Dikuasakan oleh Blogger.

About Me

Foto Saya
ipoh, perak
X KAGAT....?.

Blog Archive

SMS ampang ipoh 24 /6/ 11

gif webcam

DI SMA Chemor 13/5/12

pictures to gif

Di SMA Chemor

animated gif maker

Guru Pendidikan Islam Ulu Kinta Jun 13

http://picasion.com/i/1VkmT/

22 Mac 2011

Sikap negatif – 11 petanda dominan

Anda orang yang ada sikap negatif apabila Anda…

a. suka memaki-maki

b. memandang keburukan seseorang lebih dari kebaikannya

c. cepat bersangka buruk

d. belum pun sesuatu perkara bermula, Anda sudah menjangkakan kegagalan

e. memandang rendah

f. hanya mahu di hormati tapi tak mahu menghormati

g. panas baran, cepat naik marah

h. suka berbohong dan mengada-adakan cerita

i. cepat merasa sakit hati, suka cakap main lepas

j. sukar meminta maaf, susah memberi maaf, ego tinggi

k. suka bercakap perihal orang lain, terutama keburukan

Jika Anda merasa Anda ada salah satu daripada 11 sikap negatif di atas, itu petanda bahawa Anda adalah orang bersikap negatif.

21 Mac 2011

5 Jenis Orang Anda Akan Jumpa Dalam Proses Menuju Kejayaan.

Bagaimana dengan  Anda hari ini? Semoga membawa perubahan besar dalam hidup Anda. Masa berubah. Anda juga kena berubah seiring perubahan masa. Ilmu kena ditambah, usaha kena ditambah,barulah boleh mencapai tahap lebih baik dari yang sebelumnya. Jika kita tidak berubah, pasti kita tidak mencapai apa-apa. Sebabnya, kita tidak berubah.
Berusaha memperbaiki diri itu juga perubahan. Bila Anda tidak berubah, maknanya Anda tidak berusaha mengubah diri Anda.

Orang yang tidak mahu memperbaiki diri ada di mana-mana. Anda boleh kenali orang sebegini melalui dua cara:

1. Mereka suka mengkondem orang lain.

2. Mereka berusaha menjatuhkan orang lain yang sudah berjaya.
 
3. Mereka memburuk-burukkan orang yang bersemangat mahu berjaya.

Berikut adalah 5 jenis orang yang Anda akan jumpa dalam proses memburu kejayaan.
1.Orang tidak mahu berjaya, cukuplah sekadar biasa-biasa saja.

2.Orang mahu berjaya, tapi pernah gagal lalu jadi memandang negatif terhadap kejayaan. Inilah orang skeptik.

3.Orang yang sentiasa berfikir pasal kejayaan, tapi usahanya sedikit cuma.

4.Orang yang banyak usaha ke arah kejayaan, lepas satu diusahakan, dia usahakan lagi satu. Belum lagi mencapai kejayaan dari usaha yang dulu, dia sudah mula mengusahakan perkara baru. Tak ada fokus. Mahu mencapai berbagai kejayaan dalam satu masa. Main lompat-lompat. Akibatnya fokus lari, hasil tak nampak-nampak lagi. Duit dan tenaga habis gitu saja.

5. Orang bersemangat dan memberi komitmen tinggi pada apa yang diusahakan, tidak merubah fokus selagi belum benar-benar berjaya dalam perkara yang diusahakan olehnya. Inilah sikap orang berjaya!.

Tips Bagaimana Bergaul Dengan Orang Yang Anda Tak Puas Hati, Kurang Senang dan di benci

Stress bermula apabila di hati kita wujud perasaan tidak puas hati, geram dan marah dengan situasi yang terjadi. Anda jadi stress sebab Anda tertekan memikirkan situasi yang akan Anda lalui juga situasi yang telah Anda lalui. Anda stress sebab Anda tidak suka dengan perangai seseorang. Anda merasa stress kerana tidak senang memikirkan sikap sesetengah orang yang Anda kenali.

Ada beberapa cara bagaimana menangani stress dalam pergaulan dan perhubungan sesama kita. Jika Anda berada dalam situasi di mana Anda terpaksa berhadapan dengan orang yang Anda kurang senangi, caranya pasang niat di dalam hati.
Niatkan Anda mahu berbaik-baik dengannya. Pastu tenangkan diri. Lafazkan niat sekali diiringi dengan ketenangan, katakan “aku mahu berbaik-baik dengannya, aku mahu merasa senang dengannya”.

