Anak-anak
merupakan anugerah dari Allah s.w.t. yang cukup berharga kepada
Ibubapa. Mereka juga merupakan amanah daripada Allah untuk dijaga dan dipelihara dengan sempurna dan memastikan keselamatan di dunia dan akhirat. Amanah ini akan ditanya oleh Allah diakhirat nanti, apakah kita telah menunaikannya dengan sebaik-baiknya ataupun kita mengkhianatinya.
Ibubapa. Mereka juga merupakan amanah daripada Allah untuk dijaga dan dipelihara dengan sempurna dan memastikan keselamatan di dunia dan akhirat. Amanah ini akan ditanya oleh Allah diakhirat nanti, apakah kita telah menunaikannya dengan sebaik-baiknya ataupun kita mengkhianatinya.
Justeru
itu, Islam tampil sebagai model terbaik memberi bimbingan dan panduan
kepada manusia dalam melahirkan sebuah keluarga bahagia dan dirahmati
serta diredhai Allah s.w.t. Maka, Kita semua sebagai ibu bapa atau yang
bakal menjadi bapa sudah pasti berharap supaya dikurniakan anak-anak
yang baik dan soleh yang bakal menjadi penyejuk mata dan penawar hati.
Anak-anak bukan sahaja dapat membantu kita sewaktu di dunia bahkan
diharap dapat membantu kita sampai ke alam akhirat.
Sabda Rasulullah s.a.w :
"
اِذَا مَاتَ ابْنِ آدَمَ اِنْقَطَعَ عَمَلُهُ اِلاَّ مِنْ ثَلاَثٍ :
صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ، أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ، أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ
يَدْعُوْلَهُ ".
Maksudnya :
“ Apabila telah mati seorang anak Adam, maka putuslah amalnya kecuali
tiga perkara, iaitu : Sedekah jariah, Ilmu yang bermanfaat dan anak yang
soleh yang mendoakan kepadanya”.
Oleh
itu, sekiranya kita berhasrat dan mengidamkan untuk mendapat zuriat
yang terbaik dan soleh, maka kita mestilah memberikan pendidikan yang
sempurna kepada mereka yang berkaitan dengan dengan fardhu ain dan
fardhu kifayah.
Justeru
itu, proses mendidik anak agar benar-benar menjadi anak yang soleh
merupakan suatu tugas dan tanggungjawab yang besar serta mencabar kepada
setiap ibu bapa, terutamanya dalam dunia hari ini yang serba canggih
sedikit sebanyak telah mempengaruhi corak kehidupan masyarakat
terutamanya golongan kanak-kanak. Maka dalam perkara ini, beberapa
faktor penting perlu diberi perhatian oleh ibu bapa bagi memastikan
anak-anak menjadi insan yang soleh dan terbaik serta mampu memberi
manfaat kepada agama, bangsa dan negara.
Diantara perkara-perkara utama yang perlu diberi perhatian oleh ibu bapa dalam proses melahirkan zuriat yang soleh ialah :
Pertama : Sentiasa Berdoa Kepada Allah s.w.t.
Keinginan
untuk memiliki zuriat yang soleh dan cemerlang hendaklah dengan cara
berdoa kepada Allah s.w.t. kerana amalan ini merupakan amalan yang
dilakukan oleh para nabi dan rasul. Firman Allah dalam surah Ali - Imran
ayat: 38
Yang bermaksud : Wahai
tuhan kami kurniakanlah kepadaku dari sisimu zuriat keturunan yang
baik, seseungguhnya engkau sentiasa mendengar (menerima) doa permohonan.
Dalam
ayat ini menjelaskan kepada kita para nabi dan rasul mengutamakan
zuriat yang soleh dalam kehidupan mereka, walaupun zuriat itu belum
dilahirkan lagi mereka berdoa kepada Allah s.w.t. agar dikurniakan
zuriat keturunan yang baik. Ini memberi gambaran dan contoh kepada
manusia untuk diamalkan. Di samping kita berdoa hendaklah kita memberi
pelajaran yang sempurna dari segi fardhu Ain dan Fardhu Kifayah semoga
mereka dapat membangunkan diri, masyarakat dan negara.
Kedua : Hendaklah Menanam Akidah Didalam Diri Anak-Anak
Akidah
merupakan asas yang perlu diberi perhatian dan keutamaan, kerana akidah
yang mantap sahaja mampu menjamin kebahagian dan kecemerlangan hidup
manusia di dunia dan di akhirat. Selain itu, anak-anak yang mempunyai
pegangan akidah yang mantap tidak akan mudah untuk menyeleweng atau
diselewengkan. Lebih-lebih lagi dapat melahirkan insan yang sentiasa
dapat menjaga iman mereka serta menjauhi perkara-perkara syirik yang
boleh menyesatkan mereka.
