Dikuasakan oleh Blogger.

About Me

Foto Saya
ipoh, perak
X KAGAT....?.

Blog Archive

SMS ampang ipoh 24 /6/ 11

gif webcam

DI SMA Chemor 13/5/12

pictures to gif

Di SMA Chemor

animated gif maker

Guru Pendidikan Islam Ulu Kinta Jun 13

http://picasion.com/i/1VkmT/

26 Feb 2011

BAGAIMANA CINTA PADA ALLAH

Cinta pada Allah adalah satu perasaan mendalam apabila Anda terdorong mahu melakukan sesuatu kerana ingin mendapat perhatian Allah. Anda melakukan sesuatu bukan untuk mendapat balasan dari seseorang dan bukan untuk mendapat untung tapi untuk meraih perhatian Allah, untuk meraih kasih sayangnya. Anda berbuat baik kepada orang sekeliling supaya Allah perhatikan apa yang Anda buat.
Wanita adalah golongan paling mudah mendapat pahala terutama jika wanita itu adalah seorang isteri, seorang ibu, seorang suri rumah, seorang anak kepada ibu dan bapanya. Jika Anda seorang wanita,Anda boleh menerapkan rasa cinta pada Allah ni dalam segenap aktiiviti harian Anda.
Bagaimana? Caranya, niatkan berbuat sesuatu kerana Allah. Apa saja yang Anda buat, niatkan kerana Allah, niatkan mahu berbuat kebaikan moga dengan kebaikan itu Allah mampu memberi perhatian kepada Anda lantas merahmati kehidupan Anda.
Elak berbuat sesuatu kerana mahu dipuji, kerana mahu disanjung, kerana mahu dihargai atau kerana mahu meraih kejelesan orang lain. Apabila Anda berbuat sesuatu kerana Allah, secara automatik pasangan Anda jadi lebih tertarik pada Anda. Orang lain juga akan tertarik kepada Anda tanpa Anda sedari.
Lebihkan peranan. Lebihkan memberi bakti, bukan mempersoalkan hak. Elak mempersoalkan apa yang sepatutnya Anda dapat.
Kenapa perlu elak? Sebab apabila Anda mempersoalkan hak, Anda akan diapi-apikan oleh EGO. Ego adalah salah satu pendorong konflik rumahtangga kerana ego membangkitkan kemarahan
Berikut adalah 3 cara bagaimana untuk menerapkan rasa cinta pada Allah sebagai seorang wanita berkeluarga:
1. Turunkan ego.
Mulai saat ini, sebagai seorang wanita, Anda kena turunkan level ego Anda. Jangan bercakap pasal hak,jawatan, pangkat, pendapatan, jumlah duit yang Anda ada, pencapaian Anda dan kebaikan-kebaikan Anda. Ubah prespektif.
Sebaliknya, banyakkan berbuat kebaikan pada suami, pada anak-anak, pada mentua, pada ipar duai, pada adik-beradik Anda, pada jiran-jiran, pada orang-orang di sekeliling Anda. Zahirkan rasa cinta pada Allah dengan merajinkan diri berbuat kebaikan. Berbuat baiklah dengan niat kerana mahu menambah rasa takwa. Anda berbuat baik kerana Anda mahu Tuhan melihat perbuatan baik Anda. Moga dari itu, rasa bertuhan di dalam hati semakin kuat, semakin berakar, semakin utuh.
2. Niatkan segala perbuatan 100% kerana Allah.
Apabila Anda melayan suami, niatkan layanan Anda tu untuk Allah, maksudnya, berbuat baik pada suami supaya Anda melihat apa yang Anda buat, supaya dari perbuatan baik Anda pada suami tu kesannya hidup Anda diberkati. Anda buat semua tu kerana Anda mahu Allah redha pada Anda, supaya apabila Allah redha, Dia menurunkan kebahagiaan dalam rumah tangga Anda.
Sebagai contoh, apabila Anda memasak, niatkan masakan itu kerana Allah iaitu dengan memasak untuk menggembirakan hati suami, untuk menggembirakan hati anak-anak juga untuk menggembirakan hati orang-orang yang tinggal serumah dengan Anda.
Jika Anda sedang menyediakan sarapan pagi niatkan perbuatan Anda itu untuk Allah, maksudnya Anda menyediakan sarapan pagi didorong oleh rasa takwa, iaitu berbuat baik kerana mahu perbuatan Anda dapat memancing ‘special attention’ daripada Allah. Bila Allah sudah memberi perhatian, pasti rahmatnya melimpah ke dalam hidup Anda sekeluarga. Kesannya, pasti suami bahagia menjalani hidup bersama Anda, pasti anak-anak bahagia beribukan Anda.
3. Jaga hubungan dengan Allah, jangan hubungan dengan suami serta orang-orang di sekeliling.
Jaga hubungan Anda dengan Allah dengan bersembahyang, membaca Quran, berpuasa. Hati Anda kena dikemudi. Lakukan semua tu kerana Allah, iaitu kerana mahu menambah rasa takwa kepada Allah, bukan sekadar mahu beribadah untuk menambah pahala. Jaga hubungan Anda dengan suami, dengan anak-anak, dengan orang lain. Buatlah kebaikan selalu pada mereka supaya dengan itu hubungan Anda dengan mereka sentiasa terjaga. Inilah caranya bagaimana Anda menerapkan rasa cinta pada Allah dalam segenap kehidupan Anda. Hati Anda biar difokuskan untuk memberi kegembiraan. Gembirakan suami dan anak-anak simply kerana Anda mahu melihat keceriaan terpancar di wajah mereka kesan dari peranan Anda.
Islam adalah satu cara hidup, bukan sekadar sebuah agama. Terapkan rasa cinta pada Allah dengan berbuat baik. Bila Anda merajinkan diri berbuat baik, pasti rasa cinta pada Allah semakin membara.

25 Feb 2011

UNTUK WANITA: RAJINLAH BERSYUKUR.

