Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW telah bersabda, 
“Sebahagian 
daripada al-Qur’an ada satu surah yang jumlah ayatnya tiga 
puluh ayat semuanya, surah ini dapat memberikan pertolongan kepada orang
 yang membacanya sehingga diampunkan segala dosa-dosanya, surah itu 
ialah “al-Mulk”.
  (Hadith Riwayat Abu Daud dan at-Tirmizi katanya bahawa hadith hasan)
Huraian Hadith: 
- Hadith ini menunjukkan kelebihan surah “Tabaraka”. Orang yang sentiasa mengamalkan membaca surah “al-Mulk” sehingga akhir surah akan diampunkan oleh Allah SWT segala dosanya. Kerana itu surah ini sangat wajar dihafaz dan dibaca setiap hari.
- Al-Qur’an yang diturunkan oleh Allah SWT mempunyai berbagai-bagai faedah dan rahmat kepada orang yang membacanya dan mengamalkannya seperti penawar kepada penyakit tertentu dan lain-lain.
 
  Sumber : Kitab Riyadhus Salihin

 
 











