Mari kita hayati bersama 2 falsafah penting ini.
Falsafah ini sebenarnya adalah pesanan ulama besar India (Maulana Mustaqim & Maulana Inamul Hassan)..
Falsafah babi
Kita
 jangan jadi macam babi! Sebab babi apabila pergi ke sesebuah taman, 
walaupun di sana ada bunga mekar nan indah, buah-buahan yang enak-enak 
dan makanan yang baik-baik, tapi babi akan sentiasa tetap mencari najis 
dan kotoran.
Pengajaran : 
Jangan kita jadi macam babi, yang sentiasa asyik mencari kekotoran dan najis saja. Justeru, kita janganlah suka mencari keburukan dan bercakap tentang keburukan saudara-saudara kita saja.
Jangan kita jadi macam babi, yang sentiasa asyik mencari kekotoran dan najis saja. Justeru, kita janganlah suka mencari keburukan dan bercakap tentang keburukan saudara-saudara kita saja.
sebaliknya, fahami dan praktikkan falsafah ini.
Falsafah lebah
Kita kena jadi macam lebah! Sebab
 lebah apabila mencari manisan dia akan pergi ke setiap bunga, samaada 
bunga itu wangi atau busuk, tapi dia tetap akan mengambil manisan 
daripada bunga tersebut. Dan akhirnya manisan dapat dikumpul di dalam 
sarangnya, dan terjadilah apa yang dinamakan MADU (ubat bagi segala 
penyakit) yang memberikan manfaat kepada makhluk lain.
Pengajaran: 
Jadilah kita seperti lebah. Kita harus mencari kebaikan setiap saudara kita supaya kebaikan akan terkumpul dalam diri kita.
Jadilah kita seperti lebah. Kita harus mencari kebaikan setiap saudara kita supaya kebaikan akan terkumpul dalam diri kita.
jangan  suka sangat SUUZZON (sangka buruk) dengan orang lain.
sepatutnya
 kita semua ni kena ikut falsafah atau resmi lebah. Sentiasa mencari 
manisan hatta pada bunga yang busuk. Mencari manisan bukan untuk dirinya
 sahaja, tetapi memberi manfaat juga kepada makhluk-makhluk yang lain.

 
 




