Dikuasakan oleh Blogger.

About Me

Foto Saya
ipoh, perak
X KAGAT....?.

SMS ampang ipoh 24 /6/ 11

gif webcam

DI SMA Chemor 13/5/12

pictures to gif

Di SMA Chemor

animated gif maker

Guru Pendidikan Islam Ulu Kinta Jun 13

http://picasion.com/i/1VkmT/

20 Ogo 2010

MARI KITA MENGHIDUPKAN SUNNAH


“Makan sahurlah kerana sesungguhnya pada sahur itu terdapat berkah.” (HR. Bukhari dan Muslim)
Berikut adalah beberapa sunnah atau amalan-amalan yang dianjurkan ketika melakukan puasa. Semoga bermanfaat.
1. Melewatkan Sahur
Nabi kita shallallahu ‘alaihi wa sallam telah memerintahkan dan menganjurkan kepada orang yang hendak berpuasa agar makan sahur. Beliau shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
“Barangsiapa ingin berpuasa, maka hendaklah dia bersahur.” (HR. Ahmad. Dikatakan shohih oleh Syaikh Al Albani kerana memiliki banyak syawahid. Lihat Shohihul Jami’)
Nabi kita shallallahu ‘alaihi wa sallam memerintahkan demikian kerana di dalam sahur terdapat keberkahan.
Dari pembantu Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam –Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu- berkata bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
“Makan sahurlah kerana sesungguhnya pada sahur itu terdapat berkah.” (HR. Bukhari dan Muslim)
Keberkahan yang dimaksudkan di sini di antaranya adalah dengan makan sahur seseorang akan menjadi kuat berpuasa mulai daripada terbit fajar hingga matahari tenggelam. (Lihat Syarh Riyadhus Sholihin, 3/451, Darul Kutub Al ‘Ilmiyah)
Barokah lain juga adalah sebagai pembeza antara puasa Yahudi-Nashrani (Ahlul Kitab) dengan umat ini. Dari Amr bin ‘Ash radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
“Perbezaan antara puasa kita (umat Islam) dan puasa ahlul kitab terletak pada makan sahur.” (HR. Muslim).
Orang ahli kitab ketika berpuasa, mereka makan sahur sebelum pertengahan malam dan mereka tidak makan sahur sama sekali. Kaum muslimin diberi keutamaan dalam berpuasa iaitu diberi kemudahan untuk makan sahur.
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam juga melarang untuk meninggalkan sahur, di mana beliau shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
“Sahur adalah makanan yang penuh berkah. Oleh kerana itu, janganlah kalian meninggalkannya sekalipun hanya dengan minum seteguk air. Kerana sesungguhnya Allah dan para malaikat bershalawat kepada orang-orang yang makan sahur.” (HR. Ahmad. Dikatakan hasan oleh Syaikh Al Albani dalam Shohihul Jami’)
Dan sangat dianjurkan untuk mengakhirkan waktu sahur hingga menjelang fajar. Hal ini dapat dilihat dalam hadits Anas dari Zaid bin Tsabit bahawasanya beliau pernah makan sahur bersama Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, kemudian beliau shallallahu ‘alaihi wa sallam berdiri untuk menunaikan shalat. Kemudian Anas berkata,”Berapa lama jarak antara azan dan sahur kalian?” Kemudian Zaid berkata,”Sekitar 50 ayat”. (HR. al-Bukhari dan Muslim)
2. Menyegerakan berbuka
Menyegerakan berbuka akan mendatangkan kebaikan. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
“Manusia akan sentiasa berada dalam kebaikan selama mereka menyegerakan berbuka.” (HR. al-Bukhari dan Muslim)
Menyegerakan berbuka juga bererti seseorang konsisten dalam menjalankan sunnah Nabinya shallallahu ‘alaihi wa sallam. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