Kesyukuran yang selalu dipanjatkan dengan sepenuh hati akan memberi kesan tersendiri pada Anda. Perubahannya ketara. Anda akan jadi girang, gembira, bersemangat.
Berikut adalah 5 tips bagaimana untuk merasai kesan sikap bersyukur,khas untuk seorang wanita.
Tips 1: Tiap kali Anda bangun di awal pagi, ucapkan syukur.
Ucap syukur kerana Anda dapat tidur makam tadi Anda dapat rehatkan badan Anda. Ucapkan syukur kerana Anda masih hidup hari ini, kerana Ana saja boleh mati ketika sedang tidur. Sesiapa saja berisiko besar untuk mati ketika sedang tidur.Selepas bangum, ucapkan syukur. Tanamkan azam di dalam hati Anda mahu capai tahap terbaik dalam apa jua perkara yang Anda lakukan hari ini.
Tips 2. Ketika Anda menyediakan makanan dan minuman untuk suami dan anak-anak, ucapkan syukur.
Ketika Anda sibuk menyediakan sarapan untuk suami dan anak-anak, niatkan untuk menggembirakan hati mereka. Mereka gembira merasai hidangan Anda, kesannya Anda akan gembira sama. Apabila terlihat senyuman mereka, ucapkan syukur di dalam hati kerana Anda berjaya menggirangkan hati mereka dengan air tangan Anda. Usah pertikaian rasa penat, mengantuk, lemas badan,malas ataupun rasa terpaksa. Hadirkan syukur pada Tuhan kerana Anda ada seorang suami yang menyangi Anda (dan untuk Anda sayangi) serta anak-anak sebagai penyeri hidup.
Tips 3. Lihat sekeliling Anda, cari keindahan di sebaliknya.
Hidup Anda indah sebenarnya, cuma Anda tak nampak selama ni. Lihat sekeliling anda, sekeliling rumah Anda, bunga-bunga Anda, dengar kicauan burung, rasai desiran angin, nikmati kehijauan dedaunan. Rasai ketenangan ketika Anda menatap semua itu. Kemudian, ucapkan syukur kerana Anda diberi peluang menikmati keindahan alam.
Tips 4. Jadikan tugasan sebagai peluang untuk Anda berbakti.
Seorang suri rumah, pasti sangat sibuk. Memasak, mengemas, membersih, menghias. Anda pasti banyak tugas yang perlu dilakukan! Jika di lihat dari perspektif lain, tugas-tugasn seorang suri rumah sebenarnya adalah peluang untuk dia beroleh pahala. Niatkan dalam hari Anda melakukan semua pekerjaan Anda dengan bakti kepada suami, kepada anak-anak, bakti kepada keluarga Anda keseluruhannya. Banyakkan memberi tenaga, banyakkan main peranan. Lakukan kesemuanya dengan kasih sayang. Apa yang Anda curahkan, Anda akan dapat semula. Percayalah, apabila suami Anda puas hati dengan apa yang Anda buat, anak-anak memuji usaha Anda, hati Anda pasti girang dibuatnya. Syukurilah semua itu!
Tips 5. Ingat selalu perkara-perkara yang Anda syukuri.
Kebanyakan orang jadi tidak bermotivasi sebab fikiran mereka disesakkan dengan masalah duniawi. Kesannya, mereka jadi gelisah, rasa tidak selesa. Mungkin Anda pernah mengalami hal yang sama. Fikiran Anda sesak dengan hal-hal di tempat kerja, karenah memualkan rakan sekerja, tugasan bertimbun,perangai orang-orang yang berurusan dengan Anda, hutang piutang yang perlu dibayar, gaji yang tinggal sedikit, keinginan yang semakin membanyak. Semua ni membuat Anda hilang semangat mahu meneruskan hidup. Anda dilanda tekanan-tekanan halus. Anda cepat melenting, pemarah dan pendendam.
Untuk jadi suri rumah bermotivasi serta wanita bermotivasi, maafkan kesalaah orang lain sebelum Anda tidur. Ketika Anda tidur, kemaafan itu akan mencuci segala kemarahan dan dendam dalam fikiran Anda.
Esok paginya, Anda bangun dengan rasa girang. Nak bersyukur pun senang sebab fikiran anda tak sesak dengan perkara-perkara yang menyakitkan hati.
Bila Anda sudah bangun dan menjalani kehidupan seharian, amalkan selalu rasa bersyukur. Hargai dan ucapkan terima kasih di dalam hati. Hargai orang-orang di sekeliling Anda dan hargai apa yang mereka buat pada Anda. Hargai benda-benda yang Anda gunakan. Hargai makanan atau minuman yang suami Anda buatkan. Hargai kenalakan anak-anak di waktu pagi sebab dari gelagat sebegitulah, bisa tersenyum. Walaupun kekadang perangai mereka menyakitkan hati, namun Anda pasti tersenyum! Hargai anak Anda dan ucap terima kasih padanya kerana menjadi penyeri hidup Anda selama ini, walaupun dia dah besar panjang.
Seterusnya, untuk Anda bersemangat selalu, ingatlah perkara-perkara yang Anda syukuri. Latih diri Anda melakukan perkara ini. Kesannya pasti mujarab. Ada syarat. Jangan pernah ingat hal-hal buruk di masa lalu, walau cuma sesaat! Ia akan memadam kegirangan Anda secara automatik.
Disiplinkan fikiran. Hal ni sukar untuk kali pertama. Namun apabila Anda rajin menghargai dan mensyukuri segala-galanya bermula dari perkara-perkara kecil,pasti Anda dapat membina kekuatan mental. Anda akan mahir menangkis fikiran negatif lalu mengubahnya kepada perkara lain. Kawalan emosi Anda juga akan jadi semakin kukuh.

