“Allah adalah Wali untuk golongan yang beriman. Dialah yang mengeluarkan mereka daripada kegelapan (jahiliyyah) kepada cahaya petunjuk. Bagi golongan kafir, Wali-Wali mereka adalah taghut yang mengeluarkan mereka daripada cahaya kepada kegelapan. Mereka adalah penghuni neraka, dan mereka kekal di dalamnya”.: al-Baqarah: 81 - 82)
Manusia telah kembali kepada zaman gelap. Manusia telah kembali ke zaman jahiliyyah seperti sebelum kedatangan Islam kerana berhukumkan sistem taghut dan kufur peninggalan penjajah yang gagal mengatur masyarakat sesuai dengan fitrah manusia.
Permasalahan sosial di dalam masyarakat banyak berpunca daripada sistem yang gagal mengaturkan kehidupan masyarakat agar terlepas dari segala permasalahan hidup. Sistem sosial yang memudahkan muqadimah zina begitu berleluasa di dalam masyarakat, sehinggakan berzina itu menjadi suatu yang sangat tidak mustahil untuk berlaku. Oleh itu, apa gunanya melaksanakan “cebisan daripada Ahkam Shariah” -
6 sebatan untuk pesalah zina - sekiranya segala muqadimah zina tidak dihapuskan dalam masyarakat?
Masyarakat mengakui terdapat berbagai masalah yang melanda kehidupan mereka, dan semua masalah tersebut berpunca daripada sistem kehidupan yang gagal mengaturkan kehidupan mereka dengan sempurna. Namun begitu, sistem inilah yang dipertahankan secara bermati-matian oleh masyarakat secara amnya. Buktinya, apabila datangnya pilihanraya demokrasi majoriti akan tetap memilih barisan kepimpinan yang terus-menerus menjalankan sistem kehidupan yang rosak ini.
Wahai saudara saudara ku, Bangkitlah! Jawablah seruan untuk mengembalikan kehidupan Islam!
Wa Allahu A’lam.......