Kali
ini menerangkan cara bagaimana nak membina senarai kesyukuran
menurut Islam. Sebagai orang Melayu beragama Islam, sebaik-baik cara
untuk kita berterima kasih pada Allah adalah dengan mengucapkan ‘syukur alhamdulillah‘.
Berikut adalah 3 tips bagaimana membina Senarai Kesyukuran mengikut perspektif Islam secara asas.
1. Fikir, Rasai, Tulis.
Fikir
apa yang Anda dah ada, ucap terima kasih dan rasai kesannya selepas tu
tulis apa yang Anda fikirkan. Bila dah siap satu ayat, untuk ayat
seterusnya fikirkan dulu untuk beberapa saat, rasai feel berterima
kasih, pastu tulis. Tujuan menulis adalah untuk membuat Anda meresap
rasa bersyukur selama mungkin. Fikir semua apa yang Anda dah ada
sekarang ni.
Ucapkan terima kasih pada Allah kerana dapat memiliki benda tu. Tuliskan “syukur alhamdulillah kerana…” , “saya bersyukur kerana….” ataupun “terima kasih pada Allah kerana…”. Untuk membangkitkan feeling bersyukur, ucapkan “alhamdulillah, alhamdulillah..” atau “Thank you Allah..thank you, thank you!”. Lafazkan secara spontan berkali-kali, rasai kegembiraan yang akan hadir secara automatik selepas itu. Hati Anda akan rasa tenang. Dari situlah Anda bersemangat untuk menulis Senarai Kesyukuran Anda hingga siap.

2. Nikmati Prosesnya.
Jika
ini pertama kali Anda membina Senarai Kesyukuran, buat perlahan-lahan.
Elak gelojoh menulis kerana perasaan bersyukur untuk tidak akan hadir. Tulis
satu-satu perkara-perkara yang Anda syukur. Enjoy the process!. Gunakan
tips (1) tadi. Tiap kali menulis, rasai kesyukuran yang hadir di hati.
Luangkan masa 2-3 saat menikmati kesannya di sanubari sebelum menulis
ayat seterusnya sehingga cukup 27 kesemuanya sebabagi permulaan. Bila
dah terbiasa, tulis sampai 100.
3. Mulakan Dari ASAS.
Jika
perasaan bersyukur dan berterima kasih masih belum hadir, fikirkan
benda-benda keperluan ASAS yang dah Anda ada seperti handphone, pakaian,
makanan, rumah, kereta, motorsikal, kasut, kerjaya dan duit dalam
wallet Anda. Ucapkan
syukur pada Tuhan kerana Anda ada semua tu sekarang. Hargai apa yang
benda tu buat pada Anda. Sebagai contoh, hargai rumah yang Anda tinggal
kerana dengan adanya rumah itu, Anda dapat berteduh, berehat dan tidur
bila-bila masa ikut keperluan Anda.
Jika Anda ada sebuah handphone, hargai jasa handphone tu pada Anda. Syukuri jasa dan peranan benda-benda yang ada di sekeliling Anda, iaitu benda-benda ASAS yang Anda miliki sekarang ini. Hargai kemudian panjatkan kesyukuran pada Allah kerana dengan izinnya Anda dapat miliki benda tu melalui usaha Anda, melalui rezeki Anda.

Kami
sarankan Anda hayati lagu Maher Zain bertajuk “For The Rest Of My Life”
kerana lagu ni di ilhamkan dari perasaan bersyukur. Jika Anda sedang bercinta, lagu ini akan menyemarakkan lagi rasa cinta di hati Anda kesan dari kesyukuran yang ada di hati.
Lakukan 3 tips di atas selama seminggu tanpa ponteng. Rasai perubahannya dalam hidup Anda.