“Umatku akan sentiasa berada di atas sunnahku selama tidak menunggu munculnya bintang untuk berbuka puasa.” (HR. Ibnu Hibban dan Ibnu Khuzaimah. Dikatakan shohih oleh Syaikh Al Albani dalam Shohih Targib wa Tarhib).
Dan inilah yang ditiru oleh Syi’ah Rafidhah, mereka meniru Yahudi dan Nashrani dalam berbuka puasa iaitu baru berbuka ketika munculnya bintang. Semoga Allah melindungi kita dari kesesatan mereka. Nabi kita shallallahu ‘alaihi wa sallam biasa berbuka puasa sebelum menunaikan shalat maghrib dan bukanlah menunggu hingga shalat maghrib selesai dikerjakan.
Inilah contoh dan akhlaq dari suri tauladan kita shallallahu ‘alaihi wa sallam. Sebagaimana Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu berkata,
“Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam biasanya berbuka dengan ruthob (kurma basah) sebelum menunaikan shalat.
Jika tidak ada ruthob, maka beliau berbuka dengan tamr (kurma kering). Dan jika tidak ada yang demikian beliau berbuka dengan meminum air putih.” (HR. Abu Daud, dikatakan hasan shohih oleh Syaikh Al Albani dalam Shohih wa Dho’if Sunan Abu Daud). Hadits ini menunjukkan bahawa ketika berbuka dianjurkan berbuka dengan kurma (rothb atau tamr) sebagaimana yang beliau shallallahu ‘alaihi wa sallam lakukan.
3.Berdo’a ketika berbuka
Perlu diketahui bersama bahawa do’a ketika berbuka adalah salah satu do’a yang mustajab dan tidak akan ditolak. Maka berdo’alah dengan penuh keyakinan bahawa do’amu akan dikabulkan. Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
“Ada tiga orang yang do’anya tidak ditolak : [1] Pemimpin yang adil, [2] Orang yang berpuasa ketika dia berbuka, [3] Do’a orang yang terdzolimi.” (HR. at-Tirmidzi, Ibnu Hibban, dan Ibnu Majah. Dikatakan shohih oleh Syaikh Al Albani dalam Shohih wa Dho’if Sunan Tirmidzi)
Do’a ketika berbuka adalah sebagaimana hadits yang diriwayatkan oleh Ibnu Umar radhiyallahu ‘anhuma bahawa dulu Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam ketika berbuka beliau membaca :
“Dzahabadh dzoma’u wabtallatil ‘uruqu wa tsabatal ajru insya Allah (ertinya: Rasa haus telah hilang dan urat-urat telah basah, dan pahala telah ditetapkan insya Allah)” (HR. Abu Daud. Dikatakan hasan oleh Syaikh Al Albani dalam Shohih wa Dho’if Sunan Abi Daud)
4. Memberi makan orang berbuka
Para pembaca sekalian, beri makanlah kepada orang yang berpuasa kerana ini akan mendatangkan pahala dan kebaikan yang melimpah ruah. Lihatlah apa yang Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam sabdakan,
“Siapa memberi makan orang yang berpuasa, maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa tersebut, tanpa mengurangi pahala orang yang berpuasa itu sedikit pun juga.” (HR. at-Tirmidzi dan dikatakan shohih oleh Syaikh Al Albani dalam Shohih wa Dho’if Sunan Tirmidzi)
5. Memperbanyakkan ibadah di bulan Ramadhan
Di antara petunjuk Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam adalah memperbanyak pelbagai macam ibadah di bulan Ramadhan. Jibril ‘alaihis sallam biasa membacakan Al Qur’an kepada beliau shallallahu ‘alaihi wa sallam di bulan Ramadhan. Dan apabila Jibril menemui Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, terlihat bahawa beliau shallallahu ‘alaihi wa sallam adalah orang yang paling suka memberi bagaikan hembusan angin. Beliau shallallahu ‘alaihi wa sallam adalah sebaik-baik manusia yang paling banyak bersedekah, berbuat ihsan (kebaikan), membaca Al Qur’an, shalat, dzikir dan i’tikaf.

