Punca
mengapa ada sesetengah orang tidak ada keyakinan adalah kerana mereka
kurang percaya pada kebolehan diri. Mereka teragak-agak, sangsi dan
takut-takut. Perasaan ini timbul dalam apa saja perkara yang mereka
lakukan, khususnya ketika melakukan perkara-perkara baru.
Apabila
Anda rasa kurang yakin, Anda akan tiba-tiba merasa takut, bingung,
keliru. Anda bagaikan tak tahu nak buat mana satu dan tak tahu kat mana
nak bermula dulu. Masalah ni perlu di atasi. Jika tidak, motivasi Anda
akan luntur dan Anda hilang pedoman untuk meneruskan hidup.
Bagaimana nak membangkitkan rasa percaya pada diri?
Ini caranya:
1. Gali kekuatan-kekuatan diri Anda, kemahiran-kemahiran Anda yang Anda rasa anda boleh buat dengan cukup baik.
Tonjolkan. Biar orang sekeliling tahu supaya mereka menghargai
kelebihan Anda, lantas membangkitkan rasa yakin dalam diri Anda.
2. Ingat kejayaan-kejayaan kecil yang pernah Anda capai, sebab ia membantu Anda merasa yakin.
Anda pernah mencapai kejayaan kecil di masa lalu atau disatu ketika
dulu, jadi berkemungkinan Anda boleh berjaya lagi di masa kini dan di
masa hadapan. Rasa gembira setelah mencapai kejayaan-kejayaan tu membuat
Anda merasa yakin.
3. Hargai bakat, kebolehan serta kelebihan-kelebihan orang lain.
Jauhi sikap mencemuh kelebihan mereka atau bersangka buruk pada
kelebihan mereka. Hargai dan kagumi kerana dengan mengagumi, Anda akan
bersemangat untuk memperbaiki bakat Anda sendiri. Berkawan dengan
mereka, elak bersaing. Untuk menang, Anda perlu berkawan dengan musuh
sendiri.
4. Banyakkan bersukan, banyakkan meggerakkan otot-otot badan, banyakkan aktiviti mental.
Bersukan melancarkan pergerakan darah. Aktiviti mental membuat minda
Anda tajam serta dipenuhi banyak aliran idea. Gabungan kedua-dua kesan
dari aktiviti ni menimbulkan rasa yakin diri yang akhirnya membuat Anda
berani, optimis serta bebas dari sikap teragak-agak. Anda tahu apa yang
perlu dilakukan.
5. Selalu bertenang. Terdesak
cemanapun, kelam kabut cemanapun, stress cemanapun, jadilah orang yang
memilih untuk bertenang. Dari ketenangan tu, muncul rasa yakin diri.
Lagipun, bila Anda bertenang selalu semuanya akan terjadi secara
teratur, tak le berterabur.