Dikuasakan oleh Blogger.

About Me

Foto Saya
ipoh, perak
X KAGAT....?.

SMS ampang ipoh 24 /6/ 11

gif webcam

DI SMA Chemor 13/5/12

pictures to gif

Di SMA Chemor

animated gif maker

Guru Pendidikan Islam Ulu Kinta Jun 13

http://picasion.com/i/1VkmT/

7 Jul 2014

Malam yang amat istimewa

Lailatul Qadar atau Malam al-Qadar telah diketahui umum sebagai malam yang
amat istimewa buat seluruh umat Islam. Ia berdasarkan ayat al-Quran dari surah al-Qadr. Firman Allah SWT, ertinya:

"Malam al-Qadar lebih baik dari seribu bulan."
(Surah al-Qadr : ayat 2).

Pada malam ini jugalah Nabi SAW bersungguh-sungguh beribadat melebihi malam-malam Ramadhan yang lain.  Disebutkan di dalam sebuah hadith, ertinya:

“Adalah Nabi SAW, beribadat dengan (lebih) bersungguh dan kuat di sepuluh malam terakhir Ramdhan, tidak sebagaimana baginda di malam-malam yang lain."
(Riwayat Muslim, no 1175 )

Sebuah lagi hadis menyebut, ertinya:

"Adalah Nabi SAW beriktikaf padanya dan berusaha mencari malam al-qadar darinya (malam-malam ramadhan)."
( Riwayat al-Bukhari & Muslim).

Dalam hadis lain, ertinya:

"Apabila telah masuk 10 terakhir bulan Ramadhan, maka Nabi menghidupkan malam, mengejutkan isterinya dan mengetatkan kainnya (tidak menyetubuhi isterinya kerana amat sibuk dengan ibadat yang khusus)."
( Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Waktunya

Malam al-Qadar Indah Bagi Orang Beriman

Para ulama antaranya Syeikh Dr Yusof Al-qaradawi menyebut bahawa tarikh lailatul qadar sengaja di sembunyikan oleh Allah SWT agar umat manusia berusaha bersungguh-sungguh bagi mencarinya, bagaimanapun ada disebutkan terdapat tanda-tanda akan kemunculan malam yang terhebat ini.

Iaitu seperti hari esoknya yang tidak terlampu panas dan tidak pula sejuk, matahari pula tidak memancarkan sinarannya dan pelbagai lagi. Ia semuanya berasal dari hadis-hadis yang sahih.

Bagaimanapun tanda-tanda ini tidaklah begitu penting bagi individu yang benar-benar telah beribadat sepanjang malam. Ia juga tidak banyak memberikan manfaat kerana malam tersebut sudah terlepas sekiranya tanda itu dikenalpasti esoknya.

Malah, tanda ini juga adalah amat sukar menjadi tepat kerana suasana dan cuaca sesebuah negara adalah berlainan. Di barat contohnya mungkin sentiasa mendung kerana berada dalam musim sejuk, musim bunga manakala di Afrika pula mungkin sedang mengalami keterikan. Adakah malam al-qadar tidak muncul di tempat mereka kerana setiap siang adalah terik?.

Jawabnya, tanda-tanda ini hanyalah contoh yang berlaku pada zaman Nabi SAW dan tidak lebih dari itu.

Menurut pandangan yang paling kuat dalam kalangan para ulama, ia berlaku pada 10 malam yang terakhir, iaitu pada malam-malam ganjil.

Hadis Nabi menyebut, ertinya:

"Carilah ia (malam al-qadar) di 10 malam terakhir dari bulan ramadhan."
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Bagaimanapun, kita sekali lagi mungkin kebingungan pada tahun-tahun tertentu jika negara Arab memulakan puasa pada tarikh yang berbeza dengan negara-negara di Nusantara. Justeru, pada malam ganjil menurut kiraan Malaysia atau Saudi? Hal ini sukar diputuskan oleh para Ulama. Sudahnya, mereka menyarankan agar dihidupkan seluruh malam sahaja. Jawapan termudah tetapi tidak memuaskan hati tentunya.

http://www.zaharuddin.net/

6 Jul 2014

penyembunyian tarikh Lailatul qadar

LAILATULQADAR merupakan salah satu dari malam-malam Ramadan, di mana
keistimewaannya dikatakan menyamai bilangan 1000 bulan. Ini dijelaskan sebagaimana firman Allah SWT dalam surah al-Qadr ayat 1 dan 2 yang bermaksud: Sesungguhnya telah kami turunkan al-Quran pada malam Lailatulqadar. Tahukah kamu apakah malam al-qadar itu? Malam Lailatulqadar adalah lebih baik dari 1000 bulan.

