Dikuasakan oleh Blogger.

About Me

Foto Saya
ipoh, perak
X KAGAT....?.

Blog Archive

SMS ampang ipoh 24 /6/ 11

gif webcam

DI SMA Chemor 13/5/12

pictures to gif

Di SMA Chemor

animated gif maker

Guru Pendidikan Islam Ulu Kinta Jun 13

http://picasion.com/i/1VkmT/

31 Mac 2014

5 syarat

Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata:”Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat.”Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata:
”Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat.”Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya.”Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?”Ibrahim bin Adham berkata: …

a.  jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezeki-Nya.
“Mendengar itu dia mengernyitkan kening seraya berkata:”Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah?”Ya!” tegas Ibrahim bin Adham.”Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?

b.  ” kata Ibrahim, “kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya!
Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati.Ibrahim kembali berkata kepadanya:”Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya?”"Ya! Anda benar.” kata lelaki itu. Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab….

c.  Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!
“Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata:”Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?”"Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?” kata Ibrahim.Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat.Ibrahim melanjutkan

d. ”Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya, Ketepikan kematianku dulu.
Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh”Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar dan berkata:”Wahai Ibrahim , mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?”"Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?”"Baiklah, apa syarat yang kelima?”Ibrahim pun menjawab..

e.  ”Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya.
“Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata:”Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya.” Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. “Mulai saat ini aku ingin bertaubat kepada Allah.” katanya sambil teresak-esak.

30 Mac 2014

“Kalaulah Sayyidina Umar.......

“Hai orang-orang yang beriman janganlah suatu kaum mengolok-olok kaum yang lain (kerana) boleh jadi mereka (yang diolok-olok) lebih baik dari mereka (yang mengolok-olok) dan jangan pula wanita-wanita (mengolok-olok) wanita-wanita lain (kerana) boleh jadi wanita-wanita (yang diperolok-olokkan) lebih baik dari wanita (yang mengolok-olok) dan janganlah kamu mencela dirimu sendiri dan janganlah kamu panggil memanggil dengan gelar-gelar yang buruk. Seburuk-buruk panggilan ialah (panggilan) yang buruk sesudah iman dan barang siapa yang tidak bertaubat, maka mereka itulah orang-orang yang lalai.”
(Surah Al hujuraat Ayat 11)


Pada zaman sekarang ini banyak orang berebut untuk menjadi pemimpin atau ketua. Bagi mereka yang menyedari tentang besarnya risiko memegang jawatan sebagai ketua sudah tentu keberatan menerima jawatan tersebut. Sayyidina Abu Bakar sendiri semasa hendak meninggal dunia, mengeluh dan kesal kerena dilantik sebagai ketua (khalifah).

Begitu juga dengan Sayyidina Umar yang dilantik sebagai khalifah selepas kematian Sayyidina Abu Bakar. Saiyidina Umar sangat mengambil berat tentang kebajikan rakyatnya. Pada suatu malam sedang dia meronda di sekeliling kota dan kampung untuk melihat rakyatnya, dia terdengar tangisan anak-anak. Sayyidina Umar menghampiri pondok buruk tempat tinggalnya anak-anak itu.

Dia mendengar ibunya menjerang sesuatu. Anak-anak tadi senyap seketika apabila melihat ibunya sedang memasak. Namun masakannya tidak siap-siap sehingga anaknya tertidur dalam kelaparan. Melihat keadaan yang menyayat hati itu, Sayyidina Umar memberi salam dan meminta izin untuk masuk. Wanita itu seorang janda, tidak sedar bahawa tamu itu ialah Sayyidina Umar. Sayyidina Umar bertanya tentang kehidupan wanita itu. Wanita itu mengadu bahawa dia dan anaknya sudah berhari-hari tidak makan. Apabila anaknya menangis hendak makanan, dia pura-pura memasak dengan memasukkan beberapa bongkah batu ke dalam kuali. Melihat keadaan itu, anaknya diam sebentar kerena menyangka ibunya sedang memasak sesuatu.

Wanita itu mengadu dan mengutuk Khalifah Sayyidina Umar kerana tidak bertanggungjawab terhadap rakyatnya. Mendengar kutukan wanita itu, Sayyidina Umar terdiam sejenak. Sebentar kemudian, dia memohon diri meninggalkan keluarga wanita itu. Dalam kegelapan malam, Sayyidina Umar terus menuju ke Baitul Mal lalu mengambil sendiri beberapa karung gandum untuk dihantar ke rumah wanita itu.

Setelah sampai di rumah wanita itu, Saiyidina Umar memberi salam dan masuk ke rumahnya buat kedua kalinya. Dia mengambil gandum dari karung lalu terus memasakkan untuk wanita dan anaknya. Wanita itu masih tidak sedar bahawa orang yang datang membawa gandum dan memasak itu ialah khalifah sendiri. Setelah siap, Sayyidina Umar sendiri menghidangkan makanan untuk wanita dan anaknya.

Melihat mereka gembira dengan makanan, Sayyidina Umar merasa amat senang hati dan pergi dari situ. “Kalaulah Sayyidina Umar buat begini, alangkah baiknya….”, kata wanita itu tanpa menyedari orang yang berada di hadapannya ialah Sayyidina Umar sendiri.

29 Mac 2014

Dimudahkan jalan ke syurga


sabda Nabi saw bermaksud:
“Barangsiapa yang dikehendaki Allah menjadi orang baik, maka Allah menggerakkan ia belajar ilmu agama sampai pandai.”
(HR Bukhari). 
Beberapa hikmah menuntut ilmu (agama) lainnya adalah: 
1. Berada di jalan Allah
“Barang siapa yang keluar rumah untuk menuntut ilmu, berarti dia berada di jalan Allah hingga pulang”

(HR Turmudzi)
2. Mendapatkan pahala yang mengalir terus menerus
“Jika anak adam meninggal dunia, maka terputuslah amalnya kecualai 3 hal, yaitu shadaqoh jariyah, ilmu yang bermanfaat, anak shaleh yang selalu mendoakan orang tuanya.

(HR Muslim) 
3. Agar tidak terlaknat
“Dunia dan seisinya terlaknat, kecuali yang memanfaatkannya demi kepentingan dzikrullah dan yang serupa dengan itu, para ulama dan orang-orang yang menuntut ilmu” (HR Turmudzi)
4. Ditinggikan derajatnya
“Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa derajat”.
5. Dimudahkan jalan menuju surga
“Barang siapa menempuh jalan untuk menuntut ilmu agama, pasti Allah membuat mudah baginya jalan menuju surga”

(HR Muslim) 
Karena itu, dengan menuntut ilmu semoga kita menjadi orang baik, tetap berada di jalan Allah, memiliki pahala yang terus mengalir meskipun sepeninggal kita, tidak terlaknat, ditinggikan derajatnya dan dimudahkan Allah menuju surga. Amin
Wassalam,

