Dikuasakan oleh Blogger.

About Me

Foto Saya
ipoh, perak
X KAGAT....?.

Blog Archive

SMS ampang ipoh 24 /6/ 11

gif webcam

DI SMA Chemor 13/5/12

pictures to gif

Di SMA Chemor

animated gif maker

Guru Pendidikan Islam Ulu Kinta Jun 13

http://picasion.com/i/1VkmT/

25 Okt 2010

GERAK JARI SUNGKAT RAHSIA DIRI


1. Memicit atau suka memegang hidung
a.Tidak mudah tertipu dan sangat berwaspada dlm apa juga tindakan yang dilakukan.
b. Seorang yang pemalu dan sukar utk berkongsi rahsia besar dgn org lain kecuali org yang benar2 dipercayai.
2. Meletak tangan pada bahu kawan
a. Suka ikut kepala sendiri
b. Pentingkan diri sendiri
c. Teman yang sangat mengambil berat dan prihatin terhadap masalah yang dihadapi oleh teman2 rapat
3. Bermain dgn tangannya
a. Mempunyai tahap humor yang tinggi
b. Pandai berjenaka
c. Bersikap terbuka dan dapat menerima kritikan atau pandangan org lain tanpa am bil hati
d. Jenis open minded
4. Mematahkan jari jemarinya
a. Seorang yang gugup dan kurang yakin utk berbicara dgn org lain
b. Baik hati dan sedia membantu sesiapa saja
5. Menggigit kuku
a. Gugup dan gementar bila berbicara
b. Agak tertutup dalam membicrakan rahsia hati
6. Memintal hujung rambut
a. Suka berkhayal
b. Sukar diperdayakan
c. Keras kepala
7. Menongkat dagu
a. Pendengar yang setia dan rahsia akan selamat ditangannya
b. Suka mendengar masalah teman2
c. Setia dlm persahabatan
8. Suka letakkan tangan atas meja
a. Happy go lucky dan pandai menyesuaikan diri
b. Seorang yg Peramah
c. Suka bergantung pada orang lain
9. Menggosok 2 telapak tangan
a. Ramah dan berfikiran matang
b. Suka berterus terang dan tidak suka cakap berbelit2
c. Mudah memahami perasaan org lain dan suka membantu
10. Memutar cincin
a. sangat menepati janji
b. berhati2 dlm tutur kata
c. gemar hidup yang teratur

24 Okt 2010

PESANAN ROH KEPADA MANUSIA


Apabila roh keluar dari jasad, IA akan berkata-kata Dan seluruh isi alam sama Ada di langit atau bumi akan mendengarnya kecuali jin Dan manusia. Apabila mayat dimandikan, lalu roh berkata : "Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan sebab pada saat ini aku beristirahat daripada seretan malaikat maut". Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu : "Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan panas. Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang dingin kerana tubuhku terbakar apabila terlepasnya roh dari tubuh".
Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu :"Demi Allah, wahai orang yang memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh" . Setelah dimandi Dan dikafankan, telapak kaki mayat diikat Dan IA pun memanggil-manggil Dan berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat serta mengafani kepalanya kerana ingin melihat wajahnya sendiri, anak-anak, isteri atau suami buat kali terakhir kerana tidak dapat melihat lagi sampai Hari Kiamat.
Sebaik keluar dari rumah lalu IA berpesan : "Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meniggalkan isteriku menjadi Balu. Maka janganlah kamu menyakitinya. Anak-anakku telah menjadi yatim Dan janganlah kalian Menyakiti mereka. Sesungguhnya pada Hari itu aku telah keluar dari rumahku Dan aku tidak akan dapat kembali kepada mereka buat selama-lamanya" . Sesudah mayat diletakkan pada pengusung, sekali lagi diserunya kepada jemaah supaya jangan mempercepatkan mayatnya ke kubur selagi belum mendengar suara anak-anak Dan sanak saudara buat kali terakhir.
Sesudah dibawa Dan melangkah sebanyak tiga langkah dari rumah, roh pula berpesan: " Wahai Kekasihku, wahai saudaraku Dan wahai anak-anakku, jangan kamu diperdaya dunia sebagaimana IA memperdayakan aku Dan janganlah kamu lalai ketika ini sebagaimana IA melalaikan aku". "Sesungguhnya aku tinggalkan apa yang aku telah aku kumpulkan untuk warisku Dan sedikitpun mereka tidak mahu menanggung kesalahanku". "Adapun didunia, Allah menghisab aku, padahal kamu berasa senang dengan keduniaan. Dan mereka juga tidak mahu mendoakan aku".
Ada satu riwayat drp Abi Qalabah mengenai mimpi beliau yang melihat kubur pecah. Lalu mayat-mayat itu keluar dari duduk di tepi kubur masing-masing. Bagaimanapun tidak seorang pun Ada tanda-tanda memperolehi nur di muka mereka. Dalam mimpi itu, Abi Qalabah dapat melihat jirannya juga dalam keadaan yang sama. Lalu dia bertanya kepada mayat jirannya mengenai ketiadaan nur itu. Maka mayat itu menjawab: "Sesungguhnya bagi mereka yang memperolehi nur adalah kerana petunjuk drpd anak-anak Dan teman-teman. Sebaliknya aku mempunyai anak-anak yang tidak soleh Dan tidak pernah mendoakan aku".
Setelah mendengar jawapan mayat itu, Abi Qalabah pun terjaga. Pada malam itu juga dia memanggil anak jirannya Dan menceritakan apa yang dilihatnya dalam mimpi mengenai bapa mereka. Mendengar keadaan itu, anak-anak jiran itu berjanji di hadapan Abi Qalabah akan mendoa Dan bersedekah untuk bapanya. Seterusnya tidak lama selepas itu, Abi Qalabah sekali lagi bermimpi melihat jirannya. Bagaimanapun kali ini jirannya sudah Ada nur dimukanya Dan kelihatan lebih terang daripada matahari.
Baginda Rasullullah S.A.W berkata:
Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan Dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut Dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk Dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada Dan kemudiannya mereka keluar.Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk Dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong Dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu."
Sambung Rasullullah S.A.W. Lagi:
"Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail A.S. Akan menebarkan sayapnya yang di sebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada di sekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga Dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail A.S. "Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S. Akan menebarkan sayap di sebelah kiri. Maka orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di neraka Dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang di sekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya.
Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah S.W.T. Menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata: "Tidak Ada jalan bagimu mencabut roh orang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah S.W.T." Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada AllahS.W.T.Dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu.
Lalu Allah S.W.T. Berfirman yang bermaksud: "Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain." Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah S.W.T . Maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka berkata tangan: Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dari arah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah,tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan." Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata: Tidak ada jalan bagimu dari arah ini Kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan enghadiri majlis-majli! s ilmu." Apabila gagal malaikat maut,mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga. Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir." Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah." Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah S.W.T. Kemudian AllahS.W.T. berfirman yang bermaksud:"Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu." Sebaik saja mendapat perintah AllahS.W.T. maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan AsmaAllah S.W.T. Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada AllahS.W.T maka keluarl! ah roh tersebut dari arah m ulut dengan tenang.
Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A: "Roh itu menuju ketujuh tempat:-
1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.
5.Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.
7.Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin,mereka diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat."
Telah bersabda Rasullullah S.A.W: Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:-
1. Orang-orang yang mati syahid.
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.
3. Orang berpuasa di hari Arafah.
Sekian untuk ingatan kita bersama.

