Dikuasakan oleh Blogger.

About Me

Foto Saya
ipoh, perak
X KAGAT....?.

Blog Archive

SMS ampang ipoh 24 /6/ 11

gif webcam

DI SMA Chemor 13/5/12

pictures to gif

Di SMA Chemor

animated gif maker

Guru Pendidikan Islam Ulu Kinta Jun 13

http://picasion.com/i/1VkmT/

7 Jan 2010

RENUNG & BUAT PERBEZAN....


Mungkin anda pernah mendengar ‘teori’ evolusi. Kononnya manusia berasal daripada beruk dan kera. Pihak yang mempropaganda teori ini mempunyai motif lebih besar daripada sekadar menegakkan ‘kebenaran saintifik’ mereka dan seterusnya untuk menolak aliran yang meyakini ‘penciptaan’ oleh yang Maha Kuasa. Ini kerana jika manusia setaraf atau sebangsa dengan haiwan, manusia tidak mempunyai tanggungjawab kepada Pencipta.  Manusia  tidak perlu panduan Ilahi, manusia boleh berfikir dan menentukan cara hidupnya sendiri. Falsafah atau pandangan berkenaan amat sesuai dengan orang kafir yang tidak menerima hidayah Ilahi.  Memang cara hidup mereka  tidak jauh bezanya dari  haiwan. Amat layak bagi haiwan,unggas dan orang kafir hidup untuk “makan, cari makan, berehat, berhibur, tidur.”  Bagi mereka…
  • hidup hanya sekali..enjoy lah puas-puas nanti
  • menyesal kalau tak enjoy.
  • mana ada dosa pahala!
  • persetankan  siksa kubur!
  • peduli apa dengan padang mahsyar dan titian sirat!
  • lupakan saja mengenai syurga neraka!
Mereka tak mahu tahu kenapa mereka dijadikan. Mereka tak kisah siapa Pencipta mereka. Mereka tak nampak apa yang mereka boleh buat dalam kehidupan selain berhibur dan bersukaria. Cari makan untuk hidup dan hidup untuk makan. Itu saja. Itulah menjadi rutin hidup mereka..hari ke minggu ke bulan ke tahun..sehingga maut menjemput mereka. Itu mereka. Tapi kita bukan haiwan, bukan unggas dan orang kafir jauh sekali. Hidup kita pasti berlainan!. Cuba fikir mendalam sekejap. …Haiwan tu dicipta oleh Allah untuk “makan, cari makan,berehat, berhibur, tidur.  Dan akhirnya mati ..tamat cerita.”
Itulah kisahnya lembu dan ayam daging, hidupnya untuk makan, minum bersukaria, bila sampai masanya.. disembelih.. tamat riwayat, habis kesah!
Tapi kita ni manusia!! Tak kan itu saja yang kita nak buat dan patut buat di dunia ini? Betul ke ‘tamat cerita’ bila kita mati?.

Fikir-fikir, renung-renung dan muhasabah diri. Kemana dan di mana kita.

Masjid Solatiah GR

http://picasion.com