Daripada Abu Hurairah ra berkata : Bersabda Rasulullah SAW maksudnya : "Akan
datang suatu zaman seseorang tidak memperdulikan dari mana ia
mendapatkan harta, apakah dari sumber yang halal atau pun haram." (Hadis Riwayat Nasak)
Di
zaman sekarang ini merupakan zaman ketandusan rohani dan zaman
materialisma, segala sesuatu adalah bernilai dengan nilai harta. Manusia
cakar mencakar untuk memperolehi sebanyak mungkin kekayaan, mereka
tidak memperdulikan dari mana datangnya harta yang diperolehi, apakah
dari sumber yang halal atau dari sumber yang haram. Yang penting, harta
dapat dikumpulkan sebanyak-banyaknya untuk memenuhi kehendak nafsu atau
pun untuk melayan kehendak isteri atau anak-anak mereka, supaya dapat
hidup dengan kemewahan dan keseronokkan.
Apabila
diteliti jenis-jenis pekerjaan dan sumbar pendapatan yang haram yang
mana ramai umat Islam terlibat daripada sumber-sumber seperti berikut :
Pertama : Arak
Kedua : Riba
Ketiga : Rasuah
Keempat : Mengadai maruah
Huraiannya adalah seperti berikut :
Pertama : Arak
Bekerja
dan berusaha mencari sumber kehidupan mesti dilakukan dalam kerangka
yang dibenarkan agama. Walaupun Islam mewajibkan umatnya bekerja dengan
gigih dan berdedikasi, pencarian sumber kehidupan tersebut seharusnya
selari dengan aturan yang dibenarkan agama saja. Ini termasuk aspek
melibatkan minuman memabukkan seperti arak.
Sebenarnya
Islam bukan saja mengharamkan umatnya minum arak, tetapi juga segala
perkara yang berhubungkait dengan penghasilan dan pemprosesan arak.
Mungkin sesetengah kita beranggapan mereka hanya bekerja, tetapi tidak
terlibat dengan meminumnya. Ini salah dan amat bertentangan dengan
ajaran Islam.
Dalam
hal ini, ada baiknya kita lihat apa yang pernah disampaikan Ibnu
Mas’ud yang katanya: “Telah dilaknat dalam (urusan) khamar (arak) itu,
iaitu orang yang memerah, yang diminta diperahkan, yang meminumnya,
yang memberi minuman, orang yang bertugas menghantar, yang membekal,
yang menjual, yang membeli dan juga yang menyimpannya.”
Dalam zaman sekarang ini termasuk juga orang yang mengiklankan arak dan orang yang terlibat membeli saham syarikat arak.
Ini
kategori manusia yang dikira terlibat secara langsung dengan arak.
Jadi, bekerja di premis pemprosesan arak termasuk dalam jenis manusia
yang akan mendapat laknat Allah sebagaimana digariskan Ibnu Mas’ud tadi.
Walauapapun tarikan berupa kebendaan dan upah lumayan, sebagai umat
Islam kita ditegah sama sekali terlibat dalam industri pengeluaran arak.
Ini kerana segala hasil pendapatannya juga akan termasuk dalam
kategori sumber yang haram. Sanggupkah kita makan dan memberi makan
anak isteri dengan hasil sumber yang haram?
Amat
malang seandainya ada di kalangan umat Islam masih setia dan sayang
dengan pekerjaan di indusrti haram seperti kilang memproses arak atau di
premis penjualan arak samaada dipasaraya atau pasar mini milik orang
bukan Islam, termasuk juga bekerja disyarikat penerbangan yang ada
menyediakan arak kerana senario sebegini sangat mengaibkan maruah agama.
Kejernihan
hati banyak tergantung kepada kesucian rezeki. Jika makanan dan
minuman yang mengalir dalam tubuh diperolehi dari sumber yang baik,
maka bahan tersebut akan menyumbang keperibadian mulia dalam diri
seseorang. Sebaliknya jika darah yang mengalir dalam tubuh diperolehi
dari sumber rezeki yang haram, maka segala tingkah laku, budi pekerti
dan akhlak seseorang akan dicorak oleh jenis makanan haram tersebut.
Mencari
rezeki yang halal untuk menyara kehidupan merupakan perintah Allah
kepada hambaNya yang cintakan kebenaran. Sedangkan punca pencarian untuk
meneruskan kehidupan terdiri dari berbagai cabang dan arah. Dari
sekian banyak sumber usaha tersebut, perniagaan merupakan sembilan
persepuluh (90%) dari sekalian punca rezeki yang terdapat di dunia ini.
Sesungguhnya perniagaan yang jujur dan ikhlas akan menghasilkan rezeki
yang berkat.
Kedua : Riba
Islam
melarang umatnya bekerja di syarikat atau perbankan yang menggunakan
sistem riba dalam urusniaganya. Syarikat yang terlibat adalah seperti
di bank-bank konvensional, syarikat insuran nyawa, syarikat kewangan
berlesen, kedai pajak gadai cara konvensional dan menjadi pengutip wang
untuk syariakt pinjaman tanpa lesen (along) dan sebagainya.
Dari
Jabir r.a, ia berkata : Rasulullah SAW melaknat pemakan riba, pemberi
riba, penulis, dan kedua orang yang menjadi saksi atasnya. ia berkata :
“mereka itu sama (saja). (Hadis Riwayat Muslim : 3/219).
