datang Bertamu
Pada hari esoknya, iaitu pada hari Isnin, Allah mewahyukan kepada Malaikat Maut supaya ia turun menemui Rasulullah SAW dengan berpakaian sebaik-baiknya. Dan Allah menyuruh kepada Malaikat Maut mencabut nyawa Rasulullah SAW dengan lemah lembut. Seandainya Rasulullah menyuruhnya masuk, maka ia dibolehkan masuk, namun jika Rasulullah SAW tidak mengizinkannya, ia tidak boleh masuk, dan hendaklah ia kembali sahaja. 
Maka turunlah Malaikat Maut untuk menunaikan perintah Allah SWT. Ia menyamar sebagai seorang biasa. Setelah sampai di depan pintu tempat kediaman Rasulullah SAW, Malaikat Maut itupun berkata: “Assalamualaikum Wahai ahli rumah kenabian, sumber wahyu dan risalah!” Fatimah pun keluar menemuinya dan berkata kepada tamunya itu: “Wahai Abdullah (Hamba Allah), Rasulullah sekarang dalam keadaan sakit.” 
Kemudian Malaikat Maut itu memberi salam lagi: “Assalamualaikum. Bolehkah saya masuk?” Akhirnya Rasulullah SAW mendengar suara Malaikat Maut itu, lalu baginda bertanya kepada puterinya Fatimah: “Siapakah yang ada di muka pintu itu? Fatimah menjawab: “Seorang lelaki memanggil baginda, saya katakan kepadanya bahawa baginda dalam keadaan sakit. Kemudian ia memanggil sekali lagi dengan suara yang menggetarkan sukma.” 
Rasulullah SAW bersabda: “Tahukah kamu siapakah dia?” Fatimah menjawab: “Tidak wahai baginda.” Lalu Rasulullah SAW menjelaskan: “Wahai Fatimah, ia adalah pengusir kelazatan, pemutus keinginan, pemisah jemaah dan yang meramaikan kubur.” 
Kemudian Rasulullah SAW bersabda: “Masuklah, Wahai Malaikat Maut. Maka masuklah Malaikat Maut itu sambil mengucapkan ‘Assalamualaika ya Rasulullah.” Rasulullah SAW pun menjawab: Waalaikassalam Ya Malaikat Maut. Engkau datang untuk berziarah atau untuk mencabut nyawaku?”
Malaikat Maut menjawab: “Saya datang untuk ziarah sekaligus mencabut nyawa. Jika tuan izinkan akan saya lakukan, kalau tidak, saya akan pulang.
Rasulullah SAW bertanya: “Wahai Malaikat Maut, di mana engkau tinggalkan kecintaanku Jibril? “Saya tinggal ia di langit dunia?” Jawab Malaikat Maut.
Baru sahaja Malaikat Maut selesai bicara, tiba-tiba Jibril as datang kemudian duduk di samping Rasulullah SAW. Maka bersabdalah Rasulullah SAW: “Wahai Jibril, tidakkah engkau mengetahui bahawa ajalku telah dekat? Jibril menjawab: Ya, Wahai kekasih Allah.” 
Ketika Sakaratul Maut
Seterusnya Rasulullah SAW bersabda: “Beritahu kepadaku Wahai Jibril, apakah yang telah disediakan Allah untukku di sisinya? Jibril pun menjawab; “Bahawasanya pintu-pintu langit telah dibuka, sedangkan malaikat-malaikat telah berbaris untuk menyambut rohmu.” 
Baginda SAW bersabda: “Segala puji dan syukur bagi Tuhanku. Wahai Jibril, apa lagi yang telah disediakan Allah untukku? Jibril menjawab lagi: Bahawasanya pintu-pintu Syurga telah dibuka, dan bidadari-bidadari telah berhias, sungai-sungai telah mengalir, dan buah-buahnya telah ranum, semuanya menanti kedatangan rohmu.” 
Baginda SAW bersabda lagi: “Segala puji dan syukur untuk Tuhanku. Beritahu lagi wahai Jibril, apa lagi yang di sediakan Allah untukku? Jibril menjawab: Aku memberikan berita gembira untuk tuan. Tuanlah yang pertama-tama diizinkan sebagai pemberi syafaat pada hari kiamat nanti.”
Kemudian Rasulullah SAW bersabda: “Segala puji dan syukur, aku panjatkan untuk Tuhanku. Wahai Jibril beritahu kepadaku lagi tentang khabar yang menggembirakan aku?” 
Jibril as bertanya: “Wahai kekasih Allah, apa sebenarnya yang ingin tuan tanyakan? Rasulullah SAW menjawab: “Tentang kegelisahanku, apakah yang akan diperolehi oleh orang-orang yang membaca Al-Quran sesudahku? Apakah yang akan diperolehi orang-orang yang berpuasa pada bulan Ramadhan sesudahku? Apakah yang akan diperolehi orang-orang yang berziarah ke Baitul Haram sesudahku?” 
Jibril menjawab: “Saya membawa khabar gembira untuk baginda. Sesungguhnya Allah telah berfirman: Aku telah mengharamkan Syurga bagi semua Nabi dan umat, sampai engkau dan umatmu memasukinya terlebih dahulu.” 
Maka berkatalah Rasulullah SAW: “Sekarang, tenanglah hati dan perasaanku. Wahai Malaikat Maut dekatlah kepadaku?” Lalu Malaikat Maut pun berada dekat Rasulullah SAW.
Ali ra bertanya: “Wahai Rasulullah SAW, siapakah yang akan memandikan baginda dan siapakah yang akan mengafaninya? Rasulullah menjawab: Adapun yang memandikan aku adalah engkau wahai Ali, sedangkan Ibnu Abbas menyiramkan airnya dan Jibril akan membawa hanuth (minyak wangi) dari dalam Syurga. 
Kemudian Malaikat Maut pun mulai mencabut nyawa Rasulullah. Ketika roh baginda sampai di pusat perut, baginda berkata: “Wahai Jibril, alangkah pedihnya maut.” 
Mendengar ucapan Rasulullah itu, Jibril as memalingkan mukanya. Lalu Rasulullah SAW bertanya: “Wahai Jibril, apakah engkau tidak suka memandang mukaku? Jibril menjawab: Wahai kekasih Allah, siapakah yang sanggup melihat muka baginda, sedangkan baginda sedang merasakan sakitnya maut?” Akhirnya roh yang mulia itupun meninggalkan jasad Rasulullah SAW.