24 Feb 2011

JANGAN BERSEDIH

Pada suatu hari ibrahim bin adham melihat seorang lelaki yg kelihatan dalam kesedihan dan kesusahan. Beliau segera berkata kepada lelaki tersebut
"Wahai saudaraku, aku ingin bertanya kepadamu 3 soalan maka hendaklah engkau jawab:
Pertamanya: Adakah telah berlaku sesuatu di dunia ini perkara yg tidak ditetapkan oleh Allah?
Lelaki itu menjawab: "Tidak"
keduanya: "Adakah telah berkurangan rezeki yg Allah telah tetapkan padamu?
Lelaki itu menjawab: "Tidak"
Pertanyaan ketiga: Adakah telah berkurangan umur yg telah Allah berikan padamu?
Lelaki tu jawab: "Tidak"
Lalu Ibrahim berkata kpd lelaki tersebut: Kalau begitu, mengapa kamu perlu bersedih."
PENGAJARANNYA:
1. Semua perkara adalah sudah ditentukan oleh Allah. sbg hamba-NYA kita tak perlulah terlampau bersedih bila ditimpa musibah dan tak terlalu gembira bila mendapat sesuatu nikmat dan kebahagiaan.
2. Nasihat menasihati sesama saudara adalah satu perkara yg amat baik dan terpuji.
3. Kesedihan kita adalah hanyalah untuk dosa2 kita yg telah lalu dan cuba fikirkan bagaimana nasib kita di akhirat kelak. \
Wallahualam

23 Feb 2011

APA MAKNA CINTA PADA ALLAH

Apa makna cinta pada Allah? Apa dia? Ia adalah perasaan apabila Anda melakukan sesuatu untuk mendapat keredhaannya, untuk mendapat perhatian Allah, untuk mendapat cintanya juga untuk mendapat rahmatnya supaya hidup Anda berkat sentiasa. Orang yang cinta pada Allah biasanya sanggup melakukan sesuatu secara percuma simply sebab dia mahu perbuatannya itu mendapat perhatian Allah.
Orang sebegini berkasih sayang kerana Allah, mencintai kekasih hatinya kerana Allah, bekerja kerana Allah, menolong orang kerana Allah, bersahabat kerana Allah, menggembirakan seseorang kerana Allah, berbakti kepada ibu bapa kerana Allah, belajar kerana Allah, berniaga kerana Allah.
Dia tidak melakukan semua itu kerana duit tapi untuk berbakti. Dia berbakti pada orang sekeliling supaya Allah kasih kepadanya. Dia menjaga hubungannya dengan Allah melalui yang fardhu, dia menjaga hubungannya dengan orang sekeliling melalui berbuat kebaikan selalu. Dia adalah seorang yang baik di hati, di perbuatan, di dalam kata-kata dan di dalam fikirannya.
Cinta pada Allah tidak hanya dengan duduk di dalam masjid, banyak membaca Al-Quran, berzikir, berpuasa, menunaikan umrah, beriktikaf atau bersembahyang sunat. Semua itu hanya luaran. Allah hanya akan memandang HATI Anda.
Ini samalah seperti kita mahu mendapat perhatian orang yang kita cinta. Apabila hati sudah suka pada seseorang, pasti Anda berhabis untuk mendapat perhatiannya, kan? Anda beli hadiah, berkirim salam, mengutus surat cinta, meng’add’ dia di Facebook Anda, bertanya pada ID Twitter dia, bertanya apa nombor telefon dia supaya Anda boleh hantar sms padanya untuk menyatakan rasa cinta Anda padanya.
Untuk apa Anda sembahyang selain dari menunaikan suruhannya? Untuk apa Anda bersolat selain dari menunaikan kewajipan? Jawapannya, bersembahyanglah kerana Anda mahu menambah rasa ketakwaan pada Allah, supaya Allah sayang Anda, supaya Anda menonjol di kalangan hamba-hambanya yang lain. Rasa takwa adalah rasa apabila Anda mahu melakukan sesuatu kerana mahu mendapat perhatian Allah, bila sudah buat, Anda rasa cukup puas hati.
Bila Anda tolong orang dengan niat mahu menambah rasa takwa, kesannya Anda akan menolong sehabis baik didorong oleh fikiran positif sebab mahu melihat ornag yang Anda tolong itu jadi gembira menjalani kehidupannya. Anda berharap moga dengan kegembiraan yang orang tu perolehi, Allah melihat apa yang Anda lakukan lantas melihat Anda sebagai seorang yang layak untuk mendapat kasih sayangnya.
Apa petanda kasih sayang Allah? Rezeki Anda dimurahkan, hidup Anda dibahagiakan, urusan Anda dipermudahkan, masalah Anda dikurangkan, pergaulan Anda diperluaskan. Semuanya jadi lancar sahaja.

22 Feb 2011

JODOH ANDA. BAGAIMANA ?....