17 Ogo 2010

KELEBJHAN BERLAPAR


RAMAI yang menyatakan ketika di bulan Ramadan, kita perlu balik awal dan kurang bekerja kerana tanpa makanan, kita mempunyai tenaga yang kurang untuk melakukan pekerjaan.
Tambahan lagi, ramai yang tidak menyedari bahawa berlapar mempunyai banyak faedah selain merehatkan sistem penghadaman kita selama sebulan. Di dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w. pernah bersabda,

“Tiada suatu kejahatan yang dilakukan oleh anak Adam melainkan memenuhi perutnya dengan makanan. Dan memadailah dengan anak Adam itu makan makanan yang sedemikian sekadar mendirikan tulang belakang bagi mendirikan solat. Sekiranya ia tidak dapat untuk melakukan kehendak tersebut (makan makanan yang sedikit), maka hendaklah ia membahagikan perutnya itu kepada tiga bahagian:

sebahagian untuk makanan, sebahagian untuk minuman dan sebahagian lagi untuk nafasnya. (Diriwayatkan oleh At-Tarmizi).
Hadis ini merupakan suatu kaedah yang unik dan tersendiri oleh Rasulullah bahawa Baginda menjelaskan segala jenis ‘kejahatan’ adalah berpunca daripada makanan.

Maka disuruh umatnya agar makan sedikit sahaja, cukup sekadar untuk memberikan tenaga agar dapat mendirikan solat.
Uniknya, seruan Rasulullah ini bukan disarankan semata-mata ketika di bulan Ramadan, ia adalah seruan yang merentasi sepanjang tahun. Jika kita dapat membiasakan diri untuk berbuat sedemikian, maka pada bulan Ramadan, perut kita telah dilatih dan tidak terperanjat kerana tiba-tiba kita memberhentikan corak pemakanan kita seharian.Itulah sebabnya ramai masyarakat yang berpuasa merasakan letih. Ia berpunca daripada kelemahan kita melatih diri untuk mengawal nafsu sepanjang tahun.
Berapa ramaikah manusia di dunia pada masa anda membaca artikel ini berada dalam keadaan lapar?

Di Darfur, Somalia, mangsa gempa bumi, mangsa peperangan, mangsa wabak penyakit, mangsa banjir, dan juga mangsa hutan terbakar di luar negara, ramai berada dalam keadaan lapar dan dahaga yang ekstrem sedangkan kita di sini merungut kerana terdapat terlalu banyak pilihan untuk berbuka puasa.
Berlapar menyebabkan kita insaf dengan kemewahan dan kesenangan yang telah dikurniakan Allah kepada kita selama ini.

Berlapar mengajar kita untuk bersifat sederhana dari segi perlakuan kita. Orang yang sentiasa membiasakan dirinya berada dalam keadaan lapar dan membanyakkan dirinya bertafakur ke atas nikmat Allah mempunyai banyak kelebihannya seperti yang digambarkan oleh Rasulullah di dalam sebuah hadis yang bermaksud:
“Sesungguhnya Allah menceritakan kepada malaikat dengan kemegahan mengenai hamba-hambanya yang kurang makan dan minum di dunia dengan kata-Nya kepada para malaikat:

Lihatlah kepada hamba-Ku yang aku berikan makanan dan minuman. Maka mereka meninggalkan kedua-duanya kerana Aku. Bersaksilah wahai malaikat, segala makanan yang ditinggalkan akan aku gantikan makanan ini beberapa darjat dalam syurga.”
Sesungguhnya kehidupan kita di bumi bertuah ini menyebabkan kita sering terlupa akan bahayanya makan secara berlebihan dan sentiasa dalam keadaan kenyang. Ini kerana banyak makan menyebabkan hati kita mati. Makan banyak juga menyebabkan kita lambat bertindak daripada segi amalan, penerimaan ilmu, membuat keputusan dan lain-lain perbuatan.