5 Dis 2013

Apa difikirkan tu....

Saat kita start keluar dari rumah pergi ketempat kerja, apa yang kita fikirkan?
Biasanya, kita akan memikirkan…
1. Kesibukan bekerja. 
2. Hutang, anak-anak dirumah, belanja hujung bulan nanti.
3. Sikap dan ragam rakan sekerja yang Anda tak suka.
4. Ketua yang hanya tahu memarah, mengarah dan mulut celupar.
5. Cemana nak berehat kat rumah nanti, banyak kerja-kerja belum siap sedang menanti.
6. Bonus pun tak dapat sedikit. RM 500 je. Hujung tahun nak beli pakaian sekolah.Tahun depan anak nak sekolah. Pening kepala memikirkannya. 
Nampak tak? Semua fikiran kita mengarah kepada fikiran negatif. Banyak negatifnya.
Mengapa kita tidak memikirkan macam mana kita  seronok bekerja dan macam mana kita boleh bermotivasi ketika diwaktu kerja?
Kenapa fikiran kita tak mengarah kepada yang positif? Sebabnya, kita banyak menghampirkan diri pada unsur-unsur negatif, bercakap hal-hal negatif dan kita bergaul dengan orang-orang berfikiran negatif yang sama macam kita. Dalam 20 orang di satu tempat kerja yang sama, hanya seorang sahaja memikirkan soalan-soalan di atas, itupun sebab dia baru bekerja atau masih bujang. Selebihnya, fikiran banyak bertumpu pada masalah hidup - masalah kewangan dan masaalah sekeliling terutamanya.
Ramai orang yang bekerja tak ada motivasi kerja sebab:
1. Tak memaafkan kesalahan-kesalahan orang lain sebelum tidur.
2. Lupa untuk mengingati Tuhannya dalam setiap masa dan perkara.
3. Tak bertenaga dan tak pandai mengekalkan tenaga.
4. Dikuasai emosi - biasanya marah, dendam, cemburu, dengki dan kianat dan tak boleh orang melebihi kita. Bengkak kepala kita.
5. Gagal menyempurnakan ibadah-ibadah wajib pada waktunya. Yang sunat ditinggal terus.
6. Gagal menyempurnakan hak orang lain, terutamanya janji. Penting diri sendiri.
7. Tidak ada matlamat dalam kerjaya, cuma matlamat kewangan sahaja. Fikir macammana nak tambah duit, duit, duit, duit....
8. Lupa kepada mati. Masa depan kita adalah mati. Bukan harta, wang atau kekayaan yang dimiliki. Bila mati, tidak ada yang berguna lagi semua itu melainkan amalan kita atas dunia sahaja.  
Jadikan sebab-sebab di atas sebagai pemula untuk kita menilai diri, menilai disiplin kerja, menilai sikap kita, menilai amalan kita, pencapaian kita di tempat kerja dan HATI kita.
Cuba ambil masa sejenak fikir sejauh mana sikap kita selama ni.Fikir-fikir, renung-renung dan dimana dan kemana kita ?.

