Daripada Ali RA bahawa Nabi SAW datang ke tempatnya dan Fatimah pada
waktu malam, lalu Baginda bersabda : (Apakah kamu tidak menunaikan
sembahyang?).(Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Huraian Hadith:
a. Masa yang digalakkan oleh Islam agar seseorang mengamalkan
sembahyang-sembahyang sunat adalah pada waktu malam, kerana ia mempunyai
kelebihan tertentu.
b. Orang yang menunaikan sembahyang sunat di waktu tengah malam akan
diberi ganjaran pahala yang berganda-ganda oleh Allah SWT disebabkan
usaha mereka yang kuat itu.
Sumber : Kitab Riyadhus Salihin