Ada
satu anugerah yang jarang disyukuri manusia. Biasa yang kita dengar. Si
pelajar bersyukur dengan markah peperiksaan yang cemerlang. Si suami
soleh bersyukur mendapat isteri solehah. Si ibu bersyukur di kurnia
anak-anak yang bijak pandai. Si peserta Akademi Fantasia juga bersyukur
apabila bergelar juara. Pendek kata, di dunia ini manusia akan bersyukur
apabila mendapat perkara yang diingini.
Namun
satu perkara yang mungkin lupa disyukuri oleh kebanyakan manusia adalah
nikmat lahir sebagai seorang Islam. Apabila lahir saja, kita diazankan,
nama pula diberi berbin dan berbintikan bapa, tandanya kita seorang
yang beragama Islam.
Namun adakah semua manusia mengamalkan gaya hidup sebagai Islam? Adakah semua manusia mengamalkan gaya hidup seiring dengan penyaksian shahadah yang menjadi kunci keislaman mereka? Berapa ramai orang Islam yang masih menari terlompat-lompat di pusat hiburan. Berapa ramai wanita Islam yang mengandung anak luar nikah. Berapa ramai pasangan Islam yang membuang anak hasil hubungan terlarang. Berapa ramai orang Islam yang masih meneguk arak ketika mengalami tekanan. Lihat, dengar dan renunglah dengan hati, adakah itu tanda kesyukuran kita dengan anugerah dilahirkan sebagai seorang Islam.
Lihatlah manusia yang tiada agama. Mereka berjaya dalam kehidupan. Rumah besar, pangkat besar, pendek kata semua yang diimpi menjadi nyata. Namun alangkah sedih melihat mereka bertindak apabila tertekan. Ada yang terjun bangunan. Ada yang terjun landasan kereta api. Kalau difikir, mana mungkin orang berpelajaran tinggi sanggup mengambil jalan semudah itu sebagai penyelesaian kepada tekanan diri. Yang jelas disitu, mereka tiada tempat mengadu. Mereka tidak tahu dimana mahu mengadu.
Cukup berbeza dengan orang Islam. keindahan Islam itu jelas dan nyata. Kita punya Allah, Tuhan yang Maha Esa sebagai tempat mengadu. Tidakkah kita renung kembali.

Walaupun
setiap hari melakukan dosa, setiap hari membuat Allah murka, tapi jika
kita menadah tangan berdoa dengan yakin, Allah pasti kabulkan permintaan
kita. Kita sedih, Allah memujuk. kita gembira Allah mengingatkan.
Saat kita rasa kita tak mampu, Allah pujuk hati kita;
“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa): “Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah.

Ya
Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat
sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan
kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami
memikulnya. Beri ma’aflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami.
Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir.”
Saat kita rasa dalam dilema, nak belajar ke tak pergi usrah. Report banyak ni. Mana sempat nak siap. Allah bantu kita memilih;
“Hai orang-orang beriman apabila kamu dikatakan kepadamu: “Berlapang-lapanglah dalam majlis”, maka lapangkanlah niscaya Allah akan memberi kelapangan untukmu. Dan apabila dikatakan: “Berdirilah kamu”, maka berdirilah, niscaya Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.”
Saat kita rasa lemah, banyak tenaga, masa dan wang dilabur dalam medan dakwah, Allah memujuk dan meyakini kita lagi; “(yaitu) kamu beriman kepada Allah dan RasulNya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui.”
Saat kita rasa dosa menggunung. Seakan-akan tiada lagi peluang pengampunan, Allah meyakinkan kita dalam kalamNya;“Maka barangsiapa bertaubat (di antara pencuri-pencuri itu) sesudah melakukan kejahatan itu dan memperbaiki diri, maka sesungguhnya Allah menerima taubatnya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”
Banyak sekali janji Allah dalam kalamNya. Jika hidup benar-benar berpandu kepada Al-Quran ini, subhanallah. Pasti yang sedih tidak dirintih, yang gembira tidak dirai berlebih-lebihan.

Malah
dalam solat lima waktu setiap waktu solat, sekurang-kurangnya lima kali
sehari kita ulang doa-doa yang sama dalam surah Al-Fatihah. Betapa kita
mengaku Allah s.w.t Tuhan sekalian alam, Yang Maha Pemurah lagi Maha
Penyayang,Yang menguasai hari pembalasan. Betapa kita mengaku hanya
Allah tempat kita sembah dan meminta pertolongan. Betapa kita memohon
Allah tunjuki kita jalan yang lurus. Lengkap, melingkungi keseluruhan
kehidupan kita.
Namun
kadang-kadang tidak termampu untuk menghayati doa-doa dalam solat
kerana kadang-kadang dalam solatlah kita teringat mana kita letak barang
yang kita tak jumpa, dalam solat jugalah kita terfikir nak makan apa
lepas solat.
Macam-macam
gangguan syaitan yang hinggap. Hakikatnya syaitan memang makhluk yang
kuat berusaha, berusaha menyesatkan manusia. Iman didada sebagai senjata
penyelamat manusia dari mengikut hasutan syaitan yang membawa ke neraka
jahanam.
Sekarang nilai kembali. Mengapa kita merungut apabila kita sedih? Mengapa mudah sangat perasan diri bagus apabila berjaya? Mengapa mudah sangat mencari dan mencela kesilapan orang lain?

Mengapa
susah sangat mengingati Allah setiap masa? Mengapa susah sangat nak
belajar untuk bantu agama Allah? Mengapa berkira sangat masa dengan
Allah s.w.t?
Allah Maha Penyayang. Allah Maha Pengampun. Allah Maha Mendengar doa hambaNya. Semua yang indah hanya ada pada Allah s.w.t. Tidakkah terdetik perasaan malu walau sedikit kepada Allah apabila terlalu banyak nikmatnya tidak kita syukuri.

Macam
muka tak malu saja guna pemberian Allah tanpa bersyukur. Syukur itu
bukan sekadar ucapan dibibir, syukur itu hadir bersama-sama kerendahan
hati selaras dengan perbuatan mensyukuri.
Bersyukurlah kita orang Islam. Bersyukurlah kita ada Dia tempat mengadu.
“ ……Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanya kerana Allah”