Dikuasakan oleh Blogger.

About Me

Foto Saya
ipoh, perak
X KAGAT....?.

SMS ampang ipoh 24 /6/ 11

gif webcam

DI SMA Chemor 13/5/12

pictures to gif

Di SMA Chemor

animated gif maker

Guru Pendidikan Islam Ulu Kinta Jun 13

http://picasion.com/i/1VkmT/

7 Mac 2013

Diutuskan 4 Malaikat

Apabila seorang hamba Allah jatuh sakit , Allah akan utuskan 4 malaikat :

1. Malaikat Pertama akan mengambil SELERA MAKANNYA .

2. Malaikat Kedua akan mengambil REZEKINYA .


3. Malaikat Ketiga akan mengambil KECANTIKAN WAJAHNYA ( pucat ) .

4. Malaikat Keempat akan mengambil DOSANYA .*

Apabila telah sampai waktu yang telah Allah tetapkan untuk hambaNya kembali sihat , Allah akan menyuruh Malaikat Pertama , Malaikat Kedua dan Malaikat Ketiga supaya memberi balik apa yang telah diambil oleh mereka .*

Akan tetapi Allah tidak menyuruh Malaikat Keempat memberi balik dosa hambaNya tersebut . Jadi , janganlah kita membenci kesakitan , sesungguhnya setiap kesakitan itu adalah penghapus segala dosa ..

carigold.com

1 Mac 2013

Jumaat



Firman Allah dalam ayat 46-47 surah al-Kahfi :
Maksudnya : Harta benda dan anak pinak itu, ialah perhiasan hidup di dunia; dan amal-amal soleh yang kekal faedahnya itu lebih baik pada sisi Tuhanmu sebagai pahala balasan, dan lebih baik sebagai asas yang memberi harapan. Dan (ingatkanlah) hari Kami bongkar dan terbangkan gunung-ganang dan engkau akan melihat (seluruh) muka bumi terdedah nyata; dan Kami himpunkan mereka (di padang Mahsyar) sehingga Kami tidak akan tinggalkan seorangpun dari mereka


Hari Jumaat yang merupakan penghulu segala hari yang mempunyai begitu banyak kelebihan di sisi Allah. Jadikanlah kita antara hamba Allah yang sentiasa memperbanyakkan amalan soleh disamping memohon keampunan kepada Allah serta tidak mensia-siakan kedatangan hari Jumaat dengan memperbanyakkan doa untuk kebahagiaan dunia dan akhirat kita. 

Sesuai dengan peringatan junjungan besar nabi Muhammad s.a.w bahawa qiamat akan berlaku pada hari Jumaat juga maka kita sentiasa bersiap dengan bekalan akhirat dengan tidak hanyut dengan tipuan dunia. 

Renungi nasihat Abu Hazim Salamah bin Dinar kepada Khalifah Sulaiman bin Abdul Malik tentang sebab ramai manusia takut kepada mati kerana kita telah memewahkan rumah di dunia dan meruntuhkan rumah kita di akhirat. Maka sepastinya kita takut berpindah dari rumah yang mewah ke rumah yang runtuh.
Pesanan beliau lagi : “Barang-barang akhirat pada saat ini sedang murah. Pada suatu hari nanti, barang-barang itu akan menjadi sangat mahal sehingga tidak mampu dibeli.” Benarlah bahawa barang-barang akhirat menjadi mahal apabila nyawa telah berada di halkum. Pada saat itu, pintu taubat dan pintu amalan telah ditutup sehingga bersedekah semua hartanya sekalipun, Allah tidak akan menerimanya lagi. 

Oleh itu hidup di dunia adalah suatu kesempatan untuk membina mahligai selesa di akhirat. Jangan asyik sibuk membina dan menghias cantik rumah dunia yang bakal ditinggal sebagai pusaka. Sebelum meninggal dunia, marilah kita berusaha untuk memastikan ada mahligai indah yang bakal didiami di syurga nanti.

