Berdasarkan kemampuan manusia menggunakan ilmu pengetahuan dan akal boleh menjadikan dirinya kaya raya, maka Rasulullah SAW merasa yakin ke atas umatnya dan baginda bimbang di atas pengaruh kekayaan terhadap manusia. Ramai orang yang berkemampuan menghadapi kemelesetan hidup tetapi ada juga golongan yang kaya raya terjerumus kepada kufur nikmat malah menjadi hamba dunia, asyik menghimpun harta kekayaan tanpa mengimfaqkan untuk akhirat. Banyak contoh tentang manusia dahulu kala yang tidak tahu mensyukuri nikmat Allah SWT seperti Qarun dan Tha'labah yang akhirnya mati dengan laknat Allah SWT. Mereka bersusah payah mengumpul harta tetapi harta mereka tidak boleh menyelamatkan mereka daripada bahaya api neraka Allah. Inilah contoh yang terbaik sebagai panduan kita bersama.
Seorang sahabat bernama Abu Zar al-Ghiffari meriwayatkan bahawa suatu hari Rasulullah SAW melihat Abu Zar masuk ke dalam masjid, tiba-tiba Rasullah SAW bersabda:
"Sesungguhnya amat rugilah orang itu. Perkataan itu diulang-ulang beberapa kali, siapakah orang yang rugi itu ya Rasulullah, lalu Rasulullah SAW menjawab orang yang rugi ialah orang yang bersusah menghimpunkan harta, tetapi dia tidak membelanjakan ke jalan Allah. Mereka rugi kerana walaupun dia banyak harta tetapi miskin dengan amal kebajikan".
Apahkah ertinya menghimpun harta kekayaan itu? Apabila mereka menghimpunkan harta, maka harta mereka akan dimiliki oleh waris-warisnya setelah dimasukkan ke kubur dalam keadaan miskin kerena harta itu tidak diimfaqkan ke jalan Allah dan warisnya juga tidak berbuat demikian. Sedangkan roh seseorang yang berada di alam kubur sangat berhajat kepada keperluan amal ganjaran di atas dunia dahulu, tetapi sayang sikapnya yang membuatnya miskin dalam kubur, walaupun dia meninggalkan wang berjuta-juta. Sesungguhnya Allah SWT mencipta dua orang malaikat yang ditugaskan setiap hari berdoa kepada orang pemurah dan bakhil seperti sabda Nabi SAW. Malaikat itu memohon doa kepada Allah SWT yang bermaksud:
"Ya Allah! aku memohon kepadamu agar engkau gantikan harta orang sedekah itu semata-mata keranamu Ya Allah dan Ya Allah binasakanlah jalan-jalan mereka yang bakhil akan hartanya".
Oleh itu orang-orang yang mendermakan dan membelanjakan harta mereka tidak akan papa kedana, sebaliknya orang-orang yang bakhil itu walaupun banyak kekayaan atas dunia tetapi mesti dalam kubur.