7 Ogo 2010

KENAPA SUKA BERTANGGUH ?..


Kenapa ramai dari kita suka bertangguh?
Sebab utama ada 2:
1. Takut
2. Malas
Takut melakukan sesuatu, takut buat silap, takut pada sesuatu yang kurang pasti bahkan takut apa yang orang akan cakap nanti. Dari kajian saya dan setelah memuhasabah diri sendiri, saya simpulkan takut adalah sebab paling utama kenapa ramai orang suka bertangguh atau suka menangguh-nangguh sesuatu.
Jangankan bertangguh dalam perbuatan, kekadang kita juga suka bertangguh dalam perkataan, iaitu ketika kita sedang berkata-kata. Ada sesuatu yang kita nak ucapkan pada seseorang, tapi kita tunggu dulu saat yang sesuai.
Hakikatnya, kita bukan sekadar tungguh masa yang sesuai tapi kita sebenarnya takut untuk mengucapkan apa yang kita nak ucap sebab kita takut dikritik, takut tersalah cakap, takut tergagap, takut tak konpiden, takut kena kasi ketawa, bahkan takut cakapan kita yang tergagap-gagap (sebab gugup) tu diceritakan pada orang lain sebagai modal berbicara. Mesti kita bertambah malu.
Untuk mengubah sikap suka bertangguh, mengaku saja pada diri sendiri yang Anda suka bertangguh.Tu yang pertama.
Kedua, terima bertangguh-tangguh ni sebagai sikap Anda, be realistik dan jangan cuba menidakkannya. Dah terima, tekadlah mengubahnya.
Langkah selepas itu, beranikan diri, kawal diri Anda sepenuhnya, kawal kata-kata Anda yang Anda ucapkan, kawal fikiran Anda, beranikan diri mendepani apa saja yang akan berlaku.
Barulah kita boleh mengawal diri kita dari asyik bertangguh-tangguh.
Langkah asas untuk mengelak sikap suka bertangguh – beranikan diri. Beranikan diri terus membuat apa yang dibuat, beranikan diri mendepai apa jua kesilapan yang akan berlaku nanti.
Sebab kedua kenapa kita bertangguh – malas.
Kita tak boleh lawan malas tapi kita boleh latih diri sendiri untuk menjadi rajin. Jika kita lawan sikap malas, kita akan semakin terdorong untuk jadi malas bahkan kita akan bertambah-tambah jadi malas hingga kita suka bertangguh.
Cemana nak jadi rajin? Sediakan senarai apa yang nak dibuat.
Cari sesuatu yang boleh dikerjakan pastu buat. Orang yang malas adalah orang yang tak ada matlamat. Itu samalah dengan tak ada senarai apa yang nak dibuat, boleh dikatakan tak ada target.
Kita akan mula dapat mengawal sikap bertangguh ni apabila kita anggap apa yang kita buat tu perkara yang penting. Oleh sebab ia penting, Anda kena buat sekarang atau menulisnya di reminder supaya anda senang nak ingat nanti kerana Anda sedang melakukan sesuatu yang juga Anda anggap penting.
Kuncinya adalah: anggap perkara tu penting, letak sebagai reminder.
Sekarang Anda sudah ada 'senarai' sendiri. Itu maknanya, Anda melatih diri sendiri jadi orang bermatlamat yang dapat melatih Anda mengawal sikap suka bertangguh.