Gandaan pahala melakukan amal ibadat pada malam tersebut dikatakan mempunyai nilaiannya lebih 29,500 kali ganda kerana difahami daripada ayat tersebut ganjaran pahala adalah lebih banyak dan baik melebihi 1000 bulan.
Kebesaran Lailatulqadar adalah berdasarkan dua perkara. Pertamanya, kerana pada malam tersebut telah diturunkan al-Quran dan keduanya, pada malam tersebut akan turun para malaikat dalam suatu angkatan yang besar, penuh gilang-gemilang untuk memberi taufik dan hidayah kepada orang-orang berpuasa dengan ikhlas.

Disebutkan sebagai Lailatulqadar kerana pada malam tersebut akan turun malaikat untuk mengucapkan salam sejahtera kepada seisi penduduk bumi. Ia juga dikenali dengan nama Lailatul Syaraf bermaksud malam kemuliaan dan Lailatul Tajalli yang bermakna malam Allah melimpahkan cahaya dan hidayah-Nya kepada orang yang berpuasa dan beribadat pada sebelah malamnya.

Penentuan tarikh dan malam sebenar berlakunya Lailatulqadar seringkali berlaku perselisihan pendapat di kalangan para ulama. Tetapi pendapat yang kuat menyatakan bahawa adalah pada malam-malam ganjil sesudah hari yang ke-20 Ramadan iaitu malam 21, 23, 25, 27 dan 29 Ramadan.
Ini sesuai dengan sebuah hadis Rasulullah daripada Ibnu Umar yang bermaksud: "Sesiapa yang ingin mencari Lailatulqadar hendaklah pada malam ke-27."

Sebuah lagi hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh Muslim adalah bermaksud: Carilah dengan segala upaya kamu malam al-Qadar pada malam-malam ganjil dari 10 malam akhir bulan Ramadan.

Jelas daripada kedua-dua hadis di atas bahawa Lailatulqadar itu hanya berlaku pada satu malam sahaja dari bulan Ramadan, dan ia adalah sebagai suatu perangsang kepada seluruh umat mukmin supaya berebut-rebut untuk mencari pahala dan ganjaran malam al-Qadar dengan melipatgandakan amal ibadat pada malam-malam akhir Ramadan al-Mubarak ini.

Jelas bahawa penyembunyian tarikh Lailatulqadar akan menguatkan semangat dan kekuatan umat mukmin untuk terus berusaha mendapatkan ganjaran pada malam tersebut. 

Allah SWT sendiri selalunya menyembunyikan beberapa urusan agama yang lain atas hikmah-hikmah tertentu seperti:

a. Allah SWT menyembunyikan Lailatulqadar untuk menguji umatnya sejauh mana tahap amal ibadat mereka sepanjang bulan Ramadan.

b. Allah SWT menyembunyikan saat penerimaan doa (ijabah segala doa) pada hari Jumaat agar kita berdoa sepanjang hari tersebut.

c. Allah SWT menyembunyikan sembahyang wusta dalam solat lima waktu supaya kita memelihara semua waktu solat fardu.

d. Allah menyembunyikan isim adzam di antara nama-nama-Nya agar kita menyebut kesemua nama-nama-Nya (Asmaul Husna)

e. Allah SWT menyembunyikan makna maksiat yang sangat terkutuk supaya kita berhenti melakukan apa jua bentuk maksiat.

f. Allah SWT menyembunyikan siapa yang menjadi wali di antara mukmin supaya kita berbaik sangka terhadap semua orang mukmin.

g. Allah SWT menyembunyikan kedatangan Hari Kiamat supaya kita selalu bersiap sedia.

h. Allah SWT menyembunyikan ajal manusia supaya kita selalu dalam persiapan menemui-Nya.

