“Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi
kamu agama kamu dan Aku telah cukupkan nikmat-Ku kepadamu, dan Aku telah redha
Islam itu menjadi agamamu.” – Surah al-Maaidah: 3
Justeru itu, ada baiknya sekiranya kita mengetahui apakah amalan-amalan
yang telah diajar oleh Rasulullah s.a.w sempena menyambut ketibaan hari lebaran
Aidilfitri:
1. Bertakbir
bermula ketika terlihatnya hilal (anak bulan)
dan berakhir setelah selesainya kemuncak hari raya, iaitu ketika imam selesai
berkhutbah.
Maksud Firman Allah S.W.T:
“Supaya kamu cukupkan bilangan puasa
(sebulan Ramadan), supaya kamu membesarkan Allah (dengan bertakbir) kerana
telah memberi petunjuk-Nya kepada kamu dan supaya kamu bersyukur.” – Surah
al-Baqarah:185.
disunnahkan bertakbir disepanjang perjalanan dari rumah kita menuju ketempat
solat:
a. Menurut Syeikh Muhammad
Nasiruddin al-Albani r.h:“ ialah bertakbir dengan suara lantang ketika dalam perjalanan
menuju ke tempat solat walaupun kebanyakan umat Islam mula memandang remeh
sunnah ini.” – RujukKitab Meneladani Rasulullah S.a.w Dalam Berhari Raya, karya
Syeikh Ali Hassan bin Ali al-Halabi al-Atsari.
2. Lafaz ucapan selamat pada hari raya
Aidilfitri
Majoriti umat Islam di Malaysia akan
mengucapkan antara satu sama lain pada hari lebaran dengan ucapan ‘Selamat Hari
Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir dan Batin’. Namun, apa yang lebih bertepatan
dengan amalan para salafussoleh dalam meneladani sunnah Nabi s.a.w adalah
sebagaimana yang diceritakan oleh al-Hafiz Ibn Hajar al-’Asqalani r.h yang dinukilkan
daripada Jubair bin Nufair r.a katanya:“Apabila para sahabat Rasulullah s.a.w
bertemu di hari raya, sebahagian mereka mengucapkan kepada yang lain
‘taqabbalullah minna waminka’ (Semoga Allah menerimaamalan kami dan amalanmu).”
3. Meneruskan qiamullail
menghidupkan malam terutamanya
solat qiyam Ramadan (solat tarawih), ia seharusnya diteruskan juga pada
hari-hari berikutnya dengan mengerjakan solat tahajjud. Saranan ini tidak
bermaksud mengkhususkan pada malam Aidilfitri untuk dikerjakan qiamullail. Apa
yang cuba ditekankan di sini adalah semangat mengerjakan qiyam Ramadan (solat
tarawih) haruslah diteruskan dengan mengerjakan qiamullail pada hari-hari
berikutnya sesudah bulan Ramadan.
4. Mandi pada pagi hari raya
Disunnahkan sebagaimana mandi wajib:. Ali bin
Abi Thalib r.a pernah ditanya mengenai mandi. Adakah diharuskan mandi setiap
hari? Beliau menjawab:“Tidak harus melakukannya. Namun, mandi yang diharuskan
ialah mandi pada hari Jumaat, hari Arafah, hari Aidiladha dan Aidilfitri.” –
Hadis riwayat Imam Syafie di dalam Musnad al-Syafi’i,
5. Makan sebelum solat Aidilfitri.
Disunnahkan menjamah makanan sebelum
berangkat menunaikan solat Aidilfitri. Perbuatan ini bertujuan menutup segala
andaian bahawa dibenarkan berpuasa pada hari raya. Menurut al-Muhallab
r.h:“Mengenai hikmah menjamah makanan sebelum mengerjakan solat hari raya
adalah agar seseorang tidak berpendapat bahawa dia boleh berpuasa sehingga solat
hari raya Aidilfitri dilaksanakan. Seolah-olah Rasulullah s.a.w ingin menutup
prasangka semacam ini.” – Rujuk Fath al-Bari, jil. 5, ms. 272.Kebiasaannya,
Rasulullah s.a.w akan memakan kurma dalam jumlah yang ganjil pada pagi hari
raya. Namun, tidak bermakna umat Islam perlu menyediakan buah kurma untuk
dimakan pada pagi hari raya Aidilfitri. Mereka bebas memakan apa sahaja.