27 Mac 2014

Tingkatan Pahala Jumaat

Maksud Hadith: 
Abu Hurairah r.a mengatakan bahawa Rasulullah saw pernah bersabda:Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat seperti mandi janabah (mandi dengan membersih seluruh tubuh badan), kemudian dia pergi ke Jumaat (solat Jumaat) (sebagai orang yang pertama sampai) maka sama halnya seperti orang yang berkorban seekor unta; dan sesiapa yang datang sebagai orang kedua, sama halnya seperti orang yang berkorban seekor lembu betina; sesiapa yang datang sebagai orang ketiga, sama halnya seperti orang yang berkorban seekor biri-biri bertanduk; sesiapa yang datang sebagai orang keempat, sama halnya dengan seorang yang berkorban seekor ayam; dan sesiapa yang datang sebagai orang kelima; sama halnya dengan orang yang berkorban dengan sebutir telur. Apabila imam telah menaiki mimbar maka para malaikat yang hadir juga ikut mendengar khutbah.
(Riwayat: Bukhari)

Huraian Hadith: 
Allah menetapkan kelebihan tertentu pada tempat dan masa. Contohnya Allah melimpahkan berkat-Nya terhadap Makkah al-Mukarramah dan Madinah al-Munawwarah daripada segala tempat lain di dunia ini. Begitu juga dengan kelebihan masa iaitu Allah SWT telah melebihkan Ramadhan daripada segala bulan yang lain dan Allah juga melebihkan hari Jumaat daripada segala hari yang lain dalam seminggu. Hari Jumaat juga dinamakan ˜Yaumul-mazid' iaitu hari pemberian tambahan kerana pada hari berkenaan, Allah mengurniakan rahmat yang banyak kepada hambanya.

 Segala permohonan seseorang hamba itu akan dikabulkan sekiranya permohonan itu menepati waktu yang dinamakan ˜waktu mustajab'. Betapa mulianya hari Jumaat ini hingga Allah juga mensyariatkan agar dikerjakan solat khusus pada hari tersebut iaitu yang dinamakan solat Jumaat di mana bagi setiap orang yang pergi menunaikan solat tersebut disediakan ganjaran yang amat besar yang tidak ada pada hari-hari yang lain. 

Tetapi malang sekali ada juga antara kita yang berasakan hari Jumaat adalah sama seperti hari-hari lain. Ini menyebabkan mereka mengisi hari tersebut dengan hati yang kosong, tanpa doa dan harapan kepada pencipta-Nya. Lebih malang lagi, ada pula yang sanggup meninggalkan solat Jumaat dengan sengaja, tanpa rasa berdosa kepada Allah SWT. Golongan ini bukan sahaja lupa pada kewajipan mereka terhadap Allah, malah mereka lupa pada azab Allah yang bakal menimpa. Jauh sekali ingin meraih seribu satu keuntungan daripada kemuliaan hari tersebut.

26 Mac 2014

Ciri ciri yang di cari


Oleh sebab itulah dalam Islam, pemimpin kena mempunyai wibawa yang tinggi dan sifat taqwa yang cukup. Begitu jugalah kepada setiap golongan yang bertanggungjawab memimpin dan mendidik sama ada ibu bapa, guru-guru dan pemimpin, mereka mesti mempersiapkan diri dengan perkara-perkara berikut:

1. Ilmu
Mesti ada ilmu. Bukan saja ilmu secara umum tapi ilmu untuk mendidik. Mesti tahu kaedah dan cara-cara untuk mendidik. Mendidik tidak boleh hanya bersandar pada teori aka1 sematamata.
Mesti merujuk pada ilmu yang tepat, sumber yang tepat dan kaedah yang tepat bersandarkan kepada Tuhan bukan hanya bersandar pada kaedah yang diwarisi turun-temurun.
Di dalam sejarah, manusia menjadi baik kerana didikan, bukan kerana undang-undang. Kalaulah manusia itu hendak dibaikkan dengan undang-undang semata-mata, kita akan kecundang. Kalau pendidikan kita sudah tidak boleh membaikkan orang, kita kena akui sahajalah yang kita belum baik, bagaimana hendak membaiki orang. Lebih baik kita serahkan pada orang yang leblh layak untuk membaiki masyarakat iaitu orang rohani. Tidak lain dan tidak bukan ialah orang rohani yang jiwa mereka telah terbina dan mempunyai akhlak dan wibawa yang tinggi.

2. Akhlak Mulia
Para ibu bapa, guru-guru dan pemimpin mesti mempersiapkan diri dengan akhlak yang tinggi kerana merekalah yang akan menjadi contoh dan ikutan orang di bawah mereka.
Contohnya seorang anak yang dibesarkan dalam sebuah rumahtangga yang porak-peranda, ibu menengking ayah, ayah menampar ibu, anak-anak dididik dengar kasar, dengan sepak terajang tanpa kelembutan dan kasih sayang, maka anak-anak yang dibesarkan dalam rumah seperti ini akan menjadi manusia yang kasar, keras, tertekan jiwanya dan tidak berakhlak. Rumah dirasakan bagaikan neraka. Jika terus dibiarkan mereka akan lebih rosak hingga boleh menjadi penjenayah.
Berbeza pula dengan anak-anak yang dibesarkan dalam sebuah rumahtangga yang penuh kasih sayang. Ayah disayangi dan disegani, penuh berwibawa mendidik, memimpin dan membawa keluarga kepada Tuhan. Ibu mentaati ayah, mengasuh anak-anak dengan lembut dan berakhlak. Rumahtangga dirasakan sebagai syurga. 
Maka anak-anak yang lahir daripada rumahtangga seperti ini akan mewarisi akhlak kedua ibu bapanya lalu terbentuklah mereka menjadi peribadi yang berakhlak mulia dan cemerlang. Atas sebab yang sama, para guru dan pemimpin juga perlu menghiasi diri dengan akhlak yang mulia. Kepada yang Islam sudah tentulah Rasulullah
menjadi contoh ikutan sebagai seorang pemimpin yang tinggi dan agung akhlaknya.


3. Ibadah
Kalau para pemimpin itu Islam, ibadah mereka hendaklah baik. Kita contohkan dalam sebuah rumahtangga. Ibu bapa dahulu yang mesti mendisiplinkan diri untuk mengerjakan solat. Kalau ibu bapa pun tidak sembahyang Subuh, bagaimana hendak menyuruh anak-anaknya bangun Subuh. Kalau ibu bapa tidak menutup aurat, bagaimana hendak menyuruh anaknya memakai tudung. Itu adalah faktor yang tersurat. 
Kalau kita suluh dari segi faktor yang tersirat pula, ibu bapa, guru-guru dan pemimpin yang tidak menjaga ibadahnya terutama ibadah-ibadah asas seperti solat, puasa dan lain-lain bererti mereka sudah longgar atau terputus hubungan dengan Tuhan. Sudah cuai dengan disiplin Tuhan. Bila dengan Tuhan sudah tidak ada hubungan, bagaimana hendak mendidik dan memimpin manusia dengan kaedah Tuhan. Bagaimana hendak mendisiplin anak-anak, murid-murid dan rakyat jelata dalam keadaan kita pun sedang melanggar disiplin Tuhan.
Sedangkan mendidik manusia mestilah dengan kaedah Tuhan, tidak boleh bersandar pada aka1 semata-mata. Mereka tidak akan mampu, malah takut-takut di tangan merekalah generasi akan menjadi lebih rosak.

4. Sifat Mahmudah
Antara sifat-sifat mahmudah atau sifat terpuji yang patut ada pada diri kita ialah mesra, berkasih sayang, pemurah, mudah memaafkan orang, sabar, adil, redha, tolong-menolong, MENANGANI GEJALA SOSIAL MENURUT ISLAM berkerjasama, bertolak ansur, berlapang dada dan lain-lain sifat lagi.

