Dikuasakan oleh Blogger.

About Me

Foto Saya
ipoh, perak
X KAGAT....?.

Blog Archive

SMS ampang ipoh 24 /6/ 11

gif webcam

DI SMA Chemor 13/5/12

pictures to gif

Di SMA Chemor

animated gif maker

Guru Pendidikan Islam Ulu Kinta Jun 13

http://picasion.com/i/1VkmT/

31 Dis 2010

SATU PERINGATAN...

KUBUR SETIAP HARI MENYERU MANUSIA SEBANYA LIMA KALI:
1. Aku rumah yang terpencil,
Maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.
2. Aku rumah yang gelap,
Maka teranglah aku dengan selalu solat malam.
3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu,
Maka bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.
4. Aku rumah ular berbisa,
Maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar.
5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir,
Maka banyaklah bacaan "Laa ilaha illallah, Muhammadur Rasulullah",supaya kamu dapat jawapan kepadanya.

30 Dis 2010

MUKJIZAT DISEBALIK BISMILLAH

BISMILLAH adalah sebutan/nama singkat dari lafaz ' BISMILLAHIR ROHMAANIR ROHIIM '
yang bermaksud ' Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. '
KELEBIHAN-KELEBIHAN BISMILLAH
1. Yang pertama ditulis Qalam adalah BISMILLAH. Maka apabila kamu menulis sesuatu,
maka tulislah BISMILLAH pada awalnya kerana BISMILLAH tertulis pada setiap wahyu yang Allah turunkan kepada Jibrail.
2. 'BISMILLAH untukmu dan rumahmu, suruhlah mereka apabila memohon sesuatu dengan BISMILLAH.  Aku tidak akan meninggalkannya sekejap mata pun sejak BISMILLAH diturunkan kepada Adam. (Hadith Qudsi)
3. Tatkala BISMILLAH diturunkan ke dunia, maka semua awan berlari ke arah barat, angin terdiam, air laut bergelora, mendengarkan seluruh binatang dan terlempar semua syaitan.
4. Demi Allah dan keagunganNya, tidaklah BISMILLAH itu dibacakan pada orang sakit melainkan menjadi ubat untuknya dan tidaklah BISMILLAH dibacakan di atas sesuatu melainkan Allah beri berkat ke atasnya.
5... Barangsiapa yang ingin hidup bahagia dan mati syahid, maka bacalah BISMILLAH setiap kali memulakan sesuatu perkara yang baik.
6. Jumlah huruf dalam BSMILLAH ada 19 huruf dan malaikat penjaga neraka ada 19 (Muddatsir:30) .Ibnu Mas ' ud berkata: ' Sesiapa yang ingin Allah selamatkan dari 19 malaikat neraka  maka bacalah BISMILLAH 19 kali setiap hari. '
7. Tiap huruf BISMILLAH ada JUNNAH (penjaga/khadam) hingga tiap huruf berkata, ' Siapa yang membaca BISMILLAH maka kamilah kekuatannya dan kamilah kehebatannya. '
8. Barangsiapa yang memuliakan tulisan BISMILLAH nescaya Allah akan mengangkat namanya di syurga yang sangat tinggi dan diampunkan segala dosa kedua orang tuanya.
9. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH maka akan bertasbihlah segala gunung kepadanya.
10. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, maka akan terpelihara dari gangguan syaitan, kecurian dan kebakaran, maut mendadak dan bala.
11. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 50 kali di hadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada si pembaca. 

29 Dis 2010

KELEBIHAN WANITA ....

1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".
2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya.Allah men! catatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.
4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas  untuk membela agama Allah.
7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah, akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka,barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.
9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).
10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan ramadhan,memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.
11. Wanita yang solehah! (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.
12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah, "Suaminya. "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah, "Ibunya".
13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.
14. Wanita yang taat akan suami! nya, semua ikan-ikan di laut, burung diudara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.
15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.
17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w ) di dalam syurga.
18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.
19. Daripada Aisyah r.a. Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu ! daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka. "Jadi, janganlah sesekali kita merasa lemah. Wanitalah sebenarnya yang membuat seseorang lelaki itu kuat. Itulah salah satu sebab mengapa Nabi meletakkan wanita setaraf pada lelaki dan tidak lebih rendah.

28 Dis 2010

BAGAIMANA NAK MENJAGA FIKIRAN POSITIF

Berikut adalah 5 tips bagaimana untuk menjaga fikiran positif,untuk di amalkan setiap hari.
1. Jangan Komen, Jangan Komplen, Jangan Ngomel.
Mengomen dan mengomplen pada setiap situasi, benda dan perkara adalah perbuatan buruk kerana Anda menyatakan rasa tidak puas hati terhadap sesuatu. Apabila situasi berlaku di luar jangkaan atau masalah timbul tanpa disangka, jangan komen, jangan komplen, jangan mengomel sampai ke laut. Biarkan ia seadanya, biarkan begitu saja. Dah kita tak boleh nak buat apa untuk mengubahnya. Latih diri Anda untuk tidak mempersoalkan. Untuk menjaga fikiran positif, jangan komen,jangan komplen,jangan ngomel.
2. Berhenti Bercakap Seolah-olah Anda Tahu.
Cakap hanya apabila Anda tahu, diam apabila Anda tidak tahu, seperti kami pernah ulang di artikel-artikel lalu. Elak banyak bercakap seolah-olah Anda banyak tahu untuk membuat diri Anda menonjol, nampak hebat gitu. Hanya orang dengan harga diri rendah mahu membuat dirinya menonjol sebab mereka kurang ada kredibiliti. Banyak bercakap kelebihan diri sendiri adalah sikap negatif, berpunca dari fikiran negatif, diapikan oleh ego. Hentikan, supaya Anda dapat ‘maintain’ berfikiran positif. Bila bercakap, lebihkan menyokong, elak mengkondem!
3. Berhenti Salahkan Luaran, Salahkanlah Dalaman.
Berhenti salahkan seseorang, salahkan Tuhan, salahkan pemimpin, salahkan kawan, salahkan adik-beradik atau apa saja di luar diri Anda. Berhenti menyalahkan atau menuding jari pada orang lain atas apa yang berlaku. Tips ini berkait dengan tips pertama tadi. Berhenti mengomen, berhenti mengomplen, berhenti menyalahkan. Salahkan dalaman iaitu diri Anda sendiri kerana tidak berinisiatif memfokus kepada penyelesaian. Salahkan diri Anda kerana tidak memainkan peranan.
Sebagai contoh, jika Anda dilanda masalah kewangan, salahkan diri sendiri kerana tidak bekerja kuat dan tidak bekerja dengan lebih bijak. Jika Anda wanita dan Anda perasan suami Anda tidak melayan Anda berbeza dari dulu, salahkan diri sendiri kerana tidak menjaga kecantikan dan tidak mengambil inisittif mencantikkan lagi kecantikan sedia ada, untuk senangkan hati suami Anda.
4. Jangan Hanya Mahu Dihormati Oleh Semua, Tapi hormatilah Semua, Walau Siapapun Dia!.
Orang berfikiran negatif hanya mahu dihormati. Orang berfikiran positif hormat semua orang dan sikap hormat itu tidak dilakonkan, ia lahir dari hati. Setiap orang disekeliling dihormati tanpa mengira jawatan, harta dan darjat, walau orang tu makcik cleaner sahaja. Orang berfikiran negatif hanya mahu dihormati sebab mereka dikuasai ego. Untuk menjaga fikiran positif, belajarlah menghormati sesiapa saja. Anda akan perasan Anda makin bersemangat untuk maju ke depan.
5. Ingat Sikap-sikap Buruk Anda, Tekadlah Mengubahnya.
Jika sikap buruk Anda adalah suka bertangguh, tulis di atas kertas dengan ayat “aku mahu ubah sikap bertangguh”. Baca tulisan tu berpuluh-puluh kali sehari. Lepas tu, buat apa yang Anda tulis.
Tiap kali rasa nak bertangguh, latih diri untuk tidak bertangguh. Seboleh mungkin, elak bertangguh, sebagai langkah Anda komited nak mengubah sikap suka bertangguh.
Untuk membina sikap positif, fikiran Anda kena sama dengan perbuatan dan percakapan Anda. Fikiran kena sentiasa bersangka baik, perbuatan kena dibentuk supaya menjadi baik-baik, perkataan di mulut pun kena baik. Barulah Anda dapat menjaga fikiran positif yang Anda dah bina.