Rasulullah s.a.w pernah bersabda,
“Seorang wanita itu dinikahi kerana empat; kerana harta, kerana keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka hendaklah diutamakan yang beragama, nescaya kamu berbahagia.”Hadith ini telah diriwayatkan oleh kedua-kedua Imam Bukhari dan Imam Muslim dalam kitab sahih mereka serta imam hadis yang lain.
Ada empat nilai dan ciri wanita yang dipilih untuk dijadikan pasangan jodoh bagi lelaki. Meninjau hadis ini, terpantul beberapa pertanyaan di fikiran kita. Antaranya, apakah kaum wanita tidak berhak membuat pilihan yang sama?
Sedangkan al-Quran meletakkan kedudukan lelaki dan wanita itu sama. Dan, beza fizikal serta mental antara mereka itulah yang menyebabkan wujudnya beberapa perbezaan, cara syariat antara mereka. Timbul persoalan.. apakah wanita tidak memiliki hak yang sama untuk memilih pasangan mereka berdasarkan keempat-empat ciri itu? Contohnya, mereka sendiri berhak memilih lelaki yang berharta, berketurunan baik, kacak dan taat beragama. Maka, jawapannya..wanita sendiri juga berhak menentukan pilihan jodoh masing-masing kerana daripada segi hak, mereka mempunyai jiwa, perasaan dan citarasa yang sama juga seperti kaum lelaki.
1. Berharta
Syor supaya menikahi wanita berharta ini, jika tidak ditafsirkan dengan betul-betul akan menyebabkan orang menganggap bahawa lelaki yang tidak berharta (miskin) digalakkan menikahi wanita hartawan. Ini menyebabkan lelaki disifatkan sebagai pengikis harta!
Demikian juga, jika dikatakan, bahawa wanita itu digalakkan untuk menikahi lelaki yang berharta, kelak wanita itu digelar sebagai perempuan yang mengejar kebendaan pula.
Sementara itu, bukankah janda-janda, balu-balu miskin yang tak terbela digalakkan untuk dinikahi untuk membela nasib mereka? Maka, di sini sudah ada percanggahan sikap dan nilai yang dianjurkan oleh Islam itu.
Jadi, apakah tafsiran yang mungkin sesuai ke atas syor Rasulullah ketika menggalakkan lelaki memiliki wanita yang berharta itu?
Atau, apakah tafsiran yang sesuai berhubung galakan dan anjuran supaya wanita memilih kaum Adam yang berharta itu?
Mungkin, tafsiran yang sesuai adalah baik lelaki dan wanita itu perlu mencari pasangan yang tahu mengendalikan harta, membina harta kekayaan dan bukan hanya semata-mata berharta sebelum menjalani kehidupan berumahtangga.
2. Keturunannya
Adapun keturunan ini pula bukanlah diperhitungkan daripada segi kasta, kebangsawanan, kedudukannya dalam masyarakat. Ia tentulah diperhitungkan daripada segi nasab turunan seseorang yang tidak bercampur dengan penzinaan. Apa ertinya.. memilih seorang lelaki dan wanita daripada keturunan yang bangsawan tapi mengalir di dalam tubuhnya darah seorang penzina. Timbul pertanyaan lagi. Adakah jika wanita atau lelaki penzina itu telah bertaubat, maka mereka boleh dinikahi?
Maka, dalam hal ini, sekiranya benar-benar terdapat kesan-kesan taubat itu. Dan nikah itu dapat mengelakkan lelaki dan wanita penzina tadi daripada terus berzina maka boleh juga dipertimbangkan untuk menikahi mereka.
3. Kecantikannya
Kecantikan wanita atau kekacakan seorang pemuda bersifat subjektif. Seseorang melihat wanita yang kurang cantik, mungkin cantik dalam pandangan lelaki lain. Demikian juga seorang lelaki yang kurang kacak dalam pandangan seseorang wanita, mungkin kelihatan kacak dalam pandangan wanita lain.
Maka, memilih yang cantik itu sememangnya naluri semulajadi manusia. Islam itu adalah agama fitrah. Manusia itu, sama ada lelaki atau perempuan, memang sukakan kecantikan. Dan, hal ini tidaklah menyalahi kemanusiaan.
Ada orang melihat kecantikan akhlak, tutur bicara dan sikap akhlak seseorang. Semua ini adalah daya penarik yang akan mengeratkan hubungan kedua-dua pasangan itu.
4. Agama
Akhirnya nilai agama itulah yang paling penting sekali dan terutama dalam pemilih calon pasangan itu. Tanpa agama, keluarga yang dibina akan hilang pedoman.
Agama pula bukan dilihat semata-mata pada ketinggian ilmu pengajian agama di institusi pengajian tinggi agama. Seseorang yang beragama itu memadailah dilihat daripada sikap mereka yang cuba mengelakkan diri daripada terjebak ke dalam kancah jenayah.
Mereka yang terjebak dalam disa-dosa kecil tidaklah boleh dianggap sebagai orang yang tidak beragama. Ini kerana, tiada manusia yang terbebas daripada silap dan salah.
Memadailah kita sebutkan di sini bahawa orang yang beragama itu adalah mereka yang berdosa dan sentiasa memperbaharui taubatnya.

21 Feb 2011

FAKTA MENGENAI AL-QURAN

1) Jika anda membaca Al-Quran empat mukasurat sahaja (dua helai) setiap kali selepas sembahyang fardhu, anda dapat menamatkan 30 juz dalam masa sebulan.
2) Jika anda membaca Sahih Bukhari 11 mukasurat sahaja pada waktu pagi dan 11 mukasurat sebelum tidur, anda dapat menamatkan bacaan keseluruhan Sahih Bukhari dalam masa 2 bulan sahaja. (Cetakan Dar Al-Salam: 1300 halaman)
3) Jika anda membaca Mukhtasar Sahih Muslim 11 mukasurat sahaja pada waktu pagi, dan 11 mukasurat sebelum tidur, anda dapat menamatkannya dalam masa sebulan sahaja. (CetakanDar Al-Fikr: 670 halaman).
4) Jika anda membaca 45 hadis sahaja setiap kali selepas sembahyang fardhu, anda dapat menamatkan bacaan Bulugul Maram dalam masa seminggu.
5) Jika anda membaca 16 hadis sahaja setiap kali selepas sembahyang fardhu, anda dapat menamatkan bacaan Musnad Ahmad dalam masa setahun sahaja. (50 jilid)
6) Jika anda membaca kitab Syamail Al-Nabi S.A.W oleh Imam Tirmzi, sebanyak 27 mukasurat sehari, anda dapat menamatkannya dalam masa seminggu.
7) Jika anda membaca kitab Al-Adab Al-Mufrad oleh Imam Bukhari, sebanyak 15 hadis sehari, anda dapat menamatkannya dalam masa 3 bulan. Dan jika anda membacanya sebanyak 45 hadis sehari anda dapat menamatkannya dalam masa sebulan sahaja.
8) Jika anda membaca kitab Ahkam Al-Quran oleh Imam Syafie sebanyak 37 mukasurat setiap hari, anda dapat menamatkannya dalam masa 2 minggu.
9) Jika anda menghafal satu rangkap syair sahaja setiap hari daripada kitab Alfiyah Ibn Malik, anda dapat menghafal keseluruhan 1000 rangkap syair Alfiyah dalam masa tidak sampai 3 tahun.
10) Jika anda menghafal dua hadis sehari, anda dapat menamatkan hafalan keseluruhan hadis-hadis Umdatul Ahkam dalam masa 8 bulan.
11) Jika anda membaca dan menghafal satu persoalan feqah sehari, berserta dengan khilaf dan dalilnya, maka dalam tempoh 3 tahun anda sudah menguasai lebih 1000 masalah feqah.
12) Jika anda menghafal 2 rangkap syair sahaja sehari, anda dapat menghafal keseluruhan syair matan Al-Baiquniyyah (Mustalah Hadis) dalam masa tidak sampai 3 minggu.
13) Jika anda menghafal 2 hadis sahaja setiap hari secara konsisten bermula hari ini, percayalah 30 tahun akan datang anda boleh berbangga di hadapan cucu-cucu anda dengan berkata, “Atuk sudah menghafal lebih 20,000 hadis”.
Tahukah anda, di dalam Al Qurâan terdapat kata-kata LAKI-LAKI sebanyak 24 dan kata-kata PEREMPUAN juga berjumlah yang sama sebanyak 24 ?
Tahukah anda, di dalam Al Qurâ??an terdapat kata-kata DUNIA sebanyak 115 dan kata-kata AKHIRAT juga berjumlah yang sama sebanyak 115 ?
~ Tahukah anda, di dalam Al Qurâan terdapat kata-kata MALAIKAT sebanyak 88 dan kata-kata SYAITAN juga berjumlah yang sama sebanyak 88 ?
 Tahukah anda, di dalam Al Qurâan terdapat kata-kata HIDUP sebanyak 145 dan kata-kata MATI juga berjumlah yang sama sebanyak 145 ?
Tahukah anda, di dalam Al Qurâan terdapat kata-kata LAUT sebanyak 32 dan kata-kata DARATAN berjumlah sebanyak 13 ?
Dimana 32 + 13 = 45
 Luas Lautan 32/45 x 100% = 71,11% dari permukaan bumi dan Luas Daratan 13/45 x 100% = 28,89% dari permukaan bumi. Dan ini terbukti.
Sumber: www.jiwang.org

