Dikuasakan oleh Blogger.

About Me

Foto Saya
ipoh, perak
X KAGAT....?.

Blog Archive

SMS ampang ipoh 24 /6/ 11

gif webcam

DI SMA Chemor 13/5/12

pictures to gif

Di SMA Chemor

animated gif maker

Guru Pendidikan Islam Ulu Kinta Jun 13

http://picasion.com/i/1VkmT/

5 Mac 2014

Perahu yg tidak berbumbung

Seorang muslimah mempunyai budi yang dapat membezakan dari perempuan kafir atau perempuan jahiliah. Budi perempuan muslimah ialah pandai menjaga diri, tunduk, terhormat dan pemalu.

 Berbeza dengan perempuan jahiliah, moralnya senang menunjuk-nunjukkan perhiasannya (tabarruj) dan suka menarik laki-laki.

    Arti tabarruj yang sebenarnya ialah: membuka dan menampakkan sesuatu untuk dilihat mata. Mahligai disebut buruj seperti ayat yang mengatakan burujim musyyadah, tempat perjalanan bintang juga disebut buruj, kerana tingginya dan tampak jelas oleh orang-orang yang melihatnya.

    Zamakhsyari berkata: "Bahawa tabarruj itu ialah memaksa diri untuk membuka sesuatu yang seharusnya disembunyikan." Seperti kata orang Arab: safinatun barij (perahu yang tidak pakai atap).

    Namun tabarruj dalam ayat di atas adalah khusus untuk perempuan terhadap laki-laki lain, iaitu mereka nampakkan perhiasannya dan kecantikannya.

    Dalam mengertikan tabarruj ini, Zamakhsyari menggunakan unsur baru, iaitu: takalluf (memaksa) dan qashad (sengaja) untuk menampakkan sesuatu perhiasan yang seharusnya disembunyikan. Sesuatu yang harus disembunyikan itu ada kalanya suatu tempat di badan, atau gerakan anggota, atau cara berkata dan berjalan, atau perhiasan yang biasa dipakai berhias oleh orang-orang perempuan dan lainl-ainnya.

    Tabarruj ini mempunyai bentuk dan corak yang bermacam-macam yang sudah dikenal oleh orang-orang ramai sejak zaman dahulu sampai sekarang. Ahli-ahli tafsir dalam menafsirkan ayat yang mengatakan:

    “Dan tinggallah kamu (hai isteri-isteri Nabi) di rumah-rumah kamu dan jangan kamu menampak-nampakkan perhiasanmu seperti orang jahiliah dahulu.” (Ahzab: 33)

sebagai berikut:

a. Yujahid berkata: Perempuan ke luar dan berjalan di hadapan laki-laki. 

b. Qatadah berkata: Perempuan yang cara berjalannya lengang lenggok     dan     menunjuk-nunjukkan. 

 c.  Muqatil berkata: Yang dimaksud tabarruj, iaitu melepas tudung dari kepala dan tidak diikatnya, sehingga kalung, dada dan lehernya tampak semua.

    Cara-cara di atas adalah macam-macam daripada tabarruj di zaman jahiliah dahulu, iaitu: bercampur bebas dengan laki-laki, berjalan dengan melenggang lenggok, tidak menutup kepala  dan sebagainya tetapi dengan suatu mode yang dapat nampak keelokan tubuh dan perhiasannya.

    Jahiliah pada zaman kita sekarang ini ada beberapa bentuk dan macam tabarruj yang kalau diukur dengan tabarruj jahiliah, maka tabarruj jahiliah itu masih dianggap sebagai suatu macam pemeliharaan.

petikan kisah dan tauladan

Masjid Solatiah GR

http://picasion.com