23 Okt 2010

12 BARISAN MANUSIA MENUJU KEAKHIRAT


Barisan pertama:
Di iringi dari kubur dlm keadaan tidak bertangan & berkaki . keadaan ini dijelaskan melalui seruan Allah S.W.T:
"Mereka orang2 yg menyakiti hati jiran sewaktu hidup mereka. Mereka yg sombong & tidak berbuat kebaikan kepada jiran tetangga akan mendapat kehinaan didunia maupun di akhirat".
Firman Allah: Aku akan memalingkan hati orang yg sombong serta takbur di muka bumi ini dengan tiada alasan yg benar dari (memahami) ayat2 Ku(yg menunjukkan kekuasaanKu),itulah balasan & tempat kembali mereka adalah neraka".
Barisan ke-2:
Di iringi dari kubur dlm bentuk babi hutan dan datang seruan Allah S.W.T.
"mereka orang yg meringan2kan solat sewaktu hidup,sesungguhnya orang yg memelihara solat 5 waktu akan dihindari dari siksa kubur sebaliknya, mereka yg mengabaikan maka waktu dia mati, Mayatnya akan dihimpit oleh liang lahat sehingga berselisih tulang rusuk."
Rasulullah S.A.W. bersabda "sesungguhnya seorang hamba apabila dia berdiri untuk bersolat,maka di letakkan semua dosanya di atas kepala & kedua2 bahunya, maka setiap kali dia rukuk atau sujud, berjatuhanlah dosa2 itu.
Barisan ke-3:
Di iringi dari kubur dgn bentuk keldai & perut penuh ular serta kala jengking
"mereka adalah orang yg enggan membayar zakat ketika hidupnya walaupun pada ketika itu mereka tergolong dlm orang yg berkemampuan. Inilah balasannya & tempat kembali mereka adalah neraka.
Barisan ke-4:
Diiringi dari kubur dlm keadaan darah memancut keluar dari mulut
"Mereka adalah antara orang yg suka berdusta ketika berjual beli. Berniagalah dengan jujur serta amanah agar hasil yg diperoleh datang dari sumber yg halal.
Barisan ke-5:
Diiringi dari kubur dalam keadaan berbau busuk seperti bangkai ketika itu Allah menurunkan angin sehingga bau busuk itu menganggu ketenteraman padang mahsyar "Mereka ini adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka, takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula takut kepada Allah. inilah balasannya & tempat mereka juga adalah neraka.
Barisan ke-6:
Diiringi dari kubur dengan keadaan kepala terputus dari badan mereka adalah orang yg dahulunya menjadi saksi palsu.
Barisan ke-7:
Diiringi dari kubur tanpa lidah tetapi mengalir darah & nanah dari mulut mereka. Mereka ini adalah orang yg enggan memberi kesaksian kebenaran.
Barisan ke-8:
Diiringi dari kubur dlm keadaan terbalik,kepala kebawah & kaki ke atas. Mereka adalah orang yg melakukan zina.Tempat mereka juga adalah di neraka. Sabda Rasulullah "tiada bersunyi2an antara seorang lelaki & wanita,melainkan wujudnya syaitan sebagai orang ketiga antara mereka".
Barisan ke-9:
Diiringi dari kubur dengan wajah hitam & bermata biru, sementara dlm diri mereka penuh dengan api gemuruh mereka adalah orang yg makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sepatutnya.
Barisan ke-10:
Diiringi dari kubur dlm keadaan tubuh berpenyakit sopak & dipenuhi kusta. Mereka ini adalah orang yg derhaka kepada ibu bapa sewaktu hidupnya.
Barisan ke-11:
Diiringi dari kubur dlm keadaan buta,gigi panjang seperti tanduk lembu jantan,bibir terjuih hingga ke dada & lidah terjulur hingga ke perut serta keluar pelbagai kotoran yg menjijikkan. Mereka ini adalah orang yg minum arak sewaktu hidupnya.
Barisan ke-12:
Diiringi dari kubur dengan wajah bersinar2 seperti bulan purnama. mereka melalui titian Siratulmustakim seperti kilat.Datang suara dari sisi Allah S.W.T. yang memaklumkan "mereka semasa hidupnya adalah orang yg beramal salih & melakukan kebaikan.
Mereka juga menjauhi perbuatan derhaka, memelihara solat lima waktu & meninggalkan dunia dalam keadaan bertaubat.
Inilah balasan mereka & tempat kembali mereka adalah syurga, beroleh keampunan, kasih sayang & keredhaan Allah S.W.T"

21 Okt 2010

6 PERTANYAAN IMAM GHAZALI


Pada suatu hari Imam Ghazali berkumpul bersama-sama dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya beberapa soalan:
PERTAMA : beliau bertanya apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia lalu muridnya menjawab :"Orang tua, guru, kawan dan sahabat". Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang diberikan adalah benar tetapi jawapan yang paling tepat sekali bagi soalan ini ialah 'mati'. Sila rujuk surah Ali 'Imran ayat 185.
KEDUA : beliau bertanya apakah yang paling jauh daripada diri kita di dunia lalu muridnya menjawab :" negara China, bulan, matahari dan bintang". Lalu Imam Ghazali menegaskan bahawa semua jawapan yang diberi adalah betul tetapi yang paling betul ialah 'masa lalu'.
Walau dengan apa cara sekali pun kita tidak akan dapat kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita mesti menjaga hari ini dan hari mendatang dengan amalan soleh agar kita tidak sesal di kemudian hari nanti.
KETIGA : beliau bertanya tentang apakah yang paling besar di dunia ini lalu muridnya menjawab: " Gunung, bumi, matahari". Lalu Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang diberi adalah tepat tetapi yang paling tepat ialah'nafsu'. Maka kita mesti berhati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu mengheret kita ke neraka jahanam. Rujuk surah al-A'raf ayat 179
KEEMPAT : beliau bertanya tentang apakah yang paling berat di dunia lalu muridnya menjawab :" besi, gajah". Imam Ghazali mengatakan bahawa semua jawapan adalah benar tetapi yang paling benar ialah 'menanggung amanah'. Segala tumbuhan, binatang, gunung ganang tidak sanggup memikul amanah tetapi manusia sanggup memikulnya ketika Allah meminta untuk memikul amanah khalifah di bumi. Manusia ramai yang rosak dan binasa kerana tidak mampu memikul amanah dengan baik akibat kecuaian dan kedegilan mereka dalam mengikut lunas yang telah ditetapkan oleh syarak.
KELIMA : beliau menyoal tentang apakah yang paling ringan di dunia lalu muridnya menjawab :" Kapas, angin, debu dan awan". Imam Ghazali menyatakan bahawa semua jawapan yang diberi adalah benar tetapi yang paling benar ialah 'meninggalkan sembahyang' kerana manusia sering mempermudah dan meringankan sembahyang disebabkan terlalu mementingkan urusan dunia.
KEENAM : beliau bertanya tentang apakah yang paling tajam di dunia lalu muridnya menjawab:''Pedang". Imam Ghazali mengatakan bahawa jawapan itu adalah betul tetapi yang paling betul ialah 'lidah manusia' di mana disebabkan lidah maka manusia suka menyakiti dan melukai perasaan orang lain sehingga berlakunya perbalahan dan perpecahan.

20 Okt 2010

ELAK UBAH FIKIRAN ANDA.....