20 Feb 2011

10 JENIS ORANG ISLAM YG KEJAM

Sufyan Atsauri berkata: "Sepuluh macam daripada kekejaman ialah:
1. Seorang yang berdoa untuk dirinya sendiri, dan tidak mendoakan untuk anak-anaknya dan kaum mukmin.
2. Seorang yang pandai membaca Al-Quran, tetapi tiap harinya tidak membaca seratus ayat.
3. Seorang yang masuk masjid lalu keluar dan tidak sembahyang dua rakaat.
4. Seorang yang berjalan melalui kuburan kemudian tidak memberi salam dan mendoakan ahli kubur.
5. Seorang yang sampai di suatu kota pada hari Jumaat kemudian tidak sembahyang jemaah.
6. Seorang yang di daerahnya didatangi oleh seorang alim, tiba-tiba tidak mahu belajar apa-apa daripadanya.
7. Dua orang yang bertemu di perjalanan dan masing-masing tidak menanyakan nama kawannya itu.
8. Seorang diundang pada jamuan tiba-tiba tidak datang.
9. Pemuda yang tidak ada kerja dan tidak mahu belajar ilmu dan kesopanan.
10. Seorang yang kenyang sedang dia tahu bahawa tetangganya lapar, tetapi tidak diberi dari makanannya itu.

19 Feb 2011

8 JAM BERKERJA 1 JAM RELEX

Mendekatkan diri pada alam ada pencetus motivasinya tersendiri.
Tiap kali orang ada masalah, mesti dia suka duduk di tepi pantai, di bawah pokok, ambil angin, jalan-jalan di taman, duduk termenung bersendirian di atas rumput. Ada orang suka mendengar bunyi deruan ombak memukul batu-batu di tepi laut.
Tiap kali kita dekat dengan alam, kita rasa tenang semacam. Dari ketenangan tu, kita merasa bahagia, gembira, bersemangat jadinya.
Saranan saya kali ini, seimbangkan kerja keras dengan waktu bersantai. Dalam sehari, 8 jam kita kerja, 1 jam kita kena relaks. Pastu kita sambung kerja balik. Barulah motivasi kita tak hilang semena-mena gara-gara terlalu kuat bekerja. Pergilah ke tepi pantai, taman bunga atau merehatkan minda di luar rumah Anda. Dekatkan diri dengan tumbuh-tumbuhan hijau.
Tumbuhan hijau mengeluarkan oksigen lalu menyerap karbon dioksida yang keluar dari badan kita. Lebih banyak oksigen masuk ke dalam badan kita, lebih tenang kita jadinya. Kita jadi bersemangat apabila kira merasa tenang. Bersemangat camni yang kekal powernya.
Ada juga orang bersemangat gila, bersemangat membara tapi percayalah semangat camtu cepat hilang punya.

17 Feb 2011

CINTALAH NABI SAW UNTUK KESYURGA ALLAH.

Sempena dengan kedatangan Maulid Nabi Muhammad saw, kami mengajak seluruh umat Islam mencintai Nabi Muhammad saw sehingga menjadi kekasih utama dalam kehidupan.
Sifat kekasih - buat hanya yang disuruh.  Yang tidak mahu dan dibenci kekasih akan dihindarkan.  Sebagai kekasih kepada Nabi Muhammad saw maka yang disuruh Nabi Muhammad saw sahaja yang dibuat.  Yang dibenci oleh Nabi Muhammad saw sudah pasti dijauhi.  Kenapa sesuatu perkara dibuat maka sudah pasti kekasihnya yang menyuruhnya.  Kenapa sesuatu perkara dijauhi maka sudah pasti kerana kekasihnya tidak menyukainya. Inilah cinta yang telah diterjemah oleh seluruh para sahabat Nabi Muhammad saw.
Ada juga yang mencintai Nabi Muhammad saw.  Tetapi cinta mereka membawa ke neraka.  Abu Lahab sangat sayang pada Nabi Muhammad saw. Tetapi Abu Lahab dihumban oleh Allah ke neraka.  Kenapa  Abu Lahab ke neraka?
1.   Melawan Nabi Muhammad saw dan syariat yang dibawa olehnya.
2.   Menentang Nabi Muhammad saw dengan mengatakan kepada Nabi Muhammad saw sebagai pemecah belah masyarakat
3.   Abu Lahab menuduh Nabi Muhammad saw membawa ajaran baru
Ini adalah antara kesesatan Abu Lahab yang membawanya ke neraka. Sedangkan yang paling seronok dengan kelahiran Nabi Muhammad saw ialah Abu Lahab.

