Dari
jabir (bin Abdullah ) r.a katanya dia mendengar rasulullah s.a.w
bersabda: Setiap orang akan dibangkitkan kelak (hari kiamat)menurut
keadaan (aqidah atau imannya) ketika mati.
Huraian Hadith:
Janganlah kamu mati kecuali dalam keadaan Islam" merupakan perintah
Allah agar kita jangan mati kecuali dalam keadaan beriman dengan ajaran
Islam kerana Allah S.W.T tidak akan menerima agama selain Islam, malah
Islamlah satu-satunya agama yang diredhai-Nya. Memanng tidak dinafikan
bahawa tiada sesiapa pun yang layak dan mampu memberikan hidayah kepada
seseorang kecuali Allah yang akan memberi hidayah kepada siapa yang
Dia kehendaki.
Namun begitu kita selaku manusia diberi kemampuan untuk membuatkan
diri kita mati di dalam keadaan beriman sedangkan Allah S.W.T juga
telah menunjukkan kepada kita jalan untuk mencapainya iaitu kita
seharusnya melakukan perkara-perkara berikut :
1. Menjalankan perintah-Nya dan menjauhi larangan-Nya.
2. Berdoa kepada Allah untuk mematikan kita dalam Islam dan dalam keadaan beriman (husnul khotimah).
3. Bersyukur kepada Allah di atas nikmat Islam yang diberi bahkan sesungguhnya nikmat yang terbesar yang kita miliki ialah nikmat Iman dan Islam.
4. Menanamkan perasaan takut sekiranya mati dalam keadaan suul khotimah.
Oleh itu seharusnya kita sentiasa berusaha untuk menjaga dan memperkuat keimanan kita dengan menjauhi maksiat dan dosa kerana perkara tersebut akan melemahkan dan merendahkan nilai pegangan aqidah kita serta ditakuti nanti kita akan menghadapi saat sakratul maut yang payah.
Jakim