4 Dis 2013

Amat dahsyat


Azab kubur  amat pedih dan dahsyat. Suatu azab yang cukup hebat kepada hambanya yang melakukan maksiat dan dosa. Azab kubur merupakan intro sebelum menempuh azab neraka kepada orang yang menderhakai Allah dan RasulNya.
Tanpa iman dan takwa, segala rahmat Allah akan terputus bila keluarnya nyawa dari tubuh kita. Orang yang beriman hendaklah meyakini bahawa ada kehidupan yang abadi dan lebih sempurna selepas kehidupan di dunia ini. Kehidupan inilah menjadi fokus utama orang-orang yang beriman.


Istilah “kubur” hanyalah berdasarkan kebiasaan setiap manusia yang meninggal dunia akan dikuburkan. Adakah setiap manusia mesti ada kubur jika mereka meninggal dunia?. Sudah pasti tidak, kerana kadang-kadang terdapat manusia yang tidak diketahui di mana kuburnya, seperti orang yang mati dimakan binatang buas, mati terbakar hangus, mati hancur berkecai jasadnya kerana kemalangan, mati hilang di laut dan sebagainya.


Namun menurut keyakinan ahli sunnah wal jamaah setiap manusia yang mati tetap akan berada di alam kubur atau di alam barzakh iaitu alam di antara alam dunia dengan alam akhirat.


Menurut kamus Lisanul Arabi oleh Ibni Manzur, makna alam barzakh ialah suatu tempat di antara dunia dan akhirat sebelum dihimpunkan di padang Mahsyar daripada waktu mati hinggalah dibangkitkan atau ia juga bermakna dinding pembatas antara dua benda sejak dari waktu kematian seseorang sehinggalah dia dibangkitkan. Jadi sesiapa yang mati bermakna dia telah memasuki alam barzakh atau alam kubur.


Banyak perkara di dunia ini yang kita tidak dapat saksikan dengan mata kasar tetapi kita tetap meyakini kewujudannya. Contohnya beberapa orang yang tidur nyenyak di atas satu hamparan. Ada di antara mereka bermimpi indah dan ketika ia bangun, jasadnya merasai nikmat yang dirasakan oleh rohnya ketika bermimpi. Demikian sebaliknya, orang yang bermimpi buruk dan mengerikan, bukan sahaja rohnya terseksa tetapi badannya juga rasa terseksa. Sedangkan mereka yang tidur berhampiran pula tidak mengetahui apa yang dirasakan oleh rakannya. Jika perkara seperti inipun diakui hakikat kewujudannya maka demikianlah dengan alam barzakh, malahan alam barzakh lebih hebat dari itu.
Sesungguhnya nikmat dan azab kubur adalah sesuatu yang wajib kita imani dan yakini kewujudannya walaupun ia tidak dapat dibuktikan secara nyata tetapi ia termasuk dalam perkara “sam’iyyat” yang wajib kita yakini.

