Dikuasakan oleh Blogger.

About Me

Foto Saya
ipoh, perak
X KAGAT....?.

Blog Archive

SMS ampang ipoh 24 /6/ 11

gif webcam

DI SMA Chemor 13/5/12

pictures to gif

Di SMA Chemor

animated gif maker

Guru Pendidikan Islam Ulu Kinta Jun 13

http://picasion.com/i/1VkmT/

28 Feb 2014

Masih ada kesempatan


Perkara terbaik yang Anda patut lakukan di waktu pagi, adalah : 
1. Bersyukur, bersyukur, bersyukur.
Bersyukurlah sebab Anda masih diberi peluang untuk meneruskan hidup, Anda masih ada kesempatan untuk melakukan yang terbaik hari ini, lebih baik dari yang kelmarin. 
2. Tekad Bermotivasi.
Pasang niat dalam hati yang Anda mahu jadi bersemangat sepenuhnya. Ambil beberapa artikel-artikel motivasi pendek dan baca dalam seminit dua.Di waktu awal pagi, jangan buka email, baca newspaper, baca gosip-gosip mahupun join sesimengumpat bersama kawan-kawan. Sebab, ia menerbitkan energi negatif lalu menghalang Anda dari bermotivasi sepanjang hari. 
3. Dekatkan Diri Dengan Sesi Motivasi. 
Ikuti sesi-sesi motivasi di media, misalnya Motivasi Pagi di TV3 dan sesi motivasi Dr Izzy di Hot FM. Luangkan masa 3-5 minit memberi motivasi pada diri sendiri melalui sesi-sesi motivasi pendek ni. Motivasi harus dijaga, sebab kalau tak di jaga Anda ia mudah turun. Kesannya, Anda jadi tak bersemangat, lemah longlai dan lemas. 
4. Dalam Apa Jua Yang Anda Buat, Mulakan Dengan Bismillah.
Bila Anda start punch card nak masuk kerja, baca Bismillah, moga Anda dijauhkan dari bisikan syaitan yang membuat Anda lalai, mengantuk, macam tak cukup „cas betri saja. Andai kata Anda seorang pelajar, start nak masuk kelas, duduk di kerusi Anda dan start nak bukak buku, mulakan semuanya dengan Bismillah. Moga apa jua yang Anda lakukan mendapat keberkatan.Masuk aje kelas, pasang niat Anda mahu menuntut ilmu. Bila istiqamah melakukannya, Anda punya peluang cerah untuk menjadi cemerlang! 
5. Set Target Kemajuan Diri Sendiri 
Ini juga kurang dititikberatkan. Bila dah keluar rumah sama ada ke kelas atau ke tempat kerja, kita tak tahu apa yang kita nak capai hari tu. Betul tak?.Kita hanya nak sampai di sana, bekerja (atau menghadiri kelas) lepas tu nanti petang balik rumah, berehat, makan, minum, pastu tidur. Esok pagi, bangun dan perkara sama berulang lagi.Hidup Anda bagai dalam 1 bulatan, situ-situ saja.Mulai hari ini, ubah sikap Anda. Set target apa yang Anda mahu capai, lagi best setkan untuk setiap hari.

26 Feb 2014

Jangan mengubah ciptaannya

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:”Allah mengutuk wanita yang bertatu atau minta ditatu, wanita yang mencukur alis dan mereka yang meminta dicukur alis mereka, wanita yang membentuk giginya agar kelihatan cantik dan mereka yang mengubah ciptaan Allah.”
Riwayat Ibnu Mas’ud

Huraian:

i) Maksud mengubah ciptaan Allah s.w.t. ialah membuat perubahan pada ciptaan Allah S.W.T yang telah sempurna secara pandangan umum dan adat atas dasar tidak berpuas hati dengan anugerah itu, bukan kerana memperbaiki atau memulihkan kecacatan.

ii) Mencabut bulu kening yang merupakan anugerah dan ciptaan Allah S.W.T. yang sempurna dan membuat atau melukis bulu kening yang baharu selepas itu agar menepati cita rasa sendiri supaya kelihatan lebih cantik, menawan dan bergaya adalah perbuatan yang haram di sisi Islam.

iii) Jika perbuatan mencabut bulu kening itu disebabkan ia tumbuh berselerak dan tidak kemas yang amat teruk, maka hal ini tidaklah termasuk dalam erti kata mengubah ciptaan Allah S.W.T. Lagipun jika yang dicabut itu hanyalah yang berselerak dan bukan termasuk bulu yang dipanggil kening serta tidak membuat lukisan semula terhadapnya. Ini dilakukan atas dasar menjaga kekemasan diri bukan kerana tidak puas hati dengan ciptaan Allah S.W.T kerana Allah S.W.T itu cantik dan sukakan kecantikan.

iv) Hanya rawatan ke atas penyakit yang tidak boleh sembuh dengan sendirinya sahaja yang diharuskan seperti memasang gigi palsu di tempat gigi yang rongak (bukan mematahkan gigi dan menggantikannya dengan yang lain), mengatur susunan gigi yang tidak tersusun (tapi bukan mengasah atau mengikir), memakai ubat supaya rambut tumbuh di tempat yang botak (bukan memakai rambut palsu), memakai ubat untuk membuang jeragat pada kulit (bukan membuat pembedahan plastik atau memakai bahan kimia untuk menukar warna kulit), memakai inai, syampu atau gel pada rambut atau janggut supaya lebih segar dan terurus (bukan mewarnakannya dengan cat atau spray) dan sebagainya sebagai perbezaan antara merawat/menjaga keaslian ciptaan Allah S.W.T dengan mengubah ciptaan-Nya di mana merawat/menjaga itu adalah HARUS manakala mengubahnya adalah HARAM.

v) Diri manusia dan segala makhluk di alam ini adalah hak mutlak Allah S.W.T, Oleh itu kita hendaklah mematuhi segala hukum dan kehendak agama dengan baik. Janganlah tertipu dan terpengaruh dengan tabiat orang yang suka menurut hawa nafsunya disebabkan sikap tidak bersyukur dan tidak berpuas hati dengan ciptaan dan anugerah Allah di mana sikap ini sebenarnya merupakan sikap yang diwarisi daripada syaitan.

