Termasuk fitnah pada masa ini ialah harta benda dunia yang banyak
menguasai
atau beraja dihati manusia Sehinggakan mereka lebih
mengutamakan atau memberi keutamaan harta benda dunia daripada
menunaikan hak-hak Allah SNW. Mereka tidak pedulikan dengan apa cara apa
sekalipun untuk memperolehi harta benda itu dengan cara yang halal atau
yang haram, asalkan mereka memperolehi harta tersebut.
Adapun faktor
pendorongnya adalah hawa nafsu yang diciptakan untuk selalu mencintai
harta benda dunia. Akibatnya adalah manusia akan lupa bahawa apa yang
mereka lakukan akan terjerumus ke dalam perbuatan yang haram. Pada hari
ini banyak ditemukan orang-orang yang berbangga-bangga dan bermegah
dengan harta yang banyak ataupun orang yang menunjukan harta kekayaan
mereka dan mereka lupa bahawa harta yang mereka perolehi itu adalah
milik Allah.
Allah hanya memberi mereka meminjam sementara atau Allah
memberikan amanah kepada mereka untuk mereka menjaganya. Allah Subhanahu
wa Ta'ala berfirman:
“Bermegah-megahan telah melalaikan kamu.” (At-Takatsur: 1)
“Dan mereka berkata: "Kami lebih banyak mempunyai harta dan anak-anak (daripada kamu) dan kami sekali-kali tidak akan diazab". (Saba': 35)
Betapa
ramai orang-orang yang tergoda dengan harta benda dunia. Dan betapa
banyak pula orang-orang yang bertanya-tanya bagaimana si Fulan dapat
mengumpulkan harta sebanyak itu hingga ia menjadi orang kaya dan dapat
membangun istana-istana dan gedong-gedong yaang besar, memiliki ini dan
itu di dalam dan luar negeri? Hingga ia pun berangan-angan dan akhirnya
condong kepada harta dunia.
Dan betapa banyak pula orang yang
terpedaya dengan cubaan harta ini. Mereka mengumpulkan harta tanpa
peduli halal haram. Akhirnya mereka terjerumus ke dalam kancah riba,
penipuan, suap-menyuap, dan lainnya. Semua itu kerana asyiknya
mengumpulkan harta.
Sekalipun dengan cara mencuri, korupsi, menggelapkan
harta negara tanpa hak dan lain-lain. Maksudnya tidak lain dan tidak
bukan adalah untuk memperbanyak dan mengembangkan hartanya sehingga ia
lupa Allah sehingga akhir hayat.
Apabila telah memperoleh harta
yang banyak, maka mereka habiskan untuk berfoya-foya, memuaskan nafsu
syahwat, mengenakan pakaian-pakaian yang disukai, tanpa memperhatikan
batas halal haramnya lagi. Demikianlah musibah menjadi bertambah besar.
Rasulullah s.a.w. telah menegaskan bahawa harta adalah cubaan. Dan yang
beliau takutkan atas kita adalah harta dunia yang dibentangkan dan
gemerlap dunia yang Allah SNW keluarkan bagi kita. Allah SNW berfirman
yang bermaksud:
“Sesungguhnya hartamu dan anak-anakmu hanyalah cubaan (bagimu); dan di sisi Allahlah pahala yang besar.” (At-Taghabun: 15)
Sesungguhnya
Allah Subhanahu wa Ta'ala jualah yang telah menganugerahkan harta benda
tersebut. Dan menjadi cubaan bagi hamba yang menerimanya. Apakah ia
tergelincir ke dalam perkara haram disebabkan harta itu? Apakah ia
membeli barang-barang terlarang kerana tidak puas dengan yang
dibolehkan? Ataukah ia gunakan untuk memuaskan nafsunya sekalipun dengan
perkara yang haram!?
Misalnya setiap kali bepergian ke luar
negeri, ia terjerumus ke dalam perkara haram, seperti meminum khamar,
berzina, dan lainnya. Akhirnya mereka sedar dan membuka mata dalam kubur
sahaja. Itulah fitnah besar pada zaman sekarang ini. Kita memohon
kepada Allah SNW. keselamatan dari segala kejelekan tersebut.