Maksud Hadith:
Daripada Abu Said al-Khudri RA bahawasanya Rasulullah SAW bersabda, “Apabila jenazah diletakkan (di dalam keranda) dan ditanggung oleh orang-orang lelaki di bahu mereka, jika dia seorang yang soleh dia berkata, “Cepatkan aku, Cepatkan aku. Jika dia tidak beramal soleh nescaya dia berkata, “Alangkah malangnya aku, ke manakah kamu semua akan membawaku?” semua makhluk mendengar suaranya melainkan manusia. Sekiranya didengar oleh manusia nescaya dia akan pengsan (kerana terperanjat dengan suara tersebut)”.
Riwayat: Bukhari
Huraian Hadith:
a. Orang perempuan adalah makruh mengusung jenazah selagi ada orang lelaki
b. Orang Islam dikehendaki supaya sentiasa mengerjakan amalan-amalan soleh semasa hidup sebagai bekalan akhirat
c. Orang kafir dan fasik sentiasa merasa takut untuk menghadapi alam akhirat
d. Orang mati dapat melihat kedudukan mereka di akhirat, kerana itu orang beriman dan beramal soleh ingin segera mendapatkan apa yang disediakan untuknya, manakala orang kafir dan fasik takut untuk menghadapinya.