Cuba kita bayangkan betapa indahnya kalaulah di dalam sebuah rumahtangga, ibu bapa berakhlak mulia dan berperanan mendidik anak-anak, dan dapat pula menjadi contoh.
Di sekolah, guru-guru bagaikan ibu dan ayah, mendidik murid bagaikan mendidik anak sendiri, penuh dengan kasih sayang dan suri teladan. Di kampung-kampung, ketua kampung berperanan sebagai pendidik, di mukim dan daerah penghulu dan pegawai daerah juga berperanan sebagai pendidik dan menjadi suri teladan, begitu jugalah seterusnya di dalam masyarakat umum di mana ketua negara, menteri-menteri dan wakil-wakil rakyat bersifat mendidik dan menjadi suri teladan kepada rakyat, maka gejala sosial yang negatif tidak akan wujud kecuali sangat sedikit.

Masyarakat akan hidup dalam penuh harmoni, aman damai dan berkasih sayang. Tetapi hari ini apakah para pemimpin sama ada yang bertaraf kecil atau besar, guru-guru dan ibu bapa telah memainkan peranan dan menjalankan tanggungjawab mereka sepenuhnya dalam mendidik manusia yang berada di bawah tanggungjawab mereka itu?
Masing-masing boleh memberi jawapannya.

25 Mac 2014

golongan solat

Golongan Pertama

Kita boleh lihat hari ini sudah ramai umat islam yang tidak sembahyang, bahkan ramai juga yang tidak tahu hendak sembahyang; mereka telah jatuh kafir. Imam Malik berkata bahawa jatuh kafir kalau tidak sembahyang tanpa sebab. Imam Syafie kata jatuh fasik (pun masuk neraka juga) kalau ia masih yakin sembahyang itu fardu.

Golongan Kedua

Orang yang mengerjakan sembahyang secara zahir sahaja, bacaan pun masih tak betul, taklid buta, main ikut-ikut orang saja. Belajar sembahyang maupun secara rasmi atau tak rasmi tak ada. Ilmu tentang sembahyang tiada. Golongan ini tertolak bahkan berdosa besar dan hidup dalam keadaan derhaka kepada Allah Taala.

Golongan Ketiga

Orang yang mengerjakan sembahyang, bahkan tahu ilmu mengenai sembahyang, tetapi tak boleh lawan nafsu terhadap tarikan dunia yang kuat. Jadi mereka ini sekejap sembahyang, sekejap tidak. Kalau ada masa dan mood baik; ia sembahyang, kalau sibuk dan terkocoh kacah, ada program kenduri, pesta ria, berziarah, bermusafir, letih dan penat, maka ia tak sembahyang. Orang ini jatuh fasik.

Golongan Keempat

 Orang yang sembahyang, kalaupun ilmunya tepat, fasih bacaannya, tetapi tak khusyuk kalau diperiksa satu persatu bacaannya, lafaznya banyak yang dia tak faham, fikirannya tak terpusat atau tak tertumpu sepenuhnya pada sembahyang yang dilaksanakannya itu disebabkan tak faham apa yang dia baca. Cuma main hafal saja. Jadi fikirannya terus tertumpu pada dunia dan alam sekelilingnya. Fikirannya mengembara dalam sembahyang, orang ini lalai dalam sembahyang. Neraka wail bagi orang jenis ini.

 Golongan Kelima

Golongan yang mengerjakan sembahyang cukup lima waktu, tepat ilmunya, faham setiap bacaan sembahyang, fatihahnya, doa iftitahnya, tahiyyatnya, tapi tak dihayati maksud dalam sembahyang itu. Fikirannya masih melayang mengingatkan perkara dunia, dek kerana faham saja tetapi tidak dihayati. Golongan ini dikategorikan sebagai sembahyang awamul muslimin.

Golongan Keenam

Golongan ini baik sedikit dari golongan yang ke lima tadi, tetapi main tarik tali di dalam sembahyangnya, sekali sekala khusyuk, sekali sekala lalai pula. Bila teringat sesuatu di dalam sembahyangnya, teruslah terbawa-bawa, berkhayal dan seterusnya. Bila teringat Allah secara tiba- tiba, maka insaf dan sedarlah semula, cuba dibawa hatinya serta fikirannya untuk menghayati setiap kalimat dan bacaan di dalam sembahyangnya. Begitulah sehingga selesai sembahyangnya. Ia merintih dan tak mahu jadi begitu, tapi terjadi jua. Golongan ini adalah golongan yang lemah jiwa. Nafsunya bertahap mulhamah (ertinya menyesal akan kelalaiannya dan cuba baiki semula, tapi masih tak terdaya kerana tiada kekuatan jiwa). Golongan ini terserah kepada Allah. Yang sedar dan khusyuk itu mudah-mudahan diterima oleh Allah, mana yang lalai itu moga-moga Allah ampunkan dosanya, namun tiada pahala nilai sembahyang itu. Ertinya sembahyangnya tiada member kesan apa apa. Allah belum lagi cinta akan orang jenis ini.

 Golongan Ketujuh

Golongan yang mengerjakan sembahyangyang tepat ilmunya, faham secara langsung bacaan dan setiap lafaz di dalam sembahyangnya. Hati dan fikirannya tidak terbawa-bawa dengan keadaan sekelilingnya sehingga pekerjaan atau apa pun yang dilakukan atau yang difikirkan diluar sembahyang itu tidak mempengaruhi sembahyangnya. Walaupun ia memiliki harta dunia, menjalankan kewajiban dan tugas keduniaan seperti perniagaan dan sebagainya namun tidak mempengaruhi sembahyangnya. Hatinya masih dapat memuja Allah di dalam sembahyangnya. Golongan ini disebut orang-orang soleh atau golongan abrar ataupun ashabul yamin.

Golongan Kelapan

 Golongan ini seperti juga golongan tujuh tetapi ia mempunyai kelebihan sedikit iaitu bukan saja faham, dan tak mengingati dunia di dalam sembahyangnya, malahan dia dapt menghayati setiap makna bacaan sembahyangnya itu, pada setiap kalimah bacaan fatihahnya, doa iftitahnya, tahiyyatnya, tasbihnya pada setiap sujudnya dan setiap gerak gerinya dirasai dan dihayati sepenuhnya. Tak teringat langsung dengan dunia walaupun sedikit. Tapi namun ia masih tersedar dengan alam sekelilingnya. Pemujaan terhadap Allah dapat dirasai pada gerak dalam sembahyangnya. Inilah golongan yang dinamakan golongan Mukkarrabin (Yang hampir dengan Allah).

Golongan Kesembilan

Golongan ini adalah golongan yang tertinggi dari seluruh golongan tadi. Iaitu bukan saja ibadah sembahyang itu dijiwai di dalam sembahyang malahan ia dapat mempengaruhi di luar sembahyang. Kalau ia bermasalah langsung ia sembahyang, kerana ia yakin sembahyang punca penyelesai segala masalah. Ia telah fana dengan sembahyang. Sembahyang telah menjadi penyejuk hatinya. Ini dapat dibuktikan di dalam sejarah, seperti sembahyang Saidina Ali ketika panah terpacak dibetisnya. Untuk mencabutnya, ia lakukan sembahyang dulu, maka di dalam sembahyang itulah panah itu dicabut. Mereka telah mabuk dengan sembahyang. Makin banyak sembahyang semakin terasa lazat, sembahyanglah cara ia nak lepaskan kerinduan dengan tuhannya. Dalam sembahyanglah cara ia nak mengadu-ngadu dengan Tuhannya. Alam sekelilingnya langsung ia tidak hiraukan. Apa yang nak jadi disekelilingnya langsung tak diambil peduli. Hatinya hanya pada Tuhannya. Golongan inilah yang disebut golongan Siddiqin. Golongan yang benar dan haq.

