Diriwayatkan
bahawa Rasululallah pernah menceritakan betapa asalnya kejadian api di
dunia ini. Setelah nabi adam dihantar ke dunia kerana kesalahanya
memakan buah larangan maka Allah swt telah memerintahkan malaikat Jibril
as supaya mengambil api dari neraka untuk dihantar ke dunia untuk
kegunaan Nabi Adam as. Maka jibril as pun diperintahkan utk meminta api
tersebut daripada malaikat penjaga api neraka iaitu Zabaniah.
Jibril : wahai zabaniah, aku diperintah utk mengambil sedikit api neraka utk dihantar ke dunia bagi kegunaan adam as.
Zabaniah : sebanyak mana sedikit itu ?
Jibril : sebesar kurma. .
Zabaniah
: kalau sebesar buah kurma api neraka itu engkau bawa nescaya akan
cairlah tujuh lapis langit dan tujuh lapis bumi akibat kepanasanya.
Jibril : kalau begitu berilah aku sebesar separuh dari buah kurma…
Zabaniah
: kalau sebesar separuh buah kurma api neraka ini engkau letakkan di
dunia nescaya tidak akan turun walaupun setitik hujan dari langit dan
tidak ada suatu pun tumbuhan akan tumbuh di bumi nanti..
Memandangkan keadaan yang rumit ini maka Jibril as pun menghadap Allah untuk mendapatkan saiz yg perlu di hantar ke dunia.
Allah
swt pun memerintahkan supaya Jibril mengambil sebesar ZARAH sahaja dari
api neraka utk di bawa ke dunia. Maka Jibril as un mengambil api neraka
sebesar zarah dari zabaniah tetapi oleh kerana kepanasan yg keterlaluan
api neraka sebesar zarah itu terpaksa di sejukan dgn mencelupnya
sebanyak 70 kali kedalam sungai di syurga dan sabanyak 70 buah sungai.
Selepas
itu Jibril as pun membawa api itu turun ke dunia dan diletakkan diatas
sebuah bukit yg tinggi.Sejurus setelah diletakkan api tersebut,tiba-tiba
bukit itu terus meleleh dan cair.Maka cepat-cepat malaikat Jibril
mengambil semula api tersebut dan menghantar semula ke neraka. Hanya
sisa-sisanya sajalah yang terdapat di dunia ini seperti api yg sering
kita gunakan untuk pelbagai keperluan termasuk api gunung berapi dan
sebagainya.
PENGAJARAN
Bayangkanlah
kepanasan api neraka yg sebesar zarah yg terpaksa disejukan dlm 70 buah
sungai dgn sebanyak 70 celup setiap sungai dan hanya sisanya saja
itupun manusia tidak dapat bertahan akan kepanasanya bagaimana dgn api
di neraka itu sendiri. SEBESAR ZARAH SAHAJA.