Begitu
hebat sekali sistem riba menguasai pasaran di dalam masyarakat kita,
ramai umat Islam bekerja di syarikat yang mengamalkan sistem riba
sedangkan jelas Allah S.W.T mengharamkan sistem riba dan terdapat di
dalam ayat al-Quran surah al-Baqarah ayat 278-279.
Firman Allah SWT yang bermaksud :
“Hai
orang-orang yang beriman , bertakwalah kepada Allah dan tinggalkanlah
riba (yang belum di pungut) jika kamu orang-orang yang beriman. Maka
jika kamu tidak mengerjakan (meninggalkan sisa riba) maka ketahuilah ,
bahawa Allah dan RasulNya akan memerangimu . Dan jika kamu bertaubat
(dari mengambil riba), maka bagimu pokok hartamu, kamu tidak menganiaya
dan tidak (pula) dianiaya.” (Surah Al- Baqarah ayat 278-279)
Walaupun
sudah ada altenatif menggunakan sistem muamalah secara Islam (melalui
Bank Islam, Takaful dan sebagainya) tetapi umat Islam masih suka dan
seronok bekerja disyarikat-syarikat tersebut, yang mana telah jelas
bahawa sumber rezeki yang diperolehi adalah haram di sisi Islam.
Ketiga : Rasuah
Islam
memberi amaran keras kepada manusia supaya tidak terbabit dengan
perbuatan rasuah. Islam mengharamkan mengaut harta orang lain secara
rasuah sedangkan menyedari perbuatan itu berdosa.
Ketika mengulas perkara itu, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Allah melaknat pemberi rasuah, penerima rasuah dan orang yang menjadi orang perantaraan." (Hadis riwayat Ahmad)
Islam
mengharamkan rasuah kerana menjadi penyebab kezaliman berlaku dalam
masyarakat, orang yang tidak bersalah boleh dihukum bersalah,
menghapuskan peluang mereka yang sepatutnya layak dan penyebaran harta
di kalangan pihak tertentu saja. Selain itu, kita bimbang gaya hidup
rasuah akan mempengaruhi tabiat integriti keturunan akan datang.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Setiap daging yang tumbuh daripada sumber haram, maka akan dihumbankan dalam api neraka." (Hadis riwayat Baihaqi dan Tirmizi)
Berdasarkan
hadis itu jelas ada kaitan kuat bahawa keturunan dan anak pinak yang
bersumber daripada darah daging haram akan kemungkinan besar terpengaruh
dengan gaya hidup menjerumuskan ke dalam api neraka. Jauhilah
perbuatan mengambil rasuah kerana telah jelas disisi Islam bahawa harta
tersebut adalah daripada sumber yang haram dan tidak seharusnya dibawa
balik untuk di beri makan kepada anak dan isteri.
Keempat : Mengadai maruah.
Dasar
Islam dalam pekerjaan adalah jelas. Islam menggalakkan umatnya bekerja
kuat dan mengumpul kekayaan. Oleh itu Islam menggalakkan umatnya
bekerja dan berusaha supaya mereka menjadi umat terbaik dan contoh
kepada pihak lain.
Salah satu pekerjaan yang diharamkan adalah bekerja ditempat-tempat yang boleh mengadaikan maruah diri sebagai seorang muslim.
Pekerjaan tersebuat adalah seperti berikut :
- Pelacur
- Teman sosial (di kelab-kelab malam)
- Penari, penyayi dan pemaian alat musik dikelab-kelab malam (terdapat hidangan arak dan pergaulan bebas lelaki perempuan)
- Bonser (pengawal keselamatan untuk tempat-tempat maksiat)
- Tukang urut untuk berlainan jenis (lelaki mengurut wanita atau wanita mengurut lelaki)
- Menjadi model pakaian atau iklan yang mendedahkan aurat dan menjadi tontonan orang ramai
- Mendapat habuan (wang ringgit atau projek) kerana merancang konsperasi untuk mengaibkan seseorang muslim dengan memasang cctv , membuat vedio atau mengambil gambar dan sebagainya.
Semua
pekerjaan tersebut di atas atau apa sahaja pekerjaan yang boleh
mengadai maruah seorang muslim adalah haram di sisi Islam dan wajib
ditinggalkan kerana ianya boleh mendapat laknat Allah SWT.
Marilah
kita sama-sama tingkatkan iman dan takwa kita kepada Allah SWT.
Tinggalkanlah semua pekerjaan atau sumber rezeki yang haram dan syubahat
kerana hasil daripada pekerjaan yang haram tidak boleh digunakan untuk
memberi nafkah kepada ahli keluarga, sedekah dan ibadah yang
dikerjakan dengan menggunakan sumber yang haram tidak akan diterima di
akhirat nanti amalan yang baik itu akan menjadi debu-debu yang
berterbangan dan akan dilemparkan balik ke muka orang tersebut dan dia
akan dihumbankan ke dalam api neraka, nauzubillahiminzalik.
Rezeki
yang halal akan membawa keberkatan dan rahmat Allah SWT. Sedekah dan
zakat yang ikhlas dan diperolehi daripada sumber yang halal akan dilipat
gandakan oleh Allah SWT di hari akhirat nanti sehingga 700 kali
ganda.
Sumber: Abu Basher