Ramai di kalangan masyarakat Islam yang memiliki sijil yang tinggi, tapi malangnya mereka pasif dalam hal yang mereka sendiri anuti. Akibat dari kesempitan fahaman tadi, akhirnya muncullah ISU baru yang mengelirukan. Di antaranya (mereka mengatakan) bermake-up dibolehkan. Isu tersebut cuba diterapkan dalam masyarakat dan cuba dikemukakan bersandarkan kepada alasan-alasan dan fakta-fakta berikut:
1. Bermake-up hanyalah dosa kecil
2. Ianya merupakan simbol ketamadunan
3. Tidak sanggup menentang suasana dan keadaan masyarakat sekeliling
4. Faktor utama untuk segera ke jinjang pelamin
5. Ta’at kepada suruhan suami
6. Umur sudah tua, tiada sambutan orang yang melihat
7. Muka dan rupa yang cantik
Idea yang tersebut, semuanya tidak berasas, malahan lahir dari emosi dan dorongan hawa nafsu semata-mata.Generasi terpelajar memang mampu untuk berdialog. Mereka banyak buah fikiran, banyak maklumat, sanggup pula berhadapan dengan masyarakat, samada masyarakat bawahan atau atasan. Tapi sayang, pertahanan mereka hanya berteraskan hawa nafsu. Mereka mahu menegakkan benang yang basah. Sikap mereka ini tak ubah seperti sikap orang-orang kafir sepertimana yang terdapat di dalam firman Allah yang bermaksud:
“……..tetapi orang-orang yang kafir membantah dengan yang batil yang sedemikian mereka dapat melenyapkan yang hak, dan mereka menganggap ayat-ayatKu dan peringatan peringatan terhadap
mereka sebagai olok-olokan” (al-Kahfi: 56).
mereka sebagai olok-olokan” (al-Kahfi: 56).
Jika benar golongan ini benar-benar terpelajar serta faham segala suruhan Allah dan RasulNya, maka jadilah diri kamu semua sebagai cemin tempat masyarakat mendapat panduan. Mudahan-mudahan teladan ini semua dapat dijadikan contoh, sekurang-kurangnya untuk kaum sejenis kamu. Sekiranya kamu semua telah menghayati suruhan Islam dengan terperinci,masyarakat akan terjamin dari sebarang fitnah, hidup masyarakat aman damai, negara juga akan rturut menjadi makmur. Memang benar, kaum wanita laksana srikandi negara.
Jika mereka siuman, makmurlah negara, andaikata mereka runtuh, hancurlah negara. Persaingan idea sudah menjadi lumrah insan, tetapi dalam soal pokok atau dasar (prinsip) jangan pula berbalah. Umpamanya ada terdapat di kalangan kaum bijakpandai yang melahirkan kepura-puraan yang seakan-akan diterima fikiran sama sekali tidak berasas. Seperti kata mereka, “bermake-up, di samping itu kita juga tunaikan ibadat yang disuruh seperti sembahyang, berpuasa di bulan Ramadhan, bersedekah, mengerjakan haji dan lain-lain lagi. Hasil dari semua ini,tentu terhapus semua dosa-dosa kecil”.
Jika benar sebagaimana yang didakwakan mereka, sekarang mari kita berdiskusi. Sudah berapa kali kita bermake-up di waktu keluar dari rumah. Sudah banyak bukan!!?? Dan sekarang juga masih berpura-pura. Cuba kita semak kembali dan hitung dengan teliti. Berapa banyak kesalahan seperti ini yang kita telah lakukan. Jawapannya juga banyak. Natijah dari kesalahan yang banyak, tentu dosanya juga banyak. Malahan kamu meringan-ringankan suruhan Allah itu juga merupakan seuatau kesalahan yang besar.
Harus diingatkan, orang-orang yang benar beriman dan bertaqwa kepada Allah, tak mungkin mengabai-abaikan segala suruhan dan perintahNya. Rasul s.a.w ada bersabda yang bermaksud: “Seorang mukmin terasa amat-amat berat dosanya laksana seberat bukit yang akan terhempas di atas kepalanya. Sebaliknya seorang munafik merasai dosa itu ringan, seringan seekor lalat yang hinggap di muka, sebelum ditampar sudah terbang”.
