Golongan
ini ialah golongan kebendaan (materialis), samada berdasarkan falsafah
mahupun golongan "Dahriyyin". Pandangan Dahriyyin ini dijelaskan oleh
Al-Quran sebagaimana berikut:
Yang bermaksud:
Dan
tentulah mereka akan berkata pula: Tiadalah hidup yang lain selain
dari hidup kita di dunia ini dan tiadalah kita akan dibangkitkan semula
sesudah kita mati.Surah Al-An'aam, Ayat: 29).
Allah berfirman:
وَقَالُوا
مَا هِيَ إِلَّا حَيَاتُنَا الدُّنْيَا نَمُوتُ وَنَحْيَا وَمَا
يُهْلِكُنَا إِلَّا الدَّهْرُ وَمَا لَهُمْ بِذَلِكَ مِنْ عِلْمٍ إِنْ
هُمْ إِلَّا يَظُنُّونَ
Yang bermaksud:
Dan
mereka berkata: Tiadalah hidup yang lain selain daripada hidup kita di
dunia ini. Kita mati dan kita hidup (silih berganti) dan tiadalah yang
membinasakan kita melainkan edaran zaman. Pada hal mereka tidak
mempunyai sebarang pengetahuan tentang hal itu; mereka hanyalah menurut
sangkaan semata-mata.(Surah Al-Jaathiyah, Ayat: 24).
Orang-orang
komunis dan rakan-rakan mereka dari golongan sekular atau penganut
fahaman existensialism juga beranggapan sedemikian. Dalam satu ulasan
yang ditulis oleh Joseph Stalin terhadap pendapat seorang ahli falsafah
yang mengatakan: "Alam ini tidak dicipta oleh mana-mana Tuhan atau
insan. Ia terjadi dengan sendirinya dan akan kekal berterusan
sebagaimana adanya. Ia merupakan obor kehidupan yang terus menyala dan
akan padam berdasarkan hukum-hakam yang tertentu". Lenin menyatakan:
"Ini adalah satu analisis yang indah terhadap dialektik materialism".
Sebenarnya
apabila manusia mengingkari wujudnya kehidupan selepas alam nyata,
mengingkari adanya hari perhitungan terhadap segenap perilaku malah
seluruh cita dan usahanya akan tertumpu hanya untuk merangkul dunia
yang fana ini. Ilmunya pun sekadar itu juga.
ii. Golongan Yang Sesat Antara Dunia dan Akhirat.
Mereka
ini adalah terdiri dari golongan minoriti, akidah mereka bersimpang
siur dan usaha mereka di dunia ini adalah usaha yang sia-sia, tanpa
berkat dan restu Allah. Namun mereka menyangka yang mereka telah
berbuat baik.
Orang ini walaupun
percaya pada Allah dan hari Akhirat, namun akidah mereka tidak lebih
dari gambaran palsu yang terpisah dan terputus dari realiti kehidupan.
Mereka
ini pada hakikatnya termasuk dalam golongan yang menganut fahaman
kebendaan sekalipun pada zahirnya mereka melakukan sebahagian dari
upacara-upacara kerohanian. Tepatlah seperti yang dikatakan oleh
penyair di dalam sepotong syairnya:
Kita tempungkan kecacatan dunia kita,
Dengan mengoyakkan agama kita,
Akhirnya rosak kedua-duanya,
Baik dunia mahupun agama,
Asy-Syahid
Imam Hasan Al-Banna di dalam Risalahnya yang bertajuk "Fi Ayyi Nad'un
Nas (Ke mana kita ingin menyeru manusia)" menyatakan: "Sebenarnya
Al-Quran telah menentukan matlamat kehidupan dan tujuan-tujuan
kehidupan manusia ..." Ia menerangkan segolongan manusia yang hidup
mereka adalah untuk makan minum dan menikmati kelazatan dunia. Firman
Allah:
Yang bermaksud:
Dan
(sebaliknya) orang-orang yang kafir menikmati kesenangan di dunia
serta mereka makan minum sebagaimana binatang-binatang ternak makan
minum, sedang Nerakalah menjadi tempat tinggal mereka. (Surah Muhammad, Ayat: 12).
Al-Quran
menerangkan adanya segolongan manusia yang tujuan hidup mereka adalah
untuk menikmati perhiasan dan bersenang-senang dengan kemewahan, dalam
firman Allah:
Yang bermaksud:
Dihiaskan
(dan dijadikan indah) kepada manusia: Kesukaan kepada benda-benda yang
diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda
yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang
bertanda lagi terlatih dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun
tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia dan (ingatlah),
pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga). (Surah Aali Imran, Ayat: 14).
Al-Quran
juga menerangkan gelagat segolongan manusia yang hidup mereka di dunia
adalah mengadakan angkara fitnah, menyuburkan kejahatan dan kerosakan,
dalam sebuah firman Allah:
Yang bermaksud:
Dan
di antara manusia ada orang yang tutur katanya mengenai hal kehidupan
dunia, menyebabkan engkau tertarik hati (mendengarnya) dan dia
(bersumpah dengan mengatakan bahawa) Allah menjadi saksi atas apa yang
ada dalam hatinya, padahal dia adalah orang yang amat keras
permusuhannya (kepadamu). Kemudian apabila dia pergi (dengan mendapat
hajatnya), berusahalah dia di bumi, untuk melakukan bencana padanya dan
membinasakan tanaman-tanaman dan keturunan (binatang ternak dan
manusia; sedang Allah tidak suka kepada bencana kerosakan. (Surah Al-Baqarah, Ayat: 204 - 205).
