HIDUP tanpa matlamat ibarat berjalan tanpa arah. Sama macam berlari sambil menutup mata. Mampukah anda melakukan kesemua kerja tanpa mampu melihat ke dunia luar?
Allah
dah bagi kita nikmat, maka gunakanlah sebaiknya. Macam itu juga yang
dinamakan hidup ini. Hidup ini selalu juga orang kata suatu perjudian.
Ada betulnya juga ungkapan itu. Kadang-kadang apa yang kita nak, apa
yang kita memang nak sangat dapat, apa yang kita rasa-rasa betul dah
nak dapat, tapi akhirnya kita gagal. Kita tak dapat apa yang kita
inginkan. Sebab itulah ramai orang menganggap hidup ini judi. Perjudian
bagi mereka yang tidak pernah cuba untuk menilai dengan sebaiknya hidup
ini.
Tuan-tuan
dan puan-puan sekalian, hidup kita ni ada akhirnya. Suatu hari nanti
kita akan mati. Dunia yang kita sedang sedap-sedap duduk ini tiba
saatnya nanti akan binasa. Jadi, apa nak risau. Buat apa nak takut soal
rezeki dan masa depan kita. Allah dah janjikan pada setiap
hamba-hambanya. Setiap orang Tuhan memang bagi rezeki. Cuma kita tak
tahu bila, di mana dan bagaimana rezeki itu diperoleh.
Saya
teringat kata-kata masyhur daripada Saidina Ali, apa sahabat baginda ni
bagitahu? Ya, katanya, dunia ini hanyalah tidur (mimpi), dan apabila
mati sahaja nanti barulah manusia akan terjaga (tersedar).
Jadi
anda semua, sedar tak kita soal perkara-perkara ini. Kita perlu
sentiasa ingat bahawa tak ada namanya hidup jika semata-mata Allah nak
susahkan umatnya. Allah tak macam tu. Allah sengaja datangkan dulu
kesusahan. Dia nak tengok sejauh mana kita berusaha untuk atasi masalah
tu.
Allah
dah janji pada anda, pada saya dan pada semua manusia, setiap kesusahan
akan menanti kesenangan di akhirnya. Carilah dalam surah Insyirah,
anda akan jumpa pada ayat kelima dan keenam. Dua kali Allah sebut.
Jadi,
tak payah nak sedih. Tak usah nak muram-muram. Sebab bahagian kita dah
memang ada. Kesenangan kita memang dah sedia menanti. Allah dah janji.
Kita usaha, kita doa, tawakal, insyaAllah sampailah masanya nanti,
adalah itu.
Saya
tinggalkan anda dengan sepotong doa. Bacalah, amalkanlah tatkala sedang
bersedih. InsyaAllah ketika anda sedang berdukacita, anda tak akan
sampai lupa dari ingat Tuhan. Anda akan tetap berpasrah kepadaNya.
“Ya
Allah, aku berlindung denganMu daripada ditimpa kesusahan dan kedukaan
daripada kelemahan dan kemalasan, daripada kedekut dan perasaan takut
dan daripada desakan berhutang dan paksaan orang.”