13 Feb 2011

MUKMIN YANG KUAT

Hadis-hadis Rasulullah umpama berlian yang jika dilihat dari apa sudut jua, pasti terdapat pengajaran amat bernilai yang dapat kita ambil darinya. Ayuh kita merenung dan mengkaji salah satu hadis yang saya maksudkan:
          Seorang mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai Allah berbanding mukmin yang lemah. Pada setiap orang ada kebaikan maka bersungguh-sungguhlah mencari apa yang bermanfaat bagi kamu dan mohonlah pertolongan Allah serta jangan bersikap mengalah.
          Jika kamu ditimpa oleh sesuatu maka janganlah berkata: “Seandainya aku berbuat demikian, tentu akan menjadi sekian-sekian” akan tetapi katakanlah: “Taqdir Allah dan apa yang Allah kehendaki pasti terjadi”. Ini kerana perkataan “Seandainya” membuka pintu perbuatan syaitan.[Shahih Muslim]
Di antara pengajaran hadis ini:
Allah Mencintai Mukmin Yang Kuat.
          Hadis ini dimulai dengan: Seorang mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai Allah berbanding mukmin yang lemah. Perkataan kuat di sini bererti kuat dari semua sudut, kuat dari sudut jasmani, kuat dari sudut ilmu, kuat dari sudut pemikiran dan kuat dari sudut jatidiri. Seorang mukmin yang memiliki jasmani, ilmu, pemikiran dan jatidiri yang kuat lebih dicintai oleh Allah dan lebih baik kepada Islam berbanding mukmin yang lemah dalam satu atau lebih dari ciri tersebut.
          Justeru hadis ini menganjurkan kita untuk menjadi mukmin kuat, yang cemerlang dalam semua sudut. Islam tidak suka umatnya kuat dalam peperiksaan tetapi lemah dalam kesihatan. Islam tidak suka umatnya kuat dalam bersukan tetapi lemah dalam memikirkan strategi kehidupan. Islam tidak suka umatnya kuat dalam menghafal tetapi memiliki keyakinan diri yang rendah.
          Oleh itu dalam rangka kita berusaha ke arah kecemerlangan, usahalah secara sama rata dalam semua sudut dan aspek. Jangan memberi fokus kepada satu dan mengabaikan yang lain.
Setiap Mukmin Memiliki Kekuatan Tersendiri.
          Hadis ini diteruskan dengan: Pada setiap orang ada kebaikan maka bersungguh-sungguhlah mencari apa yang bermanfaat bagi kamu dan mohonlah pertolongan Allah. Ertinya, pada setiap individu terdapat kebaikan dan kelebihan yang Allah taqdirkan, yakni yang Allah “programkan” ke dalam dirinya. Maka dalam rangka kita berusaha ke arah kecemerlangan, kegagalan dalam satu bidang tidak bererti gagal secara keseluruhan. Sebaliknya bersungguh-sungguhlah mencuba bidang yang lain kerana pada setiap orang ada kebaikan. Tidak dilupai, sentiasalah berdoa kepada Allah dalam apa jua kecemerlangan yang diusahakan.
          Hadis ini berbeza dengan sistem penilaian yang ada di negara kita. Di Malaysia, masyarakat
mengukur cemerlang atau tidak seseorang berdasarkan keputusan peperiksaan UPSR, PMR dan SPM. Semua orang dianggap memiliki kebaikan yang sama sehingga semua orang dikenakan kaedah penilaian yang sama. Padahal orang yang lemah dalam peperiksaan mungkin cemerlang dalam bidang seni, teknikal, perniagaan, masakan, komunikasi dan sebagainya.
          Justeru masyarakat, dimulai dengan para pembaca Dara.com hendaklah mengubah kaedah penilaian tahap kecemerlangan seseorang. Kecemerlangan itu pelbagai, maka janganlah disempitkan kepada satu sahaja.
Jangan Mengalah.
          Rasulullah menekankan: “…serta jangan bersikap mengalah.” Islam tidak mengenal sikap mengalah. Apa yang dikenali dalam Islam ialah kepelbagaian strategi sehingga jika Plan A menemui jalan buntu, ia diubah ke Plan B. Jika Plan B menemui kesukaran, beralih ke Plan C dan demikianlah seterusnya.
          Jika kita mengulangkaji sejarah Rasulullah, akan ditemui sikap baginda yang tidak mengalah. Apabila strategi menyebarkan Islam di Mekah menghadapi reaksi penindasan dari warga Mekah, baginda beralih ke Plan B dengan sebahagian dari umat Islam berhijrah ke Habsyah (Etophia) di Afrika. Apabila penindasan berterusan, baginda beralih ke Plan C dengan semua umat Islam berhijrah ke Madinah.
Tidak Pandang Ke Belakang.
          Seterusnya hadis ini mengingatkan kita bahawa jika sesuatu usaha atau plan menemui jalan buntu, maka janganlah mengeluh, menyesal dan merungut dengan berkata: “Seandainya aku berbuat demikian, tentu akan menjadi sekian-sekian.” Ini adalah ucapan orang yang mengalah dan suka memandang ke belakang.
          Sikap seorang mukmin yang kuat lagi cemerlang ialah dia memandang ke hadapan. Apabila satu usaha atau plan menemui jalan buntu, maka dia akan mengucapkan: “Taqdir Allah dan apa yang Allah kehendaki pasti terjadi”. Seterusnya dia akan berfikir apakah langkah seterusnya, merencana Plan B dan mencari kejayaan yang baru.
      Seorang mukmin hendaklah sedar bahawa segala langkahnya berada di bawah ilmu dan kehendak Allah. Jika dia berjaya maka itu sudah ditaqdirkan oleh Allah dan jika dia gagal maka itu sudah ditaqdirkan oleh Allah. Kita tidak dituntut untuk menyesali taqdir yang sudah berlaku, tetapi dituntut untuk mengetahui taqdir yang akan berlaku. Maka teruskan berusaha untuk mencari dan mengetahui taqdir seterusnya.
          Apabila kegagalan disambut dengan ucapan: Seandainya aku berbuat demikian, tentu akan menjadi sekian-sekian”, ia memberi isyarat tidak redha menerima taqdir Allah dan ini seterusnya menjadi pintu untuk syaitan menggoncang keimanan dan kefahaman seseorang tentang qadha dan qadar.
          Demikianlah beberapa pengajaran penting dari hadis ini. Kefahaman dan penghayatan yang benar terhadap hadis ini akan menjadikan kita mukmin yang kuat lagi maju ke hadapan. Kelemahan dan kemunduran yang sedang kita hadapi sekarang ini disebabkan kebanyakan kita tidak tahu berkenaan hadis ini atau tidak mengamalkan pengajarannya.