 Kerana Rasulullah SAW memerintahkan agar kita berlindung dari azab kubur sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh imam Muslim yang menyuruh para sahabat agar mengamalkan doa seperti berikut:

“Wahai Tuhanku! Sesungguhnya aku mohon berlindung dari azab api neraka dan aku mohon berlindung dari azab kubur.”

 
Kita wajib berlindung diri dari azab kubur, kerana alam kubur merupakan persinggahan sementara untuk kehidupan selanjutnya. Jika di alam kubur kita mendapat kenikmatan, itulah tanda bahawa kita akan mendapat kemudahan dan kebahagiaan di alam akhirat nanti. Sebaliknya, apabila mendapat azab kubur, itulah petanda bahawa orang tersebut akan mendapat kesulitan di akhirat nanti. Sabda Rasulullah yang bermaksud :


Sesungguhnya kubur itu, adalah singgahan pertama ke akhirat, sekiranya yang singgah itu terselamat, maka perjalanan selepas daripada itu lebih mudah lagi. Dan jika tidak selamat, maka perjalanan selepas daripada itu lebih sukar lagi.” (Hadis riwayat at-Tirmizi)


Pernahkah kita terfikir bagaimana bentuk azab atau nikmat kubur?. Rasulullah bersabda yang bermaksud :


“Apabila salah seorang di antara kamu mati, akan ditunjukkan kepadanya setiap pagi dan petang tempat tinggalnya. Bila ia penghuni syurga, akan ditunjukkan kepadanya kenikmatan syurga, dan bila ia penghuni neraka, akan ditunjukkan kepadanya keazaban neraka. Lalu dikatakan kepada mereka : “itulah tempat tinggalmu, sampailah Allah membangkitkanmu pada hari kiamat.” (Hadis riwayat Muslim)


Berdasarkan hadis tersebut nyatalah bahawa azab dan nikmat kubur pasti akan terjadi. Bagi mereka yang mempunyai keimanan yang mantap, ilmu Agama yang cukup, yakin akan kudrat dan kuasa Allah yang tiada tandingannya pasti akan yakin dengan adanya siksaan dan nikmat kubur. Hanya orang yang jahil dan sesat serta suka mendustakan Rasulullah SAW akan meragui dan mengingkari adanya azab kubur.


Sebenarnya di dalam Al-Quran terdapat lebih kurang 300 ayat yang menyatakan tentang kematian dan keadaan-keadaan kehidupan selepas daripada mati seperti di alam barzakh dan di akhirat. Nas-nas Al-Quran dan hadis-hadis Rasulullah saw menerangkan bahawa roh itu kekal, ada roh yang mendapat nikmat kerana amalannya di dunia dahulu baik dan ada roh yang terseksa lantaran amalannya di dunia dahulu jahat.
Atas sebab itulah, gambaran tentang azab seksa dan nikmat kubur wajib kita imani dan yakini. Apa lagi hadis-hadis yang menerangkan tentang azab seksa dan nikmat kubur sebagaimana yang dinyatakan adalah hadis sahih dan kuat darjatnya.

Apabila kita mengingati tentang kewujudan azab yang ditanggung selepas mati oleh orang-orang yang derhaka kepada Allah, maka kita terasa gementar kerana takut akan azab Allah yang menggerunkan dan insyaAllah akan mendekatkan diri kita kepada-Nya.


Justeru, kita boleh kasihkan harta tapi tidak lupakan soal hisab, kita boleh kasihkan rumah tapi tidak lupakan soal kubur, kita boleh kasihkan hidup tapi tidak lupakan soal maut, kita boleh kasihkan dunia tapi tidak lupakan soal akhirat.