24 Feb 2014

usianya sampaii 40 tahun

Allah SWT berfirman maksudnya:

 “...apabila dia telah dewasa dan usianya sampai 40 tahun, ia berdoa, Ya Tuhanku, tunjukkanlah aku jalan untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku dapat berbuat amal yang soleh yang engkau redhai; berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang muslim.
(Surah al-Ahqaf : ayat 15)

Usia 40 tahun disebut dengan jelas dalam ayat ini. Pada usia inilah manusia mencapai puncak kehidupannya baik dari segi fizikal, intelektual, emosi, mahupun spiritualnya. Benar-benar telah meninggalkan usia mudanya dan melangkah ke usia dewasa yang sebenar.

Doa yang terdapat dalam ayat tersebut dianjurkan untuk dibaca oleh mereka yang berusia 40 tahun dan ke atas. Di dalamnya terkandung penghuraian yang jelas bahawa mereka; telah menerima nikmat yang sempurna, kecenderungan untuk beramal yang positif, telah mempunyai keluarga yang harmoni, kecenderungan untuk bertaubat dan kembali kepada Allah

Pada ayat yang lain, firman Allah SWT, maksudnya;

“...apakah Kami tidak memanjangkan umurmu dalam tempoh yang cukup untuk berfikir bagi orang-orang yang mahu berfikir, dan (apakah tidak) datang kepadamu pemberi peringatan?...” (Surah al-Fathir : ayat 37)

Menurut Ibnu Abbas, Hasan al-Bashri, al-Kalbi, Wahab bin Munabbih, dan Masruq, yang dimaksud dengan “umur panjang dalam tempoh yang cukup untuk berfikir” dalam ayat tersebut tidak lain adalah ketika berusia 40 tahun.

Menurut Ibn Kathir, ayat ini memberikan petunjuk bahawa manusia apabila menjelang usia 40 tahun hendaklah memperbaharui taubat dan kembali kepada Allah dengan bersungguh-sungguh.

Apabila itu berlaku menjelang usia 40 tahun, maka Allah memberikan janji-Nya dalam ayat selepas itu - (maksudnya) Kematangan.

Usia 40 tahun adalah usia matang untuk kita bersungguh-sungguh dalam hidup. Mengumpulkan pengalaman, menajamkan hikmah dan kebijaksanaan, membuang kejahilan ketika usia muda, lebih berhati-hati, melihat sesuatu dengan hikmah dan penuh penelitian. Maka tidak hairan tokoh-tokoh pemimpin muncul secara matang pada usia ini. Bahkan Nabi SAW seperti yang disebut oleh Ibn ‘Abbas:

“Dibangkitkan Rasulullah SAW pada usia 40 tahun.” (riwayat al-Bukhari).

Nabi Muhammad SAW diutus menjadi nabi tepat pada usia 40 tahun. Begitu juga dengan nabi-nabi yang lain, kecuali Nabi Isa AS dan Nabi Yahya AS.

Banyak negara menetapkan untuk menduduki jabatan-jabatan elit seperti ketua negara, disyaratkan bakal calon harus telah berusia 40 tahun. Masyarakat sendiri mengakui prestasi seseorang mantap tatkala orang itu telah berusia 40 tahun. Soekarno menjadi presiden pada usia 44 tahun; Soeharto menjadi presiden pada umur 46 tahun; John F Kennedy, 44 tahun; Bill Clinton, 46 tahun; Paul Keating, 47 tahun; sementara Tony Blair, 44 tahun.

Mengapa umur 40 tahun begitu penting.

Menurut Ibnu Qayyim Al-Jauziyah usia manusia diklasifikasikan menjadi 4 (empat) tahap, iaitu
1.Kanak-kanak (sejak lahir hingga akil baligh)
2.Muda atau syabab (sejak akil baligh hingga 40 tahun)
3.Dewasa (40 tahun hingga 60 tahun)
4. Tua atau syaikhukhah (60 tahun hingga mati)

Usia 40 tahun adalah usia ketika manusia benar-benar meninggalkan masa mudanya dan beralih kepada masa dewasa penuh. Kenyataan yang paling menarik pada usia 40 tahun ini adalah meningkatnya minat seseorang terhadap agama sedangkan semasa mudanya jauh sekali dengan agama. Seolah-olah macam satu fitrah di usia ini ramai yang mula menutup aurat dan mendekati kuliah-kuliah agama.

Salah satu keistimewaan usia 40 tahun tercermin dari sabda Rasulullah SAW;

“Seorang hamba muslim apabila usianya mencapai 40 tahun, Allah akan meringankan hisabnya (perhitungan amalnya). Jika usianya mencapai 60 tahun, Allah akan memberikan anugerah berupa kemampuan kembali (bertaubat) kepada-Nya. Apabila usianya mencapai 70 tahun, para penduduk langit (malaikat) akan mencintainya. Jika usianya mencapai 80 tahun, Allah akan menetapkan amal kebaikannya dan menghapus amal keburukannya. Dan apabila usianya mencapai 90 puluh tahun, Allah akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan dosa-dosanya yang dahulu, Allah juga akan memberikan pertolongan kepada anggota keluarganya, serta Allah akan mencatatnya sebagai tawanan Allah di bumi.” (riwayat Ahmad)

Hadis ini menyebut usia 40 tahun paling awal memiliki komitmen terhadap penghambaan kepada Allah SWT sekali gus konsisten terhadap Islam, maka Allah SWT akan meringankan hisabnya. Orang yang usianya mencapai 40 tahun mendapatkan keistimewaan berupa hisabnya diringankan. Tetapi umur 40 tahun merupakan saat harus berhati-hati juga. Ibarat waktu, orang yang berumur 40 tahun mungkin sudah masuk senja. Abdullah bin Abbas RA dalam suatu riwayat berkata, “Barangsiapa mencapai usia 40 tahun dan amal kebajikannya tidak mantap dan tidak dapat mengalahkan amal keburukannya, maka hendaklah ia bersiap-siap ke neraka.”

Imam asy-Syafi’i tatkala mencapai usia 40 tahun, beliau berjalan sambil memakai tongkat. Jika ditanya, jawab beliau, “Agar aku ingat bahwa aku adalah musafir. Demi Allah, aku melihat diriku sekarang ini seperti seekor burung yang dipenjara di dalam sangkar. Lalu burung itu lepas di udara, kecuali telapak kakinya saja yang masih tertambat dalam sangkar. Komitmenku sekarang seperti itu juga. Aku tidak memiliki sisa-sisa syahwat untuk menetap tinggal di dunia. Aku tidak berkenan sahabat-sahabatku memberiku sedikit pun sedekah dari dunia. Aku juga tidak berkenan mereka mengingatkanku sedikit pun tentang hiruk pikuk dunia, kecuali hal yang menurut syarak lazim bagiku. Di antara aku dan dia ada Allah.”