Walau bagaimanapun berkaitan dengan Lailatulqadar, para ulama telah bersepakat mengatakan bahawa terdapat beberapa tanda apabila berlakunya malam tersebut, di antaranya ialah:

a. Orang yang berkesempatan melihat malam al-Qadar akan dapat merasakan bahawa segala yang ada di bumi dan di langit bagaikan bersujud ke hadrat Allah.

b. Sesiapa yang berkesempatan menemui malam al-Qadar akan melihat suasana alam yang terang-benderang walau pun berada dalam kegelapan.

c. Sesiapa yang berkesempatan menemui malam al-Qadar akan dapat mendengar salam para malaikat dan tutur kata mereka.

d. Orang yang berkesempatan menemui malam al-Qadar akan diperkenankan segala doanya.

Dalam sebuah hadis lain turut dinyatakan bahawa di antara tanda malam al-Qadar telah berlaku ialah terbit matahari pada pagi hari dengan bentuk yang putih bersih bagai bulan penuh dan tidak mempunyai sinar yang terlalu panas, di mana tidak dirasakan kepanasan yang kuat walaupun matahari cerah memancarkan cahayanya.

Bagaimanapun pahala ibadat pada malam al-Qadar akan tetap mendapat ganjaran daripada Allah SWT, biarpun tanda-tandanya tidak dapat dilihat dengan mata kasar. 

Sesiapa yang ikhlas melakukan ibadat puasa dan amal ibadat lain sepanjang Ramadan, insya-Allah akan menemui malam yang lebih baik daripada 1000 bulan itu.

5 Jul 2014

buka puasa ikut sains

a.  Berbuka dengan buah-buahan dan minuman daripada bahan semulajadi. Elakkan pengambilan gula putih, sirap, pewarna dan perasa tiruan. Gantikan dengan gula merah, madu lebah dan jus buah-buahan asli.

b. Disarankan solat maghrib terlebih dahulu kerana memberi peluang kepada perut supaya mencerna makanan.

c. Semasa berbuka, sebaiknya ambillah makanan yang mudah dihadam,mengandungi serat dalam kadar yang sedikit, kurangkan makanan yangberminyak, berempah dan pedas. Perbanyakkan sayuran, tauhu dan kekacang. Kurangkan pengambilan protein haiwan seperti daging kerana ia makanan yang paling kompleks dan susah dihadam.

d. Minum air putih atau teh herba yang mengandungi getah anggur, kembang semangkuk dan biji selasih. Ia bertujuan untuk mencuci usus dan menyenagkan membuang air besar.

e. Elakkan pengambilan kopi dan teh, kerana minuman ini mengandungi kafein yang boleh memberi banyak rangsangan kepada saraf dan jangtung ketika berpuasa. Kafein juga memberi rangsangan kepada bahagian perut kerana mengandungi asid hidroklorit berlebihan yang menyebabkan gestrik.

f. Pastikan karbohidrat di dalam badan mencukupi. Sekiranya tidak mencukupi, badan akan cepat terasa lemah dan tidak bertenaga di siang hari.

g. Tidak perlu mengambil makanan tambahan seperti vitamin dan sebagainya kerana kandungannya yang berlebihan akan terbuang menerusi air kencing

h. Rasulullah menyarankan agar melewatkan sahur kerana ia menepati waktu bersarapan pagi. Kajian pakar sains perubatan di Malaysia dan barat
menunjukkan bahawa makanan yang utama dalam masa 24 jam ialah waktu
sarapan pagi. Ia bertujuan untuk memelihara badan berbanding waktu lain.
Amalan bersahur ini menjadi lebih penting untuk ketahanan badan terutama
kepada kanak-kanak yang dilatih berpuasa kerana glukosa dalam darah akan menurun selepas bangun tidur.

1 Jul 2014

Sempurnakan puasa anda


1- Menahan diri dari memandang perkara yang dicela dan dibenci. Setiap masa menyibukkan diri untuk mengingat Allah SWT.

2- Menjaga lisan dari berbual kosong, berkata kasar, pertengkaran dan sebaliknya menyibukkan dengan zikrullah dan membaca Al‐qur’an.

3- Menahan pendengaran dari perkara yang makruh kerana setiap perkara yang diharamkan perkataannya maka diharamkan pula mendengarnya.

4- Menahan berbagai anggota badan lainnya dari berbagai dosa seperti tangan, kaki dari perkara yang dibenci, menahan perut dari memakan makanan yang subhat pada ketika berbuka.