Sewaktu menaiki bas menuju ke bandar, saya terlihat seseorang. Saya nampak seorang pakcik sekuruti guard (security guard) menaiki bas dengan beruniform lengkap. Dia nampak begitu yakin. Langsung tak ada riak gusar di mukanya, takut dikritik atau diketawakan kerana berpakaian sedemikian terutama oleh orang-orang muda.
Lama saya tenung dia, kemudian berfikir untuk saya membuat kesimpulan sendiri. Pakcik tu nampak amat bangga dengan kerjayanya sebagai seorang pengawal keselamatan. Sampai naik bas sekalipun dia masih mengenakan uniform kerjanya.
Dari apa yang saya nampak saya menafsirkan yang kita kena ada sikap bangga dengan apa yang kita lakukan barulah kita merasa ada cetusan motivasi dalaman untuk kita maju, tak kiralah apa jua jenis kerja kita lakukan. Dari rasa bangga tu, kita mampu menangkis umpatan, kejian, caci-makian dan kata-kata negatif dalam hati orang-orang yang kurang senang melihat kita nak maju.
Biarlah bangga kita, kita sendiri yang rasa, bukan kita tunjuk-tunjuk pada orang. Kesannya, motivasi kita sentiasa ada. Kita pergi ke tempat kerja ngan penuh semangat, penuh energetik dan penuh optimis yang kita boleh mencapai tahap cemerlang dalam kerjaya kita.
Apa yang kita selalu fikirkan,itulah yang akan jadi. Apabila kita yakin kita boleh capai tahap cemerlang dalam kerjaya, maka itulah yang akan jadi. Syaratnya, jangan ubah-ubah fikiran tu selagi ia belum benar-benar terjadi.
Mahukah Anda mengubah hidup Anda sekarang ni untuk menjadikannya lebih baik?. Sudah tentu Anda mahu, kan? Untuk itu, Anda kena ada strategi dan kemudian, Anda kena laksanakan strategi Anda.
Hari Ahad ni, ramai orang bersantai-santai. Di waktu santai sebegini, eloklah kiranya kita meluangkan masa mengkaji balik sejauh mana pencapaian kita dan setakat mana dah pencapaian kita.
Ambil sehelai kertas A4. Tanya diri Anda dengan soalan ini, “apa yang aku rasa tak ok dalam hidupku?”. Tulis soalan tu sebagai tajuk. Kaji aspek-aspek kehidupan Anda dalam perhubungan, ibadah, kekeluargaan, kelilmuan, pekerjaan dan akhirnya, kewangan. Kita bukan nak pandang belakang ke masa lalu cuma nak meneliti aspek-aspek hidup yang kita perlu perbaiki.
Tulis perkara-perkara yang Anda rasa itu kekurangan Anda, misalnya Anda susah nak buat pilihan, anda teragak-agak, Anda terlalu gopoh, Anda kurang teliti, Anda kerap berbohong atau mungkin Anda kurang bijak mengatur masa Anda sehingga segala-galanya menjadi kelam kabut. Tulis lebih dari 25 perkara yang Anda kurang puas hati dengan hidup anda.
Dalam ibadah misalnya, tulis apa yang Anda rasa tak ok, contohnya Anda selalu terlepas sembahyang Subuh, kurang khusyuk, kurang bersembahyang sunat, selalu sembahyang lewat, kurang membaca Al-Quran. Tu semua contoh saja untuk panduan Anda.
Dalam perhubungan, tanya diri Anda apa yang Anda rasa tak OK.
Mungkin, Anda rasa ada kawan Anda jadi kurang senang dengan sikap Anda. Mungkin, Anda pernah terlepas cakap atau terlebih gurau hingga orang terasa. Kaji, teliti, perhati kemudian tekadlah memperbaiki. Semua kesilapan kita tu, ada peluang untuk diubah lalu ditambah baik.
Kita sentiasa ada peluang kedua untuk memperbaiki diri kita dan memperbaiki kehidupan kita keseluruhannya. Habis peluang kedua, akan ada lagi peluang ketiga, peluang keempat dan peluang-peluang seterusnya.
Berubahlah, supaya dengan itu Anda mampu cemerlang, berjaya, bahagia seperti orang lain yang Anda nampak. Peluang sentiasa ada, cuma rupanya berbeza-beza, munculnya tak disangka-sangka.
Sehebat-hebat Anda, ada orang yang lebih hebat daripada Anda. Sepandai-pandai Anda, sebenarnya ada orang lebih hebat daripada Anda. Sebodoh-bodoh Anda, ada orang yang lebih bodoh daripada Anda. Sesusah-susah Anda, ada orang yang lagi susah daripada Anda, cuma Anda saja lum jumpa.
Pengajaran dari situasi ini adalah:
1. Bila kita tahu ada orang lebih hebat, lebih pandai daripada kita, dekatilah dia lalu pelajari sebanyak mungkin ilmu dari dirinya.
Mungkin dia mengajar dengan cara yang kasar, jadi Anda kena tahan hati serta bersabar. Mungkin juga dia akan mengajar dengan cara yang lembut, jadi anda kena berbesar hati dengan kelembutannya. Belajarlah supaya Anda jadi orang yang luas ilmu pengetahuan. Elak belajar semata-mata untuk bersaing atau untuk mengalahkan seseorang yang lain.
2. Sesusah-susah Anda, sebodoh-bodoh Anda (jika Anda merasa Anda kurang pandai), Ada orang yang lagi bodoh dan lagi susah dari Anda.
Ubah kehidupan mulai saat ini juga. Setiap orang ada hak untuk merasai kejayaan. Rugilah kita kalo asyik berada dalam kesusahan dan kebodohan juga kekurangpandaian yang berkekalan. Ubahlah hidup kerana hanya kita saja yang boleh mengubah tahap hidup kita sendiri, bukan orang lain.
Jika Anda merasa hidup Anda susah, ada orang lain yang hidupnya lebih susah daripada Anda, cuma Anda belum jumpa. Jadi, bersyukurlah ngan hidup Anda yang sedia ada sekarang ni.
Untuk kita mencetus perubahan hidup, lihat ke atas kita. Lihat orang-orang yang berada di tahap atas iaitu orang-orang berjaya, bos-bos dan taiko-taiko besar. Lihatlah supaya kita ada semangat untuk menjadi seperti mereka lalu merasai cetusan inspirasi untuk kita mencapai tahap pencapaian mereka.
Untuk kita mencetus keinsafan supaya kita mensyukuri betapa OK nya hidup kita, lihat orang-orang yang berada di bawah kita iaitu orang-orang biasa yang hidupnya cari duit di waktu pagi, kasi habis duit diwaktu pagi tu juga. Kita kena bersyukur kerana kita tak menjadi seperti mereka. Kita perlu bersyukur, sebab sekurang-kurangnya kita tak lah sesusah mana seperti susahnya mereka.
Jangan terlalu bangga denagn kedudukan Anda sekarang, elak terlalu bangga dengan tahap pendapatan yang anda ada sekarang juga dengan kejayaan-kejayaan yang Anda dah capai. Capailah lebih banyak kejayaan, kemudian dalam masa yang sama, ajak orang lain untuk turut berjaya sama-sama Anda berusaha mencapai kejayan. Dalam perjalanan menuju kejayaan, selalulah lihat ke atas dan selalulah lihat ke bawah.
Tujuannya, supaya kita sedar siapa kita, apa gunanya kita.

19 Okt 2010

DIBINANYA ISLAM

Dari Ibnu Umar r.huma, ia berkata, Rasulullah saw. Bersabda: Agama islam dibangun atas lima perkara; Bersaksi bahwa tiada Tuhan selain Allah dan Muhammad adalah hamba dan utusan Allah, mendirikan sholat, membayat zakat, haji dan shaum pada bulan Ramadhan.`(Bukhari, Muslim-At-Targhib).
Kelima hal diatas adalah asas imam terbesar dan rukun yang terpenting. Agama islam diibaratkan oleh Rasulullah saw. Seperti sebuah kemah yang disangga oleh lima tiang. Tiang tengahnya adalah kalimat Syahadat, dan empat tiang lainnya adalah tiang tiang pendukung pada setiap penjuru kemah itu. Tanpa tiang tengah, kemah tersebut tidak akan dapat berdiri tegak. Apabila salah satu dari keempat tiang lainnya tidak ada, kemah tetap berdiri tetapi sudut yang tidak bertiang itu akan menjadi miring dan mungkin rubuh. Berdasarkan hadits diatas, marilah kita melihat diri kita sendiri, sejauh manakah kita telah menegakkan islam ini? Benarkah kita telah menegakkan setiap tiangnya dengan sempurna?
Kelima tiang dalam hadits di atas sangat penting, sehingga ditetapkan sebagai asas-asas Islam. Oleh sebab itu, dengan kedudukannya sebagai seorang muslim, maka sangat penting bagi kita untuk memperhatikan urusan sholat, mengingat bahwa masalah yang terpenting setelah imam adalah shalat. Abdullah bin Mas`ud r.a. berkata: Saya pernah bertanya kepada Rasulullah saw:  Amal apakah yang paling dicintai oleh Allah?` Jawab beliau ,`Shalat.` Saya bertanya lagi,` Lalu apa?` Beliau menjawab, `Berbuat baik kepada kedua orang tua.`Kemudian saya bertanya lagi,` lalau apa?`Jawab beliau,`Jihad.`
Mulla Ali Qari rah.a. menyatakan bahwa alim ulama telah menjadikan hadits ini sebagai dalil bahwa shalat adalah kewajiban Islam yang terpenting setelah imam. Hal ini diperkuat lagi oleh sabda Rasulullah saw:
Shalat adalah sebaik-baik ketetapan amal untuk hamba-Nya)