Untuk itu, tidak ada jalan pintas melainkan kita wajib mematuhi segala yang diperintahkan Allah sebagaimana yang termaktub di dalam Al-Quran. Patuh segala perintah Allah adalah syarat untuk mendekatkan diri kepada Allah dan menjadi kekasihnya.


Dengan mengingati azab kubur juga insyaAllah kita akan menjadi semakin takut untuk meninggalkan solat, meninggalkan puasa, tidak mengeluarkan zakat, merosakkan harta awam, melanggar batas-batas hukum syariat dan sebagainya. Dengan yang demikian akan memberi rangsangan kepada kita ke arah melakukan kebaikan yang sangat dituntut oleh Islam. 


Firman Allah yang bermaksud :

(Iaitu) orang-orang yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami sesungguhnya kami telah beriman, oleh itu ampunkanlah dosa-dosa kami dan peliharalah kami dari azab api neraka.” (Surah Ali-Imran ayat : 16)


email: gruop asia

Elak sikap takabbur

Imam Ghazali memberi beberapa panduan untuk mengelakakan sikap takabbur

yang ada dalam diri manusia  iaitu :
 
1. Apabila berjumpa kanak-kanak, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana kanak-kanak belum dibebani dosa.

2. Apabila berhadapan dengan orang tua pula, anggaplah mereka juga lebih mulia kerana mereka lebih lama beribadah daripada kita.

3. Apabila berjumpa orang alim, anggaplah dia lebih mulia kerana banyaknya ilmu di dadanya.

4. Apabila melihat orang jahil anggaplah mereka lebih mulia kerana berbuat dosa kerana kejahilan sedangkan kita dosa dalam keadaan mengetahuinya.

5. Apabila berjumpa orang jahat, jangan anggap kita mulia. Tetapi, katakan, mungkin orang jahat itu akan bertaubat pada masa tuanya, sedangkan kita belum tahu bagaimana akhirnya kehidupan kita.

6. Apabila bertemu orang kafir katakan, belum tentu dia akan kafir selama-lamanya

2 Dis 2013

Lidah kelu

Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa Dan waktunya Yang tidak Kita
ketahui.Cuba Kita amati... Mengapa Kebanyakan orang yg nazak, hampir ajal tidak dapat Berkata apa-apa.. Lidahnya kelu, keras Dan hanya mimik Mukanya yang menahan kesakitan ' sakaratulmaut' . 
 
Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: 'Hendaklah Kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah Akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya. ' Ini jelas menunjukkan, Kita disarankan agar mendiamkan Diri, jangan berkata apa-apa pun sewaktu azan Berkumandang . Sebagai orang beragama Islam Kita wajib Menghormati azan Banyak fadhilatnya . 

Jika lagu Kebangsaan Kita diajar agar berdiri tegak Dan diamkan Diri.
Mengapa ketika azan Kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas siapa yang berbicara ketika azan, Allah Akan kelukan lidahnya ketika nazak . Kita takut dengan Kelunya lidah Kita semasa ajal hampir tiba maka Kita Tidak dapat mengucap kalimah 'Lailahaillallah.'yang Mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika Nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan Syurga untuk mereka. 

Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut. 

'Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah 'Lailahaillallah. .' semasa sakaratul maut menghampiri kami... 
Amin... amin.. amin Yarobbala'lamin. .'

1 Dis 2013

10 tabiaat buruk

10 celaan Allah kepada manusia akibat dari kelakuan dan tabiat manusia sendiri
ketika menempuh kehidupan seharian yang lazim dilakukan manusia iaitu:

1. Gelojoh ketika makan-
Dalam erti kata lain, seseorang yang kuat dan tidak bersopan ketika makan. Sikap ini juga meliputi maksud makan terlalu kenyang, menyediakan makanan dalam jumlah yang berlebihan, yang akhirnya membawa kepada pembaziran.

2. Banyak bercakap-
Allah mencela manusia yang suka bercakap perkara yang sia-sia, fitnah memfitnah, umpat keji dan kata mengata kerana semua jenis percakapan itu menjurus kepada permusuhan dan perbalahan sesama manusia.