Firman Allah dalam ayat 13-14 surah al-Kahfi :
Maksudnya : Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar; sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk. Dan Kami kuatkan hati mereka (dengan kesabaran dan keberanian), semasa mereka bangun (menegaskan tauhid) lalu berkata: “Tuhan kami ialah Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan langit dan bumi; kami tidak sekali-kali akan menyembah Tuhan yang lain dari padanya; jika kami menyembah yang lainnya bermakna kami memperkatakan dan mengakui sesuatu yang jauh dari kebenaran.”



Antara amalan sunat sempena berada pada malam atau hari Jumaat dengan membaca surah al-Kahfi di mana antara fadhilatnya akan dikurniakan cahaya, dijauhi gangguan syaitan, selamat daripada fitnah Dajjal dan pelbagai kelebihan yang lain. 

Surah al-Kahfi banyak memuatkan kisah-kisah teladan sebagai pedoman yang berharga kepada kita termasuk kisah sekumpulan pemuda yang ditidurkan oleh Allah ratusan tahun di dalam gua ketika mempertahankan keimanan mereka. Sebagaimana kita sentiasa diingatkan tentang kisah nabi Muhammad s.a.w yang dijaga daripada kesesatan semenjak dari kecil lagi sehingga baginda walaupun hidup dalam suasana jahiliah yang menyembah berhala namun baginda bukan sahaja tidak turut serta dalam menyembah berhala malah begitu benci kepada berhala. Begitulah juga yang berlaku kepada pemuda al-Kahfi yang sanggup mempertahankan iman walau pun terpaksa berdepan dengan cabaran. 

Suasana jahiliah moden pada hari ini menuntut kesungguhan dan istiqamah ibubapa dalam mendidik anak-anak agar tidak terpesong dengan ajaran sesat dan terheret dengan budaya hidup yang bercanggah dengan agama termasuk pemikiran bahawa ikut agama amat menyusahkan, hiburan melampau sehingga terlibat pula dengan arak dan dadah, pakaian yang mendedah aurat serta pergaulan bebas yang membuka pintu zina dan pelbagai penyakit sosial yang lain.
Oleh itu sempena berada pada hari Jumaat yang mulia ini marilah kita sama-sama muhasabah menghitung diri tentang kita dan anak isteri kita. Adakah kita dan anak kita begitu jinak dengan masjid atau pun lebih seronok di tempat hiburan. Adakah kita dan anak kita lebih mengenali dan mencintai nabi Muhammad s.a.w, para sahabat, ulama’ daripada artis, ahli sukan dan lain-lain.
Adakah rumah kita lebih banyak kedengaran bacaan al-Quran atau dipenuhi bunyi nyanyian. Adakah di dalam jadual harian kita dan anak kita masa untuk belajar ilmu agama atau asyik melayan rancangan tv sahaja. Adakah rak di rumah kita dipenuhi buku agama atau komik dan majalah hiburan. Jika lebih banyak racun yang kita guna dalam kehidupan seharian maka semakin banyak penyakit yang bakal kita hidapi. Ibadat yang kita semai pahala dan keberkatan yang kita bakal tuai. Jika maksiat jadi cara hidup maka dosa dan bala Allah yang kita jemput.

Hargailah nikmat iman dan Islam yang merupakan nikmat terbesar yang dianugerahkan oleh Allah. Imam Syafie pernah berwasiat: “Iman mempunyai bentengnya bagi menghalang segala serangan yang cuba merobohkannya. Oleh itu, bagi menguatkan benteng iman, perlulah dibaja keimanan dengan 5 perkara iaitu:

 [1] yakin.
 [2] ikhlas.
 [3] mengerjakan amalan sunat.
[4] istiqamah beramal dan
 [5] bertatasusila ataupun berdisiplin dalam mengerjakan ibadah.”