23 Dis 2010

PETUA MENGELAK RASA BORING

Apakah rasa boring? Dalam bahasa Melayu, ia adalah rasa bosan. Rasa bosan  timbul apabila Anda jemu mengadap sesuatu berulang-ulang kali. Dalam situasi lain, rasa boring timbul apabila Anda tiada apa yang dibuat, tak ada apa hendak dilakukan ketika masa terluang. Awas, boring petanda besar Anda adalah orang yang tidak ada matlamat. Berikut adalah 4 petua bagaimana mengelak rasa boring.
1. Sibukkan Diri, Kenal Pasti Hobi.
Cari apa yang boleh dilakukan. Bentuk diri menjadi rajin. Jika Anda tiada apa nak dilakukan, fikirkan sesuatu yang Anda rasa seronok melakukannya supaya tak sedar masa berlalu. Ada orang suka tengok tv sebab dia rasa seronok menonton tv, walau dari pagi sampai ke malam. Ada orang suka memancing, sebab dia seronok memancing, walau dari malam sampai ke pagi. Untuk mengelak rasa boring cari sesuatu disekeling yang boleh Anda lakukan.
2. Jadi Workaholik.
Orang workaholik (kata asalnya adalah ‘workaholic’) adalah orang yang suka bekerja, asyik dengan kerja hingga tak sedar masa berlalu. Kerja bukan kerja bagi dirinya tapi satu hobi. Perasaan enjoy bekerja ni akan hadir apabila Anda menemui keseronokan ketika melaksanakan kerja.Untuk mengelak rasa boring, Anda boleh bentuk diri Anda menjadi seorang workaholic – sentiasa ada saja yang perlu dibuat, ada saja yang perlu disiapkan, ada saja yang perlu disempurnakan. Awas, sikap workaholic tak sesuai untuk orang dah kawin. Jika Anda suami, nanti isteri Anda saman Anda sebab tak balik-balik rumah dek terlalu layan kerja. Jika Anda seorang isteri, nanti suami Anda makan megi tiap hari.
3. Set matlamat, azam, cita-cita dan impian. Selepas itu berusahalah mencapainya!
Orang yang selalu merasa boring adalah orang yang tidak ada impian. Orang yang bosan dengan hidup adalah orang tidak ada cita-cita. Set satu impian kemudian fikirkan cara untuk mencapai impian itu, lepas tu berusalah mencapainya walau dengan apa cara sekalipun, asalkan halal. Fikir, fikir, fikir, selepas tu buat. Buat dan terus buat. Jangan duduk diam! Lama-kelamaan Anda akan perasan Anda dapat mengelak rasa boring sebab Anda sudah tidak ada masa untuk merasa boring. Masa yang ada terisi dengan usaha ke arah mencapai cita-cita Anda.
4. Rajinkan Diri Beribadah.
Ini pula adalah tips yang baik untuk mengelak rasa boring dari perspektif Islam. Sibukkan diri dengan ibadah. Dalam menyempurnakan tuntan ibadah wajib, banyakkan ibadah sunat. Hadirkan rasa kekurangan dan kehambaan dalam diri. Jangan pernah merasa puas dengan ibadah-ibadah yang sudah disempurnakan sebelum ini. Rasai keseronokan melaksanakan ibadah, rasai ketenangan ketika dalam proses menyempurnakan ibadah. Pasti Anda terdorong untuk melakukannya lagi, dan lagi, dan lagi, banyak kali sampaikan Anda macam tak mahu berhenti.

21 Dis 2010

MALAS CARA BIJAK

Kita boleh memberi ruang kepada kemalasan tapi dalam amaun masa yang kita kawal, bukan rasa malas tu yang mengawal kita. Bila kita lawan malas, kita akan struggle. Susah. Mencabar.
Cara paling senang, fokuskan untuk membina kerajinan. Rajinkan diri tanpa ada niat mahu melawan rasa malas. Buatlah apa-apa kerja, terutama kerja yang memberi manfaat untuk orang lain, kemudian memberi manfaat pada diri sendiri. Malas cara bijak maksudnya kita malas pada waktu tertentu.
Ada orang bermalas-malas pada waktu dia dah bajet waktu untuk bermalas-malas. Masa tu dia tak guna untuk buat kerja lain, cuma bermalas-malas. Badan kita ni perlukan sedikit waktu untuk adjust balik dia punya keseimbangan. Bila rehat tu ngam, bermalas-malasan tu ngam dia punya amaun, Anda akan bertenaga semula selepas selesai sesi bermalas-malasan. Dengan syarat, biar malas yang dikawal.
Tips bagaimana untuk mengawal malas:
1. Jika Anda merasa malas, katakan pada diri sendiri yang Anda mahu 'simpan' malas tu untuk saat yang lain, iaitu waktu yang Anda dah set untuk bermalas-malas.
2. Bila sampai masa untuk bermalas-malas, secara automatiknya Anda akan rasa relaks yang amat sangat sebab Anda dah `claim' malas yang tersimpan tu.
3. Bila sudah selesai waktu relaks, Anda akan rasa segar. Baru ada semangat nak bekerja semula.
4. Ulangi teknik ni untuk melepaskan kepenatan setelah lama rajin berusaha. Sayangi diri Anda. Bila kita rehat sekejap lepas penat bekerja, kita akan tambah bertenaga untuk bekerja semula selepas menikmati sedikit rehat. Inilah yang saya panggil `malas cara bijak'.
Memula buat memang agak susah sikit sebab badan dan minda Anda belum terbiasa.