5- Tidak makan terlalu banyak ketika berbuka. Bagaimana puasa boleh menundukkan syaitan dan mengalahkan syahwatnya sekiranya gagal menahan diri dari nafsu makan melampau sebagai ganti makanan yang tidak boleh dimakan pada waktu siang?

6- Mengurangkan tidur. Telah menjadi kebiasaan Rasulullah SAW memanafaatkan Ramadhan untuk ibadah, “apabila bulan Ramadhan
tiba, beliau melipat alas tidurnya (mengurangkan tidur), mengetatkan
sarungnya (bersungguh‐sungguh dalam ibadah), serta mengajak
keluarganya berbuat seperti itu pula” (Bukhari‐Muslim)

7- Cemas dan harap. Hendaklah hatinya dalam keadaan “tergantung” antara cemas dan harap kerana tidak tahu apakah puasanya diterima dan termasuk golongan yang Muqarrobin atau ditolak sehingga termasuk orang yang dimurkai oleh Allah SWT. Hendaklah hatinya selalu dalam keadaan demikian setiap selesai melakukan ibadah tersebut.


8 Jun 2014

Cara bersyukur...kepada Allah SNW.

Kali ini menerangkan cara bagaimana nak membina senarai kesyukuran menurut Islam. Sebagai orang Melayu beragama Islam, sebaik-baik cara untuk kita berterima kasih pada Allah adalah dengan mengucapkan ‘syukur alhamdulillah‘.
Berikut adalah 3 tips bagaimana membina Senarai Kesyukuran mengikut perspektif Islam secara asas. 
1. Fikir, Rasai, Tulis.
Fikir apa yang Anda dah ada, ucap terima kasih dan rasai kesannya selepas tu tulis apa yang Anda fikirkan. Bila dah siap satu ayat, untuk ayat seterusnya fikirkan dulu untuk beberapa saat, rasai feel berterima kasih, pastu tulis. Tujuan menulis adalah untuk membuat Anda meresap rasa bersyukur selama mungkin. Fikir semua apa yang Anda dah ada sekarang ni. 
Ucapkan terima kasih pada Allah kerana dapat memiliki benda tu. Tuliskan “syukur alhamdulillah kerana…” , “saya bersyukur kerana….” ataupun “terima kasih pada Allah kerana…”. Untuk membangkitkan feeling bersyukur, ucapkan “alhamdulillah, alhamdulillah..” atau “Thank you Allah..thank you, thank you!”. Lafazkan secara spontan berkali-kali, rasai kegembiraan yang akan hadir secara automatik selepas itu. Hati Anda akan rasa tenang. Dari situlah Anda bersemangat untuk menulis Senarai Kesyukuran Anda hingga siap.
2. Nikmati Prosesnya.
Jika ini pertama kali Anda membina Senarai Kesyukuran, buat perlahan-lahan. Elak gelojoh menulis kerana perasaan bersyukur untuk tidak akan hadir. Tulis satu-satu perkara-perkara yang Anda syukur. Enjoy the process!. Gunakan tips (1) tadi. Tiap kali menulis, rasai kesyukuran yang hadir di hati. Luangkan masa 2-3 saat menikmati kesannya di sanubari sebelum menulis ayat seterusnya sehingga cukup 27 kesemuanya sebabagi permulaan. Bila dah terbiasa, tulis sampai 100.
3. Mulakan Dari ASAS.
Jika perasaan bersyukur dan berterima kasih masih belum hadir, fikirkan benda-benda keperluan ASAS yang dah Anda ada seperti handphone, pakaian, makanan, rumah, kereta, motorsikal, kasut, kerjaya dan duit dalam wallet Anda. Ucapkan syukur pada Tuhan kerana Anda ada semua tu sekarang. Hargai apa yang benda tu buat pada Anda. Sebagai contoh, hargai rumah yang Anda tinggal kerana dengan adanya rumah itu, Anda dapat berteduh, berehat dan tidur bila-bila masa ikut keperluan Anda. 

