Dikuasakan oleh Blogger.

About Me

Foto Saya
ipoh, perak
X KAGAT....?.

Blog Archive

SMS ampang ipoh 24 /6/ 11

gif webcam

DI SMA Chemor 13/5/12

pictures to gif

Di SMA Chemor

animated gif maker

Guru Pendidikan Islam Ulu Kinta Jun 13

http://picasion.com/i/1VkmT/

25 Jan 2010

KEADILAN SEBENAR

Allah telah menjelaskan tujuan penciptaan jin dan manusia serta alam ini. Iaitu supaya Dia dikenali dengan nama-nama dan sifat-sifat- Nya. Hanya Dia yang diibadahi dan tidak dipersekutukan dengan sesuatu apa pun. Supaya manusia dapat menegakkan keadilan yang dengannya tertegaklah langit dan bumi dengan baik. Perkara ini adalah sebagaimana firman-Nya:
لَقَدْ أَرْسَلْنَا رُسُلَنَا بِالْبَيِّنَاتِ وَأَنْزَلْنَا مَعَهُمُ الْكِتَابَ وَالْمِيزَانَ لِيَقُومَ النَّاسُ بِالْقِسْطِ
Terjemahan: Sesungguhnya Kami telah mengutuskan para Rasul Kami dengan membawa bukti-bukti yang nyata dan telah Kami turunkan bersama mereka al-Kitab dan neraca (timbangan keadilan) supaya manusia dapat menegakkan keadilan. (Surah al-Hadid, 57: 25)
Allah mengkhabarkan bahawa Dia mengutus para Rasul-Nya serta menurunkan Kitab-kitab- Nya supaya manusia menegakkan keadilan. Keadilan yang paling agung adalah tauhid. Tauhid adalah puncak sebuah keadilan. Sekaligus, Tauhid adalah landasan menuju sebuah keajayaan. Manakala syirik pula adalah kezaliman. Jalan menuju kepada kegagalan sekaligus kesengsaraan.
Ini dapat dilihat dari firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:
إِنَّ الشِّرْكَ لَظُلْمٌ عَظِيمٌ
Terjemahan: Sesungguhnya syirik itu adalah suatu kezaliman yang paling besar. (Surah Luqman, 31: 13)
Syirik itu lawannya adalah Tauhid. Sekiranya syirik adalah kezaliman yang paling besar. Maka, Tauhid adalah keadilan yang sebenar dan paling agung. Kerana kezaliman itu lawannya adalah keadilan.
Perbuatan syirik adalah sebuah kezaliman yang paling besar, sekaligus menafikan ketauhidan. Sehingga dengan syirik tersebut, Allah telah menetapkan ia sebagai dosa yang paling besar pula. Dengan sebab itu juga, Allah mengharamkan Syurga bagi orang-orang musyrik (pelaku syirik), serta menjadikan darah, harta, dan keluarga mereka halal bagi ahli tauhid (dengan syarat-syarat dan prinsip-prinsipnya) .
إِنَّ اللَّهَ لا يَغْفِرُ أَنْ يُشْرَكَ بِهِ وَيَغْفِرُ مَا دُونَ ذَلِكَ لِمَنْ يَشَاءُ
Terjemahan: Sesungguhnya Allah tidak mengampuni dosa mempersekutukan (sesuatu) dengan Dia, dan dia mengampuni dosa selain syirik bagi sesiapa yang dikehendaki- Nya. (Surah an-Nisaa, 4: 116)
Allah tidak menerima apa jua bentuk amal dari pelaku syirik. Bahkan amal-amal mereka seperti debu yang berterbangan. Di akhirat, doanya tidak diterima, dan dia tidak dimaafkan.
Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:
وَقَدِمْنَا إِلَى مَا عَمِلُوا مِنْ عَمَلٍ فَجَعَلْنَاهُ هَبَاءً مَنْثُورًا
Terjemahan: Dan kami nilai segala amal yang mereka kerjakan, lalu kami jadikan amal itu (seperti) debu yang berterbangan. (Surah al-Furqon, 25: 23)
