Dikuasakan oleh Blogger.

About Me

Foto Saya
ipoh, perak
X KAGAT....?.

SMS ampang ipoh 24 /6/ 11

gif webcam

DI SMA Chemor 13/5/12

pictures to gif

Di SMA Chemor

animated gif maker

Guru Pendidikan Islam Ulu Kinta Jun 13

http://picasion.com/i/1VkmT/

24 Apr 2015

Masa mustajab berdoa

Daripada Abu Burdah bin Abu Musa al-Asy ‘ari RA katanya bahawa Abdullah bin
Umar RA berkata : Adakah engkau pernah mendengar ayahmu menceritakan tentang Rasulullah SAW melakukan sembahyang jumaat? Lalu Abu Burdah menjawab, “ya” aku pernah mendengar ia berkata, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: ((Masa yang paling mustajab itu ialah ketika bermulanya duduk imam di atas mimbar sehinggalah selesai sembahyang jumaat)).(Hadith Riwayat Muslim)
 
  Huraian Hadith: 
 
a.  Masa yang paling afdhal berdoa dan mustajab pada hari jumaat ialah ketika imam duduk di atas mimbar sehinggalah selesai sembahyang jumaat.
b. Di antara syarat-syarat berdoa yang dimakbulkan oleh Allah ialah hati yang ikhlas, khusyu' dan tawakal kepada Allah.
 
Sumber: Kitab Riyadhus Salihin

20 Apr 2015

Kelebihan Berpuasa pada Hari Isnin

Daripada Abu Qatadah RA bahawa Rasulullah SAW ditanya mengenai puasa
pada hari isnin. Baginda pun bersabda, “Hari isnin merupakan hari kelahiranku, hari aku dilantik menjadi Rasul dan juga Allah menurunkan al-Qur’an kepadaku”.  (Hadith Riwayat Muslim)
 
Huraian Hadith: 
 a. Islam menggalakkan kita agar berpuasa sunat pada hari isnin, kerana pada hari itu Baginda dilahirkan. Baginda dilantik menjadi Rasul dan hari itu juga al-Qur’an diturunkan kepada Baginda.
b. Orang yang banyak berpuasa sunat termasuklah berpuasa pada hari isnin akan mendapat keredhaan Allah di dunia dan juga akhirat. Disamping  dapat melatih diri mereka bersifat dengan sifat-sifat yang mulia sepertimana yang digalakkan oleh Baginda Rasulullah SAW.
 
Sumber: Kitab Riyadhus Salihin

1 Apr 2015

Perbanyakkan Selawat di Hari Jumaat

Hadith: 
Daripada Abu Aus bin Aus RA bahawa Rasulullah SAW bersabda : Sesungguhnya di antara hari yang paling mulia bagi kamu semua ialah hari jumaat, oleh yang demikian hendaklah kamu semua memperbanyakkan membaca selawat kepadaku pada hari itu, kerana sesungguhnya ucapan selawat kamu semua akan ditunjukkan kepadaku (pada hari kiamat nanti).
(Riwayat: Abu Daud dengan isnad yang sahih)
 
Huraian Hadith: 
 
  1. Hari jumaat merupakan hari yang paling digalakkan kepada kita supaya memperbanyakkan beramal, kerana itu penuh dengan keberkatan dan kebaikan seperti yang dijanjikan oleh Rasulullah SAW.
  2. Untuk mengerjakan amal kebajikan janganlah ditangguh-tangguh dan mengira masa, kerana setiap amal yang baik akan dibalas dengan ganjaran pahala.
  3. Orang yang paling banyak berselawat kepada Rasulullah SAW akan mendapat syafaat Baginda pada hari akhirat nanti dan paling hampir dengan Baginda.

Masjid Solatiah GR

http://picasion.com