Daripada Abi Barzah Nazlah bin Abdul AlAslami RN berkata: Nabi SAW bersabda: Belum berganjak lagi kedua kaki seseorang hamba (dihadapan Allah SNW pada hari qiamat) sehingga lebih dahulu ia akan ditanya tentang umurnya untuk apa dihabiskan dan akan ditanya tentang ilmunya untuk apa ia melakukanya dan akan ditanya tentang harta daripada mana ia diperolehi dan untuk apa dibelanjakannya dan tentang tubuh badanya untuk apa ia di gunakan (Hadis Riwayat Tarmizi)
Apabila manusia berada di Mahsyar nanti, sebelum memasuki syurga atau neraka, semua manusia akan disoal dihadapan Allah SNW. Semua soalan itu mesti dijawab dengan jawapan yang baik dan benar belaka.Pada hari itu semua akan berkata benar dan tidak seorang pun yang berani berbohong dengan Allah. Jika mulut cubu berbohong, maka Allah akan mengucinya dan seluruh anggota lain akan bercakap sebagai saksi dan mengaku atas apa yang pernah dilakukan diatas dunia dahulu. Firman Allah dalam surah Yasin ayat 65 yang bermaksud:
"Pada hari itu kami tutup mulut mereka dan bercakap kepada kami tangan2 mereka dan bersaksi dihadapan kami kaki2 mereka diatas apa yang mereka lakukan didunia dahulu."
Marilah fikir sejenak dan renung sedalam-dalamnya, sudahkan kita menghitung diri kita sendiri, banyak manakah amalan kita, selepas ini kita hendak kemana sebelum sampai ajal dan Allah menghitung segala amalan kita. Tepuk dada tanya iman.....