1- Menahan diri dari memandang perkara yang dicela dan dibenci. Setiap
masa menyibukkan diri untuk mengingat Allah SWT.
2- Menjaga lisan dari berbual kosong, berkata kasar, pertengkaran dan
sebaliknya menyibukkan dengan zikrullah dan membaca Al‐qur’an.
3- Menahan pendengaran dari perkara yang makruh kerana setiap perkara
yang diharamkan perkataannya maka diharamkan pula mendengarnya.
4- Menahan berbagai anggota badan lainnya dari berbagai dosa seperti
tangan, kaki dari perkara yang dibenci, menahan perut dari memakan makanan yang
subhat pada ketika berbuka.
5- Tidak makan terlalu banyak ketika berbuka. Bagaimana puasa boleh
menundukkan syaitan dan mengalahkan syahwatnya sekiranya gagal menahan diri
dari nafsu makan melampau sebagai ganti makanan yang tidak boleh dimakan pada
waktu siang?
6- Mengurangkan tidur. Telah menjadi kebiasaan Rasulullah SAW memanafaatkan
Ramadhan untuk ibadah, “apabila bulan
Ramadhan
tiba, beliau melipat alas tidurnya (mengurangkan tidur),
mengetatkan
sarungnya (bersungguh‐sungguh dalam ibadah), serta mengajak
keluarganya berbuat seperti itu pula” (Bukhari‐Muslim)
7- Cemas dan harap. Hendaklah hatinya dalam keadaan “tergantung” antara
cemas dan harap kerana tidak tahu apakah puasanya diterima dan termasuk
golongan yang Muqarrobin atau ditolak sehingga termasuk orang yang dimurkai
oleh Allah SWT. Hendaklah hatinya selalu dalam keadaan demikian setiap selesai melakukan ibadah tersebut.