Firman Allah dalam ayat 39-40 surah al-Hijr :
Maksudnya: Iblis berkata: ” Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada nabi Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka kesemuanya, (39) “Kecuali di antara zuriat-zuriat nabi Adam itu hamba-hambaMu yang dibersihkan dari sebarang syirik”.


Kisah ashabul Kahfi turut memberi pengajaran besar dalam masalah kepimpinan di mana pemimpin yang tunduk dan patuh kepada Allah sahaja yang mesti menjadi pilihan walau pun terpaksa menghadapi pelbagai tekanan dan penderitaan. Jangan akibat terhutang budi dengan bantuan yang sedikit menyebabkan kita lupa masalah penyelewengan, pecah amanah, rasuah yang begitu banyak. 

Adakah cerdik bila terlalu berterima kasih kepada pemimpin yang memberi wang yang memang milik kita sehingga terus menghalalkan salahguna terhadap hasil mahsul negara sehingga Negara bakal muflis jika penyelewengan ini terus dibiarkan berlaku. Kita jangan mudah tertipu termasuk dalam masalah kalimah Allah di mana pemimpin yang ada sekarang adalah dalang utama dalam menghalalkan Bible yang ada kalimah Allah untuk disebarkan dan digunapakai dengan menuduh orang lain membuatnya. Sampai bila kita mahu terus membaca masalah zina dan pembuangan bayi terus bertambah sedangkan pemimpin yang membuka banyak pintu zina termasuk lesen kelab malam dan hiburan melampau sehingga tidak cukup dengan artis dalam Negara maka dijemput pula artis luar Negara dengan belanja jutaan ringgit.

 Sampai bila kita mahu menonton peningkatan ketagihan arak dan judi sedangkan pemimpin seronok mengutip hasil cukai arak dan judi yang menjadi sumber pendapatan negara. Jangan hanya pandai menuding bahawa kerosakan berlaku kerana pemimpin yang memberi lesen kepada punca masalah sedangkan kita terus memilih pemimpin jenis  ini akibat terlalu gila dengan habuan yang sedikit sehingga agama diketepikan dalam pemilihan pemimpin. 

Oleh itu contohilah Ashabul Kahfi dalam memilih pemimpin sehingga apabila mereka kembali jaga daripada tidur, pemimpin dan masyarakat yang kufur telah diganti dengan pemimpin dan masyarakat yang beriman. Kita jangan terus tidur dalam jaga sehingga tertukar antara kepimpinan yang amanah dan adil yang taat kepada Allah dalam mengurus dunia berdasarkan agama dengan pemimpin yang mendakwa cinta kepada Islam sedangkan banyak tindakan dilakukan merugikan Islam dan umatnya.

 Memilih pemimpin yang banyak ingatkan Allah dan akhirat maka rakyat di bawah lebih banyak memikirkan kebahagiaan dunia akhirat. Memilih pemimpin yang cinta dunia maka rakyat di bawah lebih banyak membicarakan kesenangan dunia sehingga meminggirkan akhirat. Manusia mengikut agama pemimpin mereka. Bijak memilih pemimpin berdasarkan agama maka bahagia dunia akhirat. Bodoh dalam memilih pemimpin berdasarkan keseronokan dunia menyebabkan derita dunia akhirat.

Firman Allah dalam ayat 166-167 surah al-Baqarah :

إِMaksdnya : Ketika orang-orang yang diikuti (pemimpin) itu berlepas diri daripada  merekayang mengikutinya dan mereka melihat siksa dan (ketika) segala hubungan antara mereka terputus sama sekali. Dan berkatalah para pengikut :  Sekiranya kami dapat kembali (ke dunia) sudah pasti kami akan berlepas diri daripada mereka (pemimpin) sebagaimana mereka (pemimpin) berlepas diri daripada kami. Demikianlah Allah memperlihatkan kepada mereka amal perbuatan mereka yang menjadi kesesalan bagi mereka dan mereka tidak sekali-kali akan dikeluarkan daripada api neraka.”


Masjid Solatiah GR

http://picasion.com