18 Okt 2010

CEMBURU


Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri’ adalah bidalan Melayu yang membawa pengertian dalam mengharungi hidup berumah tangga, khususnya dalam hubungan antara suami dan isteri, perselisihan adalah satu kemestian.Perselisihan adalah satu perkara yang tidak dapat dielakkan. Namun, ia boleh diperbaiki, dengan menggunakan cara yang bijaksana dan bertoleransi.
Banyak sebab yang menjadi punca perselisihan. Antaranya kerana mentua, jiran, teman-teman, anak-anak, malah perkara asas dalam kehidupan juga mampu mencetuskan pergaduhan dalam rumah tangga sehingga lauk yang terlupa dimasukkan garam, atau air kopi yang terlupa ditambah gula. Paling meruncing ialah apabila masing-masing mula cemburu terhadap satu sama lain, sama ada mereka mempunyai bukti nyata atau hanya berupa prasangka sahaja.Perkara sedemikian jika dibiarkan berterusan akan melarat sehingga tercipta penceraian dalam rumahtangga.
Ada di kalangan masyarakat yang menganggap perselisihan rumah tangga sebagai garam di dalam lauk. Tanpa perselisihan, rumah tangga hambar dan tawar, umpama lauk tidak bergaram.Namun, garam itu hendaklah diletak secara berpada-pada supaya tidak terlalu banyak sehingga boleh merosakkan lauk sebelanga. Perkara inilah yang harus diperhatikan oleh setiap insan yang bertekad mahu mendirikan rumah tangga. Ia juga perlu menjadi renungan pasangan suami dan isteri yang menerajui bahtera hidup berumah tangga.Sesungguhnya, perkahwinan adalah satu cabaran yang harus dihadapi oleh setiap kaum lelaki. Dalam perkahwinan, suami akan berkongsi hidup dengan isteri.
Biarpun seburuk mana isteri namun seharusnya terimalah seadanya seperti yang terungkap semasa akad.Kata pujangga, perempuan bagaikan angin, lembutnya melenakan, ributnya pula mampu menggusarkan.Adakalanya mereka seperti ibu menyaji kasih, menghidang sayang malah adakalanya mereka seperti anak yang ingin dibelai, minta dimanjakan seperti anak kecil namun adakalanya mereka seperti nenek yang sering berleter seadanya, merungut semahunya. Namun, bahagia dan derita hanya kita yang mencorakkan sendiri Mendirikan sebuah rumah tangga biarpun untuk ke sekian kali namun memerlukan kematangan dan kedewasaan fikiran dan perasaan.
Kematangan bererti kemampuan seseorang menahan marah dalam suasana krisis dan perselisihan serta dapat menyelesaikan masalah tanpa menggunakan kekerasan dan menjauhi segala cara yang boleh membawa kepada keruntuhan perkahwinan itu.
Sebagai bukti kepada kematangannya, seseorang itu sanggup mengaku salah apabila benar-benar bersalah dan tidak cuba menyalahkan orang lain apabila berpeluang berbuat demikian. Bagi Islam, rumah tangga perlu ditegakkan atas asas cinta dan kasih sayang. Perkara ini jelas dalam firman Allah yang bermaksud: “Dan di antara keterangannya juga, bahawa ia menjadikan isteri bagimu yang sebangsa dengan kamu, supaya kamu boleh diam bersama-sama dengan dia, serta berkasih sayang dan cinta menyintai.” (Surah Ar Rum, ayat 21).
Cinta dan kasih sayang yang dimaksudkan bukanlah hasil daripada cinta pandang pertama tetapi ia lahir daripada rasa tanggungjawab mengikut amanah dan kepercayaan, serta tidak dipengaruhi oleh kehendak kebendaan atau nafsu.Rasa cinta sebegini boleh membawa suami sentiasa bersikap matang dan sihat dalam segala layanannya terhadap isteri dan di kala menghadapi krisis rumah tangga yang tidak dapat dielakkan.Suasana rumah tangga akan menjadi lebih mesra dan ceria apabila suami mengenali diri isterinya sebagai manusia yang mudah tersinggung dan mudah terasa.
Suami jangan sekali-kali cuai dan lupa memberi penghargaan kepada peranan isteri sebagai suri rumah tangga yang benar-benar bertanggungjawab.
Sebenarnya, tidak susah bagi suami membisikkan kata-kata pujian ke telinga isterinya setiap kali menikmati masakan atau melihatnya berpakaian baru. Berilah hadiah, walaupun kecil, sebagai tanda penghargaan suami terhadap isteri apabila menyambut hari jadinya.Termasuk dalam penghargaan juga ialah memberi sangkaan baik terhadap tingkah laku isteri, tidak memperlihatkan apa-apa kecurigaan terhadap kejujuran dan keikhlasan isteri, tidak cuba mengintip gerak- gerinya kerana didorong rasa cemburu yang melulu.Sesungguhnya, rumah tangga yang bahagia dapat diwujudkan hasil kerja keras, saling mengerti, tolong menolong dan persefahaman antara suami dan isteri.
Dalam mengemudi bahtera sebuah rumah tangga, suami berperanan sebagai nakhoda kapal yang bertanggungjawab mengendali dan menjaga keselamatan seisi anak kapal.Manakala isteri pula berperanan sebagai jurumudi yang mengawal haluan bahtera. Paduan erat antara keduanya mampu menyelamatkan bahtera dan seluruh isinya daripada tenggelam dilanda badai dan gelora.