Tetapi, mengikut sunnah itu lebih baik daripada menyanggahinya. Sedangkan,
sunnah itu termasuk perkara tauqifi (tidak boleh dipersoalkan). Anas bin Malik
r.a berkata:“Rasulullah s.a.w tidak akan pergi ke tempat solat pada pagi
Aidilfitri sebelum memakan beberapa biji kurma.” Murajja’ bin Raja’ berkata:
Ubaidillah menceritakan kepadaku bahawa Anas r.a berkata: Rasulullah s.a.w
memakannya dalam jumlah yang ganjil.” – Hadis riwayat al-Bukhari di dalam
Sahihnya, no: 953.Namun, jika tidak memiliki kurma maka dibolehkan untuk
mengisi perut dengan makanan lain terutamanya makanan yang manis-manis seperti
madu. Sekiranya tidak ada makanan sama sekali, memadai dengan hanya meminum
air.
6. Memakai pakaian yang indah
Disunnahkan kaum muslimin menghiaskan diri
dengan pakaian yang indah-indah. Imam Syafier.h berkata:“Aku lebih menyukai seseorang
memakai pakaian terbaik yang dimilikinya pada hari-hari raya, iaitu pada hari
Jumaat, dua hari raya (Aidiladha dan Aidilfitri) dan tempat diadakan majlis
(seperti majlis perkahwinan). Dia hendaklah memakai baju yang bersih dan
memakai wangi-wangian.” – Rujuk Ringkasan Kitab Al-Umm, Imam al-Syafi’I, jil.
1, ms. 327.
Bagi kaum wanita pula walaupun disunnahkan
memakai pakaian yang terbaik, namun mereka hendaklah menghindari dari memakai
pakaian yang bercorak-corak serta perhiasan yang berlebih-lebihan sehingga
menarik perhatian golongan lelaki. Bagi golongan kanak-kanak pula, Imam Syafie
r.h menambah:
“Mengenai golongan kanak-kanak pula, mereka
boleh memakai pakaian paling bagus yang dimilikinya, baik lelaki mahupun
perempuan dan mereka juga boleh memakai perhiasan emas atau apa sahaja
perhiasan.” – Semoga di
pagi hari raya kita akan memilih pakaian yang terbaik serta paling mahal
mengikut kemampuan masing-masing menuju ke tempat solat hari raya. Disunnahkan
juga bagi kaum lelaki memakai wangi-wangian tetapi tidak disunnahkan kepada
kaum wanita. Sabda Rasulullah s.a.w:
“Mana-mana wanita yang memakai wangian lalu
dia melintas di hadapan lelaki supaya mereka dapat menghidu kewangiannya, dia
adalah penzina.” – Hadis riwayat al-Nasaai di dalam Sunannya. no: 5036.
Namun begitu bukanlah bermakna kaum wanita
harus membiarkan dirinya berbau busuk. Islam adalah agama yang menitik-beratkan
kebersihan serta kesihatan diri. Dibenarkan bagi wanita untuk memakai wangian
yang keharuman sekadar untuk menjaga dirinya dari berbau busuk dan tidak
sehingga menarik perhatian orang di sekelilingnya. Haruman-haruman yang kuat
dan boleh menaikkan nafsu berahi hanyalah khusus untuk suaminya.
7. Berjalan kaki menuju tempat dikerjakan solat hari raya.
jika tidak keberatan. Ali bin Abi Thalib
r.a:
“Termasuk sunnah, iaitu engkau berjalan kaki
menuju ke tempat solat hari raya dan memakan sesuatu sebelum berangkat.” –
Hadis riwayat al-Tirmizi di dalam Sunannya, no: 487.
menggunakan kenderaan kerana tempat solat
terlalu jauh, ia dibolehkan dalam syarak. Tetapi, berjalan kaki menuju ke
tempat solat lebih afdal berbanding menaiki kenderaan.
8. Mengikuti jalan yang berbeza ketika pergi dan kembali dari mengerjakan
solat hari raya.
Disunnahkan juga mengikuti jalan yang berbeza
ketika pergi dan kembali dari mengerjakan solat hari raya. Jabir bin ‘Abdullah
r.a berkata:“Nabi s.a.w melalui jalan yang berbeza pada hari raya.” – Hadis
riwayat al-Bukhari di dalam Sahihnya, no: 986.
Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah r.h berkata:
“Baginda s.a.w selalu melalui jalan yang
berbeza ketika menuju dan pulang dari tempat solat pada hari raya. Ada yang
berpendapat, hal ini dilakukan agar dapat bersalaman dengan orang-orang yang
melalui kedua-dua jalan itu. Sebahagian lain berpendapat untukmemberikan
barakah kepada mereka. Ada juga berpendapat untuk memberikan pertolongan kepada
mereka yang memerlukannya di kedua-dua jalan itu. Menurut pendapat lain pula
untuk menampakkan syiar Islam di jalan-jalan. Pendapat yang lebih tepat adalah
supaya perjalanan yang ditempuh lebih jauh (banyak langkahnya). Orang yang berjalan
ke masjid atau tempat solat, salah satu langkah kakinya akan meninggikandarjat.
Sedangkan langkah kaki yang lain akan menghapuskan kesalahan-kesalahannya.” –
Rujuk Zaadul Ma’ad, Ibn al-Qayyim al-Jauziyyah, ms. 49.
9. Tempat perlaksanaan solat hari raya
Sunnah mengerjakan solat hari raya di kawasan lapang atau musolla (tempat
terbuka seperti padang sehingga khatib dapat melihat semua hadirin) merupakan
satu amalan yang jarang dilakukan di Malaysia melainkan beberapa kelompok kecil
yang benar-benar kuat berpegang kepada sunnah Nabi s.a.w. Apakah musolla itu
berbeza dengan masjid? Abu Said al-Khudri r.a berkata:
“Pada hari Aidilfitri dan Aidiladha, Rasulullah s.a.w keluar menuju ke
musolla. Ketika itu, perkara pertama yang dilakukan oleh baginda ialah
mengerjakan solat hari raya (tanpa ada sebarang solat sunat).” – Hadis riwayat
al-Bukhari di dalam Sahihnya, no: 956.
Tentang hikmah mengerjakan solat hari raya di musolla, Syeikh Abu Ubaidah
Masyhur bin Hasan telah berkata:
“Sesungguhnya mengerjakan kedua-dua solat hari raya di tanah lapang
mengandungi hikmah yang besar. Di antaranya adalah seluruh kaum muslimin
setidak-tidaknya mereka boleh berkumpul bersama (bersua muka) dua kali dalam
setahun. Semua orang dari seluruh pelusuk negeri akan berkumpul di sebuah
tempat sama ada lelaki, perempuan atau kanak-kanak. Mereka semua menghadap
Allah dengan hati yang penuh konsentrasi, dikumpulkan dengan satu kalimat
(tauhid), solat di belakang seorang imam, membaca takbir dan tahlil bersama dan
berdoa kepada Allah dengan penuh ikhlas. Seakan-akan hati mereka terikat
menjadi satu, merasa bahagia dan mensyukuri nikmat Allah yang telah dilimpahkan
kepada mereka. Dengan itu, hari raya benar-benar bermakna bagi mereka.”
10. Mengerjakan Solat Aidilfitri
Di antara syiar yang paling utama dalam
menyambut Aidilfitri adalah perlakasanaan solat Aidilfitri sebanyak 2 rakaat
oleh seluruh umat Islam. Ibn Abbas r.a berkata:“Rasulullah s.a.w telah keluar
pada hari raya Aidilfitri kemudian terus mengerjakan solat hari raya sebanyak
dua rakaat. Baginda tidak melakukan sebarang solat sebelumnya dan sesudahnya.”
– Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahihnya, no: 989.Disunnahkan menyampaikan
khutbah sesudah mengerjakan solat hari raya Aidilfitri. Abu Sa’id al-Khudri r.a
berkata:
“Pada hari raya Aidilfitri dan Aidiladha, Rasulullah s.a.w akan keluar
menuju musolla. Perkara pertama yang dilakukan oleh baginda (apabila tiba di
masjid) baginda akan mengimami solat. Kemudian, baginda akan berpusing dan
menghadap ke arah makmum yang sedang duduk di dalam saf mereka. Seterusnya,
baginda akan memberikan nasihat, wasiat dan perintah kepada mereka (khutbah).”
– Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahihnya, no: 956.
Para jemaah tidak diwajibkan menghadiri atau mendengar khutbah hari raya.
Sebaik sahaja selesai mengerjakan solat hari raya, sesiapa yang tidak ingin
turut serta mendengar khutbah maka dia dibenarkan meninggalkan majlis itu.
Abdullah bin al-Sa’ib r.a berkata:
“Aku pernah menghadiri solat hari raya bersama Nabi s.a.w. Setelah
selesai solat baginda bersabda: Sesungguhnya kami akan berkhutbah. Oleh itu,
sesiapa ingin duduk mendengar khutbah, dia boleh duduk. Sesiapa yang ingin
pergi, dia boleh beredar.” – Hadis riwayat Abu Daud di dalam Sunannya, no: 975.