Anda akan perasan selepas beberapa minit Anda memasang niat tu di dalam hati, dia akan baik-baik saja dengan Anda walau hakikatnya Anda kurang senang dengan orang itu kerana sikapnya, perangainya, kata-katanya atau mungkin dia pernah memarahi Anda hingga Anda merasa kurang enak berdekatan dengan dia.

Sebagai contoh, jika Anda seorang staff bawahan dan Anda merasa kurang senang bila bos Anda ada berhampiran dengan Anda kemudian Anda pula merasa stress dengan kehadirannya, gunakan cara ini. Pasang niat di dalam hati Anda mahu berbaik-baik saja dengan bos Anda, selepas tu tenangkan diri. Tak semua orang selesa bergaul dengan bos sendiri.
Minda separa sedar Anda bekerja dengan cukup baik dalam keadaan emosi Anda tenang. Bila Anda sudah pasang niat mahu berbaik-baik dengan seseorang, niat di hati tu akan naik ke minda sedar Anda lalu di serap masuk ke dalam minda separa sedar. Anda perlu bertenang untuk memudahkan niat tadi diserap masuk dengan mudah ke dalam minda separa sedar. Jika Anda tidak bertenang, niat itu akan terhalang dari diserap masuk.
Bila minda separa sedar sudah faham Anda mahu berbaik-baik dengan orang tadi tu, serta merta minda separa sedar akan menerbitkan gelombang positif .
Gelombang ni keluar dari minda Anda, terlepas ke persekitaran Anda lalu diserap masuk oleh minda orang-orang di sekeliling Anda. Orang yang Anda kurang senangi tadi akan menyerap masuk gelombang yang terbit dari minda Anda kerana dia berada berhampiran Anda.

Gelombang minda Anda yang diterima oleh mindanya akan diserap masuk lalu turun ke dasar hatinya. Apa yang ada di dasar hatinya itulah yang akan mempengaruhi emosinya, kata-katanya dan perbuatannya. 

Hatinya mempengaruhi emosinya. Dia akan merasa senang dengan Anda walaupun sebelum ni dia ada perasaan kurang senang dengan Anda.
Inilah caranya bagaimana Anda menjangkitkan perasaan positif, emosi positif dan fikiran positif pada orang lain di sekitar Anda. Puncanya adalah Anda,semuanya bermula dari Anda. Untuk Anda nak berbaik-baik dengan orang, Anda kena baik hati, Anda kena pasang niat mahu berbaik-baik dengannya.
Cara ni langsung tidak akan berkesan jika di dalam hati Anda ada kebencian, dendam, rasa tidak puas hati, rasa tertekan, rasa tidak senang dan rasa marah. Jika semua perasaan ni ada walaupun sedikit, ia akan menggagalkan teknik tadi serta merta.
Sebelum tidur dan selepas bangun, amalkan istighfar banyak-banyak , mohon ampun pada Allah sebab Anda berisiko untuk menyakiti orang lain dengan merasa benci dengannya atau tidak suka dengannya secara tidak sengaja tanpa Anda sedari.
Allah tidak suka orang yang benci-membenci, kesannya Anda akan mendapat kemurkaan Allah, Anda akan mendapat musibah sebagai balasan atas perbuatan Anda.
Maafkanlah kesalahan-kesalahan yang orang lain lakukan pada Anda. Kenapa? Supaya hati Anda bersih sentiasa.

Bila hati sudah bersih, Anda senang untuk bergaul baik dengan orang-orang di sekeliling dalam apa jua situasi. Mereka juga akan merasa senang dengan Anda simply sebab Anda ada aura yang menyenangkan.
Aura adalah gelombang tenaga yang berada di sekeliling badan Anda.
Aura terbit dari minda separa sedar. Minda separa sedar pula di pengaruhi oleh hati dan fikiran Anda.