Setelah kita nilai keseluruhan sembilan peringkat sembahyang itu tadi, maka dapatlah kita nilai sembahyang kita di tahap yang mana. Maka ibadah sembahyang yang boleh membangunkan jiwa, membangunkan iman, menjauhkan dari yang buruk, boleh mengungkai mazmumah, menanamkan mahmudah, melahirkan disiplin hidup, melahirkan akhlak yang agung ialah golongan tujuh, lapan dan sembilan sahaja. Sembahyangnya ada kualiti, manakala golongan yang lain jatuh pada kufur, fasik dan zalim.

Jadi dimanakah tahap sembahyang kita? Perbaikilah diri kita mulai dari sekarang. Jangan tangguh lagi. Pertama-tama soalan yang akan ditujukan kepada kita di akhirat nanti ialah solat atau sembahyang kita.

Marilah bersama membaiki solat kita agar segara dapat bantuan dari Allah, agar terhapuslah kezaliman, semoga tertegak kembali daulah Islam.

 Wallahualam bissawab.

21 Mac 2014

Siapa paling cerdik/bahagia

Kita boleh membuat penilaian siapakah sebenarnya orang yang cerdik dan siapakah sebenarnya orang yang bahagia.Bagi orang yang faham keduniaan, mereka memahami orang yang cerdik ialah orang yang mempunyai kekayaan, semua kelazatan dan nikmat dunia dia yang memiliki dan rasai hasil daripada kerja kuatnya atas dunia dahulu masaada yang haram atau halal serupa sahaja bagi.

Ia bebas melakukan apa sahaja.Dia tidak berfikir apakah yang akan ditemuinya nanti dalam kubur dan tidak membuat perancangan bagaimana ia akan berhadapan dengan Allah SNW pada hari qiamat nanti.
Tetapi bagi orang yang beriman dan bertakwa, ia mempunyai penilaian yang tersendiri diatas dasar ketakwaan.Ia mengganggap kehidupan ini hanya sementara sahaja sebagai jambatan keakhirat, bukan tempat bermain bersuka ria dan ia banyak membuat persiapan untuk menuju keakhirat.

Memikirkan dari masa kesemasa bekalan dan perjalanan akhirat.Insaf dan mohon keampunan setiap masa atas segala kelakuan dan perbuatan yang dilakukan, takut-takut perbuatannya menyalahi peraturan ketakwaan.Makan untuk hidup melaksanakan ibadat bukan hidup untuk makan bagai binatang, mencari dunia untuk akhirat bukan mencari dunia lupa akhirat.
Sebaliknya orang yang lemah ialah orang yang tidak mengambil berat masaalah akhirat. lalai mengingati mati, merancang untuk hidup sampai beratus-ratus tahun dan menghimpunkan harta samaada halal dan haram asalkan harta itu masuk kantongnya.  

Sabda Nabi SAW:
  Abu Yakli Shidad RA. Daripada Rasullullah SAW bersabda: Orang yang cerdik ialah orang yang selalu memperhitungkan dirinya dan ia suka beramal untuk bekalan sesudah mati, sedangkan orang yang lemah (tidak cerdik) ialah orang yang selalu mengikut hawa nafsunya dan hanya banyak berangan-angan kepada Allah SNW (berangan-angan untuk mendapat kebahagiaan dan pengampunan daripadanya tanpa beramal soleh).

 (Hadis Riwayat Tarmizi.)

Bila pulak sesuai nak sedekah ne....

Mensedekahkan harta adalah sesuatu yang amat susah bagi seseorang itu melainkan kewajipan atau undang-undang yang menetapkan samaada dalam bentuk zakat atau dalam bentuk kesedaran yang mendalam sehingga penderma merasakan bahawa harta yang didermakan itu akan memberi pertolongan dan memunafaatkan yang berlipat ganda dimahsyar nanti.

Berapa banyak orang yang kaya tetapi mereka tidak mendermakan harta mereka tetapi mereka menambahkan kekayaan mereka kerana bagi mereka menderma itu akan menyusahkan mereka.

Apasal pula nak menderma, kami yang kerja dengan keras siang dan malam, mana mungkin harta yang kami himpun ini nak diberikan kepada orang lain. Mereka carilah sendiri.

Mereka lupa yang Allah lah yang menganugerahkan atau mengamanahkan harta itu supaya digunakan sebaik mungkin. Tetapi mereka lupa Pada Allah SNW yang memberi pinjam  sementara harta kepada mereka seperti mana Qurun yang Allah ujikan dengan harta tetapi akhirnya hartanya ditenggelamkan ke perut bumi kerana keengkarannya.
Ingat!. Harta yang akan ditinggalkan itu akan diwarisi oleh sanak saudara kita. Kalau mereka diberikan ilmu dan iman secukupnya Insyaallah mereka menggunakan nya dengan jalan yang diredhai tetapi jika sekiranya mereka menggunakannya dengan kemaksiatan, nescaya kita akan merana dalam kubur nanti disamping itu juga pewaris harta akan disoal dari mana harta diperolehi. sedangkan ahli waris senang lenang menerima harta yang ditinggalkan.Sabda Nabi SAW:
   Daripada Abu Hurairah RH berkata: Datang seorang lelaki kepada Rsullullah SAW lalu bertanya: "Ya Rasullullah!. Sedekah manakah yang lebih besar pahalanya?. Nabi SAW menjawab sedakah yang engkau berikan itu sedangkan engkau pada masa itu engkau masih sihat dan sebenarnya engkau bakhil (merasa sayang untuk mendermakan harta). Dan engkau takut menjadi fakir dan engkau berangan-angan menjadi lebih kaya. Jangan engkau menangguh-nangguhkan sedekah  sehingga apabila roh sampai dikerongkong lalu ketika itu  baru engkau berkata" Untuk sipulan ini sekelian, untuk sipulan ini sekelian, padahal sebenarnya harta engkau itu memang akan dimiliki (diwarisi) oleh orang lain" (Hadis Riwayat Bokhori dan Muslim)

20 Mac 2014

Kenapa nak ikutnya pulak....

8 perkara ikutan yahudi.... 

1.. Song....
Lagu-lagu yang menghiburkan. .jika ada anak-anak yang tak tau mengucap..tetapi boleh menghafal lagu Hindustanyang panjang berjela... Adaanak-anak yang tak hafal Fatihah....tapi boleh mengingati lagu Siti Norhaliza yang panjangnya berdepa depa..... berjaya sudah Yahudi..... Hinggakita terfikir.... .. bagaimana jadinya radio kalau tanpa lagu? 

2. ...Sex.....
Lagi satu kegilaan remaja dan yang tua. Sex di mana-mana.. di kaca tv, dalam filem, dalam iklan...babak sex amat lumrah... kekadang adegan sex tak diperlukan, tetapi diselitkan jua
sehingga ada orang menonton filem hanya kerana ada adegan sex... filem 18SX amat laris berbanding filem U... VCD lucah mudah didapati...dan harganya amat murah... Adakah filem yang tiada adegan sex? Lagi sekali berjaya sungguh Yahudi laknatullah. ....... 