20 Dis 2010

AZAM MENGIKUT AJARAN ISLAM

Ada banyak cara bagaimana untuk menetapkan azam tahun baru. Ada yang kata ia perlu sesuai dengan aliran semasa, perlu ngam dengan kapasiti Anda. Ada orang kata, azam kena realitik, bukan sekadar fantasi.Bagi kita yang beragama Islam, wajarlah kiranya kita menetapkan azam sesuai dengan ajaran Islam. Berikut adalah senarai 5 tips ringkas bagaimana menetapkan azam tahun baru, sesuai dengan ajaran Islam yang menjadi pegangan kita.
1. Niatkan Azam Itu Kerana Allah.
Niatkan azam Anda kerana Allah. Anda mahu capai azam yang Anda set kerana Allah. Tanamkan kepercayaan yang DIA mahu melihat Anda menjadi muslim serta muslimah berjaya supaya dengan kejayaan itu, Anda boleh ajak muslim dan dan muslimah lain untuk berjaya seperti Anda. Andalah menjadi bukti bahawa kejayaan adalah possible, bukan impossible. Anda menjadi bukti Allah buka jalan kepada sesiapa saja yang berusaha.
2. Anggap Kerja Keras Ke Arah Pencapaian Azam Sebagai Ibadah.
Usaha memburu kejayaan sebenarnya satu ibadah, yakni ibadah sunat. Tiap kali berusaha, niatkan kerana Allah supaya apa yang Anda buat menjadi ibadah. Moga apa yang Anda lakukan di balas dengan pahala, sebab menjadi ibadah. Moga dengan itu, jalan untuk Anda berjaya dipermudahkan, tanda keredhaan Allah kepada usaha Anda. Bekerja dan berusaha untuk mencapai apa jua azam adalah cara untuk Anda mendekati Tuhan. Tanpa niat, apa yang Anda lakukan tidak menjadi ibadah.
3. Lebihkan Hablum Minannas, Jangan Kurangkan Hamblum Minallah.
Apa yang jua yang Anda capai,pastikan Anda mendahulukan Yang Maha Esa. Berbaktilah kepada orang sekeliling supaya dengan itu Anda mendapat redha Allah. Set azam untuk berbakti kepada insan di sekeliling Anda. Erti takwa yang sebenar adalah rasa terdorong untuk berbakti kepada orang sekeliling sebanyak mungkin (hablum minannas) dalam masa yang sama tetap menjaga hubungan erat dengan Tuhan (hablum minallah). Pastikan azam Anda tu mendorong Anda untuk berbakti kepada orang sekeliling, supaya jalan untuk Anda mencapai azam Anda dibuka serta dipermudahkan.
4. Set Untuk Kebaikan Bersama.
Apa jua yang Anda mahu capai sebagai azam Anda, niatkan untuk kebaikan bersama bukan untuk kepentingan peribadi Anda seorang. Islam galakkan kita buat sesuatu untuk kebaikan bersama Anggap kejayaan yang Anda mahu capai adalah untuk kebaikan bersama. Jika Anda mahu menjadi suami cemerlang, niatkan untuk kebahagiaan isteri Anda dan untuk anak-anak Anda. Jika Anda mahu berjaya dalam perniagaan, niatkan kejayaan itu untuk kebaikan Anda, keluarga Anda dan untuk kebaikan pelanggan-pelanggan Anda. JIka Anda mahu berjaya dalam pekerjaan, niatkan untuk kebaikan Anda bersama rakan-rakan Anda, bukan bangga kerana Anda lebih berjaya daripada mereka.
5. Elak Dikuasai Ego, Elak Merasa Diri Lebih Bagus. Jangan set azam semata-mata untuk menunjuk-nunjuk. Jangan set azam semata-mata untuk bermegah. Jangan set azam Anda pada orang simply untuk membuat mereka kagum pada Anda. Amalkan 4 tips di atas langkah demi langkah . Anda akan mempunyai dorongan motivasi untuk bergerak mencapai azam Anda. Tapi jika azam tu di set hanya untuk menunjuk-nunjuk, untuk bermegah, untuk bermewah-mewah, usaha Anda ke arah azam itu akan mengalami kesukaran.
Anda tak akan ada motivasi. Anda akan hilang semangat, hilang inspirasi. Anda akan tertekan. Anda tak mencapai satu apapun, Anda akan gagal, usaha lagi, gagal lagi. Jika Anda kerap gagal, pasti ada ‘something wrong’ dengan nawaitu Anda. Mungkin Anda mahu berjaya sebab Anda nak menunjuk-nunjuk kehebatan dengan rasa megah, bukan untuk berbakti

19 Dis 2010

TIP BAGAIMANA MENGHADAPI BOS PANAS BARAN

Tips 1: Bersangka baik dengan sikap panas barannya.
Biasanya bos yang panas baran ni dia orang yang “high expectation”. Citarasanya tinggi. Dia agak cerewet. Sepanas-panas baran dia tu, kat dalam hati dia sebenarnya baik, cuma cakapannya kekadang sedikit kasar kerana emosinya sensitif pada perubahan situasi disekitar tempat kerja. Sebab tu asal ada saja yang tak kena, dia akan cepat melenting.
Untuk mengambil hati seorang bos yang panas baran, Anda perlu mencapai ekspektasi yang dimahukannya. Anda kena tunjukkan dia kerajinan Anda, professionalisma Anda juga kecekapan Anda bekerja supaya dia sedar yang Anda akan kelebihan tersendiri.
Berikan dia idea-idea bernas dari kepala Anda. Beranikan diri memberi pendapat di kala rakan-rakan sekerja Anda teragak-agak untuk mengutarakan pendapat mereka. Stand out from the crowd! sikap panas baran tu jika dipandang dari sudut lain sebenarnya mendesak Anda untuk memajukan diri sendiri supaya prestasi Anda sama seperti prestasi cemerlangan yang dimahukan oleh bos Anda.
Tips 2: Dalam dia marah-marah tu, mesti ada waktu untuk dia ‘cool’ seketika.
Orang yang panas baran ni, hatinya tetap baik. Bawa dia bercerita pasal family, anak-anak, ahli keluarga dia, majlis-majlis tertentu, sukan rekreasi yang dia selalu main dan bawa dia bercerita tentang kisah hidupnya. Seorang bos akan merasa bangga apabila ada staff dia yang nak tahu cemana dia berjaya hingga dapat memegang jawatan sekarang ini.
Sudah tentu dia akan menceritakan pengalamannya dengan senang hati.
Bila dia sudah senang hati, mudahlah untuk Anda berdepan dengannya bila-bila masa. Anda boleh dekati dia. Dia juga akan merasa selesa berdekatan dengan Anda.
Tips 3: Bila bos Anda marah Anda, biarkan saja dia marah Anda semarah yang dia boleh marah.
Orang panas baran ni dia ada perasaan sakit hati pada situasi-situasi tertentu dalam hidup. Semua perasaan sakit hati tu terkumpul lama dalam ingatannya. Makin lama makin menambah, makin membanyak. Mugkin dia ada masalah kewangan, masalah perhubungan atau simply merasa tertekan dengan timbunan kerja.
Bila dia ada peluang untuk marah, dia akan lepas semua perasaan sakit hati yang terkumpul. Apabila Anda berdepan dengan bos yang pemarah, panas baran dan cepat naik marah, biarkan saja dia marah selagi mana dia marah.
Beri dia peluang untuk lepas kesemua yang terbuku kejap di hatinya. Dia gunakan kemarahan pada anda sebagai cara untuk dia lepas geram. Elak untuk memberi apa-apa respon pada kemarahannya.
Lama kelamaan bila marahnya sudah reda, bila geramnya dah hilang power dia akan menjadi seseorang yang amat baik.
Masa nilah Anda boleh gunakan untuk mendekati dia. Pastikan suasana ketika itu sunyi, bebas dari apa jua gangguan. Beritahu bos Anda yang Anda faham dengan situasi-situasi sukar yang dihadapi olehnya. Pasti hatinya luluh dengan keikhlasan Anda. Bos Anda akan menganggap Anda seorang kakitangan yang boleh dipercayai. Selepas itu, setiap kali Anda berdepan dengannya atau duduk berhampiran dengannya, Anda akan merasa selesa – tak ada takut-takut atau segan-segan.
Setiap orang yang kena marah memang akan susah melupakan rasa kemarahan itu, melainkan kita anggap yang kita sedang memberi peluang kepada bos kita untuk melepaskan tekakan yang dah lama terbuku di hatinya, seperti yang dikatakan tadi. Inilah cara untuk kita tahan kena marah. Bersangka baiklah dengan kemarahannya.

16 Dis 2010

TIKET PERJALANAN YANG PERCUMA.