16 Okt 2010

BERDISIPLIN & MINDA SEPERUH SEDAR


Dalam artikel lalu saya ada kata kita akan mengalami kesukaran mengawal tanggapan-tanggapan liar yang ada di fikiran kita.Pada peringkat permulaan, kita akan merasa agak sukar. Sebab, kita sudah terbiasa dengan tanggapan-tanggapan liar tu dan ia menjadi sesuatu yang normal buat kita. Dalam diri kebanyakan orang, kita sudah terbiasa melayan tanggapan-tanggapan liar.Dalam hidup, setiap perkara mesti ada DUA:
1. Baik dan buruk, siang dan malam, positif dan negatif, lelaki dan perempuan. Begitu juga dengan sangkaan-sangkaan kita.Ada sangkaan-sangkaan buruk, ada sangkaan-sangkaan baik. Kita lebih banyak terdorong untuk bersangka buruk sebab setiap hari kita join orang lain tengok berita yang buruk-buruk, berkata hal yang buruk-buruk, berfikir yang buruk-buruk serta berkata yang buruk-buruk terutama ketika saat kita sakit hati pada sikap seseorang.Untuk melatih diri kita supaya sentiasa bersangka baik, kita perlu berdisiplin. Tak ada cara lain lagi melainkan berdisiplin. Kita boleh mintak orang lain menilai kita dan mengkritik kita supaya kita boleh tahu kita ni berdisiplin ke tidak.
2. Elak untuk membiarkan fikiran-fikiran negatif dan tanggapan-tanggapan negatif menguasai Anda. Tiap kali Anda dapati fikiran Anda mengarah kepada fikiran negatif, tukar cepat-cepat. Buang sangkaan-sangkaan buruk dan fikiran-fikiran buruk. Semua tu termasuk dalam kategori fikiran negatif. Kena sedar ya.
Anda perlu mengingatkan diri sendiri, kena selalu ‘alert’ dengan fikiran Anda terutama ketika Anda sedang bersendirian atau ketika fikiran melayang. Berhati-hati dengan apa yang kita selalu fikirkan.
Fikiran buruk menarik situasi-situasi buruk ke dalam hidup kita lalu membuatkan hidup kita penuh dengan masalah-masalah yang tak pernah berkesudahan.
Musuh yang paling kuat adalah diri kita sendiri terutama minda separa sedar kita. Bukan orang lain.Mengapa saya kata minda separa sedar kita adalah musuh kita yang paling kuat?. Sebab kita berdepan dengan masalah besar – kita tidak dapat mengawal tanggapan-tanggapan liar yang masuk ke minda kita dan yang menyerang fikiran kita. Dalam bahasa Inggeris, tanggapan-tanggapan liar ni dipanggil ‘thoughts’. Tanggapan-tanggapan ni semua masuk ke fikiran kita lalu membuatkan kita terfikir benda-benda yang kita tak nak fikir secara tiba-tiba, terutama berkaitan situasi-situasi buruk.
Tanggapan fikiran boleh menjadi perkara yang bermanfaat buat diri kita.Caranya, kita perlu bersangka baik, berfikiran positif dan berattitude positif. Bukan sehari dua, tapi sepanjang masa sepertimana yang saya ingatkan Anda selalu. Lebih kerap kita bersangka baik, lebih cemerlang kita.Namun disebalik tu semua tanggapan di fikiran kita boleh menjadi musuh yang amat kuat kuasanya. Tanggapan-tanggapan negatif susah kita nak kawal, kerana sebagai manusia, kita cepat merasa sangsi pada sesuatu.
Selain sangsi, timbul keraguan, kegusaran dan rasa skeptikal. Sikap-sikap negatif inilah yang menjadi musuh utama buat diri kita dalam usaha kita menjaga kepositifan diri. Minda separa sedar kita terdedah kepada rasa sangsi, kegusaran dan rasa skeptikal. Untuk mengawal ‘thoughts’ yang bersimpang-siur di dalam minda kita dan di fikiran kita, kita perlu:
1. Mengamalkan meditasi pendek paling kurang 3 kali sehari, paling best 1 kali setiap 1 jam kecuali pada waktu Anda sedang tidur.
2. Melatih diri untuk berada pada tahap emosi yang amat tenang. Be calm, be cool. Bukan seminit dua tapi sepanjang masa.
3, Berzikir selalu untuk memandu hati supaya sentiasa Allah Yang Maha Esa. Hati mudah untuk dihinggapi bisikan syaitan yang akhirnya membentuk fikiran-fikiran liar, mendorong sikap suka berburuk sangka.
4. Mengucap istighfar setiap kali Anda dapat Anda berburuk sangka pada sesuatu atau pada seseorang.
Saya mengajak Anda untuk sama-sama berlatih mengawal fikiran, mengawal tanggapan-tanggapan liar yang masuk ke dalam minda kita.Bentuk fikiran menjadi positif supaya kita menjadi orang yang berfikiran positif, lantas membuat kita mencapai tahap pencapaian cemerlang yang sebelum ni sukar dicapai oleh orang lain disekeliling kita.

15 Okt 2010

ADAB BERJIRAN

TIDAK dinafikan kedudukan jiran dalam kehidupan seseorang Muslim sangat penting, tidak boleh diabaikan begitu saja malah perlu dijaga hubungan yang baik secara berterusan dengan penuh keikhlasan.Ini kerana jiran adalah orang yang paling dekat dengan kita dan dianggap orang yang boleh diharapkan terutama pada saat memerlukan pertolongan atau bantuan. Sekiranya kita dalam kecemasan dan saat sangat terdesak, maka sudah tentu jiran orang paling awal tempat kita mengadu hal.
Namun hal ini tidak mungkin terjadi sekiranya kita tidak menjaga hubungan baik dengan mereka. Lantaran itulah, Islam menyuruh kita supaya selalu berbuat baik terhadap jiran sebagaimana dapat difahami dari Surah An-Nisa ayat 36 yang bermaksud: dan berbuat baiklah kepada dua orang ibu-bapa, karib-kerabat, anak-anak yatim, orang miskin, jiran tetangga yang dekat dan jiran tetangga yang jauh, dan teman sejawat, ibnu sabil dan hamba sahayamu. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong dan membangga-banggakan diri.”
Tentu ada di kalangan kita masih keliru mengenai had lingkungan jiran? Menurut ulama, had lingkungan jiran itu ialah orang yang dapat mendengar azan yang sama dalam satu kawasan (tanpa pembesar suara). Namun pendapat yang masyhur ialah yang pernah diriwayatkan oleh ‘Aisyah bahawa had lingkungannya 40 rumah dari segenap penjuru.
Kalau kita renungi dalam kehidupan sekarang terutama di kota besar, apakah semangat berjiran itu masih diamalkan? Apakah kita kenal siapakah jiran sebelah? Bagi orang Islam yang benar-benar menghayati segala tuntutan Islam sudah tentu tidak timbul sedikitpun persoalan demikian.
Ini kerana walau di mana tempat tinggal akan selalu bergaul mesra, berbuat baik serta menghormati jiran tanpa mengira darjat, bangsa dan agama. Inilah bukti keimanan seseorang sebagaimana dijelaskan oleh junjungan besar Nabi Muhammad SAW iaitu, “Barangsiapa beriman dengan Allah dan hari akhirat maka hendaklah ia memuliakan jirannya.” ( riwayat Muslim)
Pergaulan serta perhubungan yang baik dengan jiran akan membuahkan kehidupan harmoni serta sejahtera. Lebih daripada itu, akan tampak perpaduan dalam masyarakat. Bagi melahirkan suasana itu, maka seseorang perlu tahu dan amalkan adab dalam kehidupan berjiran. Tanggungjawab yang perlu disempurnakan oleh setiap individu Muslim terhadap jirannya sebagaimana garis panduan yang pernah diutarakan oleh Imam Al-Ghazali di dalam kitab Bimbingan Mukmin iaitu:
1. Memulakan memberi salam kepada jirannya;
2.  Menziarahinya ketika sakit dan mengucapkan takziah ketika berlaku kematian atau mengucapkan tahniah ketika mendapat kejayaan;
3. Jangan terlalu banyak bertanya hal-hal peribadinya;
4. Memaafkan segala kesalahan dan kesilapannya;
5. Menutup keaiban yang berlaku pada jirannya;
6. Sentiasa bersikap lemah-lembut terhadap anak-anak jirannya;
7.  Sentiasa membantu apabila ditimpa musibah atau kemalangan;
8. Tidak menyakiti dan menyusahkan jirannya.