3. ...Smoke....
Rokok..menjadi kegilaan para remaja.... sehingga dikatakan tidak modern jika tidak merokok...
malah sekarang merokok menjadi budaya bagi mana-mana perempuan yang kononnya mau di gelar 'up to date'.. Dulu yang merokok ini golongan ****** saja.... ataupun penari kabaret..... .( aku tengok dari filem P Ramlee ).... 

4. .....Sport.. .
Pelbagai jenis sukan di tonjolkan dan lelaki dengan perempuan sama-sama berlumba mencari nama dalam sukan.... hinggakan sekarang bola sepak pun perempuan main juga.... Bila bersukan, tutup aurat mestilah jauh sekali, sembahyang pun banyak yang miss.....bukan yang bermain sahaja tak sembahyang.. ... yang menonton pun tak sembahyang juga ....... Kalau menonton dirumah.... akan lambat sembahyang sebab takut tak nampak macam mana masuk GOL...... Yahudi gol lagi.......sampai ada ulamak kata...kerana sukan ...sembahyang boleh tangguh...Mashaalla ......

5. .. Fun..
Hiburan...di mana-mana kita dapat hiburan yang melalaikan.. .. Kalau kita lihat dalam 100 majalah..mungkin 99 adalah majalah hiburan.. termasuklah majalah mangga.....yang menayangkan buah mangga artis perempuan... . Kalau ada konsert....sanggup orang Islam bertandang hingga
menghabiskan banyak wang dan bila ke konsert.... pelbagai maksiat akan diselit masuk.... Yahudi terhibur lagi.... 

6.... Female...
Perempuan... tawaran Yahudi yang amat mengasyikkan. . terutama dalam iklan..yang kadang-kadang tidak ada kena mengena dengan perempuan... . Kalau kita ke kedai bateri kereta....
dihadapan bateri terpampang gadis sunti separuh bogel beraksi..... apa kena mengena bateri kereta dengan perempuan?.. . kalau iklan Modess... perempuan adalah patutnya... Yahudi bersorak lagi...... 

7...Fashion. ...
Fesyen terutama perempuan yang bermacam-macam. . sehinggakan kalau pakai tudung pun mereka dah tak menutup aurat.... Macam mana dikatakan bertutup aurat jika bertudung tetapi berbaju ketat yang kekadang menampakkan pusat? Yang mewarnakan rambut lagi teruklah...
Buat apa bertudung kalau rambut diwarnakan.. ... Bila warnakan rambut..mestilah tidak bertudung sebab kalau bertudung..bagaiman a nak menayangkan warna rambut yang terkini itu... Kalau dah rambut diwarnakan.. .. sembahyang pun tak sah... malah mandi hadas pun tak sah sebab kebanyakan pewarna adalah kalis air... itu tak kira yang cukur bulu kening lagi...
Yahudi ketawa lagi.... Umat islam sudah jadi macam Yahudi..... 

8.. .. Food..Makanan. .
Lagi satu kegilaan Umat Islam terutama makanan dari Barat termasuklah MC D, Kentucky , Pizza hut...dan seribu satu macam lagi... Buah kurma yang menjadi makanan Rasulullah di pandang hina.... masuk rumah pun setahun sekali bila bulan Ramadan... tapi makanan Barat menjadi kebanggaan.. . Bila makanan datang dari Barat.. adakah kita yakin tentang halalnya? Contoh Kentucky ....rempahnya datang dari Amerika.... siapa nak pergi check...halal ke tidak?
Bila makan benda haram, masakan iman menjadi mantap... Maka lahirlah Umat Islam yang bukan perangai saja macam yahudi... tetapi berfikiran pun macam yahudi...Nauzubilla h.....

19 Mac 2014

Sedekahlah kepada suami anda

Zainab adalah Seorang isteri yang  hartawan telah berkahwin dengan Abdullah bin Masud
RA seorang yang miskin. Beliau sangat berhajat untuk mensedekahkan harta kepada suaminya tetapi merasa ragu-ragu  samaada perbuatannya itu dibolehkan atau sebaliknya. Zainab menyuruh Abdullah bin masud supaya pergi berjumpa Nabi SAW untuk mengadu hal apakah hukum beliau boleh bersedekah untuknya.

 Suaminya berasa keberatan untuk berbuat demikian dan menyerahkan urusan itu kepada isterinya.Zainab terus pergi kerumah Nabi SAW dan didapati di rumah nabi ada seorang perempuan yang mengalami masaalah yang sama.
Semasa berbual-bual, kemudia lalu Bilal dan meminta jasa baik Bilal untuk menanyakan kepada Nabi SAW.tetapi beliau meminta Bilal menrahasiakan pengenalan diri kerana malu kepada Nabi SAW.
 Setelah Bilal bertemu dengan Rasullullah SAW, barulah dapat merungkaikan masaalah yang terbuku selama ini bahawa Rasullullah SAW memberitahu bahawa seseorang isteri yang bersedekah kepada suaminya akan mendapat 2 pahala iaitu pahala sedekah dan pahala kerabat.

Kesimpulannya wahai isteri-isteri banyaklah memberi pertolongan kepada suami-suami anda jika anda mahu kedua-dua pahala tersebut disamping ia juga akan mendapat payung dimahsyar nanti. Insya Allah..


18 Mac 2014

Kuasa dijari.....

Allah menjadikan jari itu sebagai pertunjuk bahawa dia maha kuasa dan kita perlu memikirkan kenapa Allah menjadikan jari ditangan dan dikaki. Tentu ada sebab dan musabab yang tertentu. Jari ada kuasa segala-galanya. Kalaulah kita tak ada jari dan hanya ada tangan sahaja, bagaimana mungkin kita nak bekerja, makan, minum dan segala-galanya akan menyusahkan diri kita sendiri. 

Mari kita tengok satu persatu. Apakah tugas mereka: 
1. Cuba tengok jari anda. Genggam kuat-kuat dan  angkat ke atas sambil laung.."Allahu Akbar". Itulah Rukun Islam yang mesti dijunjung dan dimartabatkan bahkan wajib dipelihara sampai darah yang terakhir. Kalau kita takbir dalam sembahyang pun, kita angkat kelima-lima jari ketelingan. Begitu juga ketika berdoa, angkat tangan, buka kesemua jari menandakan muafakatnya dalam ibadah.
2. Luruskan kan jari ke depan dlm keadaan terbuka dan Renung dalam-dalam. Itulah kewajipan solat lima waktu jangan kita abaikan setiap hari. 
3. Letakkan semua jari atas paha dan  perhatikan. Bermula dr jari kelinking yg kecil  kerdil, mcm manusia. apa benda pun akan start dr kecil kemudian  membesar dan terus membesar. Itulah fitrah insan dan alam seluruhnya. Apa pun semuanya bermula  dari kecil. Kegagalan mendidik pd usia muda akan beri impact/kesan yg besar pd masa depan. Bak kata pepatah melayu, meletur buluh biarlah dari rebung.
4. Tengok jari kedua, jari manis. Mcm tu jugak la dgn usia remaja..semuanya sweet.. manis mcm jari manis. Masa remaja kita selalu di duga dgn cabaran dan dugaan. Hanyan iman dan takwa akan tunjukkan jalan kebenaran. 
5. Jari ketiga jari yang paling tinggi, jari hantu ibarat alam dewasa kita. kita dah punya status  sebab masa ni la banyak "hantu-hantu pengacau" yang datang menggoda. Hantu dengki, hantu ego, hantu tamak, hantu jealous dan macam2 hantu lagi. Kalau gagal kawal emosi khuatir kita masuk ke perangkap nafsu dan syaitan. So kita kena la lipat gandakan ibadat. 
6. Jari telunjuk – Jari menunjukkan kuasa. Jari ni lah yg mengungkap satu dan Esanya Allah SWT ketika solat. Genggam kesemua jari kecuali telunjuk see how Gagahnya telunjuk sebagai penunjuk arah, jadi contoh dan tauladan pada jari2 sblm ni. Mcm tu jugak dgn kita perlu jadi role model to the new generation.. jadi pembimbing yg kaya dgn idea bernas & a great mind.