Nama sebenar : Hamba ALLAH
Gelaran : Insan
Asal : Tanah
Alamat : Planet bumi
Maklumat tentang perjalanan
Tempoh berlepas : Kehidupan dunia
Tempoh perjalanan : Cuma seketika dan beberapa meter dari perut bumi
Destinasi : Akhirat
Masa berlepas : Ketika di datangi malaikat
Masa hadir : Ketika dan selepas nyawa dicabut
Bentuk tempahan : Tetap, pasti dan tidak berubah
Syarat-syarat perjalanan
Di tuju kepada semua penumpang.
Diminta ambil perhatian kerana mereka akan memulakan perjalanan dengan meninggalkan kehidupan di dunia dan menuju ke akhirat.
Sila perhatikan ketua anda semua(pilot) yang dikhaskan iaitu malaikat maut. Bagi penumpang yang belum jelas, dapatkan maklumat lanjut daripada kenyataan yang terdapat di dalam AL-QURAN dan hadis-hadis RASULULLAH serta menurutinya dengan berhati-hati. Sebarang masalah hendaklah dirujuk kepada para ulamak dan cendiakawan.
Barang yang di benarkan
1. 5 meter kain kafan
2. Kapas putih secukupnya
3. Muatan lain yang di benarkan :
  a. amal solah
  b. sedekah jariah
  c. anak solah yang mendoakan kedua ibubapanya
  d. ilmu yang bermanfaat
Perhatian muatan lain yang di tegah adalah tanggunggjawab penumpang.
Barang siapa yang tidak mematuhi akan di seksa.
Saat dan waktu berlepas
Semua penumpang yang sudah mempunyai tiket,passport atau tidak mempunyai kedua-duanya hendaklah bersiap sedia setiap saat jika tidak mahu menghadapi sebarang kesulitan.
Diulang...
Tempahan perjalanan adalah tetap dan pasti, yang tidak perlu di ingatkan lagi. Tetapi atas dasar peringatan kepada para penumpang, maka kami menulis notis ini untuk anda semua. Hendaklah anda mengambil perhatian yang sewajarnya tentang perjalanan ini. Terima kasih kepada semua kerana memberi peluang terhadap kami untuk menabur khidmat kepada semua.
Semoga bergembira dengan perjalanan yang menarik, sesuai dengan firman ALLAH dalam surah AL-KHAFI:
Barang siapa yang mengharapkan perjumpaan yang baik dengan TUHANNYA, maka hendaklah dia mengerjakan amalan yang baik janganlah pula mensyirikan ALLAH dengan sesuatu.

15 Dis 2010

BAGAIMANA UNTUK MENJADI MUSLIM GENTLEMAN ?..

Apa sebenarnya definasi lelaki Muslim gentleman? Ops, bukan lelaki gatalman!. Dari pandangan kami di iMotivasi, lelaki gentleman adalah lelaki mempamerkan keperibadian seperti Nabi Muhammad s.a.w. 6 tips bagaimana untuk menjadi lelaki genteleman, maskulin serta berkarisma adalah:
1. Cuci hati selalu.
Elakkan bersangka buruk, memandang rendah atau merasa diri lebih baik, lebih baik, lebih bagus. Cuci hati dengan menghadirkan rasa kehambaan, rajinkan beristighfar meminta ampun atas dosa-dosa Anda sama ada besar atau kecil, syukuri segala apa yang Anda ada hari ini.
2. Pamerkan Kesyukuran sepanjang masa.
Anda perlu upgrade energi Anda. Energi positif membuat Anda sentiasa bersemangat. Karisma serta aura Anda akan terserlah dari sini. Untuk melatih diri Anda menjadi orang bersyukur, tuliskan 100 perkara yang Anda syukuri hari ini. Senarai ini adalah senarai perkara-perkara yang Anda ucapkan terima kasih pada Tuhan kerana memberi Anda ada semua tu. Mulakan dengan diri Anda sendiri. Misalnya, tuliskan rasa bersyukur kerana Anda dapat bersarapan pagi, ucapkan rasa syukur kerana Anda ada kerja Anda untuk And a mencari rezeki, ucapkan perasaan syukur kerana Anda ada kawan-kawan berkualiti. Amalkan tiap hari. Anda akan perasan ramai orang senang bergaul dengan Anda, justeru menjadikan Anda lelaki gentleman di mata mereka.
3. Perkemaskan Pakaian, Sesuaikan Dengan Situasi.
Pakaian melambangkan peribadi Anda. Untuk menjadi lelaki gentleman, pakaian Anda kena sentiasa kemas, bersih serta harum. Bukan nak bergaya, tapi untuk kemas sepanjang masa. Tak semestinya otot lengan kena berketul-ketul untuk jadi lelaki genteleman. Jika Anda, itu satu kelebihan. Sesuaikan pakaian dengan situasi di mana Anda berada. Jadi lelaki Muslim genteleman, tak semestinya kena pakai kopiah sepanjang masa berserta baju ala-ala Raihan sepanjang masa. Pakaian kena disesuaikan dengan keadaan,barulah senang untuk diterima bergaul dengan sesiapa saja.
4. Jaga sembahyang, kawal kata-kata.
Kawal kata-kata Anda. Jangan bercakap perkara Anda tak tahu untuk menampakkan seolah-olah Anda tahu. Jangan biasakan diri mencelah perbualan, kerana Anda dianggap biadap serta tidak bersopan. Jangan cuba untuk menonjol dengan ketawa kuat, bersuara kuat atau bergaya lebih hebat. Jangan. Lelaki genteleman dari pandangan kami adalah lelaki yang menjaga sembahyangnya, mengawal kata-kata di mulut, di hati dan fikiran. Katalah perkataan baik-baik, fikir baik-baik,memuji dengan ikhlas, memberi semangat beserta dorongan dengan ikhlas, bukan sebagai sindiran.
5. Anggap setiap orang ada potensi.
Anggap setiap orang di sekeliling Anda ada potensi untuk berjaya dalam hidupnya, walau dia cuma tukang sapu sekalipun. Pandang setiap orang dengan rasa kagum,kerana setiap orang ada kelebihan masing-masing diciptakan untuknya. Seperti dikatakan sebelum ini, jangan pandang rendah sesiapa dan elak perasan bagus. Amalkan ini selalu, kesannya karisma serta sikap genteleman akan terbina dengan sendirinya.
6. Lakukan sesuatu bukan kerana duit, bukan kerana pangkat,bukan kerana darjat.
Kerjalah bukan untuk cari duit, tapi untuk berbakti. Berniagalah bukan untuk mencari untung, tapi untuk memberi khidmat. Belajarlah, bukan untuk muncul menjadi cemerlang dalam peperiksaan tapi untuk menguasai ilmu sedalam mungkin. Menyanyilah bukan untuk jadi popular, tapi untuk menghiburkan orang. Tolonglah seseorang bukan kerana mahukan sesuatu,tapi untuk meringankan beban.

12 Dis 2010

TIP BAGAIMANA UNTUK RASA GEMBIRA SEKARANG...