Lantas, apa yang harus kita lakukan menginjak usia 40 tahun?
1. Meneguhkan tujuan hidup
2. Meningkatkan daya spiritual
3. Menjadikan uban sebagai peringatan
4. Memperbanyak bersyukur
5. Menjaga makan dan tidur
6. Menjaga istiqamah dalam ibadah.

Jika ada yang mengatakan bahawa: Life began at forty, saya cenderung berpendapat kehidupan yang dimaksudkan ialah kehidupan terarah kepada mendekatkan diri kepada pencipta-Nya dengan sebenar-benarnya. Tetapi satu perkara yang kita harus sentiasa sedar bahawa kematian memanggil kita bila-bila masa tanpa tanda, tanpa alamat dan tanpa mengira usia. Jika kita beranggapan harus menunggu usia 40 tahun untuk baru memulakan kehidupan yang dimaksudkan di atas, maka rugi dan sia-sia lah hidup kita jika umur kita tidak panjang.

Maksud sabda Nabi Muhammad SAW;

“Orang yang bijak adalah orang yang selalu mengingati mati.”

Ramai manusia tertipu dengan keindahan dunia dan isinya yang bersifat sementara. Sejak Nabi Adam AS sehingga kini, kesemuanya telah kembali kepada Allah SWT tidak kira kaya atau miskin, berpangkat atau tidak. Mengingati mati bukan bermakna kita akan gagal di dunia tetapi dengan mengingati mati kita akan menjadi insan yang berjaya di dunia dan di akhirat. Janganlah menunggu sehingga esok untuk membuat persediaan menghadapi kematian, kerana mati boleh datang pada bila-bila masa.



23 Feb 2014

Punca tidak yakin diri



Punca mengapa ada sesetengah orang tidak ada keyakinan adalah kerana mereka kurang percaya pada kebolehan diri. Mereka teragak-agak, sangsi dan takut-takut. Perasaan ini timbul dalam apa saja perkara yang mereka lakukan, khususnya ketika melakukan perkara-perkara baru.
Apabila Anda rasa kurang yakin, Anda akan tiba-tiba merasa takut, bingung, keliru. Anda bagaikan tak tahu nak buat mana satu dan tak tahu kat mana nak bermula dulu. Masalah ni perlu di atasi. Jika tidak, motivasi Anda akan luntur dan Anda hilang pedoman untuk meneruskan hidup.
Bagaimana nak membangkitkan rasa percaya pada diri?
Ini caranya:
1. Gali kekuatan-kekuatan diri Anda, kemahiran-kemahiran Anda yang Anda rasa anda boleh buat dengan cukup baik. Tonjolkan. Biar orang sekeliling tahu supaya mereka menghargai kelebihan Anda, lantas membangkitkan rasa yakin dalam diri Anda.
2. Ingat kejayaan-kejayaan kecil yang pernah Anda capai, sebab ia membantu Anda merasa yakin. Anda pernah mencapai kejayaan kecil di masa lalu atau disatu ketika dulu, jadi berkemungkinan Anda boleh berjaya lagi di masa kini dan di masa hadapan. Rasa gembira setelah mencapai kejayaan-kejayaan tu membuat Anda merasa yakin.
3. Hargai bakat, kebolehan serta kelebihan-kelebihan orang lain. Jauhi sikap mencemuh kelebihan mereka atau bersangka buruk pada kelebihan mereka. Hargai dan kagumi kerana dengan mengagumi, Anda akan bersemangat untuk memperbaiki bakat Anda sendiri. Berkawan dengan mereka, elak bersaing. Untuk menang, Anda perlu berkawan dengan musuh sendiri.
4. Banyakkan bersukan, banyakkan meggerakkan otot-otot badan, banyakkan aktiviti mental. Bersukan melancarkan pergerakan darah. Aktiviti mental membuat minda Anda tajam serta dipenuhi banyak aliran idea. Gabungan kedua-dua kesan dari aktiviti ni menimbulkan rasa yakin diri yang akhirnya membuat Anda berani, optimis serta bebas dari sikap teragak-agak. Anda tahu apa yang perlu dilakukan.
5. Selalu bertenang. Terdesak cemanapun, kelam kabut cemanapun, stress cemanapun, jadilah orang yang memilih untuk bertenang. Dari ketenangan tu, muncul rasa yakin diri. Lagipun, bila Anda bertenang selalu semuanya akan terjadi secara teratur, tak le berterabur.

 
 
 
 
 
 
 
 

22 Feb 2014

Saham yang membantu..


Ada beberapa dalil yang menunjukkan apa2 yang kita usahakan ke atas anak2 kita yang merupakan amanah, adalah merupakan "saham" yang bakal membantu kita di sana nanti;
1."Harta benda dan anak-anak kamu hanyalah menjadi ujian dan di sisi ALLAH ada pahala yang besar." (Al-Quran Surah At-Taghabun, 64:15)
2."Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, jadikanlah kami beroleh dari isteri-isteri serta zuriat keturunan kami, perkara-perkara yang menjadi penyejuk mata (menenangkan hati), serta jadikanlah kami sebagai Imam bagi orang-orang yang bertaqwa" (Surah al-Furqan ayat 74)
3. “Setiap anak dilahirkan di atas fitrah, maka kedua orang tuanyalah yang menjadikannya Yahudi, Nasrani, atau Majusi.” (HR. Al-Bukhari)
4. “Barangsiapa yang diberi cobaan dengan anak perempuan kemudian ia berbuat baik pada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya dari api neraka.” (HR. Al-Bukhari)
5. “Barangsiapa yang mencukupi keperluan  dan mendidik dua anak perempuan hingga mereka dewasa, maka dia akan datang pada hari kiamat nanti dalam keadaan aku dan dia (seperti ini),” dan beliau mengumpulkan jari jemarinya. (HR. Muslim) 
6. "Tahukah engkau siapakah orang yang mandul." Berkata para sahabat : "Orang yang mandul ialah orang yang tidak mempunyai anak." Lalu Rasulullah SAW berkata : "Orang yang mandul itu ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya itu tidak memberi kemanfaatan kepadanya sesudah ia meninggal dunia."-(Maksud Al-Hadith ) 
7. “Siapa yang melakukan satu sunnah hasanah dalam Islam, maka ia mendapatkan pahalanya dan pahala orang-orang yang mengamalkan sunnah tersebut setelahnya tanpa mengurangi pahala-pahala mereka sedikitpun. Dan siapa yang melakukan satu sunnah sayyiah dalam Islam, maka ia mendapatkan dosanya dan dosa orang-orang yang mengamalkan sunnah tersebut setelahnya tanpa mengurangi dosa-dosa mereka sedikitpun.”