3. Suka marah-marah-
Kemarahan boleh membuat seseorang itu bertindak di luar batas kemanusiaan. Perbuatan marah akan diikuti dengan maki hamun, mengherdik dan perkelahian yang boleh mengakibatkan kecederaan atau pembunuhan.

4. Hasad dengki-
Seseorang yang bersifat dengki sanggup melakukan apa saja dalam bentuk kejahatan atau jenayah. Perbuatan menipu dan sanggup memusnah hidup orang lain adalah antara sifat keji yang lahir dari perasaan hasad dengki. Rasulullah bersabda: ‘Dengki itu memakan segala kebaikan’ (riwayat Muslim).

5. Kedekut & bakhil-
Rezeki yang Allah kurniakan lebih suka disimpan hingga bertimbun banyaknya. Sifat kedekut menghijab (menutup) seseorang dari membelanjakan sebahagian dari hartanya ke jalan kebaikan termasuk menderma, membuat kebajikan kejalan Allah dan membantu orang yang memerlukan.

6. Bermegah-megah-
Ia termasuk sikap suka status atau jawatan, gelaran dan menerima sanjungan.

7. Cintakan dunia-
Terlalu menghambakan diri kepada perkara duniawi hingga melupakan tuntutan ukhrawi. Rasulullah bersabda: “Bekerjalah kamu di dunia seolah-olah kamu akan hidup seribu tahun, dan beramallah kamu untuk akhirat seolah-olah kamu akan mati esok hari.” (riwayat Bukhari dan Muslim).

8. Ego atau sombong-
Sifat membuat seseorang merasakan dirinya mempunyai kelebihan dalam banyak perkara dari orang lain hingga mereka lupa bahawa hanya Allah saja yang bersifat maha besar.

9. Ujub dan suka bangga diri-
Perbuatan ini ada unsur megah dan sombong dengan kelebihan dan kepandaian yang dikurniakan Allah. Rasa bersyukur tidak ada lagi dalam diri kerana telah diselaputi perasaan ego.

10. Gemarkan pujian atau riak-
Manusia jenis ini suka meminta dipuji dalam setiap perkara yang dilakukan. Sikap baiknya, jasa dan baktinya mahu dikenang sampai bila-bila. Ini jelas membayangkan bahawa sikap baiknya selama ini, tidak diiringi dengan kejujuran dan keikhlasan.
SYEIKH Abdul Kadir Abdul Mutalib dalam buku tasauf Penawar Bagi Hati

30 Nov 2013

Timbul diakhir zaman

Daripada Abi Hurairah r.a bahawa Rasulullah saw bersabda:

 “Akan timbul di akhir zaman orang yang mencari keuntungan dunia dengan menjual agama. Mereka menunjukkan kepada orang lain pakaian yang dibuat daripada kulit kambing (berpura-pura zuhud di dunia) untuk mendapat simpati orang ramai dan percakapan mereka lebih manis daripada gula. Padahal hati mereka seperti hati serigala (mempunyai tujuan yang jahat). Allah swt berfirman kepada mereka: “Apakah kamu tertipu dengan kelembutanku?, Atau kamu terlampau berani berbohong kepadaku?. Demi kebesaranKu, Aku bersumpah akan menurunkan suatu fitnah yang akan terjadi di kalangan mereka sendiri sehingga orang yang alim pun akan menjadi bingung (dengan sebab fitnah itu)”.
 (riwayat Tirmizi)

27 Nov 2013

Fitnah Dajjal

Dari zaman Nabi s.a.w hinggalah akhir zaman nama dajjal ini disebut-sebut.
Sesungguhnya dajjal ini sinonimnya dengan kejahatan.