Rasa gembira (happiness) adalah satu ‘feeling’. Rasa gembira adalah satu perasaan. Perasaan ini boleh dihadirkan, dipadamkan atau ditukarkan dengan perasaan lain, mungkin juga perasaan yang berlawanan dengannya. Seperti yang Anda tahu, lawan pada rasa gembira adalah duka, kecewa. Lawan paling mudah simply adalah rasa tidak gembira (unhappy). Berikut adalah 5 tips bagaimana untuk merasa gembira dijiwa.
Tips 1: Cari seseorang, bantu dia ringankan bebannya.
Bantu seseorang di mana masalahnya lebih teruk dari Anda. Secara tidak semena-mena, Anda akan merasa bersyukur masalah Anda tidak seteruk masalah orang yang Anda bantu. Dari situ, muncul kegembiraan. Anda merasa makin bersemangat membantu orang itu, sebab Anda mahu melihat dia gembira kerana bila dia gembira, Anda pun akan rasa gembira sama.
Tips 2: Bantu saja, sekadar menolong tanpa mengharap apa-apa.
Dalam era sekarang ni, jika Anda membantu sesiapa saja tanpa mengharap apa-apa, pasti orang tu tertanya-tanya. Pasti dia merasa mesti ada niat lain disebalik pertolongan Anda itu. Untuk merasa gembira, tolong seseorang dengan melakukan apa yang patut. Tolong saja dia! Buat apa yang perlu, lakukan apa yang patut. Elak untuk kata pertolongan Anda tu ikhlas, katakan Anda cuma mahu menolong. Perkataan ‘ikhlas’ perlu Anda ubah, sebab perkataan ini selalh di salah erti.
Tips 3: Mengingati orang-orang kesayangan Anda.
Ingati orang-orang kesayangan Anda, gambarkan diri mereka sepanjang masa seolah-olah mereka ada dekat di sisi Anda sekarang ni. Imaginasikan saat ketika Anda bersama mereka satu ketika dulu atau di masa lalu. Membayangakan situasi gembira sebegitu pasti membuat Anda merasa gembira tiba-tiba. Kenapa ini terjadi? Minda Anda memberi respon pada imaginasi Anda, pastu imaginasi mempengaruhi mood Anda. Mood adalah emosi. Emosi datang dari minda. Anda boleh mempengaruhi simply dengan menggunakan imaginasi digabung dengan emosi tenang (calm).
Tips 4: Hobi.
Bina satu hobi. Hobi adalah perkara yang Anda suka lakukan tanpa disuruh-suruh. Pasti Anda ada hobi. Saat Anda tertekan, merasa geram, susah hati atau gundah-gulana, luangkan masa melakukan hobi Anda. Jika hobi Anda membaca, cari sebuah buku dan baca. Anda akan rasa gembira selepas tu! Hobi mengalihkan fokus fikiran Anda dari fikiran bercelaru kepada fikiran yang tenang saat Anda enjoy melakukan hobi Anda. Kenapa ramai orang suka memancing? Sebab ketika memancing, mereka merasa tenang. Bila ikan menjerat umpan, rasa seronok sangat. Lantas, rasa gembira itu muncul.
Tips 5: Hampirkan diri pada Tuhan sehampir mungkin.
Walau apapun agama Anda, saya dan Anda makhluk bertuhan. Pembaca iMotivasi bukan saja beragama Islam, bahkan ada beragama Buddha,Kristian dan Hindu sebab kita ini warga Malaysia. Rasa gembira ada di dalam ketenangan. Ketenangan hanya wujud apabila kita menghampirkan diri pada alam semesta dan juga pada Tuhan. Dekatkan diri pada Tuhan, dari situ Anda akan merasai ketenangan. Apabila sudah tenang, Anda akan merasa gembira dan bersyukur. Syaratnya, elak berkata negatif, berfikir negatif dan jangan sesakkan fikiran dengan rasa kemarahan.

10 Dis 2010

TIP BAGAIMANA MOTIVASI DIRI BULAN HIJRAH

Tip 1: Lakukan Muhasabah Diri Pada Awal Pagi
Ingat semula kejayaan-kejayaan kecil yang Anda pernah capai 12 bulan lalu sepanjang tahun Hijriah. Tekadlah untuk mencipta lebih banyak kejayaan pada 12 bulan akan datang dalam tahun baru Hijriah ini. Elak mengingat kegagalan-kegagalan yang Anda pernah lalui sebab akan menurunkan motivasi Anda.
Tip 2: Kaji sikap riak,takbur,ego dan sombong tersembunyi.
Anda tak akan terlepas dari sikap riak, takbur, ego dan sombong terutama apabila Anda sudah mengecapi sesuatu tahap yang lebih baik daripada orang lain di sekeliling Anda. Pada awal Muharram ni, eloklah kiranya Anda gunakan hari itu sebagai hari untuk menggali ego-ego tersembunyi atau sikap riak tersembunyi, terutama apabila di puji. Sikap riak adalah umpan sikap negatif untuk menguasai diri Anda. Ego,riak, temberang, takbur,sombong dan bongkak adalah berpunca dari sikap-sikap negatif.
Tip 3: Pasang tekad jadi insan yang lebih berguna.
Insan yang baik adalah insan yang mendatangkan manfaat pada orang lain, simply sebab dia gembira melihat orang lain jadi bahagia dan merasa bahagia. Ubah mentaliti Anda, ubah diri Anda menjadi orang yang berguna. Walau siapapun Anda, pada Muharram ini, gunakan ia sebagai titik pemula (starting point) untuk melatih diri Anda menjadi insan berguna, lebih berguna dari yang sebelumnya.
Selamat Menyambut Hari Maal Hijrah (Awal Muharram)

9 Dis 2010

TAKUT HANTU @ TAKUT ALLAH..

Mutakhir ini kita dapat lihat bahawa banyak filem2, drama2, program2 tv, tulisan2 dalam akhbar, buku/novel, blog, forum yang menghidangkan kisah2 seram/tahyul/misteri yang dikaitkan dengan hantu/syaitan/iblis/jin. Hal ini diperbesar2kan, dihebohkan seolah2 dilihat bahawa hantu/syaitan/iblis/jin amat ditakuti/digeruni atau amat berkuasa. Hal ini boleh membawa kepada khurafat dan syirik. Ingatlah dosa syirik ini amat besar.
Takut hantu atau takut Allah?
Sekarang ini filem dan drama dalam TV Malaysia ini cukup laris dengan filem-filem hantu. Kadang-kadang saya tengok rasa malu pulak dekat diri sendiri, bukan Islam dan orang luar, sebab industri filem Malaysia hanya mampu menyediakan filem-filem hantu sahaja. Jika dipandang positifnya betul juga memang ada makhluk halus dan ubat yang paling mustajab adalah ayat Al-Quran. Tapi yang tak bestnya cara filem menggambarkan terlalu over dan tak boleh masuk akal. Contohnya filem jongkak, ketika mana M Rajoli mengubati pesakit yang dirasuk oleh nenek jongkak sampai terpancar kalimah Allah dan terbelah bumi sehingga ditenggelamkan hantu itu di dalam bumi ini. Saya nak Tanya betul ke dilapangan jadi camtu?
Apa salahnya jika filem-filem dalam Malaysia merakamkan filem yang berkaitan nasihat dan pedoman yang baik kepada masyarakat bukan membawa cerita yang berkaitan tahyul dan cerita kurafat seperti filem hantu. Sebenarnya dalam Al-Quran tidak ada pula ayat yang menyebutkan hantu ini ada di dunia, Cuma disebutkan jin dan manusia. Dalam hadis pula ada dinamakan syaitan, iblis dan jin. Tidak ada pula menyebutkan hantu.
Sejak dari kecil lagi anak-anak diracuni dengan adanya hantu, jadi budak tersebut sehingga besar takut dengan hantu, kerana ibu bapanya sering menakutkannya dengan hantu. Ada pula yang mengkategorikan hantu itu seperti hantu pocong, puntianak, jelangkong, juuon dan sebagainya. Apa kata, sejak anak itu kecil lagi diasuh dengan takut kepada Allah, saya rasa sampai besar budak tersebut akan takut kepada Allah. Contohnya “mamat jangan ambil barang orang, nanti tuhan murka dan diazab dengan azab api neraka”.
Allah anugerahkan sifat takut kepada manusia supaya manusia sentiasa takut kepada Allah dengan cara tidak melakukan perkara-perkara dosa atau perkara-perkara yang dilarang oleh Allah. Tetapi malangnya manusia sekarang ini terbalik, tidak takut kepada Allah dan mereka hanya takut kepada hantu dan kuasa-kuasa ghaib selain dari Allah. Contohnya “jangan lalu dekat pokok besar ini sebab ada penunggu, nanti penunggu itu isap darah awak”, Cuba kita fikir, kalau seseorang itu hanya takutkan Allah, maka dia berkeyakinan bahawa makhluk halus itupun milik Allah dan tidak perlu takut kepadanya. Jika dibekali dengan keimanan yang kuat dan keyakinan yang teguh kepada Allah, maka hantu (makhluk halus) juga akan takut kepada anda disebabkan anda mempunyai kekuatan rohani yang kuat. Hantu dan Jin takut kepada orang yang kuat ibadah dan kuat keyakinannya kepada Allah. Allah sering menguji manusia dengan berbagai keadaan, seperti manusia takutkan hantu, takutkan miskin, takut penyakit dan macam-macam takut lagi. Firman Allah yang bermaksud :
Dan pastinya Kami akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan dan kekurangan harta, jiwa dan hasil buah-buahan. Dan berikanlah khabar gembira kepada mereka yang sabar” (Al-Baqarah 2: 155)
Nasihat saya, janganlah takut selain dari Allah, kerana Allah yang Maha Besar dan Maha Berkuasa, Jin, Iblis, Manusia dan alam ini adalah milik Allah. Jika takut selain dari Allah, seolahnya ada kuasa lain yang lebih kuat dari Allah dan hal ini boleh menyebabkan syirik kepada Allah. Malah ada pula yang minta pertolongan selain dari Allah, seperti minta kepada jin melalui bomoh atau dukung untuk memiliki sesuatu, maka perbuatan ini juga dinamakan syirik kepada Allah. Bertaubatlah kepada Allah dengan beristiqfar dan taubatlah dengan taubat nasuha.
Boleh menonton filem hantu, tetapi janganlah takut kepada hantu pulak. Hantu tidak akan bunuh manusia sepertimana yang digambarkan dalam filem-filem tersebut, itu semua adalah karut, kurafat dan tahyul belaka untuk melariskan filemnya.