Dengan kezaliman tersebut, hakikatnya tidaklah dia menzalimi Tuhannya, tetapi sebenarnya dia hanya menzalimi dirinya. Yang dengan kesyirikkan tersebut dia akan diheret ke lembah yang menghinakan.
Allah telah menjelaskan tujuan penciptaan jin dan manusia serta alam ini. Iaitu supaya Dia dikenali dengan nama-nama dan sifat-sifat- Nya. Hanya Dia yang diibadahi dan tidak dipersekutukan dengan sesuatu apa pun. Supaya manusia dapat menegakkan keadilan yang dengannya tertegaklah langit dan bumi dengan baik.
Perkara ini adalah sebagaimana firman-Nya:
لَقَدْ أَرْسَلْنَا رُسُلَنَا بِالْبَيِّنَاتِ وَأَنْزَلْنَا مَعَهُمُ الْكِتَابَ وَالْمِيزَانَ لِيَقُومَ النَّاسُ بِالْقِسْطِ
Terjemahan: Sesungguhnya Kami telah mengutuskan para Rasul Kami dengan membawa bukti-bukti yang nyata dan telah Kami turunkan bersama mereka al-Kitab dan neraca (timbangan keadilan) supaya manusia dapat menegakkan keadilan. (Surah al-Hadid, 57: 25)
Allah mengkhabarkan bahawa Dia mengutus para Rasul-Nya serta menurunkan Kitab-kitab- Nya supaya manusia menegakkan keadilan. Keadilan yang paling agung adalah tauhid. Tauhid adalah puncak sebuah keadilan. Sekaligus, Tauhid adalah landasan menuju sebuah keajayaan. Manakala syirik pula adalah kezaliman. Jalan menuju kepada kegagalan sekaligus kesengsaraan.
Ini dapat dilihat dari firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:
إِنَّ الشِّرْكَ لَظُلْمٌ عَظِيمٌ
Terjemahan: Sesungguhnya syirik itu adalah suatu kezaliman yang paling besar. (Surah Luqman, 31: 13)
Syirik itu lawannya adalah Tauhid. Sekiranya syirik adalah kezaliman yang paling besar. Maka, Tauhid adalah keadilan yang sebenar dan paling agung. Kerana kezaliman itu lawannya adalah keadilan.
Perbuatan syirik adalah sebuah kezaliman yang paling besar, sekaligus menafikan ketauhidan. Sehingga dengan syirik tersebut, Allah telah menetapkan ia sebagai dosa yang paling besar pula. Dengan sebab itu juga, Allah mengharamkan Syurga bagi orang-orang musyrik (pelaku syirik), serta menjadikan darah, harta, dan keluarga mereka halal bagi ahli tauhid (dengan syarat-syarat dan prinsip-prinsipnya) .
إِنَّ اللَّهَ لا يَغْفِرُ أَنْ يُشْرَكَ بِهِ وَيَغْفِرُ مَا دُونَ ذَلِكَ لِمَنْ يَشَاءُ
Terjemahan: Sesungguhnya Allah tidak mengampuni dosa mempersekutukan (sesuatu) dengan Dia, dan dia mengampuni dosa selain syirik bagi sesiapa yang dikehendaki- Nya. (Surah an-Nisaa, 4: 116)
Allah tidak menerima apa jua bentuk amal dari pelaku syirik. Bahkan amal-amal mereka seperti debu yang berterbangan. Di akhirat, doanya tidak diterima, dan dia tidak dimaafkan.
Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:
وَقَدِمْنَا إِلَى مَا عَمِلُوا مِنْ عَمَلٍ فَجَعَلْنَاهُ هَبَاءً مَنْثُورًا
Terjemahan: Dan kami nilai segala amal yang mereka kerjakan, lalu kami jadikan amal itu (seperti) debu yang berterbangan. (Surah al-Furqon, 25: 23)
Dengan kezaliman tersebut, hakikatnya tidaklah dia menzalimi Tuhannya, tetapi sebenarnya dia hanya menzalimi dirinya. Yang dengan kesyirikkan tersebut dia akan diheret ke lembah yang menghinakan.

Masjid Solatiah GR

http://picasion.com