Dikuasakan oleh Blogger.

About Me

Foto Saya
ipoh, perak
X KAGAT....?.

Blog Archive

SMS ampang ipoh 24 /6/ 11

gif webcam

DI SMA Chemor 13/5/12

pictures to gif

Di SMA Chemor

animated gif maker

Guru Pendidikan Islam Ulu Kinta Jun 13

http://picasion.com/i/1VkmT/

4 Mac 2014

bertambah kaya selepas mati

Zaman sekarang ni orang kaya hidup makin kaya raya dan orang yang tak berapa nak
berduit macam kita ni hidup makin tersepit dengan segala jenis hutang, hutang kereta, hutang belajar, dan harga barang pun makin lama makin menaik.
Malah orang yang dah sedia kaya lepas mati pun dia makin kaya raya. Malah ada juga yang sebelum mati duitnya tak da la banyak mana, tapi kerana sesuatu karya selepas kematiannya makin banyak royalti
yang di perolehi.

Tapi apa la gunanya manjadi semakin kaya selepas matikan. Bukan boleh dapat kat orang yang mati tu pun semua kekayaan tu, lain la kalau duit tu disalur ke badan-badan kebajikan atau digunakan untuk
membina masjid , bagi yang beragama islam memang ada untungnya menjadi kaya selepas mati tul tak?

Tapi kita yang tak berapa nak kaya ni pun masih boleh jadi semakin kaya dengan pahala selepas kematian kita . Nak tahu caranya?

Dari Anas r.a berkata lapan jenis pahala yang tetap diterima seorang, hamba Allah walaupun dia telah meninggal dunia iaitu:

1. Sesiapa yang mendirikan masjid maka ia tetap pahalanya selagi masjid itu digunakan oleh orang untuk beramal ibadat.

2. Sesiapa yang mengalirkan air sungai selagi ada orang yang minum daripadanya

3. Sesiapa yang menulis mushaf ia akan mendapat pahala selagi ada orang yang mambacanya.

4. Orang yang menggali perigi ,selagi ada orang yang menggunakannya

5. Sesiapa yang menanam tanaman selagi ada yang memakannya tidak kira manusia atau haiwan

6. Mereka yang mengajar ilmu yang berguna selama ia diamalkan oleh orang yang mempelajarinya. Yakni anak yang selalu diajari ilmu Al-Quran maka orang yang mengajarnya akan amendapat pahala selagi
anak itu mengamalkannya

7. Orang yang meninggalkan anak yang soleh yang mana ianya selalu mendoakan kedua orang tuanya dan beristigfar baginya.

8. Guru Al-Quran yang mengajar ilmu kitab suci itu kepada muridnya dan si murid mengamalkan ajaran tersebut tanpa sedikitpun mengurangkan pahalanya.

marilah kita merebut peluang yang diberikan ini.

petikan email tanya ustaz..

Masjid Solatiah GR

http://picasion.com