Jika Anda ada sebuah handphone, hargai jasa handphone tu pada Anda. Syukuri jasa dan peranan benda-benda yang ada di sekeliling Anda, iaitu benda-benda ASAS yang Anda miliki sekarang ini. Hargai kemudian panjatkan kesyukuran pada Allah kerana dengan izinnya Anda dapat miliki benda tu melalui usaha Anda, melalui rezeki Anda.
Kami sarankan Anda hayati lagu Maher Zain bertajuk “For The Rest Of My Life” kerana lagu ni di ilhamkan dari perasaan bersyukur. Jika Anda sedang bercinta, lagu ini akan menyemarakkan lagi rasa cinta di hati Anda kesan dari kesyukuran yang ada di hati.
Lakukan 3 tips di atas selama seminggu tanpa ponteng. Rasai perubahannya dalam hidup Anda.

5 Jun 2014

Tidak akan masuk syurga

Maksud hadis:
Daripada Abdullah bin Mas’ud RA daripada Nabi SAW sabdanya, “Tidak akan masuk syurga seseorang yang ada dalam hatinya perasaan sombong walaupun sebesar zarah. “Seorang lelaki berkata, sesungguhnya seseorang itu suka pakaian cantik dan kasutnya cantik. Baginda SAW bersabda, “Sesungguhnya Allah itu cantik dan Dia suka kepada kecantikan, takbur (sombong) itu menolak kebenaran dan menghina manusia.”
(Riwayat:Muslim)
 
Huraian Hadith: 
 
  1. Takbur adalah dosa besar, orang yang takbur tidak akan masuk syurga selama-lamanya.
  2. Sifat sombong adalah di tegah oleh Islam. Oleh yang demikian umat Islam hendaklah menjauhi sifat tersebut agar segala amal ibadat yang dilakukan diterima oleh Allah.
  3. Sifat takbur adalah hak Allah Taala, bukan hak makhluk yang dijadikan oleh Allah.
  4. Manusia boleh memakai apa sahaja yang ia suka demi keselesaan dirinya sendiri, keluarga, masyarakat dan negara, asalkan perkara-perkara tersebut tidak dengan niat bermegah-megah.
  5. Islam tidak melarang umatnya daripada mengutamakan keindahan dalam suatu perkara, asalkan ia dilakukan mengikut batas-batas yang dibenarkan oleh syarak.

4 Jun 2014

Kebanyakan jin dan manusia

"Sungguh Kami jadikan untuk isi neraka jahannam itu kebanyakan dari golongan jin dan manusia, yang mempunyai hati tetapi tidak memahamkan dengan hatinya, mempunyai mata tetapi tidak melihat dengan matanya, mempunyai telinga tetapi tidak mendengarkan dengan telinganya. Mereka itu adalah sebagai binatang, bahkan lebih sesat lagi. Itulah orang-orang yang lalai (dari kebenaran)." Al-A'raf 179

Berhati tetapi tidak digunakan sebagaimana mestinya untuk memikirkan wahyu Ilahi, bermata tetapi tidak juga digunakan sebagaimana layaknya untuk melihat mana-mana yang haq dan benar, bahkan bertelinga tetapi tidak digunakan sebagaimana lazimnya yaitu untuk mendengar petunjuk dan nasihat yang baik-baik. Patutlah kalau ditamsilkan sebagai binatang yang tahunya hanyalah makan minum, tidur dan memuaskan nafsu.

Orang-orang sebagaimana di atas itu nyata-nyata telah mengabaikan sama sekali alat-alat untuk, dapat menerima ilmu pengetahuan dan pendidikan, dibiarkan tidak terpakai sama sekali menurut kudratnya yakni untuk apa alat-alat itu diciptakan oleh Tuhan dan sebab itu tidak satu pun cahaya kebenaran yang diterima atau yang dapat sampai pada dirinya.

Karena itu hatinya tertutup rapat, tidak lagi menyelidiki wahyu yang diajarkan oleh Tuhan, matanya buta sehingga tidak mengetahui kebesaran kerajaan Tuhan di alam marcapada ini, telinganya tuli sama sekali karena tidak pernah dipakai untuk mendengarkan ayat-ayat Allah yang suci. Diumpamakan sebagai hewan sebab tidak dapat menggunakan pancainderanya yang lahiriah ini dan juga yang batiniah sedikit pun. Malahan oleh Allah Ta'ala disebutkan bahwa orang-orang semacam itu lebih sesat lagi dari binatang yang tidak berakal, sebab binatang itu jelas tidak dibekali sebagaimana bekal yang diberikan kepada manusia, yaitu yang berupa kekuatan jiwa, akal fikiran dan roh.

