Dikuasakan oleh Blogger.

About Me

Foto Saya
ipoh, perak
X KAGAT....?.

SMS ampang ipoh 24 /6/ 11

gif webcam

DI SMA Chemor 13/5/12

pictures to gif

Di SMA Chemor

animated gif maker

Guru Pendidikan Islam Ulu Kinta Jun 13

http://picasion.com/i/1VkmT/

30 Ogo 2014

sifat tabii manusia

Apabila ALLAh SWT menyebutnya (perkataan haiwan), maka berlakulah apa yang disebut itu. Ramai yang menyebut soal mengikut nenek moyang zaman dahulu. Al-Quran dengan jelas menyebut tentang ucapan itu.

Allah SWT sudah mengetahui pada azali atau qadim lagi bahawa ada manusia yang mahu bercakap tentang masalah tersebut, apabila diajak kepada Islam mereka mengatakan apa yang kamu buat itu tidak ada pada zaman dahulu. Dengan sebab itulah Allah SWT menyebut di dalam al-Quran menerusi firman-Nya yang bermaksud:

 "Bandingan (orang yang mendakwahkan) orang-orang kafir (yang tidak mahu beriman dan degil itu) samalah seperti orang yang memanggil binatang." (Surah al-Baqarah ayat 171)

Kalau kita memanggil ayam atau kambing yang jinak, binatang itu semua datang kepada kita tetapi sebaliknya yang liar biasanya tidak ada datang kepada kita setelah dipanggil. Soalnya seruan kita sekarang ialah kepada manusia yang jinak hatinya dengan dakwah. Manusai yang liar lebih teruk daripada kambing lagi dalam persoalan ini iaitu mereka tidak mahu mendengar seruan Islam.

 
Bandingan orang yang mendakwahkan orang-orang yang tidak beriman yang perangainya degil samalah seperti orang yang memanggil binatang dan binatang itu hanya mendengar sekadar suara panggilan sahaja sedangkan maksud panggilan itu tidak diketahui. Firman Allah bermaksud :
"Mereka itu pekak, bisu, buta maka mereka itu tidak berakal." (Al-Baqarah ayat 171)

Bukan mereka tidak ada otak, tetapi mereka tidak mahu menggunakan akal seolah-olah mereka tidak berakal, Sepatutnya apabila disebut tentang masalah ini, mereka dapat menilai dengan akal mereka akan kebenaran dakwah itu.

Tetapi mereka tidak menggunakan akal dengan betul, maka Allah SWT mengatakan mereka itu pekak, bisu dan buta. Kalau orang itu buta dan bisu tidak boleh diambil untuk kira bicara begitulah juga kalau orang itu tuli dan bisu, apa lagi kalau ketiga-tiga kecacatan itu terdapat pada diri seseorang itu.

Allah SWT mengatakan orang yang tidak mahu menerima pengajaran daripada orang yang mendakwahkannya sebagaimana orang kafir yang diajak oleh Nabi Muhammad s.a.w mereka tidak menerima seruan baginda walau apa yang didakwahkannya adalah betul dan sesuai dengan akal manusia.

Mereka gemar mendengar ucapan yang diberikan oleh Nabi Muhammad s.a.w tetapi apabila Nabi memberitahu tentang Islam, mereka menolaknya mentah-mentah lalu Allah SWT menyatakan bahawa mereka itu pekak, bisu dan buta maka mereka itu tidak berakal kerana tidak menggunakan akal yang diberi oleh Allah SWT.

Firman Allah yang bermaksud:
"Wahai orang-orang yang beriman! makanlah daripada benda-benda yang baik (yang halal) yang telah Kami berikan kepada kamu, dan bersyukurlah kepada ALLAH, jika betul kamu hanya beribadat kepada-Nya." (Surah al-Baqarah ayat 172)

Setelah ALLAH SWT menyatakan tentang betapa perlunya kepatuhan terhadap hukum Allah SWT da apa yang dinyatakan Allah itulah yang baik dan yang lain daripada itu adalah tidak baik.

Manakala syaitan sentiasa menipu kita supaya kita sentiasa melakukan sesuatu yang tidak baik yang diharamkan oleh Allah SWT, di dalam ayat ini Allah SWT berfirman berhubung dengan suatu perkara yang amat penting di dalam kehidupan manusia iaitu dalam masalah makan dan minum mereka.

Makan dan minum adalah sifat tabii manusia

Persoalan makan dan minum adalah suatu tabii manusia yang dijadikan oleh Allah. Kalau ada yang berkata ada manusia yang tidak makan, itu adalah suatu kenyataan yang tidak benar kerana tidak makan dan minum bukan sifat manusia. Kalau makhluk itu manusia, dia mesti makan dan minum. Allah SWT telah mengetahui semasa Dia mahu menjadikan manusia itu bahawa mereka mesti makan dan minum untuk teruskan kehidupan.