Ketiga : Hendaklah Diberi Penekanan Terhadap Tuntutan Syariah Khususnya Dari Sudat Ibadah
Penekanan
dari sudut ibadah yang sempurna melambangkan sifat kepatuhan dan
ketaatan kepada Allah. Selain itu, sebagai tanda penyempurnaan jalinan
hubungan dengan Allah s.w.t sepanjang masa dengan sentaisa menyerahkan
segala jiwa dan raganya terhadap setiap suruhan dan meninggalkan segala
larangannya pada setiap masa.
Selain
itu, dengan melakukan ibadah kepada Allah dapat menyedarkan anak-anak
tentang sifat-sifat manusia sebagai hamba disisi Allah s.w.t. Ini
bersesuaian dengan firman Allah dalam surah al-Anam ayat 162 :
Yang bermaksud : “ Sesungguhnya solatku dan ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah tuhan yang memelihara dan mentadbir sekelian alam ”.
Keempat : Hendaklah Diberi Penekanan Dari Sudut Akhlak
Memiliki
akhlak terpuji merupakan lambang kecemerlangan dan keindahan terhadap
keperibadian seorang muslim sejati. Dengan memiliki akhlak yang terpuji
menyebabkan seseorang itu dihormati dalam sesebuah masyarakat berbanding
dengan orang yang memiliki akhlak yang tercela akan dibenci dan dikeji
oleh masyarakat. Kerana itulah, junjungan besar nabi Muhammmad s.a.w.
diutuskan untuk menyempurnakan akhlak manusia.
Selain
itu, dengan memiliki akhlak yang mulia merupakan amalan yang paling
berat dalam timbangan dihari akhirat berbanding dengan akhlak tercela
yang akan melambatkan proses hisab dihadapan Allah s.w.t. Sebagaimana
sabda Rasulullah s.a.w. :
مَا مِنْ شَىْءٍ أَثْقَلُ فِىْ مِيْزَانِ الْعَبْدِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ مِنْ حُسْنِ الْخُلُقِ
( رواه أبو دأود والترمذي )
Maksudnya : “Tidak ada sesuatu yang lebih berat diatas neraca timbangan seseorang hamba di hari kiamat selain dari akhlak yang mulia ”.
Kelima : Memastikan Makanan Anak-Anak Dari Sumber Yang Halal
Setiap
ibu bapa perlu memastikan setiap makanan yang diberikan kepada
anak-anak merupakan makanan dari sumber yang halal serta menjauhi dari
sumber-sumber yang subhah, apatah lagi dari sumber yang haram seperti
rasuah, riba, penipuan dan sebagainya.
Kerana
makanan yang bersumberkan dari rezeki yang halal bukan sahaja membawa
keberkatan tetapi sebenarnya dapat melahirkan zuriat yang pintar dan
sehat. Dan akhirnya mendorong seseorang kearah melakukan kebaikan di
dunia dan mendapat rahmat Allah di akhirat. Firman Allah dalam surah
al-Baqarah ayat 168 :
Yang bermaksud : “
Hai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa yang
terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan;
kerana sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu ”.
Marilah
sama-sama kita memberikan pendidikan yang sempurna kepada anak-anak
kita, demi melihat generasi yang terbaik dimasa hadapan. Korbanlah
sedikit masa dan harta untuk mereka, berikan kasih sayang dan
tunjukkanlah contoh yang terbaik kepada mereka serta mengambil tahu
hal-hal yang berkaitan dengan kehidupan anak-anak seperti dengan siapa
mereka berkawan, kemana mereka pergi, jam berapa mereka keluar rumah dan
sebagainya. Ini semua membuktikan kita telah melaksanakan amanah Allah
s.w.t. terhadap anak-anak dengan baik dan sempurna.
Kelima-lima
perkara yang telah disebut tadi amat penting diberi perhatian untuk
membina insane yang sempurna dan merupakan modal insane yang akan
memainkan peranan untuk membangun masyarakat dan Negara yang maju
mengikut acuan kita sendiri menjelang tahun 2020 akan datang.
Maksudnya : “
Dan orang orang yang berkata: " wahai Tuhan kami, anugerahkanlah kepada
kami isteri-isteri dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami),
dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa”.( Surah al-Furqan : 74 )