YA Allah.....Celikkan lah Mata Hatiku.....

 Rujukan: Akidah Islam oleh Syed Sabiq

20 Mei 2014

Masuk syurga lebih dahulu daripadamu

Siti Fatimah adalah anak Rasulullah yang mempunyai budi pekerti yang baik dan beliau amat taat kepada ajaran Islam dan sifat-sifatnya sama seperti bapanya yakni Nabi Muhammad S.A.W.
Pada suatu hari ketika Rasulullah sedang bercerita tentang kenikmatan syurga kepada Siti Fatimah, maka baginda pun bersabda, “Aduhai anakandaku, ada seorang perempuan kebanyakan (orang biasa) yang akan masuk syurga lebih dahulu daripadamu”.
Mendengar sahaja kata-kata ayahandanya itu, maka berubahlah air mukanyaa lantas menangis dan berkata, “Siapakah perempuan itu wahai ayahanda? Macam mana halnya dan bagaimana pula amalannya sehingga dia dapat lebih dahulu masuk ke dalam syurga daripada anakanda? Ayahanda, khabarkanlah di mana dia sekarang”.

Lalu Rasulullah S.A.W bersabda, “Dia adalah seorang wanita yang miskin, tinggal di Jabal Uhud, kira-kira 3 batu dari Madinah”. Tanpa membuang masa, Siti Fatimah pun keluar pergi mencari perempuan yang dikatakan masuk syurga terlebih dahulu daripadanya. Setelah dia sampai ke rumah perempuan itu, lalu dia mengetuk pintu sambil memberi salam.

Perempuan yang Rasulullah maksudkan itu membuka pintu dan bertanyakan hajat Siti Fatimah datang ke sana tanpa menjemputnya masuk ke dalam rumah. Siti Fatimah berkata, “Saya datang ke mari kerana hendak berjumpa dan berkenalan dengan awak”. Perempuan itu menjawab, “Terima kasih cik, tetapi saya tidak dapat membenarkan cik masuk kerana suami saya tidak ada di rumah. Nanti saya minta izin apabila dia balik nanti. Silalah datang pada esok hari”.

Dengan perasaan sedih dan dukacita Siti Fatimah pulang kerana tak dapat masuk dan bercakap panjang dengan perempuan itu. Esoknya dia kembali lagi ke rumah perempuan itu dengan membawa anaknya yang bernama Hasan. Apabila tiba di pintu rumah perempuan tersebut dan hendak dipersilakan masuk, tiba-tiba perempuan itu melihat ada budak bersama-sama Siti Fatimah, lalu dia berkata, “Ini siapa?”. Anakanda Rasulullah menjawab, “Ini anak saya, Hasan”. Perempuan itu lantas berkata, “Saya dukacita kerana saya belum meminta izin untuk anak ini masuk dari suami saya”.
Siti Fatimah jadi serba salah lalu dia pun balik kembali ke rumahnya. Esoknya Siti Fatimah datang lagi ke rumah perempuan itu tapi kali ini dia membawa kedua-dua anaknya iaitu Hasan dan Husin. Perempuan ahli syurga itu terkejut melihat ada seorang budak lagi yang belum diminta izin dari suaminya untuk masuk ke dalam rumah. Siti Fatimah tersipu malu lalu dia balik dengan perasaan hampa.

Dalam perjalanan pulang, hatinya berkata-kata, “Perempuan ini sangat takut kepada suaminya, sehingga perkara yang begini pun dia tak berani melakukannya. Pada hal jika dia membenarkan aku masuk, takkan suaminya marah? Tak usahlah pandang aku ini siapa dan dua budak ni cucu siapa, pandanglah kepada tetamu dan orang jauh sudahlah” bisik hatinya sambil menangis teresak-esak.
Sebaik sahaja suami kepada perempuan itu pulang, perempuan itu memberitahu perihal budak yang seorang lagi yang dibawa oleh Siti Fatimah. Sumainya yang terkejut dan hairan pun berkata, “Kenapa awak tahan sampai begitu sekali? Bukankah Siti Fatimah itu puteri Rasulullah S.A.W dan dua orang anaknya itu cucu baginda. Lebih daripada itu pun awak patut benarkan kerana keselamatan kita berdua kelak bergantung pada keredhaan Rasulullah. Jangan awak buat seperti itu lagi, jika dia membawa sesiapa pun, terimalah mereka dengan baik dan hormatlah mereka semua”.