8 Feb 2011

11 PELABURAN PENTING

1. BERDAKWAH DI JALAN ALLAH
“Siapa yang mengajak kebaikan maka baginya pahala seperti pahala orang yang mengikutinya tanpa mengurangi pahala mereka sedikitpun, dan siapa yang mengajak kejahatan maka baginya dosa seperti dosa yang mengikutinya tanpa mengurangi dosa mereka sedikit pun.” (HR. Muslim )
2. AMAL MA’RUF NAHI MUNKAR
Firman Allah SWT: "Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang mungkar; merekalah orang-orang yang beruntung."
(Al-Imran ayat 104)
3. MEMBANTU ORANG LAIN DAN MEMENUHI KEPERLUAN MEREKA
“Siapa yang memenuhi keperluan saudaranya, nescaya Allah SWT akan memenuhi keperluannya juga.” (Silsilah Al Ahadits Ash Shohihah)
“Sungguh jika saya berjalan bersama saudara saya yang muslim dalam tujuan memenuhi keperluannya, hal ini lebih saya sukai dari I’tikaf di masjid selama sebulan.” (Al Jami’ Ash Shohih:)
4. MEMBAHAGIAKAN ORANG BERIMAN
“Sebaik-baik amalan adalah mendatangkan kesenangan terhadap saudaramu yang beriman, melunaskan hutangnya dan memberinya makan dengan sepotong roti.” (Silsilah Al Ahadits Ash Shahihah)
5. MENOLONG ORANG YANG ADA MASALAH HUTANG
“Siapa yang menunda (pembayaran hutang) orang yang kesulitan atau menggugurkannya nescaya akan Allah  berikan dia naungan pada hari tidak ada naungan selain naungan-Nya.” ( Shohihul Jami’)
“Siapa yang memberikan kemudahan bagi orang yang kesulitan nescaya akan Allah  berikan kemudahan baginya di dunia dan akhirat.” (Shohih Ibnu Majah)
6. MEMBUANG GANGGUAN DI JALANAN
"Pada suatu ketika ada seseorang berjalan di jalan umum. Ia melihat duri lalu dibuangkannya. Tuhan memberinya pahala dan keampunan." - Sahih Bukhari
7. MENANAM TUMBUH-TUMBUHAN, MENGALIRKAN SUNGAI
“Siapa yang menanam tumbuh-tumbuhan kemudian dimakan sebahagian anak Adam atau diantara makhluk Allah  niscaya baginya (pahala) sedekah.” (HR. Ahmad)
“Tujuh (golongan) yang tetap mengalir bagi mereka pahalanya waktu dia dikubur setelah kematiannya: yang mengajarkan ilmu, mengalirkan sungai, menggali (membuat) sumur, mewariskan mushhaf, meninggalkan anak yang memintakan ampunan untuknya setelah mati.” (Shohih TArghib wa Tarhib)
8. MEMPERHATIKAN PARA JANDA DAN ANAK YATIM
“Dari Abu Hurairah  dari Rasulullah saw. beliau  dengar nabi saw bersabda, ‘ Orang yang memperhatikan janda dan orang miskin bagaikan mujahid di jalan Allah.” Saya (Abu Hurairah) mengira beliau juga bersabda: “Bagaikan orang yang beribadah tiada henti dan bagaikan orang yang selalu puasa.” (Muttafaq Alaih)
“Saya dan orang yang mengurus anak yatim (nanti) di syurga seperti ini, serta mengisyaratkan dua jarinya.” (HR. Al Bukhari)
9. MEMBANGUN MASJID
“siapa yang membangun masjid sekadar rumah burung atau lebih kecil dari itu, maka Allah  SNW akan membangunkan rumah untuknya di surga.” (Shohih Ibnu Majah  dihasankan oleh Syaikh Al Albani dalam Shohih Targhib wa Tarhib)
10. SEDEKAH AKAN KEKAL
Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda; "Seorang hamba berkata, "Hartaku! Hartaku! Pada hal hartanya yang sesungguhnya 3 macam:
1)Apa yang dimakannya lalu habis
2)Apa yang dipakainya lalu lusuh
3)Apa yang disedekahkannya lalu tersimpan (untuk Akhirat). Selain dari 3 macam itu lenyap atau ditinggalkan bagi orang lain." - Sahih Muslim
11 INFAQ PADA JALAN ALLAH
“Siapa yang menyediakan (segala keperluan) bagi seseorang yang berperang maka dia (dianggap) telah berjihad dan siapa yang memberikan jalan bagi keluarganya untuk berperang maka dia telah berperang. ” (HR. Muslim )
Kesimpulan
Buatlah pelaburan sekadar kemampuan anda. Biarlah sedikit asalkan niat kerana ALLAH SWT

7 Feb 2011

TEMPAT TINGGAL IBLIS

Anas bin Malik r.a. berkata:
"Iblis telah bertanya pada Allah: katanya, wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan anak Adam tempat kediaman untuk mereka berteduh dan berzikir kepadaMu, oleh itu tunjukkanlah padaku tempat kediaman untukku." Firman Allah:: Tempat kediamanmu adalah di dalam tandas." .blis bertanya lagi: "Wahai Tuhanku, Engkau telah berikan anak Adam berkumpul di masjid, di manakah pula tempatku berkumpul?". Firman Allah: "Tempatmu berkumpul ialah di pasar-pasar, pesta, pusat membeli belah, kelab malam, tempat hiburan serta majlis-majlis maksiat.". Iblis bertanya: "Wahai Tuhanku, Engkau berikan anak Adam itu kitab (al-Quran) untuk mereka membacanya, tunjukkanlah apa pula bahan bacaanku?". Firman Allah: "Bacaan untukmu ialah syair dan sajak yang melalaikan.". Iblis bertanya: "Wahai Tuhanku, Engkau telah berikan kepada mereka cerita-cerita benar, apakah pula cerita bagiku?". Firman Allah: "Cerita bagimu ialah kata-kata kesat dan dusta.". Iblis bertanya: "Wahai Tuhanku, Engkau telah berikan azan kepada anak Adam untuk mereka memanggil orang sembahyang, apa pula azan untukku?" Firman Allah: "Azan untukmu ialah seruling." Iblis bertanya: "Wahai Tuhanku, Engkau telah menghantar utusan-Mu dari para rasul dan juga nabi, siapakah yang menjadi utusanku?" Firman Allah: "Para utusan mu terdiri daripada bomoh, tabib dan dukun yang menduakan Aku.". Iblis Bertanya: "Wahai Tuhanku, Engkau berikan kitab suci al-Quran yang bertulis kepada mereka, apakah pula tulisan bagiku?". Firman Allah: "Tulisanmu ialah tatu, gincu serta lukisan di badan."
Iblis bertanya: "Ya Tuhanku, Engkau berikan anak Adam perangkap, apakah pula perangkap bagiku?" Firman Allah:. "Perangkap bagimu ialah wanita.". Iblis bertanya: "Ya Tuhanku, Engkau berikan mereka minuman yang halal yang disebutkan nama-Mu, apakah pula minuman untukku?". Firman Allah: "Minumanmu ialah sesuatu yang memabukkan serta tidak disebutkan nama-Ku padanya."
Sabda Rasulullah saw yang bermaksud: "Wahai manusia, laksanakanlah amalan-amalan menurut kemampuan kamu. Sesungguhnya Allah tidak akan bosan sebelum kamu merasa bosan. Sesungguhnya amalan yang paling disukai Allah ialah amalan yang ringan namun berterusan." (Hadis Riwayat Muslim)