Itulah sebabnya amat penting sekali Anda menjaga kebersihan hati dan kepositifan fikiran supaya Anda senang ‘ngam tune’ dengan sesiapa sahaja.
Jika Anda merasa benci dengan seseorang, secara automatik orang tu akan benci dengan Anda. Dia akan merasa kurang senang dengan Anda secara tak semena-mena.
Dia tak tahu kenapa. Apa yang dia tahu, dia merasa timbulnya rasa benci, meluat, kurang senang. Semua tu timbul secara tiba-tiba.
Puncanya, Anda benci dengan dia di dalam hati. Nampak tak kesannya? Inilah sebab kenapa Anda perlu belajar bagaimana mengemudi hati.

19 Mac 2011

Indahnya dciptakan sbg seorg wanita

1.Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.

2. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.

3. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat.

4. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

5. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.

6. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.

7. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

8. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.

9. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 maalaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

10. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.

11. Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

12. Wanita yang menguli tepung gandum dengan bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya.

13. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.

14. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.

15. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.

16.Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.

16. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.

17. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.

18. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.

19. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka maalaikat-maalaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

20. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

21. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.

22. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.

23. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

24. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah

17 Mac 2011

13 aurat wanita

1. Bulu kening - Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening - Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.

2. Kaki (tumit kaki) semacam hantu loceng - Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31. Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng…sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah ….

3. Wangian - Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal kata orang sekarang hidong belang - Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.

4. Dada - Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.

5. Gigi - Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya - Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani, Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

6. Muka dan leher - Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

7. Muka dan Tangan - Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecu ali pergelangan tangan dan wajah saja - Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.

8. Tangan - Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya - Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.

9. Mata - Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya - Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.

Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.

10. Mulut (suara) - Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik - Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.

Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi - Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.

11. Kemaluan - Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka - Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.

[color=limegreen]Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya - Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.

Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.

12. Pakaian - Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu D , An Nasaii dan Ibn Majah.

Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah diken ali . Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.

Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim. Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.

13. Rambut - Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

13 Mac 2011

Ramai yang jahil hakikat bertunang..

Bertunang hakikatnya satu perjanjian persetujuan untuk berkahwin. Apabila kedua-dua belah pihak bersetuju maka satu tanda ikatan dimaterai bersama. Sebagai tanda ikatan pihak lelaki dan perempuan akan saling menyarungkan cincin pertunangan dan ada juga yang memberikan hadiah lain.

Pada pandangan anda, apakah dengan persetujuan ini, sudah ada ikatan rasmi? Atau apakah hubungan mereka sudah semakin bebas?

Bagi memudahkan kita memahami stuasi ini, suka saya membandingkan pertunangan dengan “booking kereta” sewaktu kita bersetuju untuk membelinya di showroom kereta tersebut. Biasanya syarikat kereta itu akan meminta RM500 - RM1000 sebagai wang pendahuluan tanda jadi.

Kalau kereta yang dimaksudkan itu sudah ada di dalam showroom, mungkin proses pembeliannya hanya akan selesai dalam tempoh seminggu. Tetapi kalau belum ada, mungkin sebulan atau lebih bergantung kepada tempahan.

Walau bagaimanapun untuk membolehkah kereta itu dikeluarkan, pembeli perlu membayar 10 peratus daripada harga kereta tersebut dan bakinya akan diselesaikan oleh bank. Kemudian apabila kereta itu sudah didaftarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), barulah pembeli itu boleh membawa balik keretanya ke rumahnya.

Ya, berdasarkan proses di atas, bolehkah si pembeli yang baru memberi RM500 atau RM1000 itu, masuk dalam kereta tersebut dan membawa keluar dari showroom? Setahu saya, tidak dibenarkan. Dia hanya boleh masuk untuk duduk dan memegang stering dan mendengar injen sahaja, selebihnya tidak boleh. Tetapi kalau kereta terpakai (usecar), jurujual boleh membenarkannya untuk memandu dengan syarat jurujual itu duduk di sebelahnya.

Bayangkan kalau baru booking kereta, sudah begitu kedudukannya, apa pula hukumnya seseorang yang baru bertunang yang hanya sekadar menyarung cincin pertunangan. Jadi, pertunangan dalam Islam sepatutnya mencontohi proses di atas. Sebab itu dalam Islam tempoh pertunangan tidak digalakkan terlalu lama.

Sebenarnya dalam tempoh pertunangan itu terdapat beberapa perkara yang diharuskan. Antaranya ialah:

1. Perhubungan pasangan itu hanya boleh dilakukan di rumah perempuan dengan ditemani oleh mahramnya. Ini bermakna, kalau lelaki membawa kakaknya sebagai teman tidak memadai.