Isterinya menyahut, “Baiklah, tetapi maafkanlah kesalahan saya kerana saya mengerti bahawa keselamatan diri saya ini bergantung pada keredhaan awak, suami saya. Oleh itu saya tak berani membuat perkara yang akan membawa kemarahan atau menyakiti hati awak”. “Terima Kasih” sahut suaminya.
Pada hari seterusnya, Siti Fatimah datang lagi dengan membawa dua orang puteranya. Setelah diterima masuk dan dijamu dengan buah kurma dan air, mereka pun memulakan perbualan. Dalam pada itu, perempuan itu berjalan ke arah muka pintu rumahnya sambil memandang ke arah jalan seolah-olah sedang menantikan kedatangan seseorang dengan tak berepa memperdulikan Siti Fatimah. Sambil itu Siti Fatimah melihat di tangan perempuan itu terdapat sebatang tongkat dan sebuah bekas berisi air manakala tangan yang sebelah lagi menangkat hujung kain sehingga menampakkan betis dan pehanya dan mukanya penuh dengan senyuman yang manis.

Melihat keadaan sebegitu rupa dengan perasaan resah kerana tidak diperdulikan lalu Siti Fatimah bertanya, “Mengapa jadi begini?” Perempuan itu menyahut, “Cik, harap maafkan saya kerana saya sedang menantikan kepulangan suami saya”. “Buat apa dengan bekas air itu?” tanya Siti Fatimah. Jawab perempuan itu, “Kiranya suami saya dahaga pada ketika dia balik, saya akan segera menghulurkan air ini kepadanya supaya tak terlambat. Jika terlambat nanti dia akan marah”.
Kemudian Siti Fatimah bertanya lagi, “Buat apa pula tongkat itu?” Perempuan itu menjawab, “Jika suami saya marah, mudahlah dia memukul saya dengan tongkat ini”. Siti Fatimah bertanya lagi, “Kenapa pula awak selak kain awak sehingga menampakkan aurat, bukankah itu haram?” Maka perempuan itu berkata, “Jika dia berkehendakkan saya, lalu dia pandang saya begini tentulah menambahkan syahwat dan nafsunya yang memudahkan kepada maksudnya”.
Selesai sahaja perempuan itu menjawab segala pertanyaannya, Siti Fatimah termenung dan hairan lalu dia berkata, “Jika begini kelakuan dan perangainya terhadap suaminya, tidak dapatlah aku mengikutnya. Patutlah dia masuk ke syurga dahulu daripada aku serta wanita-wanita lain. Ternyata benarlah bahawa keselamatan seorang perempuan yang bersuami itu bergantung pada ketaatan dan keredhaan suami terhadapnya”.

Sambil teresak-esak menangis dan menitis air matanya, Siti Fatimah meminta izin untuk pulang dan dia segera mengadap ayahandanya Rasulullah S.A.W lalu berkata, “Anakanda berasa sangat sedih dan lemah segala sendi kerana tak dapat meniru dan melakukan sebagaimana perangai dan amalan perempuan yang ayahanda maksudkan itu”.
Sebaik sahaja Rasulullah S.A.W mendengar rintihan puterinya lalu baginda bersabda sambil tersenyum, “Anakanda, janganlah susah hati, perempuan yang anakanda jumpa itu ialah perempuan yang akan memimpin dan memegang tali ras kendali tunggangan anakanda tatkala masuk ke syurga. Jadi dialah yang masuk terlebih dahulu”. Setelah mendengar penjelasan itu, barulah Siti Fatimah tersenyum ketawa.

Dari kisah yang aku ceritakan di atas, dapat lihat bahawa ketaatan seorang isteri kepada suaminya adalah sangat penting dalam institusi rumah tangga. Oleh itu kepada semua wanita yang bergelar isteri, sahutlah seruan cerita ini dan taatlah serta berbuat baiklah kepada suami korang, nescaya korang akan diredhai oleh suami. Fikirkanlah sejenak, di mana kedudukan korang sekarang di sisi Allah kerana keredhaan Allah adalah keredhaan suami korang.


Masjid Solatiah GR

http://picasion.com