Demikianlah
tujuan-tujuan hidup manusia di dunia. Allah s.w.t telah membersihkan
orang-orang mukmin daru tujuan-tujuan yang salah dengan memberikan
tanggungjawab dan kewajipan yang tinggi lagi mulia. Tanggungjawab
tersebut ialah menunjukkan kebenaran Islam kepada manusia. Mengajak
manusia seluruhnya kepada kebajikan dan menyinarkan seluruh alam ini
dengan cahaya Islam.
iii. Golongan Yang Menganggap Dunia ini Adalah Ladang Tanaman Untuk Di Akhirat.
Mereka
inilah golongan yang benar-benar beriman, mereka mengetahui hakikat
hidup ini. Mereka menginsafi nilai hidup di dunia ini dibandingkan
dengan akhirat kerana firman Allah s.w.t:
Yang bermaksud:
Dan
tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan
hiburan yang melalaikan dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih
baik bagi orang-orang yang bertakwa. Oleh itu, tidakkah kamu mahu
berfikir?. (Surah Al-An'aam, Ayat: 32).
Ekoran
dari rendahnya nilai dunia jika dibandingkan dengan akhirat maka
kehidupan dunia tidaklah sampai menghalang dan menyibukkan mereka
daripada melaksanakan tujuan dan matlamat mereka diciptakan oleh Allah.
Yang bermaksud:
Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu. (Surah Az-Zariyaat, Ayat: 56).
Orang-orang
yang benar menggabungkan dirinya dengan Islam menganggap dunia ini
sebagai medan untuk mereka berbakti mentaati Allah dan memperolehi
keredaan-Nya. Seluruh hidup mereka baik ilmu pengetahuan, perniagaan,
harta kekayaan, rumah tangga, masa dan waktu serta pemikiran mereka
semuanya dicurahkan untuk tujuan mentaati Allah. Sebaliknya golongan
kebendaan menggunakan segala kurniaan tersebut demi untuk memuaskan
hawa nafsu dan keinginan syahwat.
Kenyataan
ini telah dibuktikan dengan sebahagian besar ciptaan-ciptaan
(kemajuan) zaman moden ini dan kebanyakan hasil perahan daya fikiran
manusia bertujuan untuk menyogokkan kepada manusia kelazatan dan
kerehatan jasmaninya bukan bertujuan untuk membangunkan alam sejagat
ini dengan nilai-nilai kebaikan, kedamaian dan ketenangan. Kemajuan
alat-alat rekaan baru seperti kereta, pesawat, kapal terbang, mesin
basuh, peti sejuk, alat-alat solek, perabut rumah, pakaian, alat-alat
hiburanmalahan ribuan ciptaan yang dioleh kilang perusahaan yang moden
dan canggih pada hari ini, semuanya bertujuan memberikan kerehatan,
keselesaan kepada hidup manusia.
Dalam
konteks ini walaupun Islam sama sekali tidak melarang mengkaji
(menyelidik), mencipta dan menghasilkan sesuatu, namun ia haruslah
dilakukan dengan syarat:
1. Dengan kadar yang tidak membawa manusia kepada kemudaratan atau bahaya.
2.
Dalam bentuk yang boleh mendatangkan kebaikan dan kebajikan dalam
masyarakat. Ertinya, kerja-kerja tersebut hendaklah diperhatikan dari
segi penyesuaiannya dengan syarak dan akhlak.
Dalam
hubungan ini Imam Hasan Al-Banna di dalam risalah, "Ke Mana Kita
Menyeru Manusia" mengatakan: "Demi Tuhanmu, wahai saudara yang
dimuliakan; adakah umat Islam memahami pengertian ini (dari Kitab
Allah) yang menyebabkan jiwa mereka akan menjadi tinggi, semangat
mereka akan meningkat malah mereka akan bebas dari belenggu kebendaan.
Mereka akan terhindar dari godaan syahwat dan keinginan nafsu serta
menjauhi perkara-perkara yang sia-sia dan tujuan-tujuan yang penuh
kehinaan. Dengan kefahaman ini mereka dapat meluruskan tujuan dan
haluan mereka kepada Allah yang menciptakan langit dan bumi, ikhlas
mempertahankan kalimah Allah, berjihad pada jalan-Nya, menyebarkan
agama-Nya dan mempertahankan syariat-Nya atau sebaliknya mereka ditawan
oleh syahwat dan menjadi hamba kepada kerakusan nafsu serakah. Seluruh
impian mereka hanyalah untuk mengisi uncang perut mereka dengan makanan
yang lazat, kenderaan yang cantik, tidur yang nyenyak dan
gelaran-gelaran yang kosong".
Seorang penyair menyatakan:
Mereka bersenang-senang dengan angan-angan khayalan,
Sedangkan segala pemberian adalah ujian,
Mereka mendakwa telah mengharungi lautan dengan,
Sesungguhnya mereka belumpun bertemu ujian,
Sesungguhnya benarlah sabda Rasulullah s.a.w yang menyebut:
Yang bermaksud:
Celakalah
(orang yang hidupnya menjadi) hamba abdi dinar, celakalah (orang yang
hidupnya menjadi) hamba abdi diram. Celakalah (orang yang) menjadi
hamba abdi kepada pakaian".
(Hadis riwayat Imam Bukhari).
Karangan: Fathi Yakan