Sekian lama sudah kita meraba di dalam kegelapan, banyak pula onak dan duri kita rasai. Ayuh! Pintu taubat masih terbuka untuk siapa saja. Sekarang mari kira sama-sama bertaubat dan berjanji tidak akan mengulangi kembali dosa yang pernah kita lakukan. Mudah-mudahan dengan berbuat demikian, Allah s.w.t menerima setiap amalan kebaikan, terhapuslah pula dosa kesalahan. Untuk angkatan tersebut, Allah telah berfirman yang bermaksud:
“……kecuali orangorang yang bertaubat, beriman dan mengerjakan amalan soleh, maka mereka itu, kejahatan mereka digantikan Allah dengan kebajikan. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyanyang” (al-Kahfi: 56).
Wahai wanita-wanita Islam,tidak usahlah kamu semua membazirkan wang yang banyak untuk membeli alat-alat solek. Kemudian menghabiskan masa pula di hadapan cermin. Jika kamu juga berbuat demikian, sudah pasti kamu cuai terhadap sembahyang dan ibadat-ibadat yang lain. Jangan kamu jadikan diri kamu seperti kebanyakan manusia, sanggup membeli neraka walaupun dengan harga yang paling maksima, tetapi malangnya, tidak terdaya membeli syurga sedangkan harga syurga paling minima. Semua amalan kebaikan tiada bererti jika di samping kebaikan, kejahatan dan kemungkaran masih dikekalkan. Minyak dan air tidak pernah bercantum.
Allah memberi penjelasanNya di dalam firmanNya yang bermaksud:
“…..sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari melakukan perkara-perkara yang keji dan kemungkaran….” (al-‘Ankabut: 45).
Rasul s.a.w pula ada bersabda yang bermaksud:
“Andaikata sembahyang seseorang kamu tidak dapat menghalang nafsu dari melakukan kemungkaran, maka sudah tidak memberi erti sembahyang yang dikerjakan itu”
Begitu juga dengan amalan-amalan yang lain seperti puasa dan sebagainya.Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud:
“Sesiapa yang tidak meninggalkan percakapan keji dan beramal pula dengan kekejian itu bukanlah Allah berhajat (untuk mendapatkan sesuatu) dari puasa seseorang kamu itu hanya meninggalkan makan dan minum (di waktu siang hari sahaja)”.
Terhadap golongan yang mendakwa bahawa setiap amalan baik boleh menghapuskan dosa kecil, memanglah benar. Tetapi jika kamu bertaubat dan merasa kesal terhadap sikap kamu yang lepas serta berjanji tidak akan mengulangi kembali, sedangkan kamu masih bersikap angkuh dan tidak mahu meninggalkan perkerjaan yang salah itu, ingatlah, amalan yang salah juga dapat mengjhilangkan pahala kebajikan. Ini telah dijelaskan oleh Allah s.w.t di dalam firmanNya yang bermaksud: “Hai orang-orang yang beriman, ta’atilah Allah dan RasulNya dan jangan kamu merosakkan pahala amalan kamu” (Muhammad: 33)
Benarlah apa yang dikatakan, setiap yang memiliki sertifikat masih ada yang jahil, iaitu mereka yang tidak mendapat hidayat dari Allah s.w.t.
Dalam kurun kedua puluh ini, pembangunan material berkembang dengan pesat. Boleh dikatakan harta benda adalah dacing timbangan manusia. Bagi golongan yang memliki keistimewaan tersebut, mereka membuat berbagai-bagai alasan, di mana lain mereka berkata dengan bangga, “Bermake-up juga adalah satu aspek yang perlu di zaman moden ini. Make-up adalah simbol ketamadunan di bidang pelajaran dan pembangunan. Wanita-wanita yang masih bertudung dan berpakaian menutup ‘aurat tidak sesuai lagi di zaman moden ini. Pakaian tersebut adalah lambang zaman primitif dan kolot”.