Kalau kita baca dalam kitab Tasuwuf,ia ada menyebut umpamanya terdapat manusia yang tidak berhajat kepada makan dan minum, iaitu semuanya tidak betul kecuali yang diwaridkan (yang didatangkan) pada saat diberi pertolongan oleh Allah SWT.

Umpamanya pada saat ketika dikepung, tidak ada makanan sebagaimana yang berlaku pada zaman fitnah dajjal yang disebut oleh Rasulullah s.a.w. Pada zaman itu tidak ada makanan dan minuman melainkan apa yang ada pada Dajjal. Ada antara orang yang beriman yang menjadi makanannya, ketika itu ialah zikir dan tasbih mengingati Allah SWT. Makanan rohani inilah yang memberi kekuatan kepada jasmaninya.

Ini berlaku di luar daripada keadaan biasa (itu adalah luar biasa) di mana keadaan biasanya manusia mesti makan kerana Nabi sendiri pun makan. Takkanlah manusia yang lain lebih hebat daripada Nabi s.a.w. Oleh kerana makan dan minum itu suatu benda yang mustahak di dalam kehidupan manusia, maka Allah SWT menyebut tentang hukum-hakam berhubung dengannya.

Firman Allah SWT yang bermaksud: "Makanlah kamu daripada barang-barang yang baik yang telah Kami rezeki kepada kamu." (Al-Baqarah ayat 172)

Di mana ayat ini menjadi hujah kepada orang yang menyatakan beberapa jenis binatang yang diharamkan yang tidak disebut di dalam al-Quran.

Sebabnya berdasarkan kepada Ijtihad, ada di kalangan ulama mengatakan sesuatu yang diharamkan ialah apa yang disebut dalam al-Quran sahaja seperti bangkai, darah, daging babi (tidak termasuk lemak dan darah binatang itu dan lain-lain).

Oleh kerana itu ada yang berpendapat tulang babi adalah halal iaitu golongan az-Zahiriyyah (golongan yang berpegang keada zahir ayat al-Quran dan hadis Nabi Muhammad s.a.w sahaja).

Umpamanya bagi mereka, bukan sahaja telur penyu boleh dimakan, bahkan penyu itu sendiri juga boleh dimakan. Ulama' mazhab Maliki umpamanya memberi pendapat bahawa daging harimau dan buaya adalah makhruh kerana tidak berapa sedap untuk dimakan.

Mereka memberi pendapat demikian kerana tidak ada ayat yang menjelaskan secara terang-terangan bahawa daging harimau, buaya dan seumpamanya sebagai haram.

Cukuplah dengan dasar-dasar umum yang ada iaitu apa yang baik itulah yang dihalalkan oleh Allah SWT dan apa yang tidak baik itulah perkara yang diharamkan oleh-Nya.

Antara benda yang tidak baik ialah apa yang dijelaskan di dalam hadis (walaupun menjadi pertikaian di kalangan ulama) iaitu binatang-binatang yang menggunakan kuku dan paruhnya untuk merobek bangkai yang menjadi sumber makanannya.

Binatang-binatang tersebut adalah haram dimakan mengikut mazhab Imam Syafie kerana cara binatang tersebut makan adalah amat keji dan kotor. Begitulah juga dalam perkara-perkara lain.

presiden pas

26 Ogo 2014

Ditulis pahala untuknya

Imam Al-Ghazali menyatakan bahawa " mengerjakan haji " dapat meninggalkan kesan
merasai kerinduan yang sangat mendalam kepada Allah, mereka dengan rela hati telah meninggalkan segala yang mereka sayangi termasuk kampung halaman, keluarga, sanak-saudara, harta benda dan sahabt handai dengan mengharungi lautan dan angkasa raya semata-mata untuk mengabdikan diri kepada Allah.
Setiap bakal haji amat mengharapkan untuk mendapat HAJI yang MABRUR, dengan dapat menghapuskan segala dosa-dosa, menambahkan iman dan takwanya, menjadikannya istiqamah dengan amal-amal soleh dari mengulangi kerja-kerja mungkar dan maksiat.

Lidah dan hatinya menjadikan zikir sebagai " mainan " dibibir, bertutur dengan berfikir dulu baru berkata-kata. Masjid dan surau sebagai tempat yang dicintai, majlis ilmu dijadikan sebagai hiburan. Serta Kitab Alquran dijadikan sebagai teman setianya. Itu adalah janji-janji Allah kepada mereka yang di anugerahkan Haji yang Mabrur.