12 Okt 2010

LELAKI LEBIH MUDAH DARI WANITA


Seorang lelaki tidak sama dengan seorang wanita. Lelaki juga tidak akan menjadi wanita, dan begitulah sebaliknya. Ramai wanita menganggap lelaki sukar difahami, begitu jugalah pendapat lelaki. Berikut dinyatakan bebarapa sifat lelaki secara umum agar anda mudah memahami mereka:
1. Hidup lelaki lebih mudah
Lelaki lebih mudah cara hidupnya berbanding dengan wanita. Kerana itu lelaki sukar untuk memahamijika sesuatu perkara itu disampaikan dalam bentuk kiasa oleh wanita. Wanita suka berkias dan berharap lelaki faham. Tetapi, lelaki lebih suka jika ianya dijelaskan dengan bahasa yang mudah, dan secara berterus-terang. Sekiranya wanita tidak jelas mengenai sesuatu perkara, tanyalah secara terbuka kepada lelaki.
2. Bahasa lelaki adalah berlainan
Lelaki bercakap dengan bahasa yang berlainan. Ini yang menyebabkan lelaki dan wanitasukar berkomunikasi antara satu sama lain. Apa yang lahir dari kata-katanya jika dia bercakap dengan wanita, adalah berbeza daripada apa yang dimaksudkan. Ini bukan bererti dia berbohong. Maka adalah lebih baik bagi wanita untuk memahami lelaki dari apa yang dilakukan berbanding dari apa yang dikatakan. Lelaki tidak pandai melahirkan rasa hatinya dalam bentuk kata-kata.
3. Lelaki suka membisu
Wanita berkebolehan untuk membicarakan sesuatu subjek yang sensitif dan mendukacitakan sebagai salah satu cara berhadapan dengan realiti. Tetapi lelaki lebih suka untuk menyembunyikan dan membisu.
4. Lelaki tidak kompleks
Jika terdapat semua tanda yang menunjukan bahawa seorang lelaki hanya mahu wanita menjaganya, mengemas rumah, menyediakan makanan untuknya, wanita harus percaya bahawa itulah yang lelaki tersebut mahu. Ini bukan bererti lelaki berfikiran primitif, tetapi lelaki memag sedemikian. Wanita selalu menganggap lelaki sebagai kompleks, tetapi sebenarnya kehendak lelaki adalah mudah.
5. Jangan paksa lelaki
Bila wanita mendesak lelaki mendedahkan perasaanya, mungkin wanita itu akan mendedahkan sesuatu yang wanita itu tidak suka mendengarnya. Malah adalah lebih baik jangan bertanya dan menyelidik sampai ke akar umbi. Malah apa yang penting wanita itu perlu membaca bahasa badan lelaki, matanya, atau perubahan mendadak dalam corak perlakuannya. Jika dia pada kebiasaannya suka membaca tetapi tidak melakukannya, mungkin pada masa itu fikirannya sedang kacau.
6. Lelaki berahsia dengan lelaki lain
Tidak sebagaimana wanita yang lebih mudah untuk bercerita masalah yang dihadapinya kepada wanita lain, harapan dan kebimbangan yang dirasainya dan pelbagai cerita peribadi, adalah sukar bagi lelaki untuk menjadi mesra secara verbal sedemikian rupa. Untuk melakukannya lelaki memerlukan kekuatan dan keberanian yang maksima.
7. Lelaki pentingkan kejujuran
Sepertimana wanita, lelaki juga pentingkan kejujuran. Jika lelaki tahu yang kekasihnya atau isterinya suka bercerita kepada wanita lain tentang dirinya, besar kemungkinan lelaki itu tidak akan bercerita lagi secara mesra mengenai hal-hal rahsia yang lainnya. Kejujuran adalah penting bagi lelaki. Seorang suami mahu isterinya menyimpan rahsia-rahsia rumahtangganya.
8. Lelaki Perlu Keselesaan Perasaan
Wanita sering menganggap lelaki sukar difahami. Sebenarnya ini juga anggapan lelaki pada wanita. Berikut dinyatakan beberapa sifat umum lelaki agar kita lebih memahaminya.
9. Lelaki tidak suka dikritik
Jangan mengkritik lelaki, memainkan jika wanita itu bersedia untuk bertikan lidah dengannya. Lelaki tidak begitu terbuka untuk menerima kritikan. Mengkritik di belakannya, contohnya kepada saudara atau rakannya, mungkin dapat mengelakkan konfrantasi serta merta tetapi dia akan berasa marah juga apabila perkara tersebut disampaikan kepadanya. Cara baik mengkritik lelaki adalah dengan cara berjenaka dan lembut. Cara lelaki mengkritik adalah berlainan dan ia jarang dilakukan oleh wanita. Bila lelaki mahu mengkritik, masa dan keadaan dipilih dengan teliti. Bila menegur, perbincangan itu ringkas, tidak emosi dan tepat. Untuk mengkritik lelaki eloklah kiranya kritikan itu digabung dengan sedikit pujian.
10. Lelaki juga mahukan sokongan
Bila lelaki menghadapi masalah dan mengadu pada wanita, wanita harus memberitahu lelaki itu bahawa dia masih diperlukan.
Lelaki mahukan keselesaan perasaan dan sokongan serta kata-kata lunak seperti: "saya cintakan abang.." atau "Tidak kira apa yang terjadi, saya tetap bersama abang…"
11. Lelaki dan ego
Ramai lelaki menunjukkan egonya pada dua masa, pertama di dalam kerka dan kedua di ranjang. Ini biasanya menyebabkan wanita menjadi bosan. Tetapi sebaik-baiknya wanita patut mempertingkatkan ego suami atau kekasihnya. Wanita yang menyemarakkan api cinta akan menikmati kehangatan api cinta itu. Lelaki mahu wanita memberitahu bahawa sumbangannya diiktiraf dan dilnilai. Jika anda tidak menyatakan kepadanya, siapa lagi? Jika anda mempertingkatkan ego lelaki, ia kan membuatkan lelaki merasa senang dan setipa orang disekelilingnya akan mendapat faedah, terutamanya yang dicintainya.
12. Lelaki mesra tanpa beremosi
Antara perkara yang ada pada lelaki dan wanita ialah kehendak mutlak untuk dikasihi dan mengasihi sebagai balasan. Intimasi emosional, bersatunya jiwa bukan hanya jasad, adalah cara bagaimana kasih sayang itu lahir.
Ianya bukan satu proses sahaja.

11 Okt 2010

NOMBOR PLET KERETA YANG ORANG ISLAM MESTI PILIH.


 Setiap kali kelahiran anak, manusia diseru memberi nama2 yang baik.Begitu juga jika anda membeli kereta, berbelanjalah lebih sedikit untuk membeli nombor2 yang mempunyai nilai2 yang baik yang tersebut dalam Al-Quran dan As-Sunnah.Nombor atau angka2 yg baik adalah satu doa dan motivasi untuk orang yang beriman agar mendapat kejayaan dan Rahmat Allah SWT. Insyaallah
1. 12 - 12 Rabiulawal ... kelahiran Rasul SAW
2. 25 - jumlah Rasul yg wajib diketahui
3. 27 - 27 Rejab tarikh Israk dan Mikraj
4. 17 - 17 Ramadhan hari Nuzul Al-Quran
5. 10 - 10 Zulhijjah Hari Raya Korban
6. 30 - jumlah juzuk dalam Al-Quran
7. 99 - nama-nama ALLAH yg wajib diketahui
8. 114 - jumlah surah yang terdapat dalam Al-Quran
9.
313 - jumlah tentera Islam terlibat dalam perang Badar
10. 6666 - bilangan ayat di dalam al-Qur'an setengah pendapat mengatakan bilangan ayat di dalam al-Qur'an adalah 6,236
11. 1000 - Dari Abu Hurairah r.a. katanya, Nabi s.a.w. bersabda; "Satu solat di masjidku ini lebih baik dari 1000 kali solat ditempat lain melainkan di Masjidil Haram." - Sahih Bukhari
13. 4000 - jumlah 4000 malaikat. Imam Darimi ra menyebutkan bahawa Humaid Al-A’raj ra berkata: “Barangsiapa membaca Al-Qur’an setelah itu ia berdoa, maka 4000 malaikat mengamini doanya.
14. (Hari-hari Tasyrik) 11, 12 dan 13. Dari Nubaisyah Al-Hudzali r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda; "Hari-hari Tasyrik 11, 12 dan 13 Zulhijjah adalah hari-hari makan dan minum." - Sahih Muslim
15. (nombor ganjil) 21 atau 23 atau 25 atau 27 atau 29 atau 30. "Carilah Lailatulqadar pada malam 10 malam yang terakhir iaitu malam 21 atau 23 atau 25 atau 27 atau 29 atau 30 maka siapa yang bertepatan bangun sembahyang malam kerana iman dan mengharap pahala maka akan diampunkan dosa-dosa yang lalu dan akan datang." - Riwayat Atthabarani dari Ubadan bin Asshamiti

10 Okt 2010

15 PINTU SYAITAN


15 pintu syaitan untuk masuk ke dalam diri kita
1- pintu marah
2- cinta dunia
3- kebodohan (keengganan menghadiri majlis ilmu)
4- panjang angan-angan
5- rakus
6- bakhil
7- suka pada pujian
8- riak
9- ujub (merasa kagum)
10 - takut dan gelisah
11 - buruk sangka
12 - memandang rendah pada orang lain
13 - merasa suka pada dosa
14 - merasa aman daripada pembalasan "ALLAH"
15 - putus asa daripada rahmat "ALLAH