7. renung pula la ibu jari.. besar/gemuk dan pendek menunjukkan kematangan dan kehebatan yg membanggakan. Kalau ada ibu jari semua urusan lancar tapi bayangkan kalau takde ibu jari... nak gengam/pegang apa pun cukup susah.. nak pegang sudu pun susah. To young generation, nak buat apa2 rujuk la kat org tua/berpengalaman. Kalau kita patuh pd petunjuk mereka, then boleh la kita say "good" or "yes" sambil thumbs up itulah rahsia kejayaan kita.
Tengok semua jari anda dan renung/fikir dalam2. Dimana anda sekarang

17 Mac 2014

Syaitan: Pengaruhi mereka...

Syaitan telah mengadakan perjumpaan iblis-iblis sedunia. Di awal ucapannya  syaitan berkata: 

"Kita tidak dapat menghalang umat Islam dari mendatangi masjid, kita tidak dapat menghalang mereka dari membaca al-Quran dan tahu akan perkara-perkara yang benar. Malah kita tidak dapat menghalang mereka dari membentuk sebuah perhubungan intim dengan Allah. Sebaik sahaja mereka dapat menjalin perhubungan tersebut maka pengaruh kita keatas mereka akan terputus.

"Oleh itu biarkanlah mereka ke masjid-masjid mereka; biarkanlah mereka menikmati hidangan makan malam mereka yang tertudung,tetapi curilah waktu mereka, supaya mereka tidak mempunyai masa untuk membina perhubungan dengan Pencipta.

" "Apa yang aku ingin kamu lakukan ialah" kata Syaitan:"
Lalaikan mereka dari berhubung dengan tuhan mereka dan mengekalkan perhubungan yang penting itu sepanjang hari." 

"Bagaimana caranya?" jerit para iblis.
"Sibukkan mereka dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah dalam kehidupan dan rekalah berbagai-bagai cara untuk memenuhi minda mereka, " 

Jawabnya "Pengaruhi mereka untuk belanja, belanja, belanja dan hutang, hutang, hutang. Pujuk isteri-isteri mereka untuk keluar bekerja buat jangka waktu yang panjang dan suami-suami mereka untuk bekerja 6 - 7 hari seminggu, 10 - 12 jam sehari, guna untuk membiayai gaya hidup mereka yang kosong itu." 

"Halang mereka dari menghabiskan waktu dengan anak-anak mereka. Apabila keluarga mereka mula retak, tidak lama nanti, rumah mereka tidak lagi menawarkan ketenangan dari tekanan kerja." 

"Rangsa minda mereka sehingga mereka tidak dapat lagi mendengar suara hati mereka. Umpan mereka untuk mendengar radio atau keset sewaktu memandu, biarkan TV, VCR, CD dan PC mereka sentiasa terpasang di rumah-rumah mereka dan pastikan setiap kedai dan restoran di dunia ini sentiasa memainkan muzik yang tidak Islamik.
Ini akan membenakkan minda mereka dan memutuskan perhubungan dengan Allah." 


"Penuhkan meja-meja mereka dengan majalah dan akhbar. Sumbatkan minda mereka dengan siaran berita 24 jam. Cerobohi saat memandu mereka dengan papan-papan iklan.
Penuhkan peti-peti surat mereka dengan mel remeh, katalog, sweepstakes dan segala jenis surat berita dan promosi-promosi yang menyediakan barangan dan perkhidmatan percuma dan impian palsu." 


"Masukkan gambar model-model yang cantik dan ramping di dalam majalah dan TV agar para suami berpendapat bahawa kecantikan luaranlah yang utama, dan mereka akan tidak berpuashati dengan isteri- isteri mereka." 


"Buatlah agar para isteri terlalu letih untuk bersama dengan suami mereka di malam hari. Tambahkan sekali dengan pening kepala! Jika mereka tidak bersama seperti yang dikehendaki oleh suami mereka,suami akan meninjau-ninjau di tempat lain. Ini akan memporak- perandakan keluarga mereka dengan pantas." 


"Gembar gemburkan perayaan-perayaan penganut agama lain untuk melalaikan mereka dari mengajar anak-anak mereka makna Islam yang sebenar dan hari-hari perayaannya." 


"Biarkan mereka berlebih-lebihan meskipun sewaktu berrekriasi. Buatlah sehingga mereka terlalu letih untuk berekreasi. Sibukkan mereka sehingga tidak sempat untuk memerhatikan alam semulajadi dan memikirkan tentang ciptaan Allah. Sebaliknya hantarlah mereka ke taman-taman hiburan, acara-acara sukan, pementasan, konsert dan panggung wayang." 


"Jadikan mereka sibuk, sibuk, sibuk!" "Dan apabila mereka bertemu untuk berbincang hal-hal kerohanian, libatkan mereka dengan umpatan dan cakap-cakap kosong supaya hati mereka tidak tenang ketika bersurai." 


"Lambakkan hidup mereka dengan kerja-kerja amal sehingga mereka tidak mempunyai kesempatan meminita pertolongan dari Allah. Tidak lama selepas itu mereka akan melakukannya dengan kudrat mereka sendiri, mengorbankan kesihatan dan keluarga mereka untuk kerja-kerja amal tadi." 


"Pasti berhasil! Pasti berhasil!" Bukan calang-calang perancangan ini!
Para iblis dengan tidak sabar-sabar memulakan tugasan mereka untuk menjadikan umat Islam di mana jua menjadi semakin sibuk dan semakin terkejar-kejar ke sana ke sini. 


Hanya mempunyai sedikit masa sahaja untuk Tuhan mereka atau keluarga mereka.Imbangilah kehidupan kita di dunia ini. Inilah kehidupan yang sementara sebelum panggilan Ilahi.

16 Mac 2014

Siapa teman setia anda disana ...

Apabila kita berada diatas dunia ini kita dikelilimgi  oleh teman setia, sahabat handai, keluarga, harta dan sebangainya termasuk segala kenikmatan yang Allah berikan sehingga kita tidak dapat nak menghitung banyaknya.

Tetapi apabila kita meninggal nanti (Keluarga,Harta dan amalanhanya mereka boleh menghantarkan kita hanya sampai kepintu kubur sahaja dan hanya dapat mengucapkan selamat tinggal sahaja ketika melihat badan terbujur kaku dimasukkan kedalam liang lahat.

