1. Bersyukur, bersyukur, bersyukur.
Bersyukurlah
sebab Anda masih diberi peluang untuk meneruskan hidup, Anda masih ada
kesempatan untuk melakukan yang terbaik hari ini, lebih baik dari yang
kelmarin.
2. Tekad Bermotivasi.
Pasang
niat dalam hati yang Anda mahu jadi bersemangat sepenuhnya. Ambil
beberapa artikel-artikel motivasi pendek dan baca dalam seminit dua. Di
waktu awal pagi, jangan buka email, baca newspaper, baca gosip-gosip
mahupun join sesi mengumpat bersama kawan-kawan. Sebab, ia menerbitkan
energi negatif lalu menghalang Anda dari bermotivasi sepanjang hari.
3. Dekatkan Diri Dengan Sesi Motivasi.
Ikuti
sesi-sesi motivasi di media, misalnya Motivasi Pagi di TV3 dan
sebagainya. Luangkan masa 3-5 minit memberi motivasi pada diri sendiri
melalui sesi-sesi motivasi pendek ni. Motivasi harus dijaga, sebab
kalau tak di jaga Anda ia mudah turun. Kesannya, Anda jadi tak
bersemangat, lemah longlai dan lemas.
4. Dalam Apa Jua Yang Anda Buat, Mulakan Dengan Bismillah.
Bila
Anda start punch card nak masuk kerja, baca Bismillah, moga Anda
dijauhkan dari bisikan syaitan yang membuat Anda lalai, mengantuk, macam
tak cukup „cas betri. saja.
Andai
kata Anda seorang pelajar, start nak masuk kelas, duduk di kerusi Anda
dan start nak bukak buku, mulakan semuanya dengan Bismillah. Moga apa
jua yang Anda lakukan mendapat keberkatan. Masuk aje kelas, pasang niat
Anda mahu menuntut ilmu. Bila istiqamah melakukannya, Anda punya
peluang cerah untuk menjadi cemerlang!
5. Set Target Kemajuan Diri Sendiri
Ini
juga kurang dititikberatkan. Bila dah keluar rumah sama ada ke kelas
atau ke tempat kerja, kita tak tahu apa yang kita nak capai hari tu.
Betul tak? Kita hanya nak sampai di sana, bekerja (atau menghadiri
kelas) lepas tu nanti petang balik rumah, berehat, makan, minum, pastu
tidur. Esok pagi, bangun dan perkara sama berulang lagi. Hidup Anda
bagai dalam 1 bulatan, situ-situ saja. Mulai hari ini, ubah sikap Anda.
Set target apa yang Anda mahu capai, lagi best setkan untuk setiap hari.
Andai
Anda seorang pelajar, set target berapa bab yang Anda nak ulangkaji,
berapa buah buku yang Anda nak baca dalam minggu ni, berapa soklan Anda
nak tanya dengan lecturer Anda nanti.
Andai
Anda seorang usahawan, set target berapa jualan yang Anda nak capai
hari ini dan berapa keuntungan yang Anda nak dapat hasil dari bisnes
Anda. Set juga apa yang Anda nak pelajari hari ni dalam bidang bisnes
Anda.
Andai
Anda seorang pekerja, set berapa tugas yang Anda nak siapkan dan set
limit masa untuk Anda menyiapkan segalanya. Kecekapan seorang pekerja di
nilai dari kepantasan, ketepatan dan kekemasan.
6. Lihat Warna Cerah
Warna
boleh mempengaruhi mood. Warna cerah membuat kita jadi energetik, ceria
dan penuh dengan idea. Setiap hari, lihat warna-warna yang cerah
seperti kuning, merah, biru dan hijau. Cara ni saya dah test sendiri,
berkesan sungguh!
Dekatkan diri dengan benda-benda berwarna cerah sebab ia mampu merubah mood Anda menjadi positif.
7. Penuhkan Hati Dengan Kemaafan
Lepaskan
segala yang dulu-dulu. Maafkan orang diwaktu pagi, maafkan kesalahan
semuanya dari dulu sampai sekarang. Lepaskan dendam, rasa tak puas
hati, geram, sakit hati dan yang sewaktu dengannya.
Andai
emosi-emosi negatif ni bersarang di hati (walaupun sedikit) ia
menghalang motivasi. Kesannya, Anda jadi orang yang tak bersemangat
langsung. Lebih teruk, Anda jadi orang yang berfikiran negatif, hanya
nampak yang negatif dalam diri setiap orang, setiap situasi dan setiap
benda.
Anda mesti berubah untuk kemajuan diri. Berani
Berubah Untuk Kecemerlangan Hidup! “Peluang yang besar itu datang
secara tiba-tiba, datang tidak menentu masa, datang di saat kita
kesempitan atau kesusahan. Nilailah peluang yang besar itu dengan
bijaksana. Rebutlah peluang yang besar itu kerana peluang yang besar itu
boleh berlalu dengan secara tiba-tiba. Jangan jadikan seribu alasan
untuk tidak merebut peluang yang besar itu.” - Prof. Dr. Hamka
Renung-renung, fikir-fikir dan muhasabah diri.....