1 Ogo 2010

SENTIASALAH DALAM KHUSNUL KHATIMAH


Ada realiti penting yang harus ditanamkan dalam jiwa dengan kuat, sekuat gunung yang menjulang. iaitu barangsiapa memanfaatkan detik-detik umurnya dalam ketaatan kepada Rabb-nya dan menggunakan hitungan usianya yang terbatas dalam perkara-perkara yang diridhai oleh Rabb dan Penciptanya, niscaya Allah akan memberinya keteguhan dan khusnul khatimah pada saat kematian. Ini tidaklah aneh. Karena barangsiapa menjaga Allah subhanahu wa ta'ala dalam suka, maka Dia akan menjaga dan memeliharanya pada saat duka dan susah, dan saat-saat duka paling besar adalah saat-saat menjelang kematian. Apabila Anda ingin bukti nyata tentang hakikat besar ini, maka bacalah contoh-contoh yang cemerlang dan bentuk-bentuk yang gemilang dari akhir kehidupan orang-orang yang baik lagi bertakwa.
Al-Jariri berkata, “Saya berada di kepala Junaid ketika menjelang kematiannya. Pada saat itu, dia sedang membaca Al-Quran dan saya berkata kepadanya, “Kasihanilah dirimu.” (Yakni, jangan engkau memberatkan dirimu dengan membaca Al-Quran pada saat ajal menjemput). Dia menjawab, “Apakah ada orang yang lebih  baik dan boleh memberi pahala dariku pada saat seperti ini, dan inilah diriku. Buku catatan amalku hampir ditutup.” Al-Jariri berkata, “Junaid telah mengkhatamkan Al-Quran, dia kemudian memulai lagi dengan surat Al-Baqarah dan telah membaca tujuh puluh ayat, kemudian dia wafat.” (Thabaqat Asy-Syafi’iyyah, As-Subki, juz 4). Betapa mulia akhir hidupnya. Betapa indah penghujung hidup seorang hamba shalih yang menjaga waktunya untuk ketaatan kepada Tuhannya.
Seorang hamba shalih, Amir bin Abdul Qais rahimahullah sedang dalam keadaan sakit yang dekat dengan kematian. Kesulitan-kesulitan dan sakaratul maut-pun telah turun kepadanya. Lalu dia mendengar adzan sholat Maghrib, maka Amir memiinta orang-orang yang berada di sekelilingnya untuk membawa ke masjid agar dapat meaksanakan sholat berjamaah. Ketika dia sholat di belakang imam dan bersujud pada rakaat pertama, Allah memanggilnya, sementara dia dalam keadaan sujud. Berbahagialah hamba yang shalih ini. Ia wafat dalam keadaan bersujud kepada Allah. Maka pada hari Kiamat dia dibangkitkan dalam keadaan sujud kepada Allah Ta’ala.
Ibnul Ammad Al-Hambali menyebutkan, bahwa Imam Ibnu Qudamah Al-Maqdisi rahimahullah adalah orang yang selalu memperbanyak zikir kepada Allah Ta’ala. Hingga dia meninggal dalam keadaan bertasbih yang dia hitung dengan jarinya. Benar, meraka adalah para pemimpin kebaikan. Maka mereka mendapatkan balasan kebaikan, bahkan lebih.
Imam Abu Ishak An-Naisaburi rahimahullah sedang menghadapi ajalnya. Sepanjang hari itu dia berpuasa. Dia berkata kepada anaknya, “Buka kelambu,” kemudian dia berkata lagi, “Saya haus.” Lalu anaknya membawakan air untuknya. Abu Ishak berkata, “Apakah matahari telah terbenam?” Anaknya menjawab, “Belum.” Maka Abu Ishak mengembalikan air tersebut, lalu dia berkata, “Untuk seperti inilah hendaknya orang-orang beramal.” Kemudian ruhnya pergi kepada Tuhannya.
Saudaraku, inilah akhir hidup orang-orang shalih yang menjaga waktu mereka. Apakah Anda tidak merindukan akhir hidup seperti mereka? Jika ya, maka maksimalkanlah usia Anda dan bersegeralah melaksanakan ketaatan. Karana, barangsiapa berjalan di jalan yang benar semestinya dan  niscaya dia akan sampai di tujuan dan barangsiapa bersungguh-sungguh, niscaya ia akan berhasil.

Masjid Solatiah GR

http://picasion.com