Tidak ada seorang pun yang setia sanggup menunggu dan bersama-sama terbujur menjadi teman setia dalam kubur. Dimana anak yang dibelai manja itu.Kenapa mereka tidak setia menunggu bersama dengan kita. Mereka semua akan pulang setelah tanah ditimbusi. Mereka sebenarnya tidak sanggup bersama dengan kita.

 Begitu jugalah segala harta yang kita cari membanting tulang atas dunia ini sampai mempertaruhkan nyawa sehingga kita lupa Allah menghimpunkan harta sebanyak-banyaknya. Semuanya itu akan tinggalkan dan diwarisi oleh ahli keluarga.Mereka semua yang akan mempusakai dengan senang lenang. sedangkan kita yang dahulunya itu berkerja keras untuk kesenangan akan di soal oleh Allah SNW dimana kita memperolehi harta itu dan kemana dibelanjainya.

Orang yang bijak ialah orang  yang mempunyai rancangan bagi negeri akhirat dan bersedia menghadapi kematian apabila sampai saatnya tetapi orang yang terpedaya ialah orang yang banyak berangan-angan mengejar dunia dan menimbun harta sebanyak-banyaknya sehingga merek lupa Allah.
Yang tinggal dengan kita dalam kubur itu hanyalah amalan sahaja yang kita kerjakan atas dunia dahulu samaada sedikit atau banyak bergantung kepda tahap keikhlasannya yang diamalkan.
Oleh kerana itu perbanyakkan membuat kebajikan, tingkatkan ketakwaan, rebutlah saham akhirat dengan rajin bersedekah dan banyakkan menderma sebagai bekalan kenegeri akhirat yang amat jauh itu.

 Sabda Nabi SAW yang bermaksud:
     Daripda Anas bin Malik RA. Rasullullah SAW bersabda: Ada 3 macam yang akan menghantar jenazah ketika kekubur iaitu keluarganya. hartanya dan juga amalannya. Dua antaranya akan kembali dan satu lagi akan tetap tinggal bersamanya. Keluarga dan harta akan kembali dan amalan akan tetap setia bersamanya.  (Hadis riwayat Bokhari dan Muslim) 

renung sejenak.......

Wahai semut...

Di zaman Nabi Allah Sulaiman berlaku satu peristiwa, apabila Nabi Allah Sulaiman nampak seekor semut melata di atas batu; lantas Nabi Allah Sulaiman merasa hairan bagaimana semut ini hendak hidup di atas batu yang kering di tengah-tengah padang pasir yang tandus. 

Nabi Allah Sulaiman pun bertanya kepada semut: " Wahai semut apakah engkau yakin ada makanan cukup untuk kamu".
 
Semut pun menjawab: "Rezeki di tangan ALLAH, aku percaya rezeki di tangan ALLAH, aku yakin di atas batu kering di padang pasir yang tandus ini ada rezeki untuk ku".
 
Lantas Nabi Allah Sulaiman pun bertanya: "Wahai semut, berapa banyakkah engkau makan? Apakah yang engkau gemar makan? Dan banyak mana engkau makan dalam sebulan?"
 
Jawab semut: "Aku makan hanya sekadar sebiji gandum sebulan".
Nabi Allah Sulaiman pun mencadangkan: "Kalau kamu makan hanya sebiji gandum sebulan tak payah kamu melata di atas batu, aku boleh tolong".
Nabi Allah Sulaiman pun mengambil satu bekas, dia angkat semut itu dan dimasukkan ke dalam bekas; kemudian Nabi ambil gandum sebiji, dibubuh dalam bekas dan tutup bekas itu. Kemudian Nabi tSulaiman tinggal semut didalam bekas dengan sebiji gandum selama satu bulan.
 
Bila cukup satu bulan Nabi Allah Sulaiman lihat gandum sebiji tadi hanya dimakan setengah sahaja oleh semut, lantas Nabi Allah Sulaiman menemplak semut: "Kamu rupanya berbohong pada aku!. Bulan lalu kamu kata kamu makan sebiji gandum sebulan, ini sudah sebulan tapi kamu makan setengah".


Itulah Iman Semut!!
Kalau Allah yang memberikan rezeki kepada kita, kenapa kita masih menderhaka kepadanya.

 Fikir-fikir, renung-renung dan muhasabah diri...... kemana kita ?.

13 Mac 2014

keadaan lebih hebat bagi mayat

Dalam sebuah hadith daripada Aisyah r.a katanya, "Aku sedang duduk bersila di dalam rumah. Tiba-tiba Rasulullah S.A.W datang dan masuk sambil memberi salam kepadaku. Aku segera bangun kerana menghormati dan memuliakannya sebagaimana kebiasaanku di waktu baginda masuk ke dalam rumah. Nabi S.A.W bersabda, "Duduklah di tempat duduk, tidak usahlah berdiri, wahai Ummul Mukminin." Maka Rasulullah S.A.W duduk sambil meletakkan kepalanya di pangkuanku, lalu baginda berbaring dan tertidur.

Maka aku hilangkan uban pada janggutnya, dan aku dapat 19 rambut yang sudah putih. Maka terfikirlah dalam hatiku dan aku berkata, "Sesungguhnya baginda akan meninggalkan dunia ini sebelum aku sehingga tetaplah satu umat yang ditinggalkan olehnya nabinya." Maka aku menangis sehingga mengalir air mataku jatuh menitis pada wajah baginda.
Baginda terbangun dari tidurnya seraya bertanya, "Apakah sebabnya sehingga engkau menangis wahai Ummul Mukminin?" Masa aku ceritakan kisah tadi kepadanya, lalu Rasulullah S.A.W bertanya, "Keadaan bagaimanakah yang hebat bagi mayat?" Kataku, "Tunjukkan wahai Rasulullah!"

Rasulullah S.A.W berkata, "Engkaulah katakan!," Jawab Aisyah r.a : "Tidak ada keadaan lebih hebat bagi mayat ketika keluarnya mayat dari rumahnya di mana anak-anaknya sama-sama bersedih hati di belakangnya. Mereka sama-sama berkata, "Aduhai ayah, aduhai ibu! Ayahnya pula mengatakan: "Aduhai anak!"

Rasulullah S.A.W bertanya lagi: "Itu juga termasuk hebat. Maka, manakah lagi yang lebih hebat daripada itu?" Jawab Aisyah r.a : "Tidak ada hal yang lebih hebat daripada mayat ketika ia diletakkan ke dalam liang lahad dan ditimbuni tanah ke atasnya. Kaum kerabat semuanya kembali. Begitu pula dengan anak-anak dan para kekasihnya semuanya kembali, mereka menyerahkan kepada Allah berserta dengan segala amal perbuatannya." Rasulullah S.A.W bertanya lagi, "Adakah lagi yang lebih hebat daripada itu?" Jawab Aisyah, "Hanya Allah dan Rasul-Nya sahaja yang lebih tahu."

Maka bersabda Rasulullah S.A.W : "Wahai Aisyah, sesungguhnya sehebat-hebat keadaan mayat ialah ketika orang yang memandikan masuk ke rumahnya untuk emmandikannya. Maka keluarlah cincin di masa remaja dari jari-jarinya dan ia melepaskan pakaian pengantin dari badannya. Bagi para pemimpin dan fuqaha, sama melepaskan serban dari kepalanya untuk dimandikan.