6 Dis 2010

11 GOLONGAN DIDOAKAN MALAIKAT

PERCAYA kepada malaikat adalah antara rukun iman. Ada malaikat yang ditugaskan berdoa kepada makhluk manusia dan sudah tentu seseorang yang didoakan malaikat mendapat keistimewaan. Dalam hidup, kita sangat memerlukan bantuan rohani dalam menghadapi ujian yang kian mencabar. Bantuan dan sokongan malaikat sangat diperlukan. Di antara jenis manusia yang akan menerima doa malaikat.  Ketika itulah sewaktu kita menghadapi masalah, kerumitan, keperluan dan bimbingan, bukan saja kita perlukan kekuatan doa dari lidah, tetapi juga sokongan malaikat. Antara orang yang mendapat doa malaikat ialah:

1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: "Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci."

2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: 'Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.'"

3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan."

4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf."

5. Kalangan malaikat mengucapkan 'amin' ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya "Jika seorang imam membaca...(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu 'aamiin' kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat dia akan diampuni dosanya yang lalu."

6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat."

7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal.
"Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: "Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?"Mereka menjawab: 'Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.'"

8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata 'aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.'"

9. Orang yang membelanjakan harta (infak).

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: 'Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak...' "

10. Orang yang sedang makan sahur.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur."

11. Orang yang sedang menziarah (melawat) orang sakit.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh."

HUKUM ISTERI MELETER SUAMI

" Abang ni balik je kerja, tak nak langsung tolong saya siapkan kerjarumah. Baca suratkhabar, menghadap TV, itu jelah yang awak tahu. Kitakansama-sama bekerja bang. Saya pun penat macam abang juga.Sekurang- kurangnyabuatlah air kopi sendiri, bukannya susah pun. Tukarkan lampin anak ke,ringan sikit kerja saya ni. Nak masak lagi. Abang juga yang nak makan nanti... pot.. pet.. pot.. pet..... " leter Ina kepada suaminya sejuruskembali dari pejabat masing-masing.
Kalaulah Ina tahu, betapa besar hukuman serta dosanya meleteri suamisendiri,sudah tentu dia tidak akan mengulangi perbuatannya itu. Lebih-lebihlagi, sekiranya Intan menghayati ganjaran pahala yang tidak ternilai keranaberbakti kepada suaminya. Dia tidak akan merasa susah mahupun penat dalammelaksanakan tanggungjawabnya sebagai isteri dan ibu.
Dewasa ini boleh dikatakan fenomena isteri meleteri suami atau dalam katalain tidak menghormati suami. Bagaikan sudah menjadi satu perkara lumrah bagi kebanyakkan pasangan, tanpa sedikitpun merasa bersalah melayani merekaseperti adik lelaki sahaja lagaknya.
Apa yang lebih mendukacitakan, apabila ada di kalangan isteri yang menyifatkan menjaga peribadinya dengan bersikap sopan terhadap suamisebagai ketinggalan zaman.
Keadaan ini juga akan menjadi model yang tidak baik kepada anak-anak yangmungkin diwarisi dari satu generasi ke satu generasi lain sehingga akhirnyamenjadi satu budaya yang negatif.
Banyak nas al-Quran, terutamanya hadis Nabi yang membincangkan tentang kewajipan isteri mentaati suami, selagi tidak diminta melakukan perbuatanmaksiat.
Sabda Rasulullah s. a. w. yang bermaksud: " Jika sekiranya aku berhakmenyuruh seseorang supaya sujud kepada seseorang yang lain, nescaya akumenyuruh para isteri sujud kepada suaminya. " Hadis tersebut menerangkanbetapa kepatuhan isteri terhadap suami amat diutamakan demi kebaikansesebuah institusi keluarga, sesuai kedudukannya sebagai pemimpin rumahtangga.
Demikian juga halnya ketika junjungan besar Nabi Muhammad s. a. w. Mikraj kelangit. Baginda telah dipersaksikan dengan neraka dan penghuninya yangkebanyakkannya terdiri daripada kaum wanita.
Ali Karramallahu Wajhah berkata: " Aku masuk ke rumah Nabi besertaFatimah,aku mendapati baginda sedang menangis tersedu-sedan ." Aku bertanya, " Ya Rasulullah, apa yang! membuat anda menangis? "Baginda menjawab, " Ya Ali, pada malam aku diangkat ke langit, aku melihat kaum perempuan daripada umat ku disiksa di neraka dengan bermacam-macamseksaan. Lalu aku menangis kerana begitu berat seksaan mereka yang aku lihat. "
MENGHERDIK
Baginda antara lain melihat perempuan yang digantungkan dengan lidahnya,sedangkan air panas dituangkan ke dalam tenggoroknya kerana ia telahmenyakiti dan menyumpah-nyumpah suaminya. Ada isteri yang tergamak bercakap kasar malah mengherdik suaminya keranatidak mendapat apa yang diminta seperti barang kemas, perabot rumah berupaset sofa dan TV rata 29 inci yang menjadi trend semasa.
Lebih buruk lagi perangai si isteri apabila membanding-bandingkan suamidengan jiran tetangga yang mampu menyediakan barangan terbabit, sekali gusdilabelkan sebagai suami mithali. Bukan tidak boleh sama sekali memintasesuatu daripada suami tetapi janganlah menggesa mereka menuruti kemahuananda sehingga membebankan dirinya.
Sebaliknya, isteri patut bersyukur kerana berpeluang meraih keredhaanAllah.
Nabi Muhammad s. a. w. bersabda: " Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada seorang isteri yang tidak bersyukur kepada suaminya. "
Hal ini biasa terjadi kepada suami yang miskin, manakala isterinya pulatergolong dalam orang-orang berada, yang suka mengungkit-ungkit mengenaihartanya, apatah lagi yang telah dinafkahkan kepada suaminya.
Mungkin ia agak sukar untuk dipenuhi apatah lagi bagi isteri yangbekerja,namun percayalah, ia bukan sahaja akan menjadi perkara biasa tetapijuga ringan dan lancar, jika kita menganggapnya sebagai ibadah dan juga satujihad.
Marilah kita sama-sama merenungi kisah anakanda kesayangan Nabi Muhammad s.a.w. iaitu Fatimah Az-Zahra yang melaksanakan rutin hariannya sebagaiseorang suri rumah tangga secara sendirian tanpa pembantu. Fatimah pada suatu hari telah meminta suaminya, Ali pergi menemui Rasulullah s. a. w.dan meminta jasa baik baginda untuk menyerahkan seorang wanita tawananperang sebagai pembantu rumah.
Rasulullah bagaimanapun tidak dapat memperkenankan permintaan puterinyakerana semua harta rampasan perang termasuk wanita-wanita itu bukan menjadimilik baginda, tetapi milik negara Islam dan kaum Muslimin seluruhnya.
Baginda tidak dapat memberikan sesuatu yang bukan menjadi miliknya.
Permintaan Fatimah itu membimbangkan baginda, bukan kerana tugas berat yangsedang dipikul oleh puterinya itu tetapi disebabkan oleh bayangan keluhkesah seorang isteri yang tertekan akibat tugas-tugas yang perludibereskannya.
Pada sebelah malamnya, baginda telah mengunjungi rumah Fatimah danmenyatakan kepadanya: " Apakah kamu berdua (Fatimah dan Ali) suka kepada satu pemberian yang akan ku berikan ini, sedangkan ia lebih baik daripadaapa yang kamu minta siang hari tadi? " Fatimah amat sukacita mendengarkan tawaran tersebut sekalipun dia tidakmengetahui apa bentuknya. Rasulullah menyatakan kepada Fatimah bahawahendaklah dia membaca Subhanallah, Alhamdulillah dan Allahu Akbar,masing-masing sebanyak 33 kali setiap kali sebelum tidurnya.
Semenjak itu, wirid yang diajarkan oleh Rasulullah telah menjadi amalananak dan menantunya. Hasilnya, Fatimah mendapati dia tidak lagi menjadikeluh kesah dalam menghadapi apa jua kerja-kerja sehariannya yang berat,malah merasa cukup bahagia melakukannya.
Baginya, segala tugasan yang disempurnakannya sebagai seorang suri rumahmerupakan satu amalan yang solehah. Dengan taufik Allah, sesungguhnyawalau seberat mana sekalipun tugasan yang menanti di rumah, tidak akanmemenatkan selagi steri tidak meletakkan dirinya seolah-olah sama tarafdengan suami, walau setinggi mana sekalipun darjatnya.
Kepada para suami, kita sama-sama maklum, dalam zaman moden yang serbamencabar ini terutamanya di bandar-bandar besar, kita tidak dapat mengelakkos sara hidup yang tinggi sekaligus memerlukan kedua-dua suami isterikeluar bekerja.
Si isteri telah melakukan pengorbanan mencari rezeki tambahan untuk menyarakeluarga yang sepatutnya menjadi tanggungjawab suami. Jadi sudi apalahkiranya sang suami bersama-sama meringankan tugas si isteri seadanya.Bukankah Rasulullah s. a. w. telah berpesan supaya para suami berbuat baikkepada isteri mereka.Jikalau isteri taat kepada kalian, janganlah pulamenyusahkan mereka.
Nabi Muhammad s. a. w. bersabda yang ertinya: " Orang-orang yang terbaik daripada kamu sekalian adalah yang lebih baik dalam mempergaulikeluarganya dan saya adalah yang terbaik dalam mempergauli keluargaku. "
Bagi kaum wanita & lelaki yg sudah berumah-tangga, marilah kita sama-samabelajar saling tolong-menolong meringankan beban pasangan kita.
Semoga kisah tadi membawa menfaat bagi kita semua... insya'Allah. .
SIKAP ISTERI tidak menghormati SUAMI adalah GEJALA SOSIAL MUSLIM sekarang.Ia dilakukan kerana berfikir bahawa SUAMI mesti buat seperti ISTERI dalam RUMAHTANGGA.
TABIAT-ISTERI suka meleteri suami dan TABIAT-SUAMI yang suka meletakkan semua tanggungjawab rumahtangga ke atas bahu isteri semata-mata; mestilah dihentikan, demi mendidik MENTAL ZURIAT kita ke suatu BUDAYA IBADAT.
WASSALAM..