5 Okt 2010

20 FAKTA SAINS


1. Jika semua saluran urat darah dalam tubuh manusia dicantumkan ia boleh meliputi Jalan Raya sepanjang 96,000. Kilometer.
2. Saraf ditubuh badan manusia dapat menghantar impuls kira-kira 90 Meter sesaat.
3. Jika usus kecil manusia dibelah dan dicantum-cantumkan, ia boleh memenuhi kawasan seluas 9.2 Meter persegi.
4. Manusia akan hilang sebanyak 50 Peratus deria rasa pada usia 60 tahun.
5. Setiap langkah kehadapan anda terpaksa menggerakkan 54 otot dalam tubuh badan.
6. Orang lelaki mudah mendapat buta warna, 10 kali ganda berbanding wanita.
7. Manusia bernafas kira-kira 23,000 kali dalam tempoh 24 jam.
8. Apabila seseorang bercakap, secara purata 300 titisan air liur akan keluar dalam tempoh seminit, iaitu kira-kira 2.5 titisan bagi satu perkataan.
9. Secara purata sesaorang itu minum 8,000 gelen air sepanjang hidupnya.
10. Manusia hanya menggunakkan 10 peratus daripada otaknya untuk berfikir.
11. Ketika bersin, semua organ dalam badan tidak berfungsi termasuk jantung.
12. Kerosakan otak akan berlaku jika suhu badan meningkat melebihi 41 darjah Celcius.
13. Badan manusia mengandungi sulfur yang cukup untuk membunuh kutu anjing, karbon untuk membuat 9,000 batang pensel, potassium, lemak untuk membuat 7 ketul sabun, fosforus untuk membuat 2,200 batang kepala mancis dan air untuk mengisi tangki sebanyak 37 liter.
14. Ketika mulut kering, anda tidak akan dapat menikmati sebarang makanan, ini kerana air liurlah yang membantu kita merasa sesuatu yang masin, manis, masam dan sebagainya.
15. Apabila anda mengecam muka sesaorang anda sedang menggunakan otak sebelah kanan.
16. Pada retina mata, terdapat lebih 100 juta sel yang cukup sensitif terhadap cahaya.
17. Jika 80 peratus hati manusia dipindahkan, bahagian yang tinggal masih boleh berfungsi, malahan ia akan membesar ke saiz asal dalam tempoh tertentu.
18. Secara purata kita menuturkan 30,000 perkataan sehari, mengambil masa selama 3 jam 30 minit. Ini bererti dalam tempoh 1 jam kita menyebut 9,000 perkataan yang ada.
19.
Jika anda terkurung didalam bilik yang kedap udara, anda akan mati kerana keracunan karbon dioksida bukan kerana kekurangan oksigen seperti yang disangkakan.
20. secara purata setiap orang makan 51 kilogram bahan perasa temasuk gula dan garam setahun.

3 Okt 2010

KASIAT SURAH AL-WAQIAH

Sabda Rasulullah s.a.w: “Sesiapa membaca surah Al-Waqi’ah setiap hari, ia tidak akan ditimpa kefakiran.” Sabda Rasulullah s.a.w. : “Siapa membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kesusahan atau kemiskinan selama-lamanya. (oleh Baihaqi dari Ibnu Mas’ud r.a.)
Sabda Rasulullah s.a.w. : “Ajarkanlah surah Al-Waqi’ah kepada isteri-isterimu. Kerana sesungguhnya ia adalah surah Kekayaan.” (Hadis riwayat Ibnu Ady)
Sabda Rasulullah s.a.w. : “Barang siapa yang membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam maka dia tidak akan tertimpa kefakiran dan kemiskinan selamanya. Dan surah Al-Waqi’ah adalah surah kekayaan, maka bacalah ia dan ajarkan kepada anak-anakmu semua.”
Menurut fatwa sebahagian Ulama’ katanya: “Barangsiapa membaca surah Al-Waqi’ah pada setiap hari dan malam dalam satu majlis sebanyak 40 kali, selama 40 hari pula, maka Allah akan memudahkan rezekinya dengan tanpa kesukaran dan mengalir terus dari pelbagai penjuru serta berkah pula.”
Surah Al-Waqi’ah adalah surah yang ke -56 di dalam Al-Quran, terletak pada juzuk ke 27 dan terdiri dari 96 ayat. Dinamakan Al-Waqi’ah kerana di ambil dari lafal Al-Waqi’ah yang terdapat pada ayat pertama surah ini, yang ertinya kiamat. Di dalam surah Al-Waqi’ah ini menerangkan tentang hari kiamat, balasan yang diterima oleh orang-orang mukmin dan orang-orang kafir. Diterangkan pula penciptaan manusia, tumbuh-tumbuhan, dan api, sebagai bukti kekuasaan Allah dan adanya hari berbangkit.
Di dalam surah Al-Waqi’ah terkandung beberapa khasiat, antara lain:
* Bila orang membiasakan membaca surah ini setiap malam satu kali, maka dia dijauhkan dari kemiskinan selamanya.
* Bila di baca 14 kali setiap selesai solat Asar, maka orang yang membacanya itu akan memperoleh kekayaan yang berlimpah ruah.
* Jika di baca surah ini sebanyak 41 kali dalam satu majlis (sekali duduk), insyaAllah di tunaikan segala hajatnya khususnya yang berkaitan dengan rezeki.
* Supaya menjadi orang yang kaya sentiasa bersyukur, amalkan membaca surah ini sebanyak 3 kali selepas solat subuh dan 3 kali selepas solat Isya’. InsyaAllah tidak akan berlalu masa setahun itu melainkan ia akan di jadikan seorang yang hartawan lagi dermawan.
* Amalan orang-orang sufi, supaya dilimpahkan rezeki. Hendaklah berpuasa selama seminggu bermula pada hari Jumaat. Setiap selepas solat fardhu bacalah Surah Al-Waqi’ah ini sebanyak 25 kali sehinggalah sampai pada malam Jumaat berikutnya; pada malam Jumaat berikutnya itu, selepas solat Maghrib bacalah surah ini sebanyak 25 kali, selepas solat Isya’ bacalah surah ini sebanyak 125 kali diikuti dengan selawat keatas Nabi sebanyak 1000 kali. Setelah selesai, hendaklah ia memperbanyakkan sedekah. Kemudian amalkanlah surah ini sekali pada waktu pagi dan petang. Insya’Allah berhasil.
* Surah ini jika dibaca disisi mayat atau orang yang sedang nazak, insyaAllah di permudahkan untuk roh keluar dari jasadnya. Jika dibaca disisi orang sakit, diringankan kesakitannya. Jika di tulis, kemudian dipakaikan kepada orang yang hendak bersalin, InsyaAllah segera melahirkan dengan mudah. Boleh juga dibaca disisi orang yang hendak bersalin sebagai selusuh.
Menurut As’Syeikh Abi’l Abbas katanya
* Bila hendak mengamalkan surah Al-Waqi’ah ini, terlebih dahulu berpuasa selama 7 hari, di mulai pada hari Jumaat berakhir pada hari Khamis. Puasanya “tidak memakan sesuatu yang bernyawa / tidak makan ikan, daging, segala haiwan, hanya makan sayur-sayuran sahaja.
* Dalam 7 hari itu, sesudah solat fardhu, membaca surah Al-Waqi’ah sebanyak 25 kali. Apabila bacaan tersebut di mulai setelah solat fardhu Subuh pada hari Jumaat pertama, maka diakhirilah pembacaan Al-Waqi’ah itu pada setelah fardhu Isya’ pada Jumaat berikutnya.
* Pada malam Jumaat terakhir ini hendaklah membaca surah Al-Waqi’ah sebanyak 125 kali kemudian selawat 1000 kali.
Insya’Allah, dengan mengamalkan seperti berikut, ia akan menjadi orang kaya.

