Dikuasakan oleh Blogger.

About Me

Foto Saya
ipoh, perak
X KAGAT....?.

Blog Archive

SMS ampang ipoh 24 /6/ 11

gif webcam

DI SMA Chemor 13/5/12

pictures to gif

Di SMA Chemor

animated gif maker

Guru Pendidikan Islam Ulu Kinta Jun 13

http://picasion.com/i/1VkmT/

12 Ogo 2013

Jadilah isteri selepas ibu

BERKAHWIN dan menjadi isteri mahupun suami bukannya tugas mudah
seperti
‘main masak-masak’ ketika zaman kanak-kanak. Ia menuntut sepenuh pengorbanan, kesabaran dan tanggungjawab.

Senario lebih mencabar terbukti apabila lahir cahaya mata yang menjanjikan tugas isteri dan suami perlu digandakan. Isteri bukan hanya perlu menjaga anak tetapi melayan suami pada masa yang sama.

kebanyakan lelaki yang berkahwin mahukan seorang isteri. Suami tidak peduli sama ada isterinya melahirkan seorang anak atau 10 anak, yang penting dia masih memerlukan isteri.

Tetapi, ramai isteri selepas mempunyai tiga atau empat anak menjadi ibu dan kurang menjadi isteri.

Justeru,  peringkat awal mungkin suami boleh bertahan, menyenduk nasi atau ambil air sendiri disebabkan isteri sibuk melayan anak-anak tetapi lama-kelamaan suami menjadi bosan.

Sudahlah penat di pejabat, di rumah pula tidak mendapat layanan isteri. Ini menyebabkan ramai suami tidak tahan apabila isterinya menjadi ibu sehingga suami berasa terpinggir. Di luar banyak terdapat gejala yang mengambil alih tugas isteri di rumah untuk melayan makan minumnya.

Ada wanita lain dengan ramah akan bertanya, “Encik nak minum, saya siapkan kopi, encik nak makan nanti saya hidangkan nasi....” Ini akan membuatkan suami berasa wanita itu melayannya dengan baik sedangkan di rumah dia hanya mendengar kata-kata, “You buat sendirilah, I sibuk nak layan budak-budak ni. I penatlah...”

Itu baru bab zahir, bagaimana jika alasan itu diberikan ketika suami mahukan hubungan batin, tentu lebih menyeksakan.

Bagi suami yang faham, mereka boleh bertahan tetapi jika keadaan berterusan tentu perkara tidak diingini akan berlaku.

Wanita perlu ingat, seorang suami yang menyimpan perasaan marah atau tidak puas hati akibat penolakan isteri tanpa sebab yang munasabah, sepanjang malam wanita itu dilaknati malaikat sehinggalah suami memaafkan.

Oleh itu, jangan biarkan suami tidur sendirian atau di bilik berasingan. Layanlah suami seperti anda melakukannya pada awal perkahwinan.

Sibuk mana pun anda, hentikan dulu kerja yang dilakukan, temani suami buat seketika untuk memenuhi keperluan dirinya. Bukan semua suami mahukan seks semata-mata, ada yang mahu lena dalam pelukan anda.

Suami yang longgar pengetahuan agamanya dan tidak tahu tanggungjawab mudah berlaku curang walaupun dia patut membantu dan faham keadaan isteri.

Justeru, sambutlah suami balik dari pejabat, ambil begnya, layan sekejap, tuangkan air dan berikan sentuhan kasih walaupun hanya dua atau tiga minit walau sesibuk mana sekalipun anda.

Jangan disebabkan dua atau tiga minit ini, akhirnya suami lebih senang dilayan wanita lain. Jangan sesekali ambil remeh perkara begini.

Bagi lelaki yang berumahtangga, satu cara untuk melepaskan bebanan di kepala selepas seharian di pejabat ialah dengan menerima layanan baik daripada isteri sekalipun hanya dengan senyuman isteri menanti di muka pintu.

Bayangkan, ketika suami pulang, isteri sudah menunggu dengan senyuman manis, mengangkat beg suami dan menyediakan minuman, tentu ringan bebanan emosi suami.

Ramai wanita, selepas mendapat dua atau tiga anak terlalu yakin diri dan bongkak. Mereka merasakan sudah lama berkahwin dan tidak perlu menjaga tubuh badan atau bahasa pertuturan.

Mereka lupa kebanyakan lelaki mudah tertarik kepada yang cantik dan lemah lembut. Mereka juga sentiasa mahukan suami faham keadaan mereka yang sentiasa diperlukan anak-anak.

Inilah satu kesilapa. Walaupun berapa jumlah anak anda, suami adalah ‘anak sulung’. Sebanyak mana anda sayangkan anak pun, suami perlu didahulukan.

Kesimpulannya orang lelaki akan memberontak apabila diri mereka tidak dipedulikan isteri atau melebihkan anak-anak.

Justeru, apabila ada wanita muda menunjukkan minat, berbuat baik, lelaki yang berumur akan mudah perasan. Malah perhubungan itu mungkin berpanjangan apabila wanita lain lebih menghargai dirinya lebih daripada isteri di rumah yang sentiasa mengomel dan memperkecilkan diri suami.




Masjid Solatiah GR

http://picasion.com