Daripada Abu Hurairah RA katanya, Rasulullah SAW bersabda “Hendaklah
kamu saling meminta nasihat tentang perkara-perkara kebaikan kepada kaum
wanita kerana sesungguhnya kaum wanita dijadikan daripada tulang rusuk
dan sebengkok-bengkok tulang rusuk ialah yang paling atas. Jika kamu
membetulkan dengan kekerasan nescaya ia akan patah, jika ditinggalkan
(dibiarkan tanpa nasihat) nescaya kekal ia dalam keadaan bengkok maka
saling menasihatilah dengan penuh kesabaran dan berlemah lembut”.
Huraian Hadith:
-
Para suami hendaklah bersikap bijaksana dalam membentuk kehidupan
isteri-isteri mereka. Jika berlaku sebaliknya akan mengakibatkan
kepincangan rumahtangga yang mungkin berakhir dengan perceraian.
-
Adalah menjadi kewajipan setiap suami untuk memberi didikan dan
tunjuk ajar secukupnya dengan penuh kesabaran kepada isteri mereka agar
tidak terumbang-ambing dalam hidup.
-
Berulang-ulangnya pesanan Rasulullah SAW mengenai wanita menunjukkan
ia sangat-sangat penting kerana mereka adalah golongan yang lemah dan
perlu kepada orang yang melindungi mereka dan menguruskan hal mereka
serta mengawal pergerakan mereka ini kerana kebebasan tanpa sempadan
yang diberikan kepada anak-anak gadis menyebabkan berlakunya kepincangan
besar dalam masyarakat yang mengundang kemurkaan Allah SWT.
- Hadis ini memberi tunjuk ajar dan panduan kepada lelaki supaya bertolak ansur dan bersabar dalam berinteraksi dengan kaum wanita. Suami mestilah bersabar terhadap sikap isteri yang kurang memuaskan kerana lelaki lebih mampu sabar.