2. Jika lelaki mahu membawa keluar tunangnya, perlulah dibawa bersama ibu atau bapa perempuan itu atau sekurang-kurangnya abang atau kakak perempuan tersebut.

3. Dalam tempoh pertunangan mereka boleh saling mengenali antara satu sama lain untuk mencari keserasian.

4. Dalam keadaan apa sekalipun sentuhan baju tunang adalah dilarang apatah lagi menyentuh kulit termasuk tangan.

5. Tidak digalakkan pasangan tunang itu bermalam dan tidur di rumah pasangan masing-masing walaupun dalam bilik berasingan.

Syariat Dipertahankan Islam menyediakan peraturan syariat adalah untuk menjaga maruah diri dan keluarga tunang sebelum mereka berdua disatukan. Hakikatnya peraturan ini bukan bertujuan menyusahkan umat Islam. Malah sekatan dalam pertunangan itu boleh menjadikan mereka teruja untuk menunggu tarikh perkahwinan sebenar.

Bayangkan kalau pasangan itu sudah hidup seperti suami isteri dalam tempoh pertunangan, apakah mereka akan teruja dengan tarikh tersebut. Pada mereka, tarikh itu tidak penting lagi kerana kehidupan suami isteri sudah pun bermula. Malah jangan terkejut, ada kes seperti ini, yang lelaki bertindak memutuskan pertunangan atas alasan bakal isterinya tidak dara lagi.

Jelas di sini batasan yang dibuat ini adalah untuk keselamatan masa depan pasangan itu. Apa tidaknya, sebelum akad nikah pasangan itu masih suci, tidak ada dosa sentuhan, tidak ada dosa besar sama ada khalwat atau zina, tidak mencemarkan nama baik keluarga dan Islam. Jadi, pada waktu akad nikah mereka berdua adalah orang yang bersih di sisi Allah dan manusia.

Tetapi tahukah anda, jika sesuatu pasangan yang bertunang itu tidak mampu untuk mempertahankan syariat di atas, kehidupan mereka setelah berkahwin tidak begitu harmoni kecuali mereka benar-banar bertaubat sebelum diakadnikahkan. Allah yang maha pengampun bersedia mengampunkan dosa mereka jika mereka serius memohon keampunan kepada Allah.

11 Mac 2011

Himpunan Kebaikan

Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w yang telah bersabda: "Barangsiapa melepaskan satu kesusahan seorang mukmin dari kesusahan2 dunia, Allah akan melepaskan darinya satu kesusahan hari akhirat. Dan barangsiapa melapangkan seseorang yang berada di dalam kesempitan, Allah akan melapangkannya di dunia dan akhirat. Dan barangsiapa menutup keburukkan saudaranya, maka Allah akan menutup keburukkannya di dunia dan di akhirat, dan Allah pasti menolong hambaNya selagi mana hambaNya menolong saudaranya. Dan barangsiapa mengikuti satu jalan untuk mecari ilmu Allah, Allah akan mempermudahkan untuknya jalan ke syurga. Tidak berkumpul satu2 kaum di dalam rumah dari rumah2 Allah dengan membaca kitab Allah dan saling belajar dan mengajar antara satu sama lain, melainkan turunlah ketenangan atas mereka, rahmat meliputi mereka, para malaikat mengerumuni mereka dan Allah menyebut nama mereka di sisiNya. Dan barangsiapa kurang amalannya, maka nasab(keturunangnya) tidak akan dapat menyempurnakannya" [HR Muslim]

Al-Imam An-Nawawi r.a berkata di dalam Syarah Muslim: Ini adalah hadis yang Agung & Penting. Hadis ini mengumpulkan berbagai2 cabang ilmu, kaedah dan adab.

