Apa perasan kita jika berselubung di dalam selimut tebal di waktu tengahari?
Cuba lakukan ia selama sepuluh minit sambil berbaring seperti sekujur tubuh yang telah mati. Tanpa kipas, penghawa dingin dan tingkap dan pintu di tutup rapat.
Cuba lakukan ia selama sepuluh minit sambil berbaring seperti sekujur tubuh yang telah mati. Tanpa kipas, penghawa dingin dan tingkap dan pintu di tutup rapat.
Siapakah yang mampu bertahan lebih dari 30 minit ?
Sudah
tentu minda dan tubuh kita tidak mampu menanggung ketidakselesaan itu
walaupun hanya untuk 10 minit. Saya pasti kerana saya pernah mencubanya.
Panas dan berhaba. Setiap kali saya fikirkan semula percubaan saya itu,
saya terfikir keadaan di alam barzakh kelak..terutamanya di liang lahad
yang sempit, tertutup, tanpa penghawa dingin, tilam, tingkap serta
kipas itu.
Sewaktu
kita berada di alam barzakh kelak, adakah pancaindera dan penilaian
minda kita terhadap alam ini sama seperti sewaktu kehidupan biasa kita
di dunia?
Apabila saya utarakan hal ini. Ramai yang menjawab : "Tidak" atau juga "tidak tahu"
Apa jawapannya sebenar ? Suka saya membawakan sebuah hadis berikut :-
Ertinya :
Sesungguhnya Nabi Muhammad s.a.w menyebut berkenaan ujian-ujian di
dalam kubur. Lalu Umar al-Khattab r.a bertanya : "Adakah akan
dikembalikan kepada kita aqal-aqal kita (di dalam kubur kelak)?" Nabi menjawab: Ya, (ia akan dikembalikan) sebagaimana keadaan kamu (sekarang) :
(Riwayat
Ahmad, Ibn Hibban, Majma Zawaid, Al-Haithami : Perawi Ahmad adalah
Sohih kecuali terdapat Ibn Lahi'ah ; Syeikh Syuaib : Hasan Lighairi)
Bagaimana pula jika terpaksa menunggu di alam kubur ni sepanjang seribu tahun sebagaimana yang dikenakan kepada si Abu Jahal. !
Dalam
keadaan status penilaian aqal kita sama seperti di waktu hidup, tetapi
status keadaan tubuh dan keselesaannya adalah diletakkan di ruang liang
lahad yang kecil, berselimut dek kain kapan dan ditimbus oleh tanah.
Namun, bagi mereka yang derhaka kepada Allah swt, disebutkan di dalam sebuah lagi hadis :-
Ertinya
: "Sesungguhnya di dalam kubur itu terdapat himpitan, dan jika seorang
itu mampu selamat darinya sudah tentu (salah seorangnya) adalah Sa'ad
Bin Muadz ( seorang sahabat Nabi yang hebat )" ( Riwayat Ahmad, dengan sanad yang baik ; al-Mughni 'an hamlil asfar, Ibn Hibban, Sohih, Al-ahadith Al-Mukhtarah, Dhiya ad-Din al-Maqdisi, Al-Maqdisi : Perawinya thiqat)
segeralah
kita menyiapkan diri sehabis mungkin untuk selamat dari sebarang azab
kubur yang amat mengerikan. Bagi orang yang bertaqwa, inilah peluang
terhebat. Bagi individu yang hatinya diselaputi sifat nifaq dan dosa. Ia
adalah a 'piece of cake' dan 'need no worries', hidup untuk ENJOYYYY!! . Nau'zubilla. Berubahlah.. .Bertaubatlah. .sementara kita masih punya masa Wallahhua'lam.
petikan:
email motivasi