 Shahih Muslim , Sunan An-Nasa‘i , Sunan At-Tirmidzi, Sunan Ibnu Majah, Musnad Ahmad  
Sekian, semoga ada manfaatnya
.

19 Feb 2014

Hendak kemana aku...


Walaupun kita selaku manusia diberikan akal oleh Allah, kita jarang mahu menggunakannya untuk berfikir dengan mendalam,  untuk bertanya kepada diri kita sendiri erti kehidupan: “... HENDAK KE MANA AKU?”
Kita TIDAK ADA MASA untuk memikirkannya. Kita TIDAK MAHU untuk memikirkannya. Kita MENGELAK daripada memikirkannya.


Pelbagai cara dibuat, secara sedar atau tidak sedar untuk MENGHALANG kita dari memikirkannya. Apa yang menyebabkan kita lalai? Apa yang melalaikan kita? Kenapa kita tidak ada masa? 
Apa di sana ada perancangan musuh Islam untuk melalai dan melalikan kita??

Terang dan jelas bagi kita, salah satu sumber utama ialah...HIBURAN. .Kita dilalikan dan dilalaikan dengan hiburan yang berpanjangan. Hampir keseluruhan hidup kita  diselubungi, dihantui, dikelabui oleh hiburan.  Untuk berhibur kita perlukan set tercanggih..


Kita sanggup bergadai bergolok untuk mempastikan rumah kita mempunyai set TV, Hi-Fi, DVD paling canggih... Tidak cukup dengan saluran TV percuma... ...kita merasa perlu pula  untuk melanggan puluhan saluran satelit berbayar..


Untuk pastikan kita tidak perlu berfikir dalam kereta... -    Kita berlumba melengkapkan peralatan audio paling mahal dalam kereta, lengkap dengan DVD player, agar anak-anak kita tidak terlepas rancangan hiburan kegemaran mereka. Tidak cukup dengan itu...  Kita penuhkan fikiran dengan pelbagai rancangan import; filem Hollywood, American Idol, Survivor, Fear factor, Extreme Makeover dan sebagainya.....


Kita serabutkan hidup kita dengan rancangan hiburan tempatan, ada yang diciplak 90%.-  Malaysia Idol, Akademi Fantasia, Muzik-muzik, Musik-musik, Mencari Cinta, macam-macam ada...... 

Jika rancangan drama tempatan tidak cukup menarik... Kita semakkan hidup kita dengan drama dan telenovela dari Amerika Selatan, Filipina, Indonesia, Thailand etc. Agar kita tengelam dalam alam fantasi tanpa perlu berfikir...

Kita biarkan isteri, suami dan anak-anak  kita dibuai dengan produk-produk Bollywood yang tidak berputusan.. . Kita ajak keluarga kita lepak di Padang dengan Konsert Sure Heboh biarpun Mufti mengharamkannya. ahh! pedulikan itu semua!


Sekiranya kita ada sedikit masa luang untuk berfikir, orang lain sudah menjadualkan kita untuk berhibur...


Pelbagai konsert telah diatur seolah-olah secara berjadual sepanjang tahun, agar kita tidak ada masa untuk berfikir lagi...  konsert Hari Kebangsaan, Sure Heboh, Raya, tahun baru Cina, Deepavali, Keputeraan, Citrawarna, Krismas, Tahun Baru dan pelbagai lagi pesta-pestaan.


Hidup kita diprogramkan dengan pelbagai Majlis anugerah dari masa ke semasa, Anugerah Industri Muzik, Oscar, Pesta Filem, Juara Lagu, Penyanyi Popular, Bintang Pujaan, Pelakon Terhebat, dan seribu satu macam lagi majlis. Maka di mana ada masa untuk kita berfikir? Tidak hairanlah jika kitaran rutin hidup kita nerkisar di sekitar.. makan..cari makan.. BERHIBUR.. tidur.. bangun tidur, makan lagi, kerja lagi dan seterusnya begitu sampai akhir nyawa, macam apa...... ?....
Fikirlah sendiri.... jawab sendiri.....

Bilakah kita boleh keluar dari kitaran rutin ini?

18 Feb 2014

Bila kematian mendatangi kita...

Berapa banyakah kita mengingat kematian dalam hidup kita? Hanya diri kita sendirilah yang tahu berapa kali kita bertanya.  Jika kenyatannya kita masih sangat sedikit dalam mengingat kematian di tengah kesibukan dan semua urusan duniawi kita. 

Maka marilaha teman2 semua, tidak ada salahnya sekali waktu kita mengingat bahwa suatu saat kita akan mati, akan meninggalkan segala kesenangan dan kelaztan yang kita kecapi selama atas dunia ini. karena kita tidak pernah tahu, bila kematian mendatangi kita. Apa kita mahu disaat kita dalam keadaan lalai, kematian datang menjemput kita?  

Karena mengingati  mati akan membuatkan kita meninggalkan  dari berbuat dosa. hingga di mana saja dan bila saja kita akan senantiasa akan selalu terarahkan untuk melakukan hal-hal yang bermanfaat untuk dunia dan akhirat.

Mengingat kematian juga merupakan satu cara yang sangat efektif untuk dapat menakluk dan mengendalikan diri kita. Sebagaimana sabda Nabi Muhammad 'Perbanyaklah mengingat sesuatu yang melenyapkan semua kelezatan, aitu kematian.' (HR. Tirmidzi)

Ibnu Umar ra. berkata, 'Aku datang menemui Nabi Muhammad Shalallahu Alaihi Wassalam. bersama sepuluh orang, lalu salah seorang dari kaum Anshar bertanya, ‘Siapakah orang yang paling cerdas dan paling mulia, wahai Rasulullah?’ Beliau menjawab, 'Orang yang paling banyak mengingat kematian dan paling siap menghadapinya. Mereka itulah orang-orang cerdas. Mereka pergi dengan membawa kemuliaan dunia dan kemuliaan akhirat’.  (HR Ibnu Majah).