Tuduhan begini rupa adalah di luar kebenaran. Wanita-wanita Islam yang berpakaian menutup ‘aurat adalah wanita-wanita yang memahami ajaran Islam. Mereka bukan anti ketamadunan atau pro kepada zaman primitif seperti uang disangkakan, malahan inilah simbol keta’atan mereka terhadap suruhan Allah ‘Azzawajalla.
Jelas bagi kita, pesolek sebenarnya tidak mempunyai sifat malu. Sebagai bukti, kembali kita kepada masyarakat di zaman silam. Bukankah manusia di zaman itu berpakaian separuh bogel…? Kaum wanitanya pula mengambil bulubulu binatang dan ukiran-ukiran kayu untuk dijadikan bahan-bahan solek. Sisasisa
kaum ini masih kedapatan lagi hingga sekarang. Andainya wanita kota berpakaian separuh bogel serta menggunakan alat make-up, di manakah pula jurang perbezaan di antara wanita-wanita kota dengan wanita-wanita primitif yang masih tinggal di hutan? Pelan pakaian pada hemat saya adalah sama, cuma perbezaannya dari segi teknik dan fesyennya sahaja. Dari fakta-fakta ini semua, jelaslah bagi kita bahawa tuduhan yang dilemparkan kepada mukminat yang menghayati Islam, sama sekali tidak berasas. Ibarat kata “meludah ke langit, timpa batang hidung sendiri”.
Kebanyakan wanita sekarang menganggap bahawa setiap yang diimport dari Barat, semuanya moden dan bertamadun. Lantas mereka menerima kesemuanya, walaupun perkara itu bercanggah dengan ajaran Islam yang murni tanpa mengkaji terlebih dahulu dengan panjang lebar. Tetapi kalau sesuatu perkara itu suruhan Allah, mereka merasakannya terlalu berat dan cuba menghabiskan masa denga berdialog dan sebagainya. Natijah ini semua, mereka sanggup berkata, “Kami tahu suruhan tersebut, tetapi kami tak sanggup menghadapi suasana sekeliling. Kemungkinan bertudung dan berpakaian menutup ‘aurat kami menjadi sasaran ejekan teman-teman, lagi pun cuaca bukankah panas…?”. Ke atas golongan ini, Allah telah berfirman yang bermaksud:
“Katakanlah, api neraka jahanam itu lebih panas jika mereka mengetahui” (al-Taubah: 81).
Duhai pemudi-pemudi Islam! Kenapa kamu sanggup menjadi pengikut yang pasif – pengikut yang memihak kepada majoriti semata-mata – tanpa menilai kebenaran dan kualiti. Harus kamu ingat, tidak pasti setiap kebenaran berada di pihak yang banyak.
Sebenarnya kamu telah ditipu oleh ketamadunan yang palsu. Lantaran kamu kurang pengetahuan agama dan lemah keimanan, sikap dan mental tidak seperti pelampung di permukaan air. Andainya angin menghembuskan ke Barat, ke Baratlah dia, jika angin ke Timur, ke Timurlah dia. Tetapi jika seorang yang
keimanannya kukuh biarpun yang datang ribut taufan namun berganjak tidak sekali. Terhadap mereka yang berkiblatkan Barat, bertuhankan harta benda (material) ingin disarankan di sini maksud-maksud Hadith Rasulullah s.a.w khasnya untuk mereka yang lalai sebagai pengajaran:
1. Siapa yang cintakan sesuatau bangsa, nescaya dia juga bersama-sama mereka di hari Mahsyar kelak.
2. Siapa yang mengikuti dan menyerupai sesuatu golongan manusia, bererti dia juga termasuk golongan itu.
3. Janganlah kamu hanya menjadi pengikut seperti berkata, “Saya memihak kepada golongan ini, jika mereka baik, saya juga tumpang mendpat kebaikan tersebut; jika mereka salah, saya juga bersalah”.
Jangan bersikap demikian, malahan pastikan diri kamu di pihak golongan yang benar. Jika mereka melakukan kesalahan juga, kamu mesti menjauhi mereka.
4. Masih ada di kalangan umatku yang berdiri di atas kebenaran. Mereka ini tak mungkin diperkotak-katikkan oleh suasana masa dan keadaan hingga dibangkitkan di akhirat kelak.
Oleh: Ustazah Ni’mat Sidqi