Di kala itu rohnya memanggil, ketika ia melihat mayat dalam keadaan telanjang dengan suara yang seluruh makhluk mendengar kecuali jin dan manusia yang tidak mendengar. Maka berkata roh, "Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah, lepaskanlah pakaianku dengan perlahan-lahan sebab di saat ini aku berehat dari kesakitan sakaratul maut." Dan apabila air disiram maka akan berkata mayat, "Wahai orang yang memandikan akan roh Allah, janganlah engkau menyiram air dalam keadaan yang panas dan janganlah pula dalam keadaan sejuk kerana tubuhku terbakar dari sebab lepasnya roh," Dan jika merea memandikan, maka berkata roh: "Demi Allah, wahai orang yang memandikan, janganlah engkau gosok tubuhku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh."

Apabila telah selesai dari dimandikan dan diletakkan pada kafan serta tempat kedua telapaknya sudah diikat, maka mayat memanggil, "Wahai orang yang memandikanku, janganlah engkau kuat-kuatkan dalam mengafani kepalaku sehingga aku dapat melihat wajah anak-anakku dan kaum keluargaku sebab ini adalah penglihatan terakhirku pada mereka. Adapun pada hari ini aku dipisahkan dari mereka dan aku tidakakan dapat berjumpa lagi sehingga hari kiamat."

Apabila mayat dikeluarkan dari rumah, maka mayat akan menyeru, "Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meninggalkan isteriku menjadi janda, maka janganlah kamu menyakitinya. Anak-anakku telah menjadi yatim, janganlah menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari ini aku akan dikeluarkan dari rumahku dan meninggalkan segala yang kucintai dan aku tidak lagi akan kembali untuk selama-lamanya."

Apabila mayat diletakkan ke dalam keranda, maka berkata lagi mayat, "Demi Allah, wahai jemaahku, janganlah kamu percepatkan aku sehingga aku mendengar suara ahliku, anak-anakku dan kaum keluargaku. Sesungguhnya hari ini ialah hari perpisahanku dengan mereka sehingga hari kiamat."

12 Mac 2014

Apa yang anda lakukan ?

Hari ini anda bangun pagi. Apa yang anda lakukan ?. Anda mungkin membersihkan diri.,mandi mungkin anda solat subuh,baca Quran, dan berzikir sebelum pegi kerja ? Atau tidak solat subuh, tidak baca quran dan hanya baca surat khabar sahaja ? Anda sempat sarapan di rumah? Jika anda telah berkeluarga, setelah mengucapkan selamat kepada anak/isteri anda bergegas ke tempat kerja.

Mungkin anda berkenderaan sendiri atau naik bas, teksi atau tumpang kawan. Mungkin sepanjang jalan anda memikirkan peristiwa semalam. Mungkin anda merancang apa yang bakal anda lakukan hari ini, esok, minggu depan, tahun depan. Seribu satu persoalan mungkin bermain di benak anda.
Sepanjang perjalanan. Mungkin anda tersenyum memikirkan gelagat rakan-rakan pemandu lain. Mungkin anda geram, marah, menyumpah dengan karenah mereka.
Anda mungkin mempunyai teman ketika memandu..isteri, suami, rakan. Anda berceloteh dengan mereka? Atau anda masam mencuka? Ceriakah anda hari ini sepanjang perjalanan?
Anda mungkin menaiki kenderaan awam.. LRT, bas, komuter, monorel. Anda melihat sekeliling anda. Kelihatan pelbagai jenis manusia; pelbagai ragam, pelbagai karenah, pelbagai riak muka; senyum, masam, sedih, ceria, tak kisah, ‘stone’…mereka seperti anda juga sedang memikirkan mengenai diri mereka dan mungkin juga sedang menilai riak muka anda!
Anda tiba di tempat kerja. Anda pekerja misali. Anda menjalankan tugas dengan tekun dan dedikasi. Atau anda sebaliknya.. curi tulang? kerja ikut moot. Anda menghadapi seribu satu macam cabaran; dengan bos, dengan rakan sekerja, dengan pelanggan… Tengahari anda ke kantin, restoran, kafe untuk makan.
Tiba waktu pulang.. anda menjejaki semula langkah anda sewaktu anda datang. Mungkin anda singgah di supermarket, minimarket, pasar malam untuk membeli beberapa keperluan dan akhirnya pulang ke rumah. 
Solat anda bagaimana hari ini? Subuh? Zuhur? Asar? maghrib? Isyak?  Atau anda tidak kisah? Tidak ambil peduli?. Anda mungkin berpeluang bersukan, dan mandi. Anda solat maghrib? Keluarga anda bagaimana?
Malamnya anda sibuk menyediakan atau mencari makanan. Selepas makan anda berhibur. Anda mungkin mengadap sumber nombor satu hiburan masakini TV, VCD, DVD, Hi-Fi, Satellite..dan entah apa lagi. mungkin sukan sea ?. Akhirnya rasa mengantuk melanda diri anda, rakan, anak dan isteri. Anda masuk ke bilik tidur untuk berehat. 
Demikian perjalanan hidup anda hari ini.. 
Esok.. anda mengulang kisah harian anda… besar kemungkinan plotnya hampir sama.. itulah rutin anda…

Sebelum malaikat datang  memanggil.....sahut panggilan Ilahi.
Esok, anda bermula dari perenggan satu coretan ini..

11 Mac 2014

Rutin mereka berulang

Dalam bahagian yang lepas, kita melihat bahawa bagi sebahagian kita, hidup seharian
berlegar di sekitar mencari makan (kerja), berehat, berhibur dan tidur. Kita juga melihat bahawa jika itulah kitaran hidup kita saban hari, maka kitaran tersebut tidak jauh bezanya dari kitaran harian makhluk Allah yang bernama haiwan dan unggas…atau manusia yang bukan Muslim. 

Anda pasti pernah melihat sang lembu. Bayangkan rutin hariannya. Pagi-pagi mereka sekawan dihalau ke padang ragut. Bermulalah kerjanya mencari makan. Ragut sana, ragut sini. Kunyah sana, kunyah sini. Makan sana, minum sini. Ketika tengahari, cuaca panas, sang lembu mencari tempat berteduh, berehat. Sambil berteduh, masih boleh mengunyah. Mungkin ini juga masa untuk berhibur; mengawan, menurunkan zuriat. Apabila petang, mereka dibawa kembali ke kandang. ..untuk tidur.

Esok.. rutin mereka berulang.

Lusa.. rutin yang sama.. makan, kunyah, rehat, berhibur, tidur...ragut. . kunyah.. rehat.. berhibur..tidur..

Begitulah rutin mereka saban hari, saban minggu, bulan, tahun. Umur meningkat, berat bertambah, sehingga tiba masanya tuan mereka memutuskan untuk menjual atau menyembelih mereka. Allah menceritakan kepada kita di kalangan manusia pun ada kumpulan yang rutin harian hidupnya umpama kitaran harian sang Lembu…

“dan orang-orang yang kafir menikmati kesenangan di dunia serta mereka makan minum sebagaimana binatang-binatang ternak makan minum, sedang Nerakalah menjadi tempat tinggal mereka..” (Muhammad: 12)

Soalnya, siapa orang-orang ini yang dinyatakan oleh Allah mempunyai kehidupn seumpama sang lembu ?.

fikir-fikir, renung-renung dan kemana kita.....?.

Masjid Solatiah GR

http://picasion.com