Sabda Rasullullah yang bermaksud:

1- sesiapa yang meninggalkan rumah untuk menunaikan haji lalu meninggal dalam perjalanan Allah menulis pahahalanya sehingga Hari Qiamat.

2- sesiapa yang berangkat untuk mengerjakan umrah lalu meninggal dunia dalam perjalanan Allah yang menulis pahalanya sampai hari Qiamat.

3- juga sesiapa yang keluar untuk fisabilillah lalu meninggal dunia maka pahala jihadnya ditulis pada hari qiamat.

Untuk itu kepada merka yang belum kesempatan untuk menunaikan haji agar berniat, berazam serta berusaha untuk tujuan tersebut, bagi mereka yang sudah cukup bersedia tidak lagi mencari alasan untuk mengelak serta tidak bertanggoh lagi.

5 Ogo 2014

Perintah Anak Solat

Maksud Hadith: 
Daripada ‘Amru bin Syu'aib daripada bapanya, daripada datuknya RA katanya, sabda Rasulullah SAW “Perintahkan (ajarlah) anak-anak kamu menunaikan sembahyang ketika mereka berumur tujuh tahun dan rotankan ketika mereka berumur sepuluh tahun dan asingkan tempat tidur mereka”.
(Riwayat: Hadis Hasan, Riwayat Abu Daud dengan Isnad Hasan )
 
Huraian Hadith: 
  1. Ibu bapa dipertanggungjawabkab mengajar anak-anak mengerjakan sembahyang.

  2. Islam mengajar cara pengajaran yang baik dikalangan anak-anak.

  3. Menyuruh anak-anak melakukan sembahyang merupakan kewajipan bagi setiap ibu bapa dan penjaga.

  4. Ketika mumaiyiz anak-anak hendaklah diasingkan tempat tidur mereka.

  5. Peringkat umur tujuh tahun adalah sesuai untuk disuruh mengerjakan suruhan Allah.

  6. Islam mendedahkan satu teori pendidikan anak-anak dengan menitikberatkan amalan-amalan agama.

2 Ogo 2014

Bagaikan berpuasa setahun

Abu Ayyub Al-Anshari r.a. meriwayatkan, Rasulullah s.a.w. bersabda: "Barangsiapa berpuasa penuh di bulan Ramadhan lalu menyambungnya dengan (puasa) enam hari di bulan Syawal, maka (pahalanya) seperti ia berpuasa selama satu tahun. (HR. Muslim).

    Imam Ahmad dan An-Nasa'i, meriwayatkan dari Tsauban, Rasulullah s.a.w. bersabda: "Puasa Ramadhan (ganjarannya) sebanding dengan (puasa) sepuluh bulan, sedangkan puasa enam hari (di bulan Syawal, pahalanya) sebanding dengan (puasa) dua bulan, maka itulah bagaikan berpuasa selama setahun penuh." (Hadits riwayat Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hibban dalam "Shahih" mereka.)

    Dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda: "Barangsiapa berpuasa Ramadham lantas disambung dengan enam hari di bulan Syawal, maka ia bagaikan telah berpuasa selama setahun." (HR. Al-Bazzar) (Al Mundziri berkata: "Salah satu sanad yang befiau miliki adalah shahih.")

    Pahala puasa Ramadhan yang dilanjutkan dengan puasa enam hari di bulan Syawal menyamai pahala puasa satu tahun penuh, kerana setiap hasanah (kebaikan) diganjari sepuluh kali lipat gandanya.


Membiasakan puasa setelah Ramadhan memiliki banyak manfaat, di antaranya:

    1. Puasa enam hari di bulan Syawal setelah Ramadhan, merupakan pelengkap dan penyempurna pahala dari puasa setahun penuh.

    2. Puasa Syawal dan Sya'ban bagaikan shalat sunnah rawatib, berfungsi sebagai penyempurna dari kekurangan, kerana pada hari Kiamat nanti perbuatan-perbuatan fardhu akan disempurnakan (dilengkapi) dengan perbuatan-perbuatan sunnah. Sebagaimana keterangan yang datang dari Rasulullah s.a.w. di berbagai riwayat. Majoriti puasa fardhu yang dilakukan kaum muslimin memiliki kekurangan dan ketidak sempurnaan, maka hal itu memerlukan sesuatu yang menutupi dan menyempurnakannya.

    3. Membiasakan puasa setelah Ramadhan menandakan diterimanya puasa Ramadhan, kerana apabila Allah Ta'ala menerima amal seorang hamba, pasti Dia menolongnya dalam meningkatkan perbuatan baik setelahnya. Sebahagian orang bijak mengatakan: "Pahala'amal kebaikan adalah kebaikan yang ada sesudahnya." Oleh kerana itu barangsiapa mengerjakan kebaikan kemudian melanjutkannya dengan kebaikan lain, maka hal itu merupakan tanda atas terkabulnya amal pertama.