Fiqah hadis dan petunjuknya
Barangsiapa melepaskan satu kesusahan seorang mukmin dari kesusahan2 dunia, Allah akan melepaskan darinya satu kesusahan hari akhirat. Dan barangsiapa melapangkan seseorang yang berada di dalam kesempitan, Allah akan melapangkannya di dunia dan akhirat. Dan barangsiapa menutup keburukkan saudaranya, maka Allah akan menutup keburukkannya di dunia dan di akhirat, dan Allah pasti menolong hambaNya selagi mana hambaNya menolong saudar

1. Orang2 Islam Adalah bagaikan satu jasad.

Rasulullah s.a.w bersabda, “Perumpamaan orang-orang beriman dalam kecintaan, kelembutan dan kasih sayang di antara mereka ibarat satu tubuh. Jika salah satu anggota sakit, maka seluruh anggota turut merasakannya dengan tetap berjaga dan demam.”
[HR Muslim & Ahmad].


2. Kesempitan di dunia ada pelbagai, dan jalan penyelesaiannya juga berbagai:

A. Menolong membebaskan saudara dari kezaliman
Rasulullah s.a.w bersabda "Tolonglah saudaramu sama ada ia menzalami atau dizalimi" Maka berkata seorang lelaki :Ya Rasulullah! Aku membantunya sekiranya ia dizalami. Jika beia menzalimi orang lain bagaimanakah cara aku menolongnya?" Sabda Rasulullah: "Halanginya dari berlaku zalim kerana itulah cara menolongnya" [HR Bukhari & Muslim]

B. Memberi hutang kepada orang yang berhajat kepadanya (dan menangguhkan kutipan hutang)
Allah merahmati seseorang yang bersikap lapang dada apabila membeli, menjual dan mengutip hutang. [HR Bukhari]


3. Mempermudahkan Orang yang dalam kesempitan

Allah berfirman yang bermaksud:
 Dan jika orang yang berhutang itu sedang mengalami kesempitan hidup, maka berilah tempoh sehingga ia lapang hidupnya dan (sebaliknya) bahawa kamu sedekahkan hutang itu (kepadanya) adalah lebih baik untuk kamu, kalau kamu mengetahui (pahalanya yang besar yang kamu akan dapati kelak). [Al-Baqarah 120]

4. Menutup keburukan/aib saudara seIslam

Dari Ibnu Abbas r.a, Rasulullah s.a.w bersabda "Barangsiapa menutupi keburukan saudara Muslimnya, Allah akan menutupi keburukannya pada hari kiamat dan barangsiapa membuka keburukan saudara Muslimnya, Allah akan membuka keburukannya sehingga ia akan dimalukan di dalam rumahnya sendiri lantaran keburukannya itu"
[HR Ibnu Majah]



6. Menutup aib orang yang terjatuh ke dalam maksiat.


Firman Allah yang bermaksud:  Sesungguhnya orang-orang yang ingin berita perbuatan yang amat keji itu tersiar di kalangan orang-orang yang beriman, mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat; dan (ingatlah) Allah mengetahui (segala perkara) sedang kamu tidak mengetahui (yang demikian).
[AN-Nur 19]



7. Sikap tolong menolong bantu-membantu antara muslimin

Sabda Rasulullah s.a.w seperti hadis diatas sekali "..dan Allah pasti menolong hambaNya selagi mana hambaNya menolong saudaranya.."

Firman Allah s.w.t dalam surah Al-Maidah ayat
5  yang bermaksud "..dan tolong menolonglah di atas jalan kebajikan dan taqwa.."

Quote:

Dan barangsiapa mengikuti satu jalan untuk mecari ilmu Allah, Allah akan mempermudahkan untuknya jalan ke syurga.



8. Jalan ke syurga:

Daripada Anas r.a berkata:
Bersabda Rasulullah s.a.w:“Barangsiapa keluar mencari ilmum maka ia sebenarnya berjihad dijalan Allah sehingga dia kembali”.
[HR At Tirmizi]


9. Kedudukan ilmu dalam agama Islam

Sabda Rasulullah s.a.w "Sesungguhnya alim ulama tidak mewariskan dirham atau dinar, adapun sesungguhnya mereka mewariskan ilmu. Maka barangsiapa memilikinya sesungguhnya dia telah mengambil bahagian yang menguntungkan"
[HR At-Tirmzi]


Quote:
Tidak berkumpul satu2 kaum di dalam rumah dari rumah2 Allah dengan membaca kitab Allah dan saling belajar dan mengajar antara satu sama lain, melainkan turunlah ketenangan atas mereka, rahmat meliputi mereka, para malaikat mengerumuni mereka dan Allah menyebut nama mereka di sisiNya.