1 Okt 2010

TERUSKAN BERDOA

Doa adalah senjata bagi orang mukmin. Mereka yang enggan berdoa kepada Allah,adalah orang yang bongkak. Al-Quran memaparkan banyak ayat, antaranya firman Allah (mafhumnya): “Berdoalah kepada-Ku, Aku (Allah) akan memperkenankan doa permohonan kamu…” (Surah al-Ghafir ayat 60)
Firman Allah maksudnya: “Apabila hamba-Ku bertanyamu tentang Aku hai Muhammad, maka jawablah Aku (Allah) amat hampir dengan mereka, Aku memenuhi doa yang memohon kepada-Ku. Maka mereka hendaklah memenuhi perintah-Ku dan mereka beriman kepada-Ku agar mereka sentiasa mendapat petunjuk.(al-Baqarah: 186)
Dalam as-Sunnah terdapat banyak hadis-hadis fi’li (perbuatan) dan hadis-hadis qauli (percakapan) yang jelas baginda Rasulullah s.a.w., berdoa ke hadrat Allah SWT.
Berdoa sememangnya dituntut, itu tugas kita sebagai hamba Allah. Sama ada terima atau tidak, ianya adalah urusan Allah SWT. Terserahlah kepada Allah dan memohonlah apa sahaja dengan penuh yakin bahawa Allah akan mengkabulkan doa kita. Nescaya Allah akan memenuhinya sama ada cepat atau lambat.
Nabi Allah Ibrahim a.s. sebagai contoh, telah berdoa ke hadrat Allah agar hati-hati manusia tertarik untuk mengunjungi Makkah beramai-ramai, pada waktu Makkah masih menjadi sebuah lembah yang gersang.
Baginda berharap umat manusia datang beramai-ramai menunaikan haji dan membuat umrah, dan dipohonkan rezeki mereka melimpah ruah.
Doa itu dilafazkan ribuan tahun dahulu ketika baginda mendatangi Makkah bersama anak dan isterinya.Alhamdulillah, Allah SWT memakbulkan doa baginda selepas zaman Nabi Muhammad s.a.w., malah sehingga hari ini semakin jelas doa Nabi Ibrahim a.s.seolah-olah baru dimakbulkan.Cuba bayangkan, doa Nabi Ibrahim yang disebut sebagai ‘khalilullah’ - kekasih Allah - sahabat setia Allah, berdoa ke hadrat Allah, ribuan tahun kemudiannya baru jelas dimakbulkan.
Apabila kita sering berdoa, jangan sesekali membuat kesimpulan bahawa doa kita tidak akan dimakbulkan. Mungkin Allah telah makbulkan doa itu, mungkin dalam bentuk diberikan yang lebih baik daripada apa yang kita pinta. Kadang-kadang doa kita dimakbulkan cepat, kadang-kadang lambat. Ertinya, apa yang dipohon, tidak semestinya diberi atau ditolak.
Ia adalah suatu ujian kepada kesabaran seseorang hamba. Sama ada Allah berikan sesuatu yang lebih baik, atau Allah berikan ganjaran sewajarnya pada hari akhirat kelak dalam bentuk pahala yang banyak.
Antara sebab-sebab nyata Allah tidak makbulkan doa, seperti yang difirmankan Allah dalam ayat 186 Surah al-Baqarah tadi, iaitu orang-orang yang keimanannya kepada Allah itu, masih berada pada tahap yang boleh dipersoalkan dan kemaksiatan yang dilakukan. Ada hadis Nabi s.a.w. yang menyebut tentang doa yang tidak dimakbulkan, antaranya (mafhum): “Makan minumlah kamu dengan yang halal, nescaya doamu akan dimakbulkan. ”
Pada suatu ketika ada seorang yang keadaannya begitu terdesak, mengangkat tangan setinggi-tinggi yang boleh, dan berdoa ke hadrat Allah SWT, memohon kepada Allah, tatkala Nabi s.a.w. melihatnya, lalu baginda bermadah kepada para sahabat, mafhumnya: “Lihat orang itu, makan minumnya haram, pakai memakainya haram, bagaimana mungkin Allah menerima doanya.”
Sememangnya semakin hampir seseorang hamba kepada Allah, semakin suci bersih jiwa dan amalannya, maka semakin mudah Allah memakbulkan doanya. Seperti yang disebut dalam sebuah hadis qudsi, mafhumnya: “Apabila hambu-Ku mendampingi daku, dengan amalan-amalan yang banyak, khususnya amalan-amalan sunat, maka Aku menyukainya, maka apabila Aku menyukainya, akan-Ku tunaikan doanya (hajat).”
Walau hampir dan akrabnya seseorang insan kepada Allah SWT, tidaklah menjadi syarat utama untuk Allah memakbulkan doanya.
Ini kerana, hanya Allah sahaja yang mengetahui kemaslahatan hamba-hamba- Nya. Allah amat mengetahui apa yang hendak diberi dan apa yang tidak perlu diberikan.
Harus kita sedari bahawa dalam kehidupan kita, selain daripada Allah memberi apa yang kita minta, banyak juga kebaikan, rezeki dan sebagainya Allah berikan kepada kita walaupun tidak kita diminta. Amat sedikit yang tidak diberi, itu pun ada kemaslahatannya.
pernahkah doa Rasulullah sendiri ditolak Allah, jawapannya, ya. Memang doa Nabi s.a.w. pernah ditolak. Kadangkala doa baginda pun ditolak. Ketika Nabi Muhammad s.a.w., pada zaman awal kebangkitan baginda sebagai Rasul, menghadapi banyak tekanan daripada kaum Quraisy dan anggota keluarganya tidak mahu memeluk Islam.
Malah baginda pernah disakiti sehingga berdoa ke hadrat Allah mafhumnya): “Ya Allah! Berilah petunjuk kepada kaumku, mereka ini tidak mengetahui.” Doa Nabi ini tidak ditunaikan sepenuhnya. Bukan orang lain, kalangan anggota keluarga, bapa saudaranya, seperti Abu Lahab meskipun didakwah bertubi-tubi, namun mereka lebih bertegas mempertahankan kekufuran mereka.
Malah sampai kepada peringkat menantu Nabi s.a.w sendiri, ada yang tidak beriman, atau lambat beriman.Apa yang nyata, kaum kerabat Nabi, yang didoa dan diusahakan untuk mereka beriman, akhirnya mati dalam keadaan kufur. Dalam Kitab Sahih Muslim, hadis 2889 disebut (mafhumnya): “Suatu hari Rasulullah s.a.w. singgah di masjid Bani Muawiyah, ditunaikan solat sunat dua rakaat bersama sahabat, selepasnya baginda berdoa panjang dengan doa yang panjang. Selepas berdoa baginda berpaling ke arah sahabat dan bersabda, “Saya berdoa kepada Allah, tiga perkara, Allah tunaikan dua sahaja dan menolak yang satu lagi.
Saya memohon agar umat Muhammad tidak dibinasakan dengan kelaparan, Allah tunaikan. Saya memohon agar jangan mereka dibinasakan dengan banjir yang menenggelamkan mereka, Allah tunaikan. Namun apabila saya berdoa agar jangan mereka bergaduh dan berperang sesama sendiri, Allah tidak tunaikan.”
Bagaimanapun kebanyakan doa-doa Nabi s.a.w. dimakbulkan Allah SWT. Doa yang tidak dimakbulkan itu memang ada kemaslahatannya. Oleh itu berdoalah ke hadrat Allah SWT, kerana ia adalah ibadah. Ibadah dilakukan bukan semata-mata untuk keperluan keduniaan. Jika kita ikhlas beribadah, insya-Allah Allah akan memberikan ganjaran yang sebaiknya di hari kemudian. Solat, puasa, zakat, haji, berjihad dan ibadah-ibadah, kita lakukan kerana berhajatkan keredhaan Allah atau pahala yang dijanjikan kepada kita pada hari akhirat.
Wallahualam.

Masjid Solatiah GR

http://picasion.com