Kenapa orang berjaya sentiasa menambah ilmu? Berikut adalah dua sebab utama:
1. Mereka mahu tahu banyak ilmu baru.
2. Mereka mahu menguasai, bukan sekadar mengetahui.
2. Mereka mahu menguasai, bukan sekadar mengetahui.
Orang
berjaya tak pernah merasa cukup dengan ilmu yang dia ada. Bukan sebab
orang berjaya ni tamak, tapi sebab mereka seronok berkongsi ilmu – iaitu
ilmu yang mereka ada dan ilmu yang mereka baru jumpa.
Anda kena contohi orang-orang berjaya. Elak merasa puas hati dengan ilmu yang Anda ada sekarang ini. Tekad belajar seumur hidup! Tambah
ilmu dengan banyakkan membaca kerana membaca adalah cara paling mudah
untuk Anda mempelajari ilmu baru. Gali lebih banyak ilmu berkenaan
bidang Anda. Beri tumpuan pada apa yang Anda perlu tahu.
Sebagai
contoh, jika Anda seorang penulis buku, pelajarilah lebih banyak ilmu
tentang bagaimana menjadi penulis buku supaya Anda boleh muncul menjadi
seorang penulis buku yang berjaya satu hari nanti.
Jika
Anda seorang pemuzik, pelajari lebih banyak perkara mengenai muzik
supaya Anda menonjol menjadi pemuzik berjaya. Anda berjaya kerana Anda
tahu banyak perkara mengenai muzik.
Selepas
itu, pelajari lebih banyak, dua kali lebih banyak jumlahnya dari jumlah
ilmu yang dipelajari oleh orang-orang di sekeliling Anda.Jika Anda
seorang penasihat kewangan, pelajari lebih banyak ilmu tentang hal-hal
kewangan supaya Anda berjaya sebagai seorang penasihat kewangan berjaya
satu hari nanti.
Bila Anda menguasai banyak perkara mengenai bidang Anda, pasti Anda menonjol. Pasti Anda boleh mencapai tahap-tahap membanggakan.
Bila Anda menguasai banyak perkara mengenai bidang Anda, pasti Anda menonjol. Pasti Anda boleh mencapai tahap-tahap membanggakan.
Mengetahui saja tidak cukup.Anda perlu menguasai, iaitu dengan mempelajari lebih banyak ilmu mengenai bidang Anda.