 Siapakah dajjal? sesungguhnya kita tidak mengetahui siapa sebenarnya dajjal, kerana kecetekan keilmuan kita dan kelemahan iman kita. Imam malik pernah berkata kepada ibnu ishak yang merupakan seorang tokoh sejarah yang besar sebagai dajjal

Kedatangan dajjal boleh jadi dengan samaran, kita mungkin nampak beliau seorang berjubah dan berserban tetapi boleh jadi itulah dajjal, kita melihat seseorang itu bertudung labuh dan berpurdah tetapi apakah disebalik purdah tersebut??.semua itu kita tidak tahu tetapi Allah yang amat mengetahui segala-galanya. Siapa dajjal itu tidak berapa penting untuk kita ketahui, tetapi kewajipan untuk berlindung dari fitnah dajjal merupakan perkara yang amat penting buat kita. Kerana dalam sebegitu banyak hadith-hadith kita telah di diberi beberapa 'amaran' oleh Rasulullah s.a.w tentang bahayanya dajjal. Sebab itu dalam sebuah hadith Rasulullah s.a.w bersabda: 

"Bila seseorang selesai membaca tashahhud (akhir), hendaklah ia memohon perlindungan kepada Allah empat perkara, iaitu:

' Ya Allah, aku berlindung kepada Mu dari siksa neraka jahannam, dari siksa kubur, dari fitnah hidup dan mati, dan dari fitnah dajjal'. [Selanjutnya, hendaklah ia berdoa memohon kebaikan utk dirinya sesuai kepentingannya] ". (Hadith riwayat Muslim, Abu 'Awanah, Nasa'i dan Ibnu jarud dalam al-muntaqa [27].)

Dalam riwayat abu daud dan ahmad dengan sanad yang sahih, Nabi selalu membaca doa tersebut dalam tasyahhudnya.
Lihatlah betapa pentingnya untuk kita berlindung dari fitnah dajjal tersebut, Nabi s.a.w seorang manusia yang secara mutlaknya mendapat lindungan dari Allah sendiri selalu memohon perlindungan dari fitnah dajjal, sedangkan siapa kita di sisi Allah?. 

bahayanya fitnah dajjal ialah, ia bukan sahaja mengelirukan orang awam yang rendah ilmu dan imannya , tetapi jika di lihat sejarah, berapa ramai ulama' terkeliru dengan dajjal ini, baik dajjal kiasan ataupun realiti. Fitnah dajjal amat dasyat, boleh jadi seseorang yang awalnya Islam akan tersesat di akhir hayatnya.... kemungkinan akan murtad...Nauzubilla h..... 

Kesimpulannya, ketika  selesai membaca tasyahhud yakni sebelum salam, adalah digalakkan membaca doa jauh dari Dajjal.
Wassalam

26 Nov 2013

Jangan terpedaya...


Wahai Diri...Hendaknya janganlah engkau terpedaya dengan usiamu, berapa ramai manusia yang lalai dengan umur yang dianugerahkan ALLah dan menyangka ia masih mempunyai masa yang panjang lagi. Hinggalah walaupun sudah usia melanjut tua tetap tertipu dengan dunia.

Mati itu datang dalam keadaan mengejut. Ia datang secara tiba-tiba tidak mengira tempoh masanya. Seseorang yang sihat bukanlah bermakna pasti akan hidup lama. Seseorang yang cukup zat makanannya bukanlah bererti pasti malaikat maut akan melupakannya. Kerana itu wahai diri, para ulamak selalu mengingatkan diri kita agar berhati-hati dengan kehidupan ini.
Maka kerana itu maut itu menjadi rahsia ALlah, Dia tidak mahu kita meyakini bahawa kita akan kekal di alam ini.

Wahai Diri...Apa yang engkau corakkan dalam segenap kehidupanmu selama ini benar-benar mendapat redhanya ALlah? Atau ia mengundang kemurkaanNya? Berapa kalilah engkau beristighfar tatkala terfikir tentang maksiat? Berapa kalilah engkau meminta ampun pada ALlah apabila membuat dosa. Sekali lagi aku ingatkan wahai diri... dosa kecil itu apabila dihimpunkan ia akan menjadi besar. Dan setiap dosa itu jika tidak diampuni ALlah serta mendapat rahmatNya akan dibasuh dengan bakaran api neraka.