4 Feb 2011

13 WASIAT RASULLULLAH KEPADA SAIDINA ALI

RASULULLAH SAW ada menyampaikan pesanan dan wasiat kepada isteri, anak, kaum kerabat dan umat Islam seluruhnya. Namun antara wasiat yang menarik dan boleh dijadikan bahan renungan bersama ialah wasiatnya kepada menantu baginda, Saidina Ali Abu Talib. Sungguhpun wasiat itu khusus kepada Ali, namun kita sebagai Muslim dan muslimah, perlu menjadikannya sebagai iktibar lalu menjadikannya amalan. Larangan dan suruhan Rasulullah saw melalui wasiat itu, adalah juga untuk kaum Muslimin dan muslimat. Malah, boleh dikatakan semua perkara dalam wasiat itu adalah ciri-ciri utama orang beriman.
Berikut adalah antara wasiat Nabi kepada Ali seperti yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas: Ibnu Abbas meriwayatkan, bahawa Ali Abu Talib berkata: "Pada hari perkahwinan dengan Fatimah, Rasulullah saw bersabda kepadaku, mengutarakan tiga belas wasiat khusus untukku:"
1. Wahai Ali, takutilah engkau daripada memasuki tempat mandi (hammam) tanpa memakai kain separas pinggang. Bahawasanya barang siapa memasuki tempat mandi tanpa kain separas pinggang, maka dia mendapat laknat (mal'un).
2. Wahai Ali, janganlah engkau memakai cincin di jari telunjuk dan di jari tengah'. Sesungguhnya itu adalah apa yang dilakukan oleh kaum Lut.
3. Wahai Ali, sesungguhnya Allah mengagumi hamba-Nya yang melafazkan istighfar: "Rabighfirli fainnahu la yaghfirul-zunuba illa Anta" ( Tuhanku, ampunilah aku. Sesungguhnya tiada yang mengampunkan dosa melainkan Engkau).
Allah lalu berfirman: "Hai malaikat-Ku, sesungguhnya hamba-Ku ini mengetahui bahawasanya tiada yang mengampunkan dosa melainkan Aku. Hai malaikat-Ku: Jadilah saksi, bahawasanya aku telah mengampuni dia".
4. Wahai Ali, takutilah engkau daripada berdusta. Bahawasanya berdusta itu menghitamkan muka dan disuratkan oleh Allah sebagai kazzab (pendusta). Dan, bahawasanya benar itu memutihkan muka dan disuratkan oleh Allah sebagai sadiq. Ketahuilah engkau, bahawasanya sidq (benar) itu berkat dan kizb (dusta) itu celaka.
5. Wahai Ali, peliharalah diri engkau daripada mengumpat dan mengadu-dumba. Bahawasanya orang berbuat demikian itu diwajibkan ke atasnya seksaan kubur dan menjadi penghalang kepadanya di pintu syurga.
6. Wahai Ali, janganlah engkau bersumpah dengan nama Allah, sama ada dusta atau benar, kecuali dalam keadaan darurat, dan janganlah jadikan Allah permainan sumpah engkau. Sesungguhnya Allah tidak menyucikan dan tidak mengasihani orang yang bersumpah dusta dengan nama-Nya.
7. Wahai Ali, janganlah engkau mencita-citakan rezeki untuk hari esok. Bahawasanya Allah mendatangkan rezeki engkau setiap hari.
8. Wahai Ali, takutilah engkau daripada berbantah-bantah dan berkelahi dengan maki-hamun dan sumpah-seranah. Bahawasanya perbuatan itu pada awalnya jahil dan pada akhirnya penyesalan.
9. Wahai Ali, sentiasalah engkau bersugi dan mencolek (mencungkil) gigi. Bahawasanya bersugi itu menyucikan mulut, mencerahkan mata dan diredai Allah, manakala mencolek gigi itu dikasihi malaikat kerana malaikat amat tidak senang dengan bau mulut kerana sisa-sisa makanan di celah gigi tidak dicolek selepas makan.
10. Wahai Ali, janganlah engkau melayani rasa marah. Apabila timbul rasa marah, duduklah engkau dan fikirkanlah mengenai kekuasaan dan kesabaran Allah Taala ke atas hamba-Nya. Pertahankah diri engkau daripada dikuasai kemarahan dan kembalilah engkau kepada kesabaran.
11. Wahai Ali, perhitungkanlah (tahassub) kurniaan Allah yang telah engkau nafkahkan untuk diri engkau dan keluarga engkau, nescaya engkau peroleh peruntukan daripada Allah.
12. Wahai Ali, apa yang engkau benci pada diri engkau, maka engkau bencikan juga pada diri saudara engkau dan apa yang engkau kasih pada diri engkau maka engkau kasihkan juga pada diri saudara engkau, yakni engkau hendaklah berlaku adil dalam memberi hukuman. Dengan itu, engkau dikasihi seluruh isi langit dan bumi.
13. Wahai Ali, perbaikkanlah perhubungan di antara penduduk (jiran) sekampung dan antara ahli rumah engkau. Hiduplah dengan mereka sekaliannya dengan rasa persahabatan dan kekeluargaan, nescaya disuratkan darjat yang tinggi bagi engkau.
Wahai Ali, peliharakanlah pesananku (wasiatku). Engkau akan peroleh kemenangan dan kelepasan.
InsyaAllah

Masjid Solatiah GR

http://picasion.com