Lailatul Qadar atau Malam al-Qadar telah diketahui umum sebagai malam
yang
amat istimewa buat seluruh umat Islam. Ia berdasarkan ayat al-Quran
dari surah al-Qadr. Firman Allah SWT, ertinya:
"Malam al-Qadar lebih baik dari seribu bulan." (Surah al-Qadr : ayat 2).
"Malam al-Qadar lebih baik dari seribu bulan." (Surah al-Qadr : ayat 2).
Pada
malam ini jugalah Nabi SAW bersungguh-sungguh beribadat melebihi
malam-malam Ramadhan yang lain. Disebutkan di dalam sebuah hadith,
ertinya:
“Adalah Nabi SAW, beribadat dengan (lebih) bersungguh dan kuat di sepuluh malam terakhir Ramdhan, tidak sebagaimana baginda di malam-malam yang lain." (Riwayat Muslim, no 1175 )
Sebuah lagi hadis menyebut, ertinya:
"Adalah Nabi SAW beriktikaf padanya dan berusaha mencari malam al-qadar darinya (malam-malam ramadhan)." ( Riwayat al-Bukhari & Muslim).
"Adalah Nabi SAW beriktikaf padanya dan berusaha mencari malam al-qadar darinya (malam-malam ramadhan)." ( Riwayat al-Bukhari & Muslim).
Dalam hadis lain, ertinya:
"Apabila telah masuk 10 terakhir bulan Ramadhan, maka Nabi menghidupkan malam, mengejutkan isterinya dan mengetatkan kainnya (tidak menyetubuhi isterinya kerana amat sibuk dengan ibadat yang khusus)." ( Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Waktunya
Malam al-Qadar Indah Bagi Orang Beriman
Para
ulama antaranya Syeikh Dr Yusof Al-qaradawi menyebut bahawa tarikh
lailatul qadar sengaja di sembunyikan oleh Allah SWT agar umat manusia
berusaha bersungguh-sungguh bagi mencarinya, bagaimanapun ada disebutkan
terdapat tanda-tanda akan kemunculan malam yang terhebat ini.
Iaitu
seperti hari esoknya yang tidak terlampu panas dan tidak pula sejuk,
matahari pula tidak memancarkan sinarannya dan pelbagai lagi. Ia
semuanya berasal dari hadis-hadis yang sahih.
Bagaimanapun
tanda-tanda ini tidaklah begitu penting bagi individu yang benar-benar
telah beribadat sepanjang malam. Ia juga tidak banyak memberikan manfaat
kerana malam tersebut sudah terlepas sekiranya tanda itu dikenalpasti
esoknya.
Malah, tanda ini juga adalah amat sukar menjadi tepat
kerana suasana dan cuaca sesebuah negara adalah berlainan. Di barat
contohnya mungkin sentiasa mendung kerana berada dalam musim sejuk,
musim bunga manakala di Afrika pula mungkin sedang mengalami keterikan.
Adakah malam al-qadar tidak muncul di tempat mereka kerana setiap siang
adalah terik?.
Jawabnya, tanda-tanda ini hanyalah contoh yang berlaku pada zaman Nabi SAW dan tidak lebih dari itu.
Menurut
pandangan yang paling kuat dalam kalangan para ulama, ia berlaku pada
10 malam yang terakhir, iaitu pada malam-malam ganjil.
Hadis Nabi menyebut, ertinya:
"Carilah ia (malam al-qadar) di 10 malam terakhir dari bulan ramadhan." (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Bagaimanapun,
kita sekali lagi mungkin kebingungan pada tahun-tahun tertentu jika
negara Arab memulakan puasa pada tarikh yang berbeza dengan
negara-negara di Nusantara. Justeru, pada malam ganjil menurut kiraan
Malaysia atau Saudi? Hal ini sukar diputuskan oleh para Ulama. Sudahnya,
mereka menyarankan agar dihidupkan seluruh malam sahaja. Jawapan
termudah tetapi tidak memuaskan hati tentunya.
http://www.zaharuddin.net/