11. Bergembira Pada Hari Raya Aidilfitri
Islam adalah agama yang begitu praktikal lagi munasabah. Setelah sebulan
umat Islam memberi tumpuan sepenuhnya untuk beribadah kepada Allah, maka kini
tiba masanya untuk menyambut kejayaan itu dengan kegembiraan dan kemeriahan.
Oleh itu, usaha-usaha untuk menimbulkan suasana kegembiraan di dalam keluarga
masing-masing pada hari raya Aidilfitri adalah sebahagian daripada syiar Islam.
Suasana kegembiraan ini berbeza mengikut adat setempat. Bagi kita di Malaysia,
kegembiraan sambutan hari raya Aidilfitri dapat dilihat dengan memakai
baju-baju baru yang indah, seluruh ahli keluarga berkumpul, ziarah-menziarah
sesama umat Islam dan pelbagai lagi. Di sesetengah negara Timur Tengah, cuti
umum hari raya Aidilfitri dipergunakan untuk membawa ahli keluargabersiar-siar
serta berkelah di tempat-tempat peranginan. Semua bentuk suasana kegembiraan
dan kemeriahan ini adalah sebahagian dari tuntutan agama Islam sempena
menyambut hari raya Aidilfitri selagi ia dilaksanakan sesuai dengan lunas-lunas
syarak. Syeikh Sayyid Sabiq r.h berkata:
“Mengadakan permainan serta kegembiraan yang tidak melanggar aturan
agama, termasuk pelbagai bentuk nyanyian yang baik (dari segi makna), semua itu
termasuk syiar agama yang disyariatkan oleh Allah pada hari raya untuk melatih
tubuh jasmani dan memberi kepuasan serta kegirangan hati.” – Rujuk Fiqh
al-Sunnah, Syeikh Sayyid Sabiq, jil. 2, ms. 290.
Rasulullah s.a.w sendiri telah membenarkan penduduk Madinah al-Munawwarah
bergembira apabila munculnya hari raya Aidilfitri dan Aidiladha. Anas bin Malik
r.a berkata:
“Nabi s.a.w pernah datang ke Madinah sedangkan penduduknya memiliki dua hari
raya yang mana mereka bermain-main (bergembira) di masa jahiliah pada kedua-dua
hari itu. Lalu baginda berkata: Aku datang kepada kamu semua sedangkan kamu
memiliki dua hari (raya) yang menjadi medan permainan kalian pada masa
jahiliyyah. Sabdanya lagi: Sesungguhnya Allah telah menggantikan kedua-dua hari
itu dengan yang lebihbaik, iaitu hari raya Aidiladha dan Aidilfitri.” – Hadis
riwayat al-Nasaai
12. Mengerjakan Puasa Sunat Enam Hari Pada Bulan Syawal
Sabda Rasulullah s.a.w:“Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadan lalu
diiringi dengan puasa enam hari di bulan Syawal, seolah-olah dia telah berpuasa
setahun.” – Hadis riwayat Muslim di dalam Sahihnya, no: 1164.
Demikianlah keutamaan puasa sunat enam hari di bulan Syawal. Cara yang
paling afdal untuk melaksanakannya adalah memulakan berpuasa sesudah hari raya
Aidilfitri secara berturut-turut (bermula pada 2 Syawal) sebagaimana yang
ditetapkan oleh para ulama. Ini juga merupakan pendapat Imam Abu Hanifah dan
Imam Syafie r.h. Namun, seseorang bebas memilih mana-mana hari sepanjang bulan
Syawal sama ada di awal, pertengahanmahupun di akhirnya bahkan dia juga boleh
mengerjakan secara berturut-turut atau berpisah-pisah. Oleh itu, afdhal
menyempurnakan puasa bulan Ramadan yang ditinggalkan terlebih dahulu diikuti
puasa sunat di bulan Syawal. Perbuatan ini lebih bertepatan dengan maksud hadis
di atas untuk mendapat keutamaannya, iaitu seolah-olah berpuasa setahun.
PENUTUP
Inilah sebahagian daripada hukum-hakam dan amalan yang disunnahkan.
Mudah-mudahan, sambutan hari raya Aidilfitri yang akan menjelma nanti disambut
dengan penuh keikhlasan, kemeriahan dan selari dengan perintah Allah serta