Oleh kerana itu, apabila engkau sedar bahawa hidup ini akan berakhir pada bila-bila masa bersegeralah membuat amal kebaikan.
ALlah telah berfirman yang bererti :

Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu; siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Dia Maha Kuasa (membalas amal kamu, lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat). (Surah al-Mulk ayat 2)

Wahai diri... Ingatlah, bahawa dunia ini semakin sampai ke penghujungnya. Dan kita semua pasti akan hancur binasa, berpindah ke alam lain dan dibangkitkan untuk menerima buku amalan masing-masing.
Samada di kanan ataupun di kirinya..

Jangan Lupa Untuk mereka

Ya Allah ampunilah aku dan kedua ibu bapaku serta kasihanilah mereka berdua sebagaimana mereka telah mengasihani aku semasa aku masih kecil.Nabi s.a.w. bersabda yang maksudnya :

*Apabila seorang manusia mati terputuslah daripadanya amalannya melainkan tiga, sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan, anak soleh yang mendoakan untuknya. 
(HR Muslim) 

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah Radhiallahu anhu, Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda yang maksudnya :


 *Sesungguhnya seseorang itu diangkat darjatnya di dalam syurga, lalu dia berkata: *Dari manakah semua ini?* Maka dikatakan kepadanya: Dari anakmu yang memintakan ampun untukmu. (HR Ibnu Majah)

25 Nov 2013

Asal Api


Diriwayatkan bahawa Rasululallah pernah menceritakan betapa asalnya kejadian api di dunia ini. Setelah nabi adam dihantar ke dunia kerana kesalahanya memakan buah larangan maka Allah swt telah memerintahkan malaikat Jibril as supaya mengambil api dari neraka untuk dihantar ke dunia untuk kegunaan Nabi Adam as. Maka jibril as pun diperintahkan utk meminta api tersebut daripada malaikat penjaga api neraka iaitu Zabaniah.
Jibril : wahai zabaniah, aku diperintah utk mengambil sedikit api neraka utk dihantar ke dunia bagi kegunaan adam as.
Zabaniah : sebanyak mana sedikit itu ?
Jibril : sebesar kurma. .
Zabaniah : kalau sebesar buah kurma api neraka itu engkau bawa nescaya akan cairlah tujuh lapis langit dan tujuh lapis bumi akibat kepanasanya.
Jibril : kalau begitu berilah aku sebesar separuh dari buah kurma…
Zabaniah : kalau sebesar separuh buah kurma api neraka ini engkau letakkan di dunia nescaya tidak akan turun walaupun setitik hujan dari langit dan tidak ada suatu pun tumbuhan akan tumbuh di bumi nanti..
Memandangkan keadaan yang rumit ini maka Jibril as pun menghadap Allah untuk mendapatkan saiz yg perlu di hantar ke dunia.
Allah swt pun memerintahkan supaya Jibril mengambil sebesar ZARAH sahaja dari api neraka utk di bawa ke dunia. Maka Jibril as un mengambil api neraka sebesar zarah dari zabaniah tetapi oleh kerana kepanasan yg keterlaluan api neraka sebesar zarah itu terpaksa di sejukan dgn mencelupnya sebanyak 70 kali kedalam sungai di syurga dan sabanyak 70 buah sungai.
Selepas itu Jibril as pun membawa api itu turun ke dunia dan diletakkan diatas sebuah bukit yg tinggi.Sejurus setelah diletakkan api tersebut,tiba-tiba bukit itu terus meleleh dan cair.Maka cepat-cepat malaikat Jibril mengambil semula api tersebut dan menghantar semula ke neraka. Hanya sisa-sisanya sajalah yang terdapat di dunia ini seperti api yg sering kita gunakan untuk pelbagai keperluan termasuk api gunung berapi dan sebagainya.
PENGAJARAN
Bayangkanlah kepanasan api neraka yg sebesar zarah yg terpaksa disejukan dlm 70 buah sungai dgn sebanyak 70 celup setiap sungai dan hanya sisanya saja itupun manusia tidak dapat bertahan akan kepanasanya bagaimana dgn api di neraka itu sendiri. SEBESAR ZARAH SAHAJA.

Masjid Solatiah GR

http://picasion.com