Hari
Kiamat merupakan Hari Pengakhiran bagi semua makhluk di atas muka “Dan sesungguhnya hari kiamat itu pastiakan datang, tidak ada keraguan padanya…”
bumi ini:
Hari kiamat merupakan hari di mana semua manusia dihimpunkan dari
seawal-awal kelahiran iaitu manusia semenjak zaman Nabi Adam dan Hawa
hinggalah kepada manusia yang paling akhir sekali dijadikan
dandimatikan oleh Allah. Pada hari itu juga manusia dihisab amalannya,
Hari Kiamat adalah sesuatu perkara yang benar sebagaimana benarnya
bahawa setiap manusia akan mati. Al-Quran banyak menyebut tentang
Kiamat itu sebagaimana yang disebut dalam surah al-Hajj:7 bermaksud:
bumi ini:
Dalam ayat lain Allah berfirman: “Dan
tidaklah kami ciptakan langit dan bumi serta apa yang ada pada
keduanya, melainkan denganbenar, dan sesungguhnya kiamat itu pasti akan
datang, maka maafkanlah mereka dengan cara yang baik” (al-Hijr:85)
Remaja
semua, mari kita fikir sejenak tentang tanda-tanda kecil menunjukkan
hampirnya kiamat berdasarkan hadis sahih Nabi s.a.w dengan melihat
realiti hidup kita sertakejadian berlaku pada manusia ketika ini.
AntaraTanda-Tanda Kecil KiamatBerdasarkan Hadis:
a. Penaklukan Baitulmaqdis
Dari Auf b Malik r.a katanya, “Rasulullah
s.a.w. telah bersabda: “Aku menghitung enam perkara menjelang Hari
kiamat. “Baginda menyebutkansalah satu diantaranya, iaitu penaklukan
Baitulmuqaddis.” (Sahih Bukhari)
b. Zina Berleluasa
“Dan
tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang sesuka hatinya melakukan
persetubuhan seperti keldai. Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan
datang” (Sahih Muslim)
c. Alat-Alat Muzik Menjadi kebanggaan dan digilai
Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan pada muka.Ada
yang bertanya kepada Rasulullah “Wahai Rasulullah bila hal itu
terjadi?” Baginda menjawab: “Apabila telah bermaharajalela muzik
(bunyi-bunyian) dan ramainya penyanyi-penyanyiwanita” ( HR Ibnu Majah)
d. Menghias Masjid dan Membanggakannya
“Diantara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megah dalam mendirikan masjid”( H.R Nasai)
e. Munculnya kekejian, Memutuskan Persaudaraan dan Bersikap Buruk Dengan Jiran
“Tidak
akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji,
memutuskan hubungan silaturahim dan bersikap yang buruk dengan jiran” (H.R Ahmad dan Hakim)
f. Ramai Orang Soleh Meninggal Dunia
“Tidak
akan datang hari kiamatsehingga Allah mengambil orang-orang yang baik
dan ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali
orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan
tidak mengingkari kemungkaran” ( H.R Ahmad)
g. Orang Hina Mendapat Kedudukan Terhormat
“Di
antara tanda-tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai
oleh Luka’ bin Luka’ (orang yang bodoh dan hina). Maka Orang yang paling
baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh dua orang
mulia” (H.R Thabrani)
h. Mengucapkan salam Kepada Orang Yang Dikenali Sahaja
“Sesungguhnya
di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak
mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalinya
sahaja.” (H.R Ahmad)
i. Ramai Wanita Berpakaian Tetapi hakikatnya telanjang
Diriwayatkan dari Abu Huraira r.a “Di
antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul
pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannyaseperti
telanjang”
j. Bulan Sabit Kelihatan Besar
“Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah membesarnya bulan sabit.” (H.R Thabrani)
k. Banyak Dusta dan Tidak Tepat dalam menyampaikan Berita
“Pada
akhir zaman akan muncul pembohong-pembohong besar yang datang kepadamu
dengan membawaberita-berita yang belum pernah kamu dengar dan belum
pernah didengar oleh ibu bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah
dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu dan memfitnahmu.” ( Sahih Muslim)
l. Banyak Saksi Palsu dan Menyimpan Kesaksian Yang Benar
“Sesungguhnya sebelum datangnya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar.” (Riwayat Ahmad)
m. Negara Arab menjadi Padang Rumput dan Sungai
“Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai.” (Sahih Muslim)
Demikianlah
sebahagian daripada tanda-tanda kecil akan berlakunya hari kiamat.
Marilah kita renungkan sejenak untuk menjadi panduan hidup. Hidup kita
hanya sebentar sahaja di muka bumi ini, seharusnya hidup yang singkat
ini kita isi dengan sesuatu yang berfaedah sama ada untuk diri sendiri,
agama, bangsa mahupun negara. Andai kita seorang remaja, jadilah remaja
yang bijak, baik hati, ingat Tuhan dan berbakti.