10. Menyebarkan ilmu

Rasulullah s.a.w telah bersabda "Seafdal-afdal sedekah ialah seorang Muslim itu mempelajari ilmu kemudian mengajarkan ilmu kepada saudara Muslimnya"
[HR Ibnu Majah]


11. Zikir kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala

Sepertimana firma Allah dalam surah Al-Ahzab ayat 41-42 yang bermaksud:

Wahai orang-orang yang beriman, (untuk bersyukur kepada Allah) ingatlah serta sebutlah nama Allah dengan ingatan serta sebutan yang sebanyak-banyaknya;   Dan bertasbihlah kamu kepadaNya pada waktu pagi dan petang.


12. Kurniah & keredhaan Allah Subhanahu wa Ta'ala:

A.Ketenangan(As-Sakinah)


Firman Allah yang bermaksud: "(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia. [Ar-Ra'd 28]


B.Rahmat
Firman Allah s.w.t dalam surah Al-A'raf  yang bermaksud "..Sesungguhnya rahmat Allah adalah hampir kepada orang-orang yang mengerjakan kebaikan.."

C.Para Malaikat mengerumuni

Diringkaskan dari sebuah hadis: Dari Abu Hurairah r.a katanya Rasulullah s.a.w bersabda " Sesungguhnya para malaikat mengelilingi di jalan-jalan orang yang berzikir.."
[HR Bukhari & Muslim]


13.Hubungan Iman dan Amal, Bukan Darah dan Keturunan

Sesungguhnya manusia dimuliakan dan memasuki syurga dengan amalannya dan rahmat Allah,bukannya dengan keturunan. Barangsiapa yang amalannya kurang dan atau amalan jahatnya menyusahkannya di akhirat nanti, nasab keturunan kebangsawanannya tidak mampu sama sekali memberi syafa'at kepadanya. Secara tidak langsung hadis ini menggesa umat lslam agar berbekal dengan amalan soleh untuk menghadapi hari akhirat nanti.

Dan hanya orang2 yang beriman boleh dianggap sebagai penolong:


 Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.[At taubah ayat 71]