    Demikian pula sebaliknya, jika seseorang melakukan suatu kebaikan lalu diikuti dengan yang buruk maka hal itu merupakan tanda tertolaknya amal yang pertama.

    4. Puasa Ramadhan -sebagaimana disebutkan di muka- dapat mendatangkan maghfirah atas dosa-dosa masa lain. Orang yang berpuasa Ramadhan akan mendapatkan pahalanya pada hari Raya'ldul Fitri yang merupakan hari pembahagian hadiah, maka membiasakan puasa setelah 'Idul Fitri merupakan bentuk rasa syukur atas nikmat ini. Dan sungguh tak ada nikmat yang lebih agung dari pengampunan dosa-dosa.

    Oleh kerana itu termasuk sebahagian ungkapan rasa syukur seorang hamba atas pertolongan dan ampunan yang telah dianugerahkan kepadanya adalah dengan berpuasa setelah Ramadhan. Tetapi jika ia malah menggantinya dengan perbuatan maksiat maka ia termasuk kelompok orang yang membalas kenikmatan dengan kekufuran. Apabila ia berniat pada saat melakukan puasa untuk kembali melakukan maksiat lagi, maka puasanya tidak akan terkabul, ia bagaikan orang yang membangun sebuah bangunan megah lantas menghancurkannya kembali. Allah Ta'ala berfirman:

    “Dan janganlah kamu seperti seorang perempuan yang menguraikan benangnya yang sudah dipintal dengan kuat menjadi cerai berai kembali” (An-Nahl: 92)

    5. Dan di antara manfaat puasa enam hari bulan Syawal adalah amal-amal yang dikerjakan seorang hamba untuk mendekatkan diri kepada Tuhannya pada bulan Ramadhan tidak terputus dengan berlalunya bulan mulia ini, selama ia masih hidup.

    Orang yang setelah Ramadhan berpuasa bagaikan orang yang cepat-cepat kembali dari pelariannya, yakni orang yang baru lari dari peperangan fi sabilillah lantas kembali lagi. Sebab tidak sedikit manusia yang berbahagia dengan berlalunya Ramadhan sebab mereka merasa berat, jenuh dan lama berpuasa Ramadhan.

    Barangsiapa merasa demikian maka sulit baginya untuk bersegera kembali melaksanakan puasa, padahal orang yang bersegera kembali melaksanakan puasa setelah 'Idul Fitri merupakan bukti kecintaannya terhadap ibadah puasa, ia tidak merasa bosam dan berat apalagi benci.

    Seorang Ulama salaf ditanya tentang kaum yang bersungguh-sungguh dalam ibadahnya pada bulan Ramadhan tetapi jika Ramadhan berlalu mereka tidak bersungguh-sungguh lagi, beliau berkomen: Seburuk-buruk kaum adalah yang tidak mengenal Allah secara benar kecuali di bulan Ramadhan saja, padahal orang shalih adalah yang beribadah dengan sungguh-sunggguh di sepanjang tahun."

    Oleh kerana itu sebaiknya orang yang memiliki hutang puasa Ramadhan memulai membayarnya di bulan Syawal, kerana hal itu mempercepat proses pembebasan dirinya dari tanggungan hutangnya. Kemudian dilanjutkan dengan enam hari puasa Syawal, dengan demikian ia telah melakukan puasa Ramadhan dan mengikutinya dengan enam hari di bulan Syawal.

    Ketahuilah, amal perbuatan seorang mukmin itu tidak ada batasnya hingga maut menjemputnya. Allah Ta'ala berfirman: “Dan sembahlah Tuhanmu sampai datang kepadamu yang diyakini (ajal)” (Al-Hijr: 99)

    Dan perlu diingat pula bahawa shalat-shalat dan puasa sunnah serta sedekah yang dipergunakan seorang hamba untuk mendekatkan diri kepada Allah Ta'ala pada bulan Ramadhan adalah disyari'atkan sepanjang tahun, kerana hal itu mengandungi berbagai macam manfaat, di antaranya; ia sebagai pelengkap dari kekurangan yang terdapat pada fardhu, merupakan salah satu faktor yang mendatangkan mahabbah (kecintaan) Allah kepada hamba-Nya, sebab terkabulnya doa, demikian pula sebagai sebab dihapusnya dosa dan dilipatgandakannya pahala kebaikan dan ditinggikannya kedudukan.

   

Masjid Solatiah GR

http://picasion.com