Dikuasakan oleh Blogger.

About Me

Foto Saya
ipoh, perak
X KAGAT....?.

Blog Archive

SMS ampang ipoh 24 /6/ 11

gif webcam

DI SMA Chemor 13/5/12

pictures to gif

Di SMA Chemor

animated gif maker

Guru Pendidikan Islam Ulu Kinta Jun 13

http://picasion.com/i/1VkmT/

1 Mac 2010

NIKMATNYA HUJAN


Ya Allah bertapa banyaknya nikmat Hujan yang telah kau berikan ketika dalam keadaan hujan, doa kita mudah-mudahan mudah diterima. Nabi SAW bersabda " Berdoalah pada waktu mustajab doa iaitu sewaktu pasukan tentera bertempur, sewaktu mendirikan solat dan ketika hujan turun" Hadis riwayat Abu Dawud~~~
Jadi sahabat sekalian sementara kita menghadapi musim hujan ni, janganlah kita mengeluh akan hujan kerana  besar nikmatnya, berdoalah kita tika hujan turun.
Di kala air dari langit diturunkan, banyak menberi manfaat kepada tumbuh-tumbuhan, haiwan ternakan serta hidupan di bumi. mungkin dengan hujan terjadinya banjir yg memusnahkan tumbuh-tumbuhan serta haiwan ternakan setempat. Disebalik kemusnahan ini, pelbagai nikmat lagi yg ALLAH turunkan. banjir yg berlaku hanya lah ujian buat umatnya. Untuk menguji kesabaran Umatnya, Untuk menguji tahap kesyukuran hambanya.. Namun ingatlah kita:
"Dialah yang meniupkan angin sebagai pembawa kabar gembira, mendahului kedatangan rahmatNYA(hujan) , sehingga apabila angin membawa awan mendung, Kami halau ke satu daerah yang tandus, lalu kami turunkan hujan kedaerah itu. Kemudian kami tumbuhakan dengan hujan itu belbagai macam buah-buahan. Seperti itu kami bangkitkan orang yang telah mati, mudah-mudah kamu mengambil penlajaran" surah Al-A`raf ayat 57.
Dengan hujanlah kita mendapat sumber vitamin & zat besi. Air hujan dijadikan sebagai air siraman ke tanam-tanaman, buah-buahan, serta bijiran. sehingga kita perolehi hasil. Begitu besarnya nikmat tuhan. Dari setitis air yang diturunkan, di beri juga pelbagai jenis hasil sebagai sumber makanan kita.Usah mengeluh dengan nikmat kepelbagaian cuaca yg diberikan ini.

Masjid Solatiah GR

http://picasion.com