~WALLAHUAM~

6 Mac 2011

Ciri-Ciri Suami Pilihan

Apakah ciri-ciri yang patut dicari dan dipertimbangkan oleh seorang wanita apabila dia ingin memilih calon suami? Berikut disenaraikan ciri-ciri yang penting, berdasarkan turutan kepentingannya.
Pertama: Agama.
          Ciri pertama yang mesti diperhatikan ialah agama calon suami. Pastikan suami seorang muslim. Jika dia seorang bukan muslim, jemputlah dia ke arah agama Islam. Pastikan sebab utama dia memeluk Islam ialah kerana sayangkan Allah dan Rasulullah, bukan kerana sayangkan anda.
          Jika calon memang beragama Islam, maka langkah seterusnya ialah memerhatikan tahap keislamannya. Kita tidak mahu Islam yang biasa-biasa, tetapi muslim yang berilmu, beriman dan beramal shalih.  Di sini calon suami bukanlah semestinya seorang ustaz berkelulusan jurusan agama. Akan tetapi dia hendaklah orang yang menaruh minat kepada Islam, berusaha untuk mendalami ilmu-ilmunya, rajin mengerjakan amal shalih dan menjauhi perkara mungkar. Ini penting kerana suami dipertanggungjawabkan untuk memelihara dirinya dan rumahtangganya dari api neraka. Allah berfirman: Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka. [al-Tahrim 66:06]
          Perkara penting untuk turut diperhatikan, jangan hanya harap suami memiliki nilai agama yang bagus. Anda juga sebagai isteri mesti memiliki nilai agama yang baik agar dapat memainkan peranan sebagai isteri yang berilmu, beriman dan beramal shalih. Tidak dilupakan, sebagai isteri yang dapat menasihati dan membetulkan suami. Ini kerana kaum muslimin (lelaki) dan muslimat (perempuan) sebenarnya saling membantu antara satu sama lain:
          Dan orang-orang lelaki yang beriman dan orang-orang perempuan yang beriman, sebahagiannya menjadi penolong bagi sebahagian yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan dan melarang daripada berbuat kejahatan dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. [al-Taubah 9:71]
Kedua: Keluarga.
          Ciri kedua yang perlu diperhatikan ialah sikap calon suami kepada keluarganya, khasnya ibubapanya. Ini kerana Islam amat menekankan seorang anak untuk berbuat baik kepada ibubapanya. Rasulullah bersabda:Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibubapa manakala kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibubapa. [Shahih Sunan al-Tirmizi]
          Maka calon suami itu jika dia memiliki kefahaman agama yang baik akan memastikan ibubapanya redha dan senang menerima anda sebagai bakal menantu. Jika tidak, dia akan bercakap dengan penuh hikmah dan hormat bagi menyakinkan ibubapanya menerima anda sebagai bakal menantu. Dia tidak akan membelakangkan ibubapanya kerana anda, dia tidak akan menderhakai ibubapanya kepada anda. Calon suami hendaklah pandai memainkan peranannya di jalan pertengahan di antara ibubapanya dan anda sebagai bakal isterinya.
          Di antara ayah dan ibu, seorang anak hendaklah mengutamakan ibunya berdasarkan sabda Rasulullah: Sesungguhnya syurga terletak di bawah tapak kakinya (ibu).” [Shahih Sunan al-Nasa’e] Justeru perhatikan bagaimana layanan calon suami terhadap ibunya kerana ia memiliki kaitan yang amat kuat dengan bagaimana dia bakal melayan anda sebagai isteri. Seorang anak lelaki yang melayan ibunya dengan penuh keprihatinan besar kemungkinan akan melayan bakal isterinya dengan penuh keprihatinan juga. Seorang anak lelaki yang mengabaikan ibunya besar kemungkinan akan mengabaikan isterinya juga.
Ketiga: Ciri Kepimpinan.
          Lelaki – yakni suami – ialah pemimpin dalam sebuah institusi keluarga. Allah menyatakan tanggungjawab ini: Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan.” [al-Nisa’ 4:36]
          Maka hendaklah anda memerhatikan ciri-ciri kepimpinan calon suami anda. Berikan dia satu senario dan perhatikan bagaimana dia membuat keputusan. Berikan dia satu permasalahan dan perhatikan bagaimana dia menyelesaikannya. Berikan dia satu perancangan dan perhatikan bagaimana dia mengaturnya. Berikan dia satu amanah dan perhatikan bagaimana dia bertanggungjawab ke atasnya.
          Berkenaan ciri kepimpnan ini, hendalah diketahui bahawa kebanyakan lelaki masa kini ketandusan ciri kepimpinan. Ini kerana kebanyakan ibubapa mendidik anak lelaki dengan cara membiarkan mereka bermain di luar rumah sesuka hati manakala anak perempuan dididik sikap tanggungjawab menguruskan adik-adik dan pelbagai urusan lain. Hasilnya, kebanyakan wanita bersikap dewasa dan bertanggungjawab manakala kebanyakan lelaki bersikap “sesuka hati” dan tidak memiliki hala tuju yang tertentu.
          Berpijak atas sejarah pendidikan ini, maka janganlah mengharapkan calon suami memiliki ciri kepimpinan yang baik. Boleh dijangkakan dia lemah dalam bab ini, maka anda boleh memainkan peranan menyedarkannya dari tidur yang lena. Berikan dia masa dan ruang untuk meningkatkan ciri kepimpinannya.
Keempat: Kewangan.
          Suami bertanggungjawab ke atas kewangan (nafkah) isterinya. Rasulullah mengingatkan para suami: Bertaqwalah kepada Allah berkenaan isteri-isteri kalian….mereka memiliki hak di atas kamu, iaitu nafkah dan pakaian pada kadar yang berpatutan.” [Shahih Muslim]
          Perlu dibezakan, tanggungjawab kewangan suami ke atas isteri bukanlah bererti suami mesti kaya. Tidak ada manfaat memiliki suami yang kaya tetapi kedekut, suami yang berharta tetapi tidak memberi nafkah, suami yang berstatus tinggi tetapi masih meminta duit isteri. Akan tetapi yang penting lagi bermanfaat ialah suami yang sedar tanggungjawabnya untuk memberi nafkah kepada isteri pada kadar yang dia mampu.
          Perlu juga ditekankan, suami tetap wajib memberi nafkah kepada isteri sekalipun isteri memiliki harta atau pendapatan sendiri. Suami tidak boleh mengabaikan tanggungjawabnya memberi nafkah kepada isteri yang kaya atau berpendapatan, juga tidak boleh memaksa isteri mengeluarkan belanja untuk menampung kewangan keluarga. Isteri dibolehkan mengeluarkan belanja atas pilihan dirinya secara rela, bukan paksaan.
Kelima: Akhlaknya.
          Ciri kelima yang tidak kurang penting ialah akhlak calon suami. Rasulullah menekankan: Sesungguhnya tidaklah sikap santun terdapat pada sesuatu melainkan ia menghiasinya dan tidaklah ia (sikap santun) tercabut dari sesuatu melainkan ia memburukkannya. [Shahih Muslim]
          Cara penampilan, kekemasan pakaian, arah pandangan, bahasa percakapan, kesungguhan mendengar, kejujuran mengaku salah, rendah diri menerima teguran, sabar terhadap apa yang tidak diingini, tenang dalam suasana marah, senyum dalam suasana tenang dan tegas dalam suasana dizalimi, semuanya adalah akhlak mulia yang perlu diperhatikan.
          Jangan sekadar memerhatikan akhlak calon suami kepada anda kerana lazimnya ia mestilah baik. Akan tetapi perhatikan akhlak dia kepada orang lain seperti ahli keluarga, rakan kerja, peniaga buah dan pelayan restoran. Dengan cara ini anda dapat bezakan sama ada akhlak baik yang ditunjukkan calon suami kepada anda

