Dikuasakan oleh Blogger.

About Me

Foto Saya
ipoh, perak
X KAGAT....?.

Blog Archive

SMS ampang ipoh 24 /6/ 11

gif webcam

DI SMA Chemor 13/5/12

pictures to gif

Di SMA Chemor

animated gif maker

Guru Pendidikan Islam Ulu Kinta Jun 13

http://picasion.com/i/1VkmT/

19 Dis 2009

BAGAIMANA MELATIH DIRI BERTENANG...

Ada beberapa cara untuk melatih diri Anda bertenang sentiasa, bertenang ketika membuat kerja-kerja rumah (jika Anda suri rumah), bertenang ketika membuat kerja di tempat kerja, bertenang ketika mengulangkaji pelajaran.
1. Latih diri melalui kekerapan berdoa. Doa bukan sekadar selepas sembahyang, tapi ia juga boleh dilafazkan selalu di dalam hati.Ambil masa beberapa saat, tutup mata, tenangkan jiwa lalu minta pada Allah supaya Anda hati Anda ditenangkan selalu, emosi Anda tenang selalu, Anda ditemukan dengan situasi-situasi yang sentiasa menenangkan.
2. Latih diri bertenang ketika sembahyang, selepas sembahyang dan ibadah-ibadah lainnya. Bekerja, belajar dan berniaga adalah salah satu bentuk ibadah. Cuba tenangkan diri selalu. Be in control.
Latih diri Anda bertenang selalu ketika melakukannya, wujudkan keseronokan supaya fikiran Anda terfokus. Ada orang rajin menjaga sembahyang simply sebab dia seronok merasai ketenangan yang timbul ketika bersembahyang.
3. Latih diri bertenang dengan membuat latihan pernafasan. Ketenangan minda banyak dipengaruhi oleh pernafasan kita.Tarik nafas dalam kiraan 7 saat, tahan selama 3-5 lima saat (atau 7 saat) kemudian hembus perlahan-lahan dalam kiraan 7 saat juga. Lakukan banyak kali dalam sehari. Selain menenangkan, ia membuat fikiran Anda lebih positif kerana latihan pernafasan teratur membuang semua fikiran-fikiran negatif.
4. Jalani hidup dengan penuh kawalan pada emosi Anda, fikiran Anda, kata-kata Anda dan perbuatan Anda. Bila Anda latih diri untuk mengawal semuanya, Anda akan terdorong untuk bertenangan kerana hanya dengan ketenangan, Anda dapat mengawal emosi, fikiran dan kata-kata.
5. Sentiasa ingat kepada mati. Pejam mata dan bayangkan bahawa kita hampir kepada mati.Semasa mati kita dimandikan,dibaluti hanya kain kapan putih, disembahyangkan, dimasukan dalam keranda, diusung ketanah perkuburan, dimasukkan kedalam tanah, dikambuskan dan talkinkan serta dibacakan doa. Bayangkan kita hanya seorang didalamnya disamping ditemankan oleh jiran-jiran yang lama. Semua penghantar kita akan balik dan kita akan bersoal siasat oleh mungkar dan nangkir sama ada kita  layak kesyurga atau keneraka.Pasti fikiran anda akan tenang dan takut melakukan kemungkaran. 

Masjid Solatiah GR

http://picasion.com