Yuk, marilah kita ingatkan kematian...!

17 Feb 2014

contohi orang-orang berjaya

Kenapa orang berjaya sentiasa menambah ilmu? Berikut adalah dua sebab utama:
1. Mereka mahu tahu banyak ilmu baru.
2. Mereka mahu menguasai, bukan sekadar mengetahui.

Orang berjaya tak pernah merasa cukup dengan ilmu yang dia ada. Bukan sebab orang berjaya ni tamak, tapi sebab mereka seronok berkongsi ilmu – iaitu ilmu yang mereka ada dan ilmu yang mereka baru jumpa. 
Anda kena contohi orang-orang berjaya. Elak merasa puas hati dengan ilmu yang Anda ada sekarang ini. Tekad belajar seumur hidup! Tambah ilmu dengan banyakkan membaca kerana membaca adalah cara paling mudah untuk Anda mempelajari ilmu baru. Gali lebih banyak ilmu berkenaan bidang Anda. Beri tumpuan pada apa yang Anda perlu tahu.
Sebagai contoh, jika Anda seorang penulis buku, pelajarilah lebih banyak ilmu tentang bagaimana menjadi penulis buku supaya Anda boleh muncul menjadi seorang penulis buku yang berjaya satu hari nanti. 
Jika Anda seorang pemuzik, pelajari lebih banyak perkara mengenai muzik supaya Anda menonjol menjadi pemuzik berjaya. Anda berjaya kerana Anda tahu banyak perkara mengenai muzik. 
Selepas itu, pelajari lebih banyak, dua kali lebih banyak jumlahnya dari jumlah ilmu yang dipelajari oleh orang-orang di sekeliling Anda.Jika Anda seorang penasihat kewangan, pelajari lebih banyak ilmu tentang hal-hal kewangan supaya Anda berjaya sebagai seorang penasihat kewangan berjaya satu hari nanti.

 Bila Anda menguasai banyak perkara mengenai bidang Anda, pasti Anda menonjol. Pasti Anda boleh mencapai tahap-tahap membanggakan.
Mengetahui saja tidak cukup.Anda perlu menguasai, iaitu dengan mempelajari lebih banyak ilmu mengenai bidang Anda.

16 Feb 2014

Pesanan orang bijak


Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: "Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:

1. Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;
2. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;
3. Jika engkau memerlu pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;
4. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;
5. Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu;
6. Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;
7. Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;
8. Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu;
9. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;
10. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;
11. Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu;
12. Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan;
13. Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat;
14. Dia mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.

 
Sebagai remaja yang terlepas daripada pandangan ayah ibu berhati-hatilah jika memilih kawan.
Kerana kawan, kita bahagia tetapi kawan juga boleh menjahanamkan kita.

15 Feb 2014

Siapakah yang dia takut..?.


Sebagai orang Islam kita kerapkali mendengar nama-nama seperti Jin, Syaitan dan Iblis. Persepsi negative selalu dilemparkan kepada makhluk tersebut lantaran kejahatan mereka menyesatkan manusia.

Wajah mereka selalu dimomokkan hodoh, gerun dan menakutkan. Peribadi mereka selalunya jahat. Tetapi sedarkah kita yang persepsi itu kebanyakkannya salah. 


Musuh utama iman adalah hasutan Jin, Syaitan dan Iblis.Ibarat didalam peperangan menentang musuh, kita perlu belajar tentang musuh.
Siapakah musuh, perangai musuh, lokasi musuh dan juga kelemahan musuh. Berapa ramai umat Islam benar2 mengenali Iblis melainkan hanyalah melalui persepsi sahaja. 

Iblis adalah makhluk yang asalnya Jin bernama azazil yang diasuh oleh malaikat sehingga mencapai taraf pengulu malaikat. Jadi azazil merupakan makhluk yang rajin beramal kepada Allah s.w.t dan juga mempunyai ilmu yang banyak sehingga tinggi tarafnya. 


Kita perlu check and balance dengan tahap kita….…apakah ilmu dan amalan kita setaraf dengan ilmu dan amalan iblis ?  Tentu tidak malah Iblis juga mengenal Allah s.w.t, kenal malaikat dan mengenal bumi dan langit.  Tetapi mengapa Iblis dimurkai oleh Allah? 

Kerana Iblis riak dan sombong. Lantaran bersikap riak dan sombong itulah Iblis diusir dari syurga walaupun didalam keadaan Iblis mempunyai Ilmu dan amalan yang banyak. Mengapa Iblis mempunyai sifat riak dan sombong, tidak lain kerana bersikap hasad dan dengki kepada Adam a.s. Iblislah juga menanam sifat tamak kepada Adam a.s yang akhirnya Adam juga keluar dari syurga dan akhirnya bertaubat. Begitu juga berlaku kepada Qabil yang mempunyai sifat dengki dan kedekut yang akhirnya membunuh adiknya Habil dan akhirnya dimurkai Allah s.w.t. 


Jadi jelas disini berakhlak yang mempunyai unsur Riak/Sombong/ Dengki/Tamak/ Kedekut adalah akhlak yang tidak melayakkan makhluk memasukki syurga Allah s.w.t walau pun mempunyai amalan dan ilmu yang banyak. Bagaimana pula kita yang mempunyai amalan dan ilmu yang tidak setanding Iblis tetapi mempunyai sifat-sifat tersebut. Bukankah taraf kita lebih rendah berbanding Iblis ? 

 
Mengapa pula Iblis yang mempunyai ilmu, mengenal zat Allah s.w.t, mengenal keseluruhan makhluk ciptaan Allah sanggup bersikap sombong ?  Ini adalah kerana Iblis tidak mempunyai akhlak Cintakan Allah s.w.t. Cintakan Allah s.w.t adalah ilmu yang menguasai keseluruhan ilmu-ilmu yang lain. Yakin seyakin-yakinnya….dengan menguasai Ilmu Cintakan Allah, Iblis akan takut kepada kita.
Kerana tahu kekuatan Kalimah Cintakan Allah s.w.t, Iblis memainkan jarum halusnya melalui sahabatnya Dajjal, Freemason, kaum munafik, kafir dan fasik untuk manipulasikan  perkataan Cinta itu daripada berfokuskan Cinta kepada Allah dan Rasul kepada Cinta sesama manusia, cinta kepada sains teknologi, cintakan harta benda dan cintakan anak isteri  sedangkan perkara tersebut hanya layak dikasihi atau disayangi sahaja dan bukan di cintai. Memang semua itu juga haq Allah s.w.t tetapi ia hanya layak di kasihi atau disayangi dan tidak melebihi Cintakan Allah dan Rasul. 


Demi menghakiskan kalimah Cinta kepada  Allah dan Rasul, Iblis mempergunakan segenap kebolehan ilmunya melalui bantuan sahabatnya untuk menyesatkan manusia melalui : 


1. Lagu dan Muzik yang liriknya hanya cintakan manusia. Membuai manusia dengan khayalan cinta sesama manusia sehingga ketahap tercabutnya kalimah cinta itu daripada untuk Allah s.w.t kepada cinta sesama makhluk.
2. Mempersembahkan kehebatan sains dan teknologi sehingga manusia lupa kehebatan Allah s.w.t. Sanggup menafikan kebenaran atau was was dengan kebenaran Al Quran semata-mata takjub dengan teknologi. Atau di kadar iman yang paling lemah menunggu sains membuktikan sesuatu baru meyakini Al Quran.
3. Melalaikan manusia yang berkuasa dengan menanamkan sifat sombong dan takbur.
4. Melalaikan manusia yang kaya dengan menanamkan sifat kedekut dan dengki.
5. Melalaikan manusia yang berilmu dengan menanamkan sifat sombong.
6.
Melalaikan kehidupan manusia daripada menggunakan sistem Allah kepada sistem Iblis. 
 
Iblis Syaitan dan Jin kafir amat takut menghampiri manusia yang Cintakan Allah s.w.t. Itulah kelemahan Iblis yang nyata. Iblis tidak takut/lemah dengan ilmu kamu ataupun amalan kamu tetapi Iblis takutkan ilmu dan amalan bersertakan Cintakan Allah s.w.t 


Senjata kelemahan musuh sudah diketahui, hanya terserah kepada kita untuk menggunakannya. Doa orang yang Cintakan Allah s.w.t adalah doa yang mustajab. Sekiranya kita ditipu, ditindas, di fitnah…senjata yang paling mustajab adalah bangkitkan kalimah Cinta hanya kepada Allah didalam hati dan berdoalah siang dan malam. Insya Allah termakbullah doa kita. Hayati kisah bagaimana Asif Barqiya seorang ahli kitab dizaman Nabi Sulaiman yang Cintakan Allah s.w.t hanya melakukan sesuatu dengan niat/doa, dengan sekelipmata berpindahlah singahsana Balqis. Mampukah Einstien yang manusia agung agungkan itu melakukan sedemikan rupa dengan sains dan teknologi. 


Pesanan Rasullulah s.a.w : Umat-umatku yang terbaik adalah mereka yang mudah marah tetapi mudah menangis.Mereka marah apabila aqidah kepada Allah dipermainkan dan mudah menangis apabila mendengar nama Allah s.w.t kerana terlalu Cintakan Allah s.w.t. 

 
Carilah pengertian Kalimah Cinta yang sebenarnya dan bukan Kalimah Cinta yang diajarkan oleh manusia sekarang didalam lagu-lagu mereka. Carilah ilmu bagaimana untuk mengbangkitkan Kalimah Cintakan Allah. Kalimah cinta bukanlah kalimah yang boleh dibuat main-main sepertimana Iblis mengajar kita selama ini.
Adakah kita cintakan Allah ?....

14 Feb 2014

Lindungilah wanita....

Maksud Hadith: 
Daripada Abu Hurairah RA katanya, Rasulullah SAW bersabda “Hendaklah kamu saling meminta nasihat tentang perkara-perkara kebaikan kepada kaum wanita kerana sesungguhnya kaum wanita dijadikan daripada tulang rusuk dan sebengkok-bengkok tulang rusuk ialah yang paling atas. Jika kamu membetulkan dengan kekerasan nescaya ia akan patah, jika ditinggalkan (dibiarkan tanpa nasihat) nescaya kekal ia dalam keadaan bengkok maka saling menasihatilah dengan penuh kesabaran dan berlemah lembut”. 
 
Huraian Hadith: 
  1. Para suami hendaklah bersikap bijaksana dalam membentuk kehidupan isteri-isteri mereka. Jika berlaku sebaliknya akan mengakibatkan kepincangan rumahtangga yang mungkin berakhir dengan perceraian.
  2. Adalah menjadi kewajipan setiap suami untuk memberi didikan dan tunjuk ajar secukupnya dengan penuh kesabaran kepada isteri mereka agar tidak terumbang-ambing dalam hidup.
  3. Berulang-ulangnya pesanan Rasulullah SAW mengenai wanita menunjukkan ia sangat-sangat penting kerana mereka adalah golongan yang lemah dan perlu kepada orang yang melindungi mereka dan menguruskan hal mereka serta mengawal pergerakan mereka ini kerana  kebebasan tanpa sempadan yang diberikan kepada anak-anak gadis menyebabkan berlakunya kepincangan besar dalam masyarakat yang mengundang kemurkaan Allah SWT.
  4. Hadis ini memberi tunjuk ajar dan panduan kepada lelaki supaya bertolak ansur dan bersabar dalam berinteraksi dengan kaum wanita. Suami mestilah bersabar terhadap sikap isteri yang kurang memuaskan kerana lelaki lebih mampu sabar.

Itulah wanita..


Jangankan lelaki biasa, Sesiapa pun terasa sunyi tanpa wanita. Tanpa mereka, hati, fikiran dan perasaan lelaki akan resah. Masih mencari walaupun sudah ada segala-galanya. Apa lagi yang tidak ada di syurga, namun Nabi Adam a.s tetap rindukan Siti Hawa. Kepada wanitalah lelaki memanggil ibu, isteri atau puteri. Dijadikan mereka dari tulang rusuk yang bengkok untuk diluruskan oleh lelaki. Tetapi kalau lelaki sendiri yang tak lurus, tak mungkin mampu nak meluruskan mereka. Tak logik kayu yang bengkok menghasilkan bayang-bayang yang lurus. 
 
Luruskanlah wanita dengan cara yang ditunjuk Allah, kerana mereka dicipta sebegitu rupa oleh Allah. Didiklah mereka dengan panduan dari-Nya. Jangan cuba jinakkan mereka dengan harta, nanti mereka semakin liar. Jangan hiburkan mereka dengan kecantikan, nanti mereka semakin menderita. Yang sementara itu tidak akan menyelesaikan masalah. Kenalkan mereka kepada zat Allah yang kekal, disitulah suisnya. 


Akal setipis rambutnya, tebalkan dengan ilmu. Hati serapuh kaca, kuatkan dengan iman. Perasaan selembut sutera, hiasilah dengan akhlak. Suburkanlah kerana dari situlah nanti mereka akan nampak nilaian dan keadilan Tuhan. Akan terhibur dan bahagialah hati mereka, walaupun tidak jadi ratu cantik dunia, presiden ataupun perdana menteri negara atau 'women gladiator'. Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan. Itu bukan diskriminasi Tuhan. Sebaliknya disitulah kasih sayang Tuhan, kerana rahim wanita yang lembut itulah yang mengandungkan lelaki-lelaki waja: negarawan, karyawan, jutawan dan "wan-wan" yang lain. Tidak akan lahir 'superman' tanpa 'superwoman' . 


Wanita yang lupa hakikat kejadiannya, pasti tidak terhibur dan tidak menghiburkan. Tanpa ilmu, iman dan akhlak, mereka bukan sahaja tidak boleh diluruskan, bahkan mereka pula membengkokkan. 


Lebih ramai lelaki yang dirosakkan oleh perempuan daripada perempuan yang dirosakkan oleh lelaki. 

 Sebodoh-bodoh perempuan pun boleh menundukkan sepandai-pandai lelaki. Itulah akibatnya apabila wanita tidak kenal Tuhan. Mereka tidak akan kenal diri mereka sendiri, apalagi mengenal lelaki. Kini bukan saja ramai boss telah kehilangan 'secretary', bahkan anak pun akan kehilangan ibu, suami kehilangan isteri dan bapa akan  kehilangan puteri. 

Bila wanita derhaka dunia lelaki akan huru-hara. Bila tulang rusuk patah, maka rosaklah jantung, hati dan limpa. Para lelaki pula jangan hanya mengharap ketaatan tetapi binalah kepimpinan. Pastikan sebelum memimpin wanita menuju Allah pimpinlah diri sendiri dahulu kepada-Nya. 


Jinakkan diri dengan Allah, nescaya akan jinaklah segala-galanya dibawah pimpinan kita. Jangan mengharap isteri seperti Siti Fatimah, kalau peribadi belum lagi seperti Sayidina Ali.
Wallahua’lam...

12 Feb 2014

Kita buat baik, dia buat jahat

Anda buat baik pada seseorang, pastu dia pula buat jahat pada Anda. Perbuatan baik Anda dibalas dengan perbuatan jahat. Sedihnya. Apa nak buat pasni? Berikut adalah 3 perkara perlu Anda buat apabila perbuatan baik Anda dibalas dengan perbuatan jahat.
1. Serahkan soalan balasan perbuatannya pada Tuhan.
Tuhan mempunyai cara tersendiri untuk membalas setiap perbuatan jahat orang sekeliling pada Anda. Sebagai contoh, mungkin Tuhan akan buat rezekinya disempitkan, hidupnya disusahkan, usahanya digagalkan. Anda tak akan dapat kawal jumlah orang yang berbuat jahat pada Anda. 

Anda tak akan dapat elak orang nak buat jahat pada Anda. Tapi orang yang berbuat jahat pada Anda pasti tak akan dapat elak balasan Tuhan atas setiap perbuatan jahat mereka. Soal balas-membalas perbuatan jahat orang pada Anda, itu urusan Tuhan. Serahkan pada Tuhan. Tugas Anda, teruskan bersangka baik, teruskan berperangai baik, teruskan berkata baik-baik. Sebagai orang Melayu beragama Islam, Anda makhluk bertuhan, jadi jangan lupakan Tuhan.
2. Doakan dia.
Orang buat jahat pada Anda, Anda kena doakan dia. Haa? Kenapa pulak? Mana boleh! (Biasanya inilah ayat yang Anda akan kata!) Doakan supaya dia berubah. Sebenarnya, jika Anda balas perbuatan jahat orang pada Anda dengan perbuatan jahat hingga berdendam, ketahuilah Anda sudah masuk ke dalam perangkap pemikiran negatif. Kesannya, fikiran Anda menjadi negatif serta-merta. Tindakan Anda jadi negatif, hidup Anda di kelilingi situasi-situasi negatif. Orang berfikiran negatif hidupnya tak pernah bahagia, tak pernah maju sebab dendam menghalang sesiapa saja dari menjadi orang berjaya. 

Anda akan kerap ditimpa musibah serta masalah bila menjadi orang pendendam, walau dendam tu cuma sebesar kaki semut. Anda akan kata kesemua masalah yang muncul dalam hidup Anda, Anda tak pernah minta. Sebenarnya Anda sendirilah yang menarik masalah tu datang ke dalam hidup Anda kerana Anda menyimpan dendam. Elak berdendam kerana dendam yang sedikit akan menarik lebih banyak dendam. Lebih banyak dendam tersimpan di hati, lebih sukar rasa Anda nak mencapai kecemerlangan dalam apa jua perkara.
3. Terus maju ke hadapan, usah menoleh ke belakang lagi.
Usaha memburu kecemerlangan tak pernah serik dari dugaan. Sebagai contoh, jika Anda nak jadi pekerja cemerlang, pasti akan ada orang sekeliling yang tak puas hati. Kenapa? Cemburu, simply sebab dia tak nak melihat Anda maju. Anda tak akan dapat elak orang yang cemburu pada Anda.

 Anda tak akan dapat tahan rasa cemburu orang pada Anda. Anda tak akan dapat halang mana-mana orang dari mencemburui Anda. Usah layan fikiran-fikiran camni kerana ia akan mengubah fokus minda Anda. Sebaik-baik kesibukan adalah kesibukan memajukan diri, bukan kesibukan memikir cakapan-cakapan orang tentang Anda. Jangan sibukkan fikiran dengan cakapan-cakapan orang kerana Anda akan hilang pedoman, hilang motivasi, hilang inspirasi. Anda akan mudah bersangka buruk sebab Anda asyik memikir apa yang orang cakap pasal diri Anda, Anda akan suka fikir yang bukan-bukan.
Untuk menangani hal sebegini, maafkan saja orang yang berbuat jahat pada Anda. Maafkan saja orang yang berdendam pada Anda. Lepas tu, lupakan kesalahannya. Lepas tu, LET GO hal tu, jangan pernah cuba nak ingat lagi walau sekadar terlintas sesaat di fikiran. Anda kena pastikan hati Anda bersih sentiasa supaya Anda jadi bermotivasi sentiasa. Jika teringat walau sedikit, ingatan yang sedikit tu akan meneutralkan kepositifan Anda.
Untuk menjadi insan berfikiran positif, Anda kena bebaskan hati, fikiran dan kata-kata dari aspek-aspek negatif. Ketahuilah aspek negatif ni jika ada walau cuma sedikit, ia akan merosakkan fikiran positif.
Untuk melupakan hal-hal negatif, ingat saja hal-hal positif sepanjang masa. Jangan lawan fikiran negatif, sebaliknya, penuhkan minda dengan aspek-aspek positif seperti kegembiraan, keseronokan,kebahagiaan,rasa kekitaan. Makin Anda lawan sesuatu, makin banyaklah Anda dapat apa yang Anda lawan tu.

10 Feb 2014

Rawatlah hati anda

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:
"Ketahuilah bahawa dalam jasad manusia ada seketul daging (segumpal darah), jika baik maka baiklah seluruh anggota dan jika rosak maka rosaklah seluruh anggota, itulah hati." Bukhari dan Muslim

18 cara dan rawatan hati yang perlu dilakukan supaya hati  dapat dirawat dan terhindar daripada penyakit hati adalah seperti berikut :

1. Mentarbiah hati supaya mencintai Allah SWT dan rsul dengan sedalam-dalamnya.
2. Membaca serta bertadarus makna dan maksud-maksud ayat al-Quran.
3. Mendekatkan diri kepada Allah SWT dengan amalan-amalan sunat.
4. Khusyuk dalam solat.
5. Memperbanyak zikir dan memohon ampun kepada Allah SWT.
6. Melakukan kebaikan kerana ikhlas kepada Allah SWT dan mengharapkan keredaan-Nya.
7. Melakukan amal dan ibadat berdasarkan perintah Allah dan Rasul.
8. Beriktikad dengan akidah yang betul.
9. Sentiasa melakukan muhasabah diri.
10. Memperuntukkan masa bagi Allah SWT menerusi penggarapan ilmu-ilmu agama.
11. Memperbanyakkan qiyamullail, berdoa terutamanya pada sepertiga malam.
12. Tunduk dan khusyuk kepada Allah SWT dalam segenap tindakan dan perbuatan.
13. Memastikan sumber makanan dan pakaian adalah halal di sisi Allah SWT.
14. Menundukkan penglihatan kepada perkara-perkara yang diharamkan Allah SWT.
15. Suka menziarahi kubur dan mengingati mati.
16. Sentiasa bersyukur dan reda kepada Allah SWT atas segala nikmat yang dikurniakan.
17. Suka membantu anak-anak yatim dan bermesra dengan mereka.
18. Suka bersahabat dan duduk dengan orang-orang soleh yang boleh dijadikan teladan.

9 Feb 2014

Yakin Diri & Jangan Takut


Kenapa kita perlu ada sikap yakin diri?
Berikut adalah 2 sebab kenapa Anda perlu ada sikap yakin diri:
1. Kita mahu ada semangat untuk maju dalam apa yang kita lakukan sekarang.
Kita mahu apa yang kita buat berhasil. Bila tidak ada keyakinan diri, kita tak ada desakan inspirasi untuk berusaha, lantas membuat kita rugi banyak masa. Orang yang tidak ada rasa yakin diri hanya akan menghabiskan masa berkira-kira nak membuat sesuatu.

2. Kita tak nak kita teragak-agak akhirnya hilang semangat untuk mula mencuba.
Orang yang ada  rasa yakin diri sanggup mendepani apa saja yang akan berlaku, terus buat lebih dari sekadar mencuba-cuba. Kita pula rugi banyak sebab langsung tak mencuba, tak membuat dan tak ada inisiatif untuk mula mencuba, walaupun sekadar hanya untuk mencuba sedikit cuma.

Orang yang ada sikap yakin diri adalah orang yang berani, tapi tenang.
Tenang tak bermaksud air mukanya kena sempoi. Tenang tu maksudnya mahir mengawal emosi, kata-katanya terkawal, tindakannya terkawal, ideanya bernas, pendapatnya tepat.
Tanya diri sendiri, adakah kita ni orang yang tenang?
Takut adalah penghalang besar kepada sikap yakin diri. Orang yang ada sikap yakin diri boleh hilang keyakinan dirinya simply kerana dia tiba-tiba takut pada sesuatu atau pada seseorang. Jika cinta adalah emosi positif yang paling kuat, takut pula ada emosi negatif yang paling kuat.
 Apabila Anda konpiden tapi dalam masa yang sama ada rasa takut, takut tu akan lebih banyak menguasai emosi Anda. 7 jenis takut yang menghalang rasa yakin diri adalah:
1. Takut mencuba atau membuat perkara baru.
2. Takut mengambil risiko, takut mendepani risiko.
3. Takut memikirkan sesuatu yang tak pasti dan sesuatu yang belum pasti.
4. Takut dikritik.
5. Takut dikalahkan oleh pesaing.
6. Takut diketawakan, dicemuh dan diumpat-umpat.
7. Takut diherdik dan dimalukan di depan ramai orang.

Nak melawan rasa takut ni, caranya adalah membina keberanian. Jika kita lawan rasa takut, kita akan rasa berat, payah, susah. Tapi, bila kita melawan rasa takut dengan membina keberanian lalu merelakan rasa berani menguasai fikiran kita, rasa takut akan pergi dengan sendirinya. Kebanyakan usahawan berjaya, pelajar cemerlang dan ibu bapa cemerlang adalah mereka yang berani. Nak berjaya, kita kena berani – berani ambil risiko, berani mendepani kata-kata kurang enak ditujukan pada kita.
Tanya diri sendiri, kenapa kita takut pada baying-bayang sendiri ?...
Renung-renung dan fikir-fikirkan.....

Masjid Solatiah GR

http://picasion.com