5 Mac 2011

Musuh Syaitan

Manakala di bawah ialah musuh utama syaitan dan iblis pula:
1. orang yang beramal dengan ilmunya
2. orang yang mengamal isi ajaran Al-Quran
3. orang yang azan untuk sembahyang fardhu
4. orang yang mengasihi si miskin dan anak yatim
5. orang muda yang taat kepada Allah
6. orang yang penyayang
7. orang yang menjaga makan minumnya (yang halal)
8. orang yang suka sembahyang berjemaah
9. orang yang suka bertahajjud di tengah malam
10. orang yang sentiasa mengekalkan wudhuk
11. orang yang murah hati suka bersedekah
12. orang yang menjaga tuturkata dan akhlaknya
13. orang yang menasihati saudaranya dengan ikhlas
14. orang yang menjaga waktu solatnya

2 Mac 2011

wasiat imam hassan al banna

Dengan Nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
BACALAH - RENUNGILAH - KEMUDIAN TERUS BERAMAL
(1) Apabila saudara mendengar azan, maka bangunlah untuk bersolat pada waktunya walau bagaimana keadaan sekalipun.
(2) Bacalah Al-Quran, atau tatapilah buku-buku, atau pergilah mendengar perkara-perkara yang baik ataupun amalkanlah Zikrullah, dan janganlah sama sekali saudara membuang masa walau sedikit pun dalam perkara-perkara yang tidak berfaedah.
(3) Berusahalah seberapa daya upaya untuk bertutur dalam Bahasa Arab yang betul (Fusha), kerana bahasa Arab yg betul itu adalah merupakan syiar-syiar Islam.
(4) Janganlah banyak berselisih dalam apa-apa perkara sekalipun kerana perselisihan kosong itu tidak memberi sebarang apa kebaikan jua pun.
(5) Janganlah banyak ketawa, kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu, sentiasa tenang lagi tenteram.
(6) Jangnlah banyak bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.
(7) Janganlah saudara bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikhendaki oleh para pendengar, kerana percakapan yang nyaring begitu adalah suatu tabiat yang sia-sia malah menyakiti hati orang lain.
(8) Jauhilah daripada mengumpat-umpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan lain, dan janganlah bercakap melainkan apa-apa yang boleh memberi kebajikan.
(9) Berkenal-kenalanlah dengan tiap-tiap saudara seAqidah yang saudara bertemu dengannya sekalipun ia tidak meminta saudara mengenalinya; kerana asas gerakan Dakwah kita ialah berkasih sayang dan berkenal-kenalan.
(10) Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita; oleh itu, bantulah saudaramu sendiri tentang cara-cara bagaimana hendak mengguna masa dgn berfaedah dan jika saudara mempunyai tugas sendiri maka segerakanlah perlaksanaannya.
Wassalam

Masjid Solatiah GR

http://picasion.com