3 Dis 2010

KHOTBAH RASULLUH SAW TENTANG DAJJAL

Dari Abi Umamah Al-Bahiliy, beliau berkata: “Rasululah s.a.w telah berkhutbah di hadapan kami. Dalam khutbahnya itu Baginda banyak menyentuh masalah Dajjal. Baginda telah bersabda: “Sesungguhnya tidak ada fitnah (kerosakan) di muka bumi yang paling hebat selain daripada fitnah yang dibawa oleh Dajjal. Setiap Nabi yang diutus oleh Allah SWT ada mengingatkan kaumnya tentang Dajjal. Aku adalah nabi yang terakhir sedangkan kamu adalah umat yang terakhir. Dajjal itu tidak mustahil datang pada generasi (angkatan) kamu. Seandainya dia datang sedangkan aku masih ada di tengah-tengah kamu, maka aku adalah sebagai pembela bagi setiap mukmin. Kalau dia datang sesudah kematianku, maka setiap orang menjaga dirinya. Dan sebenarnya Allah SWT akan menjaga orang-orang mukmin.
“Dajjal itu akan datang nanti dari satu tempat antara Syam dan Irak. Dan mempengaruhi manusia dengan begitu cepat sekali. Wahai hamba Allah, wahai manusia, tetaplah kamu. Di sini akan saya terangkan kepada kamu ciri-ciri Dajjal, yang belum diterangkan oleh nabi-nabi sebelumku kepada umatnya.
“Pada mulanya nanti Dajjal itu mengaku dirinya sebagai nabi. Ingatlah, tidak ada lagi nabi sesudah aku. Setelah itu nanti dia mengaku sebagai Tuhan. Ingatlah bahawa Tuhan yang benar tidak mungkin kamu lihat sebelum kamu mati. Dajjal itu cacat matanya sedangkan Allah SWT tidak cacat, bahkan tidak sama dengan baharu. Dan juga di antara dua mata Dajjal itu tertulis KAFIR, yang dapat dibaca oleh setiap mukmin yang pandai membaca atau buta huruf.
“Di antara fitnah Dajjal itu juga dia membawa syurga dan neraka. Nerakanya itu sebenarnya syurganya sedangkan syurganya itu neraka, yakni panas. Sesiapa di antara kamu yang disiksanya dengan nerakanya, hendaklah dia meminta pertolongan kepada Allah dan hendaklah dia membaca pangkal surah Al-Kahfi, maka nerakanya itu akan sejuk sebagaimana api yang membakar Nabi Ibrahim itu menjadi sejuk.
“Di antara tipu dayanya itu juga dia berkata kepada orang Arab: “Seandainya aku sanggup menghidupkan ayah atau ibumu yang sudah lama meninggal dunia itu, apakah engkau mengaku aku sebagai Tuhanmu?” Orang Arab itu akan berkata: “Tentu.” Maka syaitan pun datang menyamar seperti ayah atau ibunya. Rupanya sama, sifat-sifatnya sama dan suaranya pun sama. Ibu bapanya berkata kepadanya: “Wahai anakku, ikutilah dia, sesungguhnya dialah Tuhanmu.”
“Di antara tipu dayanya juga dia tipu seseorang, yakni dia bunuh dan dia belah dua. Setelah itu dia katakan kepada orang ramai: “Lihatlah apa yang akan kulakukan terhadap hambaku ini, sekarang akan kuhidupkan dia semula. Dengan izin Allah orang mati tadi hidup semula. Kemudian Laknatullah Alaih itu bertanya: “Siapa Tuhanmu?” Orang yang dia bunuh itu, yang kebetulan orang beriman, menjawab: “Tuhanku adalah Allah, sedangkan engkau adalah musuh Allah.” Orang itu bererti lulus dalam ujian Allah dan dia termasuk orang yang paling tinggi darjatnya di syurga.”
Kata Rasulullah s.a.w lagi: “Di antara tipu dayanya juga dia suruh langit supaya menurunkan hujan tiba-tiba hujan pun turun. Dia suruh bumi supaya mengeluarkan tumbuh-tumbuhannya tiba-tiba tumbuh. Dan termasuk ujian yang paling berat bagi manusia, Dajjal itu datang ke perkampungan orang-orang baik dan mereka tidak me-ngakunya sebagai Tuhan, maka disebabkan yang demikian itu tanam-tanaman dan ternakan mereka tidak menjadi.
“Dajjal itu datang ke tempat orang-orang yang percaya kepadanya dan penduduk kampung itu mengakunya sebagai Tuhan. Disebabkan yang demikian hujan turun di tempat mereka dan tanam-tanaman mereka pun menjadi.
“Tidak ada kampung atau daerah di dunia ini yang tidak didatangi Dajjal kecuali Makkah dan Madinah. Kedua-dua kota itu tidak dapat ditembusi oleh Dajjal kerana dikawal oleh Malaikat. Dia hanya berani menginjak pinggiran Makkah dan Madinah. Namun demikian ketika Dajjal datang ke pergunungan di luar kota Madinah, kota Madinah bergoncang seperti gempa bumi. Ketika itu orang-orang munafik kepanasan seperti cacing dan tidak tahan lagi tinggal di Madinah. Mereka keluar dan pergi bergabung dengan orang-orang yang sudah menjadi pengikut Dajjal. Inilah yang dikatakan hari pembersihan kota Madinah.
Dalam hadis yang lain, “di antara fitnah atau tipu daya yang dibawanya itu, Dajjal itu lalu di satu tempat kemudian mereka mendustakannya (tidak beriman kepadanya), maka disebabkan yang demikian itu tanam-tanaman mereka tidak menjadi dan hujan pun tidak turun di daerah mereka. Kemudian dia lalu di satu tempat mengajak mereka supaya beriman kepadanya. Mereka pun beriman kepadanya. Maka disebabkan yang demikian itu Dajjal menyuruh langit supaya menurunkan hujannya dan menyuruh bumi supaya menumbuhkan tumbuh-tumbuhannya. Maka mereka mudah mendapatkan air dan tanam-tanaman mereka subur.”
Dari Anas bin Malik, katanya Rasulullah s.a.w bersabda: “Menjelang turunnya Dajjal ada tahun-tahun tipu daya, iaitu tahun orang-orang pendusta dipercayai orang dan orang jujur tidak dipercayai. Orang yang tidak amanah dipercayai dan orang amanah tidak dipercayai.”
Dari Jabir bin Abdullah, katanya Rasulullah s.a.w ada bersabda: “Bumi yang paling baik adalah Madinah. Pada waktu datangnya Dajjal nanti ia dikawal oleh malaikat. Dajjal tidak sanggup memasuki Madinah. Pada waktu datangnya Dajjal (di luar Madinah), kota Madinah bergegar tiga kali. Orang-orang munafik yang ada di Madinah (lelaki atau perempuan) bagaikan cacing kepanasan kemudian mereka keluar meninggalkan Madinah. Kaum wanita adalah yang paling banyak lari ketika itu.
Itulah yang dikatakan hari pembersihan. Madinah membersihkan kotorannya seperti tukang besi membersihkan karat-karat besi.”
Diriwayatkan oleh Ahmad, hadis yang diterima dari Aisyah r.a. mengatakan: “Pernah satu hari Rasulullah s.a.w masuk ke rumahku ketika aku sedang menangis. Melihat saya menangis beliau bertanya: “Mengapa menangis?” Saya menjawab: “Ya Rasulullah, engkau telah menceritakan Dajjal, maka saya takut mendengarnya.”
Rasulullah s.a.w berkata: “Seandainya Dajjal datang pada waktu aku masih hidup, maka aku akan menjaga kamu dari gangguannya. Kalau dia datang setelah kematianku, maka Tuhan kamu tidak buta dan cacat.”
Dari Jabir bin Abdullah, katanya Rasulullah s.a.w bersabda: “Dajjal muncul pada waktu orang tidak berpegang kepada agama dan jahil tentang agama. Pada zaman Dajjal ada empat puluh hari, yang mana satu hari terasa bagaikan setahun, ada satu hari yang terasa bagaikan sebulan, ada satu hari yang terasa satu minggu, kemudian hari-hari berikutnya seperti hari biasa.” Ada yang bertanya: “Ya Rasulullah, tentang hari yang terasa satu tahun itu, apakah boleh kami solat lima waktu juga?” Rasulullah s.a.w menjawab: “Ukurlah berapa jarak solat yang lima waktu itu.”
Menurut riwayat Dajjal itu nanti akan berkata: “Akulah Tuhan sekalian alam, dan matahari ini berjalan dengan izinku. Apakah kamu bermaksud menahannya?” Katanya sambil ditahannya matahari itu, sehingga satu hari lamanya menjadi satu minggu atau satu bulan.
Setelah dia tunjukkan kehebatannya menahan matahari itu, dia berkata kepada manusia: “Sekarang apakah kamu ingin supaya matahari itu berjalan?” Mereka semua menjawab: “Ya, kami ingin.” Maka dia tunjukkan lagi kehebatannya dengan menjadikan satu hari begitu cepat berjalan.
Menurut riwayat Muslim, Rasulullah s.a.w bersabda: “Akan keluarlah Dajjal kepada umatku dan dia akan hidup di tengah-tengah mereka selama empat puluh. Saya sendiri pun tidak pasti apakah empat puluh hari, empat puluh bulan atau empat puluh tahun. Kemudian Allah SWT mengutus Isa bin Maryam yang rupanya seolah-olah Urwah bin Mas’ud dan kemudian membunuh Dajjal itu.”
Dan menurut ceritanya setelah munculnya Dajjal hampir semua penduduk dunia menjadi kafir, yakni beriman kepada Dajjal. Menurut ceritanya orang yang tetap dalam iman hanya tinggal 12,000 lelaki dan 7,000 kaum wanita.

KENALI ANAK SYAITAN

 Hari ini kita berbicara sedikit tentang satu makhluk Allah yang sesat lagi menyesatkan yang mana telah berjanji kepada Nya untuk memesongkan aqidah dan fitrah sebenar manusia sampai hari kiamat, tak lain dan tak bukan ialah syaitan laknatullahi a'laih .
Ramai yang masih tidak tahu jenis-jenis musuh kita ini. Bagi menangkis fitnah dan dugaan yang telah direncanakan musuh, seharusnya kita terlebih dahulu mengenali mereka serba sedikit. Mari kita teliti kata-kata Khalifah ke-2 umat Islam tentang anak-anak syaitan yang menyesatkan manusia.
Umar al-Khattab r.a berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan:
1. Zalituun
Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat. Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.
2. Wathiin
Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.
3. A'awan
Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahumendengar nasihat para ulama.
4. Haffaf
Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (cth: disko, kelab mlm & tempat yg ada minuman keras).
5. Murrah
Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yg sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour etc.
6. Masuud
Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yg mula dari kata-kata mulut.
7. Daasim (BERILAH SALAM SEBELUM MASUK KE RUMAH...)
Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumahtangga (suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga lagi).
8. Walahaan
Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya keti! ka berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yg lain.
9. Lakhuus
Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari.
Say NO TO SYAITAN

2 Dis 2010

15 MAKSIAT ALLAH TURUNKAN BALA

Daripada Ali bin Abi Thalib r.a: Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda: “ Apabila umat ku telah membuat lima belas perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka iaitu:
1.
Apabila harta negara hanya beredar pada orang-orang tertentu - cth: rasuah & kronism
2. Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan.
3. Zakat dijadikan hutang – cth: pinjaman wang zakat
4. Suami memperturutkan kehendak isteri
5. Anak derhaka terhadap ibunya,
6. Sedangkan ia berbaik-baik dengan kawannya.
7. Ia suka menjauhkan diri daripada ayahnya.
8. Suara sudah ditinggikan di dalam masjid.
9. Yang menjadi ketua satu kaum adalah orang yang terhina diantara mereka.
10. Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya
11. Khamar (arak) sudah diminum di merata tempat. - cth : kilang arak dibiarkan berlesen
12. Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki).
13. Para artis-artis disanjung-sanjung - cth: manusia sgt suka hiburan
14. Muzik banyak dimainkan.
15. Generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan) generasi
pertama (sahabat). Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi dirobah menjadi